You are on page 1of 7

Laporan program penghijauan

malaysia
NAMA: AMNA FARISYA BINTI AZFAR ADI
KELAS: 2 LESTARI
NAMA GURU: CIKGU MAIZUN BINTI MD JAINI
PENDAHULUAN
Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran
semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan
untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk
menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita.Kempen ini juga
bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui
penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat
serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan Kawasan
berhutan di Malaysia.
OBJEKTIF PROGRAM
• Mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara selain memelihara serta memulihara
Kawasan berhutan.
• Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan serta memupuk
semangat cintakan alam sekitar.
• Merakyatkan komitmen dan semangat pengekalan kawasan liputan hijau sebagai satu agenda
nasional.
• Memastikan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang kurangnya 50% daripada
keluasan tanah negara dilitupi dengan kawasan berhutan.
• Menggalakkan penyertaan agensi Kerajaan Persekutuan /negeri,Syarikat swasta dan badan
korporat,badan bukan Kerajaan,institusi institusi Pendidikan/penyelidikan dan orang awam
dalam usaha menanam pokok
Kepentingan program
terhadap alam sekitar
❖Pokok berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dari udara
yang akhirnya mengurangkan kesan gas rumah hijau di
atmosfera yang dapat mengurangkan kesan perubahan iklim.
❖Penanaman pokok dalam kualiti yang banyak boleh mengubah
iklim mikro di sesuatu tempat.
❖Pokok yang besar boleh menjadi elemen peneduhan.
KEPENTINGAN PROGRAM
TERHADAP MANUSIA
❖Persekitaran yang bersih membolehkan kita semua menyedut udara yang
segar. Tumbuh tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan
badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.
❖Menghirup udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga
membolehkan kita menikmati keselesaan dan ketenangan jiwa.
❖Pemandangan kehijauan sangat baik untuk penglihatan
TANAMAN

NAMA TANAMAN : Syngoniums


SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like