You are on page 1of 1

39

Guru boleh mengendalikan latihan ini di dalam kelas.

Contoh Aktiviti Membaca Bahan Berstruktur

Latih tubi 1 membaca secara luncuran yang berstruktur (Guna bahan


akademik seperti buku rujukan)

Ikut langkah - langkah berikut:


Tetapkan kiraan masa menurun/ countdown iaitu 2 minit, tambahan 2 saat pada
setiap halaman.
Mula membaca kandungan berstruktur mengikut arahan berikut: Kulit hadapan dan
belakang, isi kandungan, indeks, tajuk utama dan subtajuk. Fokuskan mata anda
kepada tempat yang betul.
Tidak perlu bimbang mengenai isi kandungan.
Beri tumpuan untuk menghabiskan bacaan dalam masa yang diperuntukkan.

Contoh Aktiviti Membaca Bahan Tidak Berstruktur

(Guna Buku Teks sastera Bahasa Inggeris atau teks KOMSAS / Novel)
Latih tubi 1 membaca secara luncuran bahan tidak berstruktur.

Ikut langkah - langkah berikut. Jika anda terjumpa petunjuk penting ketika sesi latihan
(contoh: tajuk utama, teks yang dihitamkan, gambar rajah) abaikan sahaja.

Pilih halaman, tandakan, baca dalam masa 10 minit pada kadar biasa bacaan anda
dan tandakan halaman terakhir anda baca.
Kira halaman yang telah dibaca dalam masa yang telah ditetapkan. Darabkan
dengan 3 jumlah halaman yang telah dibaca. Contoh: 4 halaman x 3 = 12 halaman.
Sasarkan membaca secara luncuran bilangan halaman tersebut (12 halaman)
dalam masa 10 minit.
Tulis isi/poin penting tentang apa-apa yang telah dibaca.
Pilihan: Baca semula petikan/bahan tersebut secara perlahan untuk mendapatkan
isi yang lebih banyak/ menyemak isi.

SPEED READING / MARA YOUTH GIFTED AND TALENTED (MyGift@1)

You might also like