Professional Documents
Culture Documents
Latihan Tatabahasa Diambil Daripada Buku
Latihan Tatabahasa Diambil Daripada Buku
(Tahun 6)
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Antaranya ada
satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu.
11. Suasana di bilik penginapan atlet sukan ASEAN itu sungguh ___________apabila
haruman itu disemburkan.
A ceria B berbau
C semerbak D beraroma
12. Di negara itu_______________ telah kendur apabila pihak istana campur tangan
untuk memulihkan pergolakan yang berlaku.
A kemelut B kelabut
C serabut D gemuruh
13. _____________ yang berkesan merupakan salah satu faktor penting untuk
meningkatkan hasil sawit.
A Pembajaan B Penyiraman
C Penanaman D Pemangkasan
14.____________ minyak sawit mentah negara berjaya ditingkatkan bagi tempoh tujuh
tahun berturut- turut.
A Keluaran B Pengeluar
C Pengeluaran D Mengeluarkan
15. ____________ Envo Diesel bertepatan dengan matlamat ______________daya saing
industri sawit.
A Guna ... memperkasa B Gunakan ... memperkasa
C Pengguna ... memperkasakan D Penggunaan ... memperkasakan
16. Faiz gemar bermain hoki, bola sepak ___________ bola tampar.
A serta B tetapi
C namun D malahan
17. Hani tidak akan melakukan hobinya itu, ____________kerja sekolahnya belum selesai.
A selagi B setelah
C supaya D semasa
18. Azli akan tetap memujuk ibunya ____________ibunya bersetuju dengan cadangan itu.
A lalu B selagi
C walaupun D sehingga
19. Ranjit masih tidak gembira ___________dia telah mendapat kebenaran daripada
ibunya untuk menyertai pertandingan Robocon itu.
A kerana B apabila
C sehingga D kendatipun
21. Fariz telah memulakan hobinya _________dia memiliki segala alatan yang diperlukan.
A namun B setelah
C supaya D sementara
22. Kawan-kawannya tidak mengetahui sebab Hasan tidak mahu bermain _________
itulah permainan yang digemarinya.
A tetapi B malahan
C walaupun D sedangkan
23. Nenek Azli masih menghasilkan bunga daripada daun getah menambahkan _________
Pendapatannya _____________ ditegah oleh anak-anaknya.
A untuk, supaya B demi, walaupun
C untuk, walaupun D supaya, kendatipun
26. Banjir kilat _________antara bencana alam yang berpunca daripada kesilapan
manusia.
A ialah B adalah
C sebagai D sebenarnya
29. Negara ini ______________berpunca daripada perpaduan yang wujud dalam kalangan
rakyat jelata.
A majunya B anggunnya
C berjayanya D makmurnya
30. Banyak tumbuhan yang aneh ditemukan di hutan simpan itu. Perkataan seerti bagi
aneh ialah
A lain B pelik
C janggal D istimewa
33. Tuan Puteri Lela Manja dan dayang-dayangnya sedang____________ bunga di taman
istana.
A memetik B mencabut
C mengubah D menggubah
34. Apabila dileteri ibunya, Andak tunduk ke lantai sambil kakinya ____________
hujung tikar.
A mengait-ngait B menguis-nguis
C mengais-ngais D mengaut-ngaut
35. Semasa majlis pertunangan itu, Si Bongkok ______________cincin ke jari manis tuan
puteri.
A melekapkan B menyisipkan
C memasangkan D menyarungkan
41. Penari lelaki itu memakai se_____________ baju Melayu yang berwarna biru.
A helai B buah
C pasang D potong
45. Anggota pengakap tidak dapat menyeberangi sungai itu kerana airnya _______
selepas hujan lebat.
A laju B deras
C tenang D kencang
46. Azli dan rakan-rakannya tidak ____________tidur di dalam khemah walaupun tidak
ditemani
oleh guru-guru
mereka.
A takut B tahan
C berani D gentar
47. Oleh sebab masa telah ____________, anggota pengakap membatalkan aktiviti
meredah hutan pada petang itu.
A lama B suntuk
C singkat D lampau
50. Mereka berjalan dengan ____________semasa menuruni bukit itu kerana jalannya
_______.
. A laju ... curam B lambat ... rata
C pantas ... kesat D perlahan ... licin
51. Pokok besar yang berdaun ____________itu menjadikan keadaan di hutan itu
___________.
A halus ... sejuk B lebat ... redup
C besar ... malap D banyak ... cerah
Soalan 53
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
53. Produk biodiesel sawit ialah bahan bakar yang mesra alam.
A Bahan bakar yang mesra alam ialah produk biodiesel sawit.
B Bahan bakar ialah produk biodiesel sawit yang mesra alam.
C Bahan bakar produk biodiesel sawit ialah yang mesra alam.
D Produk sawit biodiesel ialah mesra alam bahan bakar.
63. I Jumlah tentera musuh amat banyak ketika mendarat di pantai itu.
II Pihak pemerintah Berjaya membentuk satu pasukan tentera yang sangat kuat
di rantau ini.
III Datuk Bahaman yang agak berani itu dikurniakan pingat oleh Sultan.
IV Tentangan yang tersangat kuat daripada rakyat menyebabkan pihak British
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
A I sahaja. B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja D I, II, dan IV sahaja
68. A Sedangkan tidak hujan pun dia ponteng, inikan pula jika hujan.
B Setelah menjamu selera, para tetamu-tetamu balik ke rumah.
C Sementara dia sudah dewasa, dia keanak-anakan.
D Meskipun saya gembira pada pagi ini, saya sedih.