You are on page 1of 150

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019

KERTAS 2 NOVEL

SET 1 – JOHOR 2019


(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tema dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menunjukkan nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib. Tema novel ini adalah tentang keberanian seorang anggota tentera dalam
mempertahankan tanah air.
Bukti yang pertama ialah keberanian menganggotai Rejimen Askar Melayu walaupun
mengetahui risiko sebagai askar. Adnan berani menganggotai Rejimen Askar Melayu dan
sanggup menjalani latihan ketenteraan yang keras dan penuh disiplin di Kem Haig Lines, Port
Dickson. Adnan dilatih menggunakan senjata api, teknik mempertahankan diri dan gerak tempur.
Adnan turut mempelajari ilmu agama dan undang-undang. Hasil keberanian Adnan akhirnya beliau
muncul sebagai rekrut terbaik.
Bukti yang kedua ialah keberanian dalam usaha untuk mempertahankan negara ini
daripada dijajah oleh tentera Jepun. Adnan sanggup terkorban di tangan Jepun demi
memastikan Bukit Candu tidak jatuh ke tangan Jepun. Walaupun semua askar Melayu telah
terkorban dan yang tinggal hanya Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob, namun Leftenan Adnan
tetap terus berjuang menentang Jepun. Selepas senjata api mereka kehabisan peluru, Leftenan
Adnan terus bertempur menggunakan bayonet hingga akhirnya beliau ditangkap lalu dibunuh
dengan kejam oleh tentera Jepun.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Tema novel ini
adalah tentang ketaasuban terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan.
Bukti yang pertama ialah pakar penggodam sistem pengkomputeran menjadi mangsa
kepada ayah kandungnya sendiri. Karl yang taasub untuk mencipta sesuatu yang baharu telah
mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan asalkan hajatnya tercapai sehingga sanggup menjadikan
Farisha, anaknya sendiri bahan uji kaji dengan memasukkan mikrocip dalam badan Farisha sejak
dia kecil lagi agar dia mewarisi kebijaksanaan karl.
Bukti yang kedua ialah sikap seseorang yang sanggup melenyapkan pesaingnya. Karl
yang taasub dengan teknologi telah hilang sifat kemanusiaan apabila dia sanggup melenyapkan
Marilyn/Medina yang merupakan pesaingnya. Pada awalnya, Marilyn ialah pembantu penyelidik
Karl. Namun, apabila Karl merasakan bahawa Marilyn lebih hebat daripadanya, maka Karl telah
merancang untuk menghapuskan Marilyn. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia
menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, namun Marilyn tetap meneruskan
dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya
menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl, iaitu Dinara.

MUKA SURAT 301 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Tema novel ini adalah tentang kehidupan masyarakat kampung yang masih
mengamalkan kehidupan tradisional namun semakin diancam arus pemodenan.
Bukti yang pertama ialah pengamal perubatan tradisional yang mengubati pesakit
dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional. Datuk menggunakan ubat-ubatan tradisional
untuk mengubati Kak Mimah yang menghidapi penyakit gout. Datuk membalut kaki kiri Kak
Mimah dengan campuran herba, cendawan pokok, daun sirih, daun belimbing, pegaga, dan
mas cotek untuk meredakan bengkak urat. Datuk menyuruh Kak Mimah bermalam di rumahnya
untuk membuat rawatan susulan iaitu mandi akar-akar kayu.
Bukti yang kedua ialah anak yang mengubati ayahnya dengan perubatan moden. Danel
menyatakan kepada datuk bahawa dia ingin membawa William mencuba rawatan moden.
Namun, pantang larang ketika proses rawatan tradisional telah menghalang hasrat mereka.
Danel mahu ayahnya menghentikan pengambilan akar kayu dan herba sebaliknya beralih
menggunakan produk kesihatan keluaran syarikat MLM. Datuk cuba mempertahankan kaedah
rawatannya namun Danel tetap dengan pendiriannya menyebabkan datuk kecewa.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Tema
novel ini adalah tentang ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai cabaran dan
rintangan dalam hidupnya.
Bukti yang pertama ialah peristiwa ketabahan seorang ibu dalam menghadapi
kekurangan fizikal anaknya. Raiha tabah menghadapi kekurangan fizikal anak perempuan
tunggalnya yang merupakan seorang anak istimewa. Sejak mengetahui keadaan anaknya
dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap
mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Doktor
Sadiz turut meminta agar Ayu dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa, namun
Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu.
Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang
dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri bersama Rohayu.
Bukti yang kedua ialah peristiwa ketabahan seorang isteri dalam menghadapi
kegagalan rumah tangga. Raiha tabah menghadapi kegagalan rumah tangga dengan Doktor
Sadiz. Doktor Sadiz marah kerana Raiha melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah
dilahirkan. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api kereta mewah yang sedang marak
merupakan kemuncak kemarahan suaminya. Doktor Sadiz menang dalam kes kematian Ayu
kerana saksi utama tidak muncul dalam perbicaraan di mahkamah keluarga. Doktor Sadiz
melafazkan bahawa dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya gantung
tiada bertali sepanjang hayatnya.

MUKA SURAT 302 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Tema novel ini adalah tentang kegigihan seorang gadis
dalam menempuhi berbagai-bagai cabaran dan dugaan hidup.
Bukti yang pertama ialah kegigihan cucu berhadapan dengan sikap
buruk sangka neneknya. Dahlia gigih berhadapan dengan sikap buruk sangka
nenek terhadap dirinya. Nek Kiah menuduh Dahlia pembawa sial dan perempuan
murahan kerana membawa lelaki pulang. Apabila Nek Kiah jatuh sakit, Dahlia dan
adik-adiknya menjaga Nek Kiah di hospital secara bergilir-gilir.
Bukti yang kedua ialah kegigihan anak menghadapi masalah kesihatan
ibunya. Dahlia gigih menghadapi masalah kesihatan ibunya, Saleha yang
bersikap kurang siuman dan terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat dan
Hospital Permai di Johor Bahru untuk rawatan pemulihan. Ibu Dahlia sering
bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah dan merayau-rayau tidak
tentu arah apabila menjelang senja. Masalah kesihatan ibunya ini menyebabkan
Dahlia perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Tema novel ini ialah kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang
dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri.
Bukti yang pertama ialah kecantikan fizikal menyebabkan seseorang itu
menjalani pembedahan. Waheeda yang mahu kelihatan cantik sanggup
menjalani pembedahan kosmetik selepas diserang oleh seekor monyet Belanda.
Waheeda telah dicederakan oleh monyet Belanda pada bahagian muka dan
hidungnya menyebabkan Dr. Zakaria menjahit luka pada kulit pipi dan hidung
Waheeda.
Bukti yang kedua ialah kecantikan fizikal menyebabkan isteri diceraikan
oleh suaminya. Kecantikan wajah yang dimiliki oleh Waheeda menyebabkan
Waheeda banyak kenalan lelaki sehinggakan Zahid menuduh Waheeda
mempunyai hubungan dengan Dawood selepas menemukan mereka di dalam
bilik chalet Tajau Emas. Zahid cemburu apabila melihat kemesraan Waheeda
dengan semua pelanggan di chalet tersebut. Sikap cemburu Zahid ini
menyebabkan Waheeda diceraikan olehnya.

MUKA SURAT 303 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Tema novel ini adalah tentang kegigihan anak muda dalam
usaha melestarikan alam sekitar.
Bukti yang pertama ialah kegigihan anak muda memulihkan populasi kelip-
kelip. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang
untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap
bintang. Misalnya, Muhammad Taufik memagar anak sungai supaya kelip-kelip
mempunyai tempat untuk bersembunyi. Nurul Hafsa pula menjalankan projek
menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Langit Gelap untuk mengembalikan
populasi kelip-kelip dan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang
terkenal.
Peristiwa yang kedua ialah kegigihan anak muda untuk mendapatkan
sokongan pihak kerajaan terhadap projek mereka. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik
dan Budiman gigih mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan
Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Nurul Hafsa membentangkan
Rancangan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar. Hasil
kegigihan mereka, Menteri Besar menyokong projek tersebut dan berharap agar
kontraktor yang dipilih mampu menyediakan lampu seperti yang dikehendaki.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Novel ini
membawa tema kekeluargaan.
Bukti yang pertama ialah konflik keluarga yang berpunca daripada perceraian
ibu bapanya. Penceraian antara Cikgu Zam dengan isterinya Rafiqah menyebabkan
Haiqal dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Kayan.
Namun setelah dewasa dan menerima manuskrip yang dikirimkan oleh Swee Hwa,
Haiqal bertekad untuk mengetahui asal usul ayah kandungnya seperti yang terdapat
dalam manuskrip walaupun hasratnya ditentang keras oleh ibunya.
Bukti yang kedua ialah kehadiran ibu menonton persembahan anak. Rafiqah
yang tidak merestui keputusan Haiqal untuk ke Johor akhirnya melihat persembahan
D’Purnama yang disertai oleh Haiqal. Kehadiran Rafiqah ini seolah-olah merestui
impian dan cita-cita Haiqal dalam bidang kebudayaan dan sastera. Rafiqah, ayah tiri
dan adik tirinya berdiri sambil tersenyum di bahagian belakang balai tempat duduk
penonton. Haiqal terkejut dan amat terharu apabila adik tirinya menunjukkan isyarat
bagus dengan kedua-dua ibu jarinya kepada Haiqal.
MUKA SURAT 304 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam
kedua-dua buah novel.
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat peristiwa kasih sayang Lili terhadap
ibunya. Lili menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang
menyuruhnya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak
bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan perasaannya
daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan Lili tidak akan
membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili
berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.
Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel Tirani ialah peristiwa kasih sayang
Dahlia terhadap adik-adiknya. Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya. Dahlia juga sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah semata-mata untuk memastikan
adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang sempurna sepanjang ibunya menerima
rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan adik-adiknya yang lain iaitu Abu Bakar,
Mawar, Melati, dan Kiambang

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam kedua-dua buah
novel.
Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, terdapat peristiwa kasih sayang Mak Milah
dan Pak Saidi terhadap anak-anak. Mak Milah dan Pak Saidi menyayangi anak-anaknya iaitu
Adnan, Ahmad dan Amarullah dengan memberikan perhatian dan kasih sayang yang
secukupnya. Kesemua anaknya diberikan didikan agama, ilmu kepahlawanan dan pendidikan
Inggeris. Mereka berbuat demikian dengan harapan agar anak-anak mereka akan menjadi
anak-anak yang berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara. Bagi Pak Saidi, anak-
anaknya perlu belajar daripada bangsa yang berjaya supaya mendapat ilmu pengetahuan yang
tinggi.
Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel Tirani ialah peristiwa kasih sayang
Waheeda terhadap suami, Zahid. Waheeda begitu menyayangi Zahid dan amat terkesan
dengan sikap dingin Zahid terhadapnya. Zahid jarang pulang ke Tajau Emas dan sekiranya
Zahid datang, kedatangannya itu hanya menambahkan luka di hati Waheeda. Perasaan
sayang dan cinta terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Waheeda
mengalami kemurungan apabila Zahid melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan
keluarganya. Waheeda terpaksa mendapatkan rawatan dengan Dr. Qamariah untuk mengatasi
masalah kemurungannya.
MUKA SURAT 305 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam kedua-dua buah
novel.
Dalam novel Pantai Kasih, terdapat peristiwa kasih sayang bapa terhadap anak,
Raiha. Ayah Doktor Raiha menyayanginya apabila dia menasihati Doktor Raiha supaya tidak
memilih Doktor Sadiz sebagai suaminya kerana Doktor Sadiz merupakan seorang yang angkuh
dan telah berumur. Raiha yang tetap berdegil dengan keputusannya telah menerima lamaran
Doktor Sadiz seorang Pakar Perunding Pembedahan yang merupakan seorang duda beranak
dua yang usianya lebih tua daripada usia bapa Raiha. Ayah Doktor Raiha mengingatkan Doktor
Raiha agar tidak menyesal dengan keputusan yang dibuatnya nanti.
Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel Bimasakti Menari ialah peristiwa kasih
sayang Maryam Wickham terhadap anak, Muhammad Taufik. Maryam Wickham Abdullah
begitu menyayangi anaknya, Muhammad Taufik. Maryam Wickham meluahkan perasaan
sayang dan rindunya kepada Muhammad Taufik semasa dia datang ke rumah Muhammad
Taufik. Maryam Wickham juga mengambil berat tentang projek Ikhtiar Teknoalam yang
diusahakan oleh anaknya. Ikhtiar Teknoalam ialah sebuah projek pembinaan rumah mesra
alam untuk tujuan komersial yang sedang diusahakan oleh Muhammad Taufik. Walaupun
dipisahkan oleh benua dan lautan, Maryam Wickham dan Muhammad Taufik mempunyai minat
yang sama.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa kasih sayang seorang Azraai terhadap adiknya, Farisha. Azraai menyayangi
adiknya, Farisha apabila dia memasang alat keselamatan retina scanner di rumah Farisha dan
sistem interkom di pintu masuk rumah Farisha kerana bimbang akan keselamatan adiknya
berikutan peristiwa pembunuhan yang baru berlaku berdekatan tempat tinggal atau apartmen
Farisha.
Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel Silir Daksina pula ialah
peristiwa kasih sayang Haiqal sahabat, Ratna. Sebagai sahabat, Haiqal telah menaikkan
semangat Ratna yang kecewa dengan keputusan SPM yang kurang cemerlang dengan
memberikan kata-kata semangat serta berhujah tentang insan-insan tersohor yang pernah
mengalami kegagalan sebelum berjaya dan dihormati di dunia misalnya,Thomas Alva Edison
dan Abraham Lincoln.

MUKA SURAT 306 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 2 – SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH


(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang
melibatkan watak utama dalam novel tersebut.

[7 markah]
(b) Pengarang mengemukakan beberapa peristiwa keberanian dalam setiap novel.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang
keberanian yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.
Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Leftenan Adnan dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan dan
Mamat menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Daripada seribu
orang yang memohon hanya 25 orang sahaja yang terpilih dalam pasukan yang digelar Kompeni
Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah menjalani latihan ketenteraan selama setahun di
kem tersebut.
Latar tempat yang kedua adalah di Kampung Sungai Ramal. Di sinilah tempat Adnan dan
Budin berlawan tinju. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan pasukan bola
sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak puas hati. Pasukan bola sepak dari
Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh kedua-dua buah kampung.
Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan
berdamai kerana menganggap pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut
peraturan.
.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak
latar tempat yang melibatkan Farisha dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke Soft
Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh Shida)
telah mengungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha terpaksa
diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl ialah bapa
kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha kepada keluarga
Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat pertemuan
pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Farisha
tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula, Farisha dan Aqram
duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati Farisha. Dia telah
mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha sedang tidur.

MUKA SURAT 307 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Lili dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di
Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan ke kampung datuk neneknya.
Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang disangkanya
cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku
kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas.
Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat
tergempar diadakan di balai raya pada pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak
Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya diambil
tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili
memberikan cadangan agar suami Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya meminta Che Jah
membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan
kepada keluarga Che Jah.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Doktor Raiha dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).
Doktor Raiha telah melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang yang cedera
akibat kemalangan dilakukan di PRPK. Kereta Doktor Uwang telah terbabas dan
melanggar tembok garaj PRPK. Doktor Uwang yang terhimpit dalam keretanya
dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Doktor Uwang telah menjalani operasi
penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak. Akibat kemalangan
tersebut, lutut dan sebelah pergelangan tangannya hancur.
Latar tempat yang kedua adalah di mahkamah keluarga. Di sinilah tempat
berlakunya perbicaraan kes keluarga antara Doktor Sadiz dan Doktor Raiha
berkaitan punca kematian Ayu berlaku di mahkamah keluarga. Di sini jugalah
tempat Doktor Sadiz menyatakan bahawa Doktor Raiha akan digantung tanpa
bertali sampai bila-bila. Doktor Raiha sedih kerana kemenangan berpihak kepada
Doktor Sadiz apabila saksi tidak hadir.

MUKA SURAT 308 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti Wangi menuntut
ilmu sebagai murid tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM
pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah memanggil Cikgu Salwani
apabila mendapati pintu pagar sekolah telah dikunci kerana dia lewat tiba.
Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan
mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya.
Dahlia telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor mewakili calon
STPM daripada Bahagian Sri Gading.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
banyak latar tempat yang melibatkan Waheeda dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di rumah Bazilah. Waheeda
menumpang di rumah Bazilah yang terletak di Yishun Street, Singapura.
Waheeda menumpang tinggal sementara di rumah Bazilah kerana dia
akan menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre.
Latar tempat yang kedua adalah di Silicon Medical Centre(SMC).
Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya di SMC.
Pembedahan ini telah dilakukan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr.
Averroes atau Dr.Rushdi. Selepas menjalani pembedahan, Waheeda
diminta memakai cermin mata hitam bagi melindungi matanya yang masih
membengkak.

MUKA SURAT 309 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Nurul Hafsa
dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Kuantan. Hafsa
pergi ke Kampung Kuantan bersama-sama ayahnya, Haji Yassir. Nurul
Hafsa kecewa apabila impiannya untuk melihat banyak kelip-kelip tidak
kesampaian. Setelah menunggu beberapa lama, barulah kelihatan
beberapa ekor kelip-kelip muncul. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima
kenyataan bahawa impiannya untuk melihat kerlipan kelip-kelip secara
sinkronasi tidak akan tercapai.
Latar tempat yang kedua adalah di Perpustakaan Awam Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Di sinilah tempat Nurul Hafsa, Muhammad
Taufik dan Budiman berbincang tentang rancangan membuat projek
Kawasan Simpan Langit Gelap dan pada waktu yang sama Budiman
menyiapkan tugasannya untuk ijazah sarjana.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Haiqal dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama.
Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang terletak di Kampung Seri
Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat membendung
kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya. Di
pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala
Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal Haqimi
tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta maaf apabila
melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis pasir pantai
di hujung kasutnya.

MUKA SURAT 310 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip. Terdapat beberapa pengajaran tentang keberanian dalam novel ini.
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, pengajaran tentang keberanian yang ditonjolkan
oleh pengarang ialah kita haruslah berani bertindak untuk membantu orang yang dalam
kesusahan. Danel berani bertindak apabila pergi ke rumah usang tempat Lili dikurung oleh Rafik
dan Haziq pada waktu malam sendirian. Danel tidak membenarkan orang ramai mencari Lili
kerana dia tahu tempat persembunyian Rafik dan Haziq. Oleh sebab tindakan berani Danel itu,
maka Lili dapat diselamatkan tanpa mengalami apa-apa kecederaan.
Pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas pula
ialah kita perlulah berani bertindak agar dapat menyelamatkan orang lain. Dahlia berani terjun
ke sungai yang berkeladak dan berarus deras semata-mata untuk menyelamatkan Said yang
tenggelam di dasar sungai tanpa memikirkan keselamatan dirinya. Seorang anak muda telah
mengangkat Said ke tebing sungai lalu memeriksa jantung Said. Nek Kiah mula mengarahkan
pemuda tersebut mengangkat Said serta dibawa keliling rumah sebanyak tujuh kali untuk
memastikan Said kembali bernyawa namun usaha tersebut gagal.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa pengajaran tentang keberanian dalam novel ini.
Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, pengajaran tentang keberanian yang ditonjolkan
oleh pengarang ialah kita haruslah berani berkorban demi mempertahankan negara yang
tercinta. Leftenan Adnan berani memimpin pasukannya untuk mempertahankan kubu di Bukit
Candu. Selain ramai askar Melayu di bawah pimpinan beliau terkorban serta kehabisan peluru,
Leftenan Adnan tetap meniupkan api semangat kepada pasukannya agar terus berjuang
menentang Jepun. Leftenan Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun .
Walaupun Adnan cedera parah namun beliau tetap menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga
ke titisan darah terakhir. Keberanian Adnan menyerang tentera Jepun sehingga ramai askar Jepun
terkorban menyebabkan tentera Jepun marah.
Pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam novel Tirani pula ialah kita perlulah
berani mengambil risiko dalam perniagaan demi memajukan perniagaan yang diusahakan.
Waheeda berani membuat pinjaman baharu daripada Bank Pembangunan cawangan Sarawak
untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran. Chalet
Iwana-Iwani diberikan nama baharu iaitu Aya-Sajinah setelah diambil alih oleh Waheeda. Dengan
kebijaksanaan Waheeda dan Izzati menguruskan Chalet Aya-Sajinah, maka perniagaannya
semakin berkembang maju dan Chalet Aya-Sajinah dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar
negara.

MUKA SURAT 311 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin manakala
novel di Tingkatan 5 ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat beberapa
pengajaran tentang keberanian dalam novel ini.
Dalam novel Pantai Kasih, pengajaran tentang keberanian yang ditonjolkan oleh pengarang
ialah kita haruslah berani menuntut keadilan agar kematian orang yang tersayang terbela.
Raiha berani menuntut keadilan atas kematian anaknya, Rohayu. Doktor Raiha
mempertahankan kebenaran bahawa kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh
kesalahan Doktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu
berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya
sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul untuk
menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.
Pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari pula ialah kita
perlulah berani membuat keputusan demi menyelamatkan orang lain. Muhammad Taufik berani
membuat keputusan apabila dia bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid.
Muhammad Taufik telah menerima nota agar dia pergi ke stesen PETRONAS pada hari Jumaat jam
8.30 pagi. Nota tersebut dimasukkan dalam jambangan bunga pemberian Nurul Hafsa. Muhammad
Taufik turut terkejut apabila melihat kerongsang mutiara berharga RM10.00 kepunyaan Nurul Hafsa
tersemat pada selendang tersebut. Setelah keluar dari hospital, Muhammad Taufik meminta ayahnya
berhenti di stesen PETRONAS dengan alasan untuk ke tandas. Namun demikian, Muhammad Taufik
telah menuju ke sebuah van putih dan dia akhirnya dia ditarik masuk ke dalam van.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat beberapa
pengajaran tentang keberanian dalam novel ini.
Dalam novel Di Sebalik Dinara pengajaran tentang keberanian yang ditonjolkan oleh
pengarang ialah kita haruslah berani membuat keputusan agar memperoleh kejayaan. Azraai
menasihati Farisha agar berani menerima tawaran daripada Soft Lab. Bagi Azraai, peluang sebegini
bukan datang selalu. Farisha perlu mengambil peluang ini kerana dalam dunia perniagaan terdapat
orang yang berani melabur dengan banyak dan ada juga orang yang berani melabur sedikit. Atas
nasihat Azraai, akhirnya Farisha berani menerima tawaran Dr.Maxi dan Aqram.
Pengajaran tentang keberanian yang terdapat dalam novel Silir Daksina pula ialah kita
perlulah berani menegakkan kebenaran agar dapat mengetahui rahsia sebenar. Haiqal berani
mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haiqal menyatakan
bahawa darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Haiqal tetap tidak berganjak
daripada keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya. Akhirnya, umi membenarkan tetapi dia
tidak akan memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal. Haiqal memaklumkan kepada ayah
tirinya bahawa dia berbuat demikian bukan untuk melukakan hati ibunya, sebaliknya menunaikan
tanggungjawab sebagai seorang anak. Ayah tirinya memahami perasaan Haiqal dan menasihati
Haiqal agar tidak berasa bimbang akan masalah kewangan sepanjang dia berada di Johor.

MUKA SURAT 312 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 3 – JPN KELANTAN 2019


(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa bahagian peleraian yang menarik minat
pembaca.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang hormat-
menghormati bagi setiap novel.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Pak Saidi berjaya membunuh
beberapa orang tentera Jepun. Pak Saidi telah melawan dan menikam tentera Jepun dengan
hanya menggunakan sebilah keris pusaka peninggalan ayahnya. Pak Saidi telah berjaya
membunuh lima orang dan mencederakan 15 orang tentera Jepun yang lain semasa dia dipaksa
menaiki trak oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana pembaca
kagum akan semangat patriotik dan keberanian Pak Saidi yang sanggup berjuang mempertahankan
maruah negara dan keluarga hingga titisan darah terakhir.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa penduduk kampung yang tidak
memberikan maklumat kepada tentera Jepun yang mencari ahli keluarga Leftenan Adnan di
Kampung Sungai Ramal. Mereka menyembunyikan keluarga Adnan. Hanya Pak Saidi yang berjaya
dikesan oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana wujudnya
kerjasama dalam kalangan penduduk kampung untuk menyelamatkan keluarga Leftenan Adnan yang
telah terkorban demi negara.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat
beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa pertemuan Farisha dengan
Karl ketika Karl sedang nazak. Farisha bertemu dengan Karl yang semakin tenat di rumah agam
Karl. Ketika bertemu, Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha
berjanji kepada Karl bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu. Farisha menangis
mengucapkan selamat tinggal kepada Karl dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki
itu. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana dapat sikap Farisha yang masih ingin bertemu dan
menziarahi ayahnya walaupun Karl telah melakukan pelbagai keburukan kepada dirinya ketika masih
kecil.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa terbongkarnya rahsia tentang
hubungan Karl dan Marilyn. Marilyn ialah seorang saintis yang membantu Karl membina Sistem
Dinara. Kegilaan dan persaingan antara Marilyn dan Karl menyebabkan anak luar nikah mereka
iaitu Farisha menjadi mangsa. Karl telah menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha
untuk menjadikannya kanak-kanak genius. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana ketaasuban
terhadap sains dan teknologi menyebabkan Karl dan Medina telah bersaing antara satu sama lain dan
menyebabkan Farisha membesar tanpa kasih sayang ibu bapa setelah dia diserahkan kepada keluarga
angkat.

MUKA SURAT 313 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh
menarik minat pembaca.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Kak Mimah
mencadangkan Che Jah membuat laporan polis. Che Jah bersetuju membuat
laporan polis tentang keganasan yang telah dilakukan oleh suaminya Seman
terhadap dirinya dan anak anaknya. Akhirnya Seman berjaya ditangkap oleh
penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis. Hal ini supaya suaminya
itu dapat dipulihkan. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana atas bantuan Kak
Mimah penderitaan yang dihadapi oleh Che Jah sekeluarga dapat diselesaikan.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa datuk
menceritakan rahsia jendela rumah yang menghadap jalan. Datuk menjelaskan
bahawa rekaan jendela dan pintu rumah ketika itu dibina menghadap ke jalan
supaya senang untuk penduduk kampung mengintai pergerakan musuh komunis
yang datang ke kampung mereka. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana
cerita datuk dapat menamatkan penantian pembaca tentang misteri jendela
menghadap jalan.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik
minat pembaca.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Doktor Raiha
bertanggungjawab membedah Doktor Uwang setelah beliau terlibat dalam
kemalangan iaitu terlanggar tembok garaj kereta Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Pembedahan harus dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang
dan menggantikan sendi pada lutut dan sebelah pergelangan tangannya yang
parah. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana Doktor Raiha sentiasa
bertanggungjawab terhadap tugasnya sebagai seorang doktor.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa Doktor Raiha
yang telah mengusap dahi Felicia Landosi sambil tersenyum dan menasihatinya.
Doktor Raiha bersedia memaafkan Felicia Landosi dan menerima semua takdir
itu dengan menyatakan bahawa mereka merupakan mangsa keadaan. Peristiwa
ini menarik minat pembaca kerana Doktor Raiha telah memaafkan kesilapan Felicia
Landosi dan beliau pasrah menerima takdir hidupnya.

MUKA SURAT 314 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik
minat pembaca.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa penduduk kampung
bekerjasama antara satu sama lain mengumpulkan wang untuk Dahlia mengikuti kursus
bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya. Haji Sulaiman telah menyerahkan
sampul derma daripada orang kampung yang berjumlah RM500 kepada Dahlia. Peristiwa
ini menarik minat pembaca kerana wujudnya kerjasama penduduk kampung untuk
mengurangkan beban kewangan keluarga Dahlia demi merealisasikan impiannya untuk
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa Azhari berjumpa Dahlia
di stesen bas. Azhari pergi berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pakciknya lambat sampai.
Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas
berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut "Koi-bito" yang tidak diketahui
maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau
berada di mana-mana pun. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana Azhari dan Dahlia
sempat juga bertemu sebelum berpisah kerana Dahlia akan melanjutkan pelajaran.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik minat pembaca.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Waheeda dan Ghazi
membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron Highlands
daripada Pak Cik Aziz dan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Waheeda
menggembleng kudratnya untuk membangunkan chalet itu walaupun kadang kala
terpaksa berjauhan dengan anak kesayangannya, Izzati yang bersekolah di Sarawak.
Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana kegigihan Waheeda dalam perniagaan Chalet
Aya-Sajinah telah berjaya membuahkan kejayaan apabila chalet tersebut menjadi tumpuan
pelancong.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa Zahid muncul pada
waktu pagi di Kafe Iwana-Iwani dengan harapan akan dapat melihat wajah Izzati dengan
lebih dekat lagi. Akhirnya, pertemuan Zahid dan Izzati mengungkap rasa kesal, sedih dan
reda kerana gadis yang dilihat oleh Zahid dalam tiga hari ini ialah anaknya yang selama
ini dirindukannya. Zahid juga ingin bertemu dengan Waheeda untuk meluahkan
perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan
Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana Zahid
akhirnya insaf atas kesilapannya selama ini yang mengabaikan keluarganya.

MUKA SURAT 315 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel ini.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa seorang
penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan
di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya.
Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan
serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad Taufik
berjaya diselamatkan. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana wujudnya
kerjasama daripada penduduk setempat dengan pihak polis sehingga berjaya
menyelamatkan Muhammad Taufik.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa Muhammad
Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan
selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia
mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya
untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul
Hafsa. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana pada akhir cerita, Muhammad
Taufik dan Nurul Hafsa akan berkahwin.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian yang boleh menarik
minat pembaca.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa terlerainya
dendam Rafiqah terhadap arwah suaminya, Abdullah bin Kayan. Rafiqah sedar
bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin
Kayan. Haiqal Haqimi pula akan mewujudkan Aksara setelah dia menjadi
sehebat bapanya. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana akhirnya Rafiqah
merestui minat dan kebolehan anaknya dalam bidang seni dan sastera.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa penduduk
kampung yang membuat persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin.
Haiqal dan kumpulan D'Purnama membuat latihan tarian zapin manakala
penduduk kampung membantu membuat persiapan majlis. Peristiwa ini menarik
minat pembaca kerana penduduk kampung bekerjasama bagi menjayakan majlis
yang sungguh bermakna bagi Haiqal demi merealisasikan impian ayahnya.

MUKA SURAT 316 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN SOALAN 4(b)


JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran tentang
hormat-menghormati dalam kedua-dua buah novel tersebut.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Jendela Menghadap
Jalan ialah kita perlulah menghormati keputusan ibu bapa demi kebaikan diri
sendiri. Lili menghormati keputusan ibu yang memujuknya agar pulang ke
kampung datuk dan neneknya semasa cuti. Walaupun agak keberatan, namun Lili
akur dengan kehendak ibunya itu.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Songket Berbenang
Emas ialah kita haruslah menghormati keputusan bapa agar meneruskan
persekolahan demi masa depan. Dahlia menghormati keputusan Embong yang
tidak membenarkannya berhenti sekolah semata-mata mahu menjaga adiknya.
Dahlia ingin berhenti sekolah apabila memikirkan kesusahan hidup mereka
sekeluarga terutama setelah melihat ayahnya yang masih lemah akibat bisa
patukan ular tedung.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa karya Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel
Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat banyak pengajaran tentang hormat-
menghormati dalam kedua-dua buah novel tersebut.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa ialah kita perlulah menghormati keputusan ibu bapa demi kebaikan
diri. Adnan menghormati keputusan Mak Milah dan Pak Saidi untuk
menjodohkannya dengan Sophia anak Pak Faqih Muda. Walaupun Adnan tidak
mengenali Sophia, namun Adnan tidak membantah keputusan ibu dan bapanya.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Tirani ialah kita
haruslah menghormati keputusan ibu bapa agar tidak membuat keputusan
yang menyalahi hukum agama. Waheeda menghormati keputusan Raidah dan
Fadhil yang tidak mengizinkannya melakukan pembedahan kosmetik kerana
perbuatan mengubah fitrah Allah bertentangan dengan kehendak agama Islam
dan juga melanggar adat resam keturunan mereka.
MUKA SURAT 317 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak pengajaran tentang hormat-menghormati
dalam kedua-dua buah novel tersebut.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Pantai Kasih ialah
kita hendaklah menghormati pasangan hidup masing-masing agar rumah
tangga bahagia. Doktor Sadiz tidak menghormati kehendak Doktor Raiha apabila
isterinya mahu meneruskan kandungannya yang cacat. Dia juga mahu
menghantar anaknya ke pusat rawatan khas bagi kanak-kanak yang mengalami
sindrom Down, sedangkan Doktor Raiha mahu menjaga anaknya sendiri.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Bimasakti Menari
ialah kita mestilah menghormati orang yang lebih tua agar hidup diberkati
Tuhan. Nurul Hafsa dan Budiman sanggup menunggu kepulangan ayahnya untuk
menikmati hidangan tengah hari bersama. Begitu juga dengan Budiman yang
sanggup menahan lapar semata-mata untuk menunggu ayahnya pulang dari
kebun.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya
Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak pengajaran tentang hormat-menghormati dalam kedua-
dua buah novel tersebut.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Di Sebalik Dinara
ialah kita mestilah menghormati perintah ketua agar kerja menjadi mudah.
Aqram menghormati perintah ketuanya iaitu Dr. Maxi dan Karl dengan menjejaki
Farisha. Aqram telah mengambil cawan yang digunakan oleh Farisha untuk
membuat ujian DNA bagi memastikan Farisha ialah orang yang benar-benar dicari
oleh Karl untuk menyelamatkan Dinara.
Pengajaran tentang hormat-menghormati dalam novel Silir Daksina ialah
kita perlulah menghormati orang yang lebih berpengalaman agar dapat
belajar daripada mereka. Haiqal menghormati Pak Cik Bakar yang mempunyai
pengetahuan yang tinggi dalam tarian zapin. Pak Cik Bakar yang telah mengajar
Haiqal tarian zapin sama ada secara teori atau amali.

MUKA SURAT 318 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 4 – JPN MELAKA 2019


(a) Berdasarkan yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut.
[7 markah]
(b) Setiap novel mempunyai plot yang pastinya mampu menarik perhatian para pembaca.
Huraikan peleraian dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
[8 markah]
JAWAPAN SOALAN 4(a)

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA


Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan
dan Mamat menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Daripada
seribu orang yang memohon hanya 25 orang sahaja yang terpilih dalam pasukan yang digelar
Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah menjalani selama setahun di kem
tersebut.
Latar tempat yang kedua adalah di Kampung Sungai Ramal. Di sinilah tempat Adnan
dan Budin berlawan tinju. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan pasukan
bola sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak puas hati. Pasukan bola
sepak dari Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh kedua-dua buah
kampung. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin
dan Adnan berdamai kerana menganggap pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak
dijalankan mengikut peraturan.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak
latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke Soft
Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh
Shida) telah mengungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha
terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl
ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha
kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula,
Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati
Farisha. Dia telah mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha sedang tidur.

MUKA SURAT 319 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di
Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan ke kampung datuk neneknya.
Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang disangkanya
cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku
kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas.
Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat
tergempar diadakan di balai raya pada pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak
Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya diambil
tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili
memberikan cadangan agar suami Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya meminta Che Jah
membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan
kepada keluarga Che Jah.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).
Doktor Raiha telah melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang yang cedera
akibat kemalangan dilakukan di PRPK. Kereta Doktor Uwang telah terbabas dan
melanggar tembok garaj PRPK. Doktor Uwang yang terhimpit dalam keretanya
dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Doktor Uwang telah menjalani operasi
penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak. Akibat kemalangan
tersebut, lutut dan sebelah pergelangan tangannya hancur.
Latar tempat yang kedua adalah di mahkamah keluarga. Di sinilah tempat
berlakunya perbicaraan kes keluarga antara Doktor Sadiz dan Doktor Raiha
berkaitan punca kematian Ayu berlaku di mahkamah keluarga. Di sini jugalah
tempat Doktor Sadiz menyatakan bahawa Doktor Raiha akan digantung tanpa
bertali sampai bila-bila. Doktor Raiha sedih kerana kemenangan berpihak kepada
Doktor Sadiz apabila saksi tidak hadir.

MUKA SURAT 320 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti
Wangi menuntut ilmu sebagai murid tingkatan enam atas dan bakal
menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah
memanggil Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah
telah dikunci kerana dia lewat tiba.
Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia
telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan
peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu,
Dahlia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan
di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di rumah Bazilah. Waheeda
menumpang di rumah Bazilah yang terletak di Yishun Street,
Singapura. Waheeda menumpang tinggal sementara di rumah Bazilah
kerana dia akan menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre.
Latar tempat yang kedua adalah di Silicon Medical
Centre(SMC). Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya
di SMC. Pembedahan ini telah dilakukan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh
dan Dr. Averroes atau Dr.Rushdi. Selepas menjalani pembedahan,
Waheeda diminta memakai cermin mata hitam bagi melindungi
matanya yang masih membengkak.
MUKA SURAT 321 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Kuantan. Hafsa
pergi ke Kampung Kuantan bersama-sama ayahnya, Haji Yassir.
Nurul Hafsa kecewa apabila impiannya untuk melihat banyak kelip-
kelip tidak kesampaian. Setelah menunggu beberapa lama, barulah
kelihatan beberapa ekor kelip-kelip muncul. Akhirnya, Nurul Hafsa
menerima kenyataan bahawa impiannya untuk melihat kerlipan kelip-
kelip secara sinkronasi tidak akan tercapai.
Latar tempat yang kedua adalah di Perpustakaan Awam Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Di sinilah tempat Nurul Hafsa,
Muhammad Taufik dan Budiman berbincang tentang rancangan
membuat projek Kawasan Simpan Langit Gelap dan pada waktu yang
sama Budiman menyiapkan tugasannya untuk ijazah sarjana.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama.
Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang terletak di Kampung
Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat
membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam
terhadap ayahnya. Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin
dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala
Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal
Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta
maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-
nguis pasir pantai di hujung kasutnya.
MUKA SURAT 322 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip.
Peleraian dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa laporan polis
terhadap suami. Che Jah bersetuju membuat laporan polis tentang keganasan yang
telah dilakukan oleh suaminya Seman terhadap dirinya dan anak anaknya. Akhimya
Seman berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis.
Hal ini supaya suaminya itu dapat dipulihkan.
Peleraian dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa berjaya
mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Jepun. Cikgu Daim telah datang ke
rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih melanjutkan pelajaran
ke untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya
dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di
Universiti Malaya selama enam bulan.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Peleraian dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah peristiwa
tanggungjawab ibu menyara anak-anaknya selepas kematian suaminya. Sophia
membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya dengan mengerjakan sawah
dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai
Ramal. Akhirnya, Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.
Peleraian dalam novel Tirani ialah peristiwa mendapatkan rawatan
kaunseling. Ghazi dan Raidah menemani Waheeda mendapatkan rawatan dan
khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) Kuala Lumpur. Waheeda dan
Ghazi membeli dan mengusahakan chalet Iwana-Iwani milik Pakcik Abdul Aziz yang
terletak di Cameron Highlanda dengan menukarkan nama chalet tersebut kepada Aya-
Sajina. Kebetulan Zahid dan Aiman menginap di chalet tersebut, mereka sedang
berehat dan bersembang tentang pelbagai perkara terutama perihal keinsafannya atas
kesilapan masa silam.

MUKA SURAT 323 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop.
Peleraian dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa penyesalan atas
tindakan menjadi budak suruhan. Felicia Landosi memohon maaf daripada
Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol
oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi
apabila Doktor Sadiz melepaskan geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia
sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung
disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak
tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka ialah
mangsa keadaan.
Peleraian dalam novel Bimasakti Menari ialah peristiwa luahan isi hati.
Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari
pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan
hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul
Hafsa.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Peleraian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa menyesali dengan
perbuatan diri. Medina sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl.
Medina menyesal apabila melihat keadaan Karl yang sedang nazak di rumah
agamnya. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara perseorangan
termasuklah Farisha. Medina menangis teresak-esak Alia pula meraung.
Peleraian dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa terlerainya dendam
terhadap bekas suami. Rafiqah sedar bahawa darah yang mengalir dalam tubuh
Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Sebelum ini, Rafiqah tidak membenarkan
Haiqal menjejaki sejarah hidup ayahnya kerana dendam. Rafiqah turut
menghalang Haiqal daripada menemui ayahnya semasa Abdullah Kayan masih
hidup.

MUKA SURAT 324 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 5 – MRSM SE-MALAYSIA


(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa pada bahagian
peleraian novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa daripada latar
tempat yang ditetapkan seperti yang berikut:

Novel Latar tempat


Leftenan Adnan Wira Bangsa Bukit Candu
Di Sebalik Dinara Rumah Agam Karl
Jendela Menghadap Jalan Pondok usang
Pantai Kasih Pusat Rawatan Pantai Kasih
Songket Berbenang Emas Sungai
Tirani Chalet Tajau Emas
Bimasakti Menari Balai Cerap Sultan Salahuddin
Silir Daksina Rumah Umi dan Walid
[8 markah]
Jawapan 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel tersebut.
Peristiwa peleraian yang pertama ialah peristiwa Pak Saidi berjaya membunuh beberapa
orang tentera Jepun. Pak Saidi telah melawan dan menikam tentera Jepun dengan hanya
menggunakan sebilah keris pusaka peninggalan ayahnya. Pak Saidi telah berjaya membunuh lima orang
dan mencederakan 15 orang tentera Jepun yang lain semasa dia dipaksa menaiki trak oleh Leftenan
Renya Mutuguchi.
Peristiwa peleraian yang kedua ialah peristiwa Sophia bertanggungjawab menyara anak-
anaknya selepas kematian suaminya. Sophia membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya
dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah
Sungai Ramal. Akhirnya, Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa
peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel tersebut.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Medina menyesal dengan
perbuatannya. Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan
menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara perseorangan.
Medina menangis teresak-esak Alia pula meraung. Sementara yang lain reda dengan situasi tersebut.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa terbongkarnya rahsia tentang
hubungan Karl dan Marilyn. Marilyn ialah seorang saintis yang membantu Karl membina Sistem Dinara.
Kegilaan dan persaingan antara Marilyn dan Karl menyebabkan anak luar nikah mereka iaitu Farisha
menjadi mangsa. Karl telah menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha untuk menjadikannya
kanak-kanak genius.

MUKA SURAT 325 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel
tersebut.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Kak Mimah
mencadangkan Che Jah membuat laporan polis. Che Jah bersetuju membuat
laporan polis tentang keganasan yang telah dilakukan oleh suaminya Seman terhadap
dirinya dan anak anaknya. Akhirnya Seman berjaya ditangkap oleh penduduk
kampung dan diserahkan kepada pihak polis. Hal ini supaya suaminya itu dapat
dipulihkan.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa nenek
menceritakan rahsia jendela rumah yang menghadap jalan. Nenek menjelaskan
bahawa rekaan jendela dan pintu rumah ketika itu dibina menghadap ke jalan supaya
senang untuk penduduk kampung mengintai pergerakan musuh komunis yang datang
ke kampung mereka.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih Jalan karya Azmah
Nordin. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel tersebut.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Raiha
membedah doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan. Doktor Uwang telah
merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih yang mengakibatkan seluruh
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan
lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan
teruk di bahagian pergelangan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi pada anggota tersebut.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa Felicia yang
menyesal atas tindakannya menjadi budak suruhan. Felicia Landosi memohon
maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak
petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi
apabila Doktor Sadiz melepaskan geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia
sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung
disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil
sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka ialah mangsa
keadaan.
MUKA SURAT 326 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel
ini.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Dahlia berjaya
mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Jepun. Cikgu Daim telah datang ke
rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih melanjutkan pelajaran
ke untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya
dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di
Universiti Malaya selama enam bulan.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa Azhari berjumpa
Dahlia di stesen bas. Azhari pergi berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pakciknya lambat sampai.
Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas
berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut "Koi-bito" yang tidak diketahui
maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau
berada di mana-mana pun.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel ini.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Waheeda
mendapatkan rawatan kaunseling. Ghazi dan Raidah menemani Waheeda
mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI)
Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan chalet Iwana-Iwani
milik Pakcik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama
chalet tersebut kepada Aya-Sajina. Kebetulan Zahid dan Aiman menginap di chalet
tersebut, mereka sedang berehat dan bersembang tentang pelbagai perkara terutama
perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa Zahid menyesal
atas perbuatannya terhadap isterinya, Waheeda. Zahid menangis apabila
memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan
Waheeda, insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas
kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan Izzati, Lais menenangkan Zahid dan
Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bapanya,
Zahid.
MUKA SURAT 327 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam
novel ini.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa Tan
Sri Muhaimin dan Maryam Wickham mengambil keputusan untuk
bernikah semula. Majlis pernikahan Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham
telah diadakan di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor. Nurul Hafsa,
Haji Yassir dan Budiman menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan
pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa bernikah semula.
Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak
hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tua Nurul Hafsa.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat beberapa peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel ini.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang pertama ialah peristiwa
terlerainya dendam Rafiqah terhadap arwah suaminya, Abdullah bin
Kayan. Rafiqah sedar bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal ialah
darah Abdullah bin Kayan. Haiqal Haqimi pula akan mewujudkan Aksara
setelah dia menjadi sehebat bapanya
Peristiwa pada bahagian peleraian yang kedua ialah peristiwa
penduduk kampung yang membuat persiapan untuk majlis
persembahan tarian zapin. Haiqal dan kumpulan D'Purnama membuat
latihan tarian zapin manakala penduduk kampung membantu membuat
persiapan majlis.

MUKA SURAT 328 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap
Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, latar tempat yang telah
ditetapkan adalah di pondok usang. Peristiwa yang berlaku di pondok
usang ialah peristiwa Lili diculik dan disembunyikan di pondok usang.
Lili diculik oleh Rafiq dan Haziq dan disembunyikan di pondok usang. Lili
diselamatkan oleh Danel pada waktu malam.
Dalam novel Songket Berbenang Emas, latar tempat yang telah
ditetapkan adalah di sungai. Peristiwa yang berlaku di sungai ialah
peristiwa Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai.
Dahlia terjun ke dalam sungai yang berarus deras untuk menyelamatkan
Said. Walau bagaimanapun, usaha Dahlia gagal kerana Said telah pun
meninggal dunia.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa karya Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah
novel Tirani karya Beb Sabariah.
Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, latar tempat yang telah
ditetapkan adalah di Bukit Candu. Peristiwa yang berlaku di Bukit Candu
ialah peristiwa Leftenan Adnan terkorban di Bukit Candu. Mayatnya
digantung di dahan pokok ceri dengan kepalanya ke bawah dan ditikam
bertalu-talu oleh tentera Jepun dengan bayonet sehingga hancur.
Dalam novel Tirani, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di
Chalet Tajau Emas. Peristiwa yang berlaku di Chalet Tajau Emas ialah
peristiwa monyet Belanda menyerang dan mencakar wajah Waheeda.
Muka Waheeda yang dicakar oleh monyet Belanda di Chalet Tajau Emas
menyebabkannya terpaksa menjalani pembedahan plastik di bahagian
muka.
MUKA SURAT 329 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop.
Dalam novel Pantai Kasih, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di rumah
tumpangan. Peristiwa yang berlaku di rumah tumpangan ialah peristiwa kematian
anak perempuan Doktor Raiha. Doktor Raiha membawa anak perempuannya,
Rohayu bermalam di rumah tumpangan ini selepas keluar dari rumah agam milik
Doktor Sadiz. Tidak jauh dari rumah tumpangan ini, Rohayu rentung akibat
kebakaran kereta Porsche milik mereka yang secara kebetulan berada di situ.
Dalam novel Bimasakti Menari, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di
Balai Cerap Sultan Salahuddin. Peristiwa yang berlaku di Balai Cerap Sultan
Salahuddin ialah peristiwa Nurul Hafsa berjanji untuk memulihkan keadaan
yang berlaku di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Nurul Hafsa telah menanam
azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung di Balai Cerap Sultan
Salahuddin bahawa dia akan memulihkan kembali kawasan Kuala Selangor yang
telah dicemari oleh pencemaran cahaya yang menyebabkan kekurangan kelip-kelip.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya
Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman.
Dalam novel Di Sebalik Dinara, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di
rumah agam Karl. Peristiwa yang berlaku di rumah agam Karl ialah peristiwa
perbincangan tentang projek mini Soft Lab. Farisha dan Rosman dibawa oleh
Aqram untuk bertemu Doktor Maxi bagi membincangkan projek mini Soft Lab di
rumah agam Karl. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan kos projek
tersebut. Farisha terkejut dengan kos projek mini yang agak tinggi, iaitu RM1.5 juta.
Dalam novel Silir Daksina, latar tempat yang telah ditetapkan adalah di banglo
umi dan walid. Peristiwa yang berlaku di banglo umi dan walid ialah peristiwa
Haiqal dan umi bertengkar. Haiqal menyatakan hasratnya untuk menjejaki arwah
ayahnya di Batu Pahat, Johor. Umi menentang keras hasrat Haiqal dan menyatakan
bahawa dia tidak akan memberikan wang perbelanjaan kepada Haiqal.

MUKA SURAT 330 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 6 (JPN NEGERI SEMBILAN 2019)


(a) Latar memainkan peranan penting dalam perkembangan jalan cerita sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam
novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap
novel yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca.
Berikan alasan anda.
[8 markah]
JAWAPAN SOALAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.
Watak utama dalam novel ini ialah Leftenan Adnan. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan
Leftenan Adnan dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan dan
Mamat menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Daripada seribu
orang yang memohon hanya 25 orang sahaja yang terpilih dalam pasukan yang digelar Kompeni
Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah menjalani selama setahun di kem tersebut.
Latar tempat yang kedua adalah di Kampung Sungai Ramal. Di sinilah tempat Adnan
dan Budin berlawan tinju. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan pasukan bola
sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak puas hati. Pasukan bola sepak dari
Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh kedua-dua buah kampung.
Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan
berdamai kerana menganggap pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut
peraturan.
.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama dalam
novel ini ialah Farisha. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Farisha dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke Soft
Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh Shida)
telah mengungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha terpaksa
diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl ialah bapa
kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha kepada keluarga
Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula,
Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati Farisha.
Dia telah mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha sedang tidur.

MUKA SURAT 331 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak latar tempat
yang melibatkan Lili dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di
Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan ke kampung datuk neneknya.
Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang disangkanya
cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku
kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas.
Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat
tergempar diadakan di balai raya pada pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak
Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya diambil
tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili
memberikan cadangan agar suami Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya meminta Che Jah
membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan
kepada keluarga Che Jah.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak
utama dalam novel ini ialah Doktor Raiha. Terdapat banyak latar tempat yang
melibatkan Doktor Raiha dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).
Doktor Raiha telah melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang yang cedera
akibat kemalangan dilakukan di PRPK. Kereta Doktor Uwang telah terbabas dan
melanggar tembok garaj PRPK. Doktor Uwang yang terhimpit dalam keretanya
dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Doktor Uwang telah menjalani operasi
penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak. Akibat kemalangan
tersebut, lutut dan sebelah pergelangan tangannya hancur.
Latar tempat yang kedua adalah di mahkamah keluarga. Di sinilah tempat
berlakunya perbicaraan kes keluarga antara Doktor Sadiz dan Doktor Raiha
berkaitan punca kematian Ayu berlaku di mahkamah keluarga. Di sini jugalah
tempat Doktor Sadiz menyatakan bahawa Doktor Raiha akan digantung tanpa
bertali sampai bila-bila. Doktor Raiha sedih kerana kemenangan berpihak kepada
Doktor Sadiz apabila saksi tidak hadir.
MUKA SURAT 332 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Terdapat
banyak latar tempat yang melibatkan Dahlia dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti Wangi menuntut
ilmu sebagai murid tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM
pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah memanggil Cikgu Salwani
apabila mendapati pintu pagar sekolah telah dikunci kerana dia lewat tiba.
Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan
mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya.
Dahlia telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor mewakili calon
STPM daripada Bahagian Sri Gading.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Watak
utama dalam novel ini ialah Waheeda. Terdapat banyak latar tempat
yang melibatkan Waheeda dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di rumah Bazilah. Waheeda
menumpang di rumah Bazilah yang terletak di Yishun Street, Singapura.
Waheeda menumpang tinggal sementara di rumah Bazilah kerana dia
akan menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre.
Latar tempat yang kedua adalah di Silicon Medical Centre(SMC).
Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya di SMC.
Pembedahan ini telah dilakukan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr.
Averroes atau Dr.Rushdi. Selepas menjalani pembedahan, Waheeda
diminta memakai cermin mata hitam bagi melindungi matanya yang masih
membengkak.
MUKA SURAT 333 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Watak utama dalam novel ini ialah Nurul Hafsa. Terdapat
banyak latar tempat yang melibatkan Nurul Hafsa dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Kuantan. Hafsa
pergi ke Kampung Kuantan bersama-sama ayahnya, Haji Yassir. Nurul
Hafsa kecewa apabila impiannya untuk melihat banyak kelip-kelip tidak
kesampaian. Setelah menunggu beberapa lama, barulah kelihatan
beberapa ekor kelip-kelip muncul. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima
kenyataan bahawa impiannya untuk melihat kerlipan kelip-kelip secara
sinkronasi tidak akan tercapai.
Latar tempat yang kedua adalah di Perpustakaan Awam Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Di sinilah tempat Nurul Hafsa, Muhammad
Taufik dan Budiman berbincang tentang rancangan membuat projek
Kawasan Simpan Langit Gelap dan pada waktu yang sama Budiman
menyiapkan tugasannya untuk ijazah sarjana.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Watak utama dalam novel ini ialah Haiqal. Terdapat banyak latar tempat
yang melibatkan Haiqal dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama.
Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang terletak di Kampung Seri
Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat membendung
kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya. Di
pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala
Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal Haqimi
tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta maaf apabila
melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis pasir pantai
di hujung kasutnya.
MUKA SURAT 334 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Jendela Menghadap
Jalan ialah peristiwa kesanggupan Lili memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh
Rafik dan Haziq yang telah bertindak mengurung dan menjadikannya sebagai tebusan. Lili
bersimpati dengan nasib Rafik dan Haziq yang menjadi mangsa keganasan bapa mereka.
Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlulah sentiasa memaafkan
kesalahan orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita berbuat baik sesama
manusia pasti kita tidak akan mempunyai sikap pendendam yang boleh memusnahkan diri.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Songket Berbenang
Emas ialah peristiwa menjaga adik-adiknya apabila ayah dan ibunya dirawat di hospital.
Adik bongsunya, Anggerik selalu demam sedangkan ketika itu ibu dan bapanya mendapat
rawatan di hospital menyebabkan dia ponteng sekolah beberapa hari. Embong dirawat di
Hospital Batu Pahat kerana dipatuk oleh seekor ular tedung manakala Saleha dirawat di
Hospital Permai kerana penyakit kemurungan. Walaupun begitu, dia tetap tidak
mengabaikan persediaannya untuk menghadapi peperiksaan STPM. Peristiwa ini
menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana setiap anak perlulah menjalankan
tanggungjawab mereka serta bersedia berhadapan dengan pelbagai cabaran apabila ibu bapa
sakit atau tiada.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb
Sabariah. Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel
ini.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa ialah peristiwa peperangan sengit yang berlaku di Bukit Candu. Walaupun banyak
pemimpin yang hebat telah terkorban, namun askar Tanah Melayu tidak pernah menyerah
kalah dan berundur. Mereka berperang sehingga ke titisan darah terakhir demi
mempertahankan negara yang dicintai. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca
kerana askar Tanah Melayu pada zaman penjajahan menunjukkan semangat nasionalisme dan
cinta akan tanah air yang begitu tinggi supaya musuh negara tidak dapat menjajah tanah air.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Tirani ialah peristiwa
Waheeda melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya.
Waheeda telah melakukan pembedahan pada bahagian hidungnya yang pesek kerana mahu
menjadi cantik dan berhidung mancung. Akibat daripada perbuatannya itu, dia dituduh
curang kerana anak yang dilahirkannya tidak secantik dirinya. Peristiwa ini menimbulkan
keinsafan kepada pembaca kerana kecantikan itu tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga dan
akhirnya musnah.
MUKA SURAT 335 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin manakala
novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Pantai Kasih ialah
peristiwa Doktor Raiha yang telah menegur Felicia Landosi kerana bersikap kasar terhadap
ibu Unong Siron. Doktor Raiha memberikan teguran kepada Felicia Landosi supaya
melayani dan merawat pesakit dengan adil. Felicia sering kali melayani pesakit yang
bergelar Datin dengan penuh mesra sebaliknya melayan ibu Unong Siron yang merupakan
golongan sederhana dengan kasar sehingga mendapat teguran daripada Doktor Raiha.
Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlu adil dalam memberikan
layanan kepada semua orang tanpa mengira pangkat, darjat atau kekayaan.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Bimasakti Menari
ialah peristiwa Tan Sri Muhaimin membantu Muhammad Taufik menyelesaikan masalah
kekurangan populasi kelip-kelip. Tan Sri Muhaimin telah membeli tanah yang menyusuri
tepi anak sungai di Kampung Kuantan terus ke Kampung Api-api seluas 50 hektar.
Muhammad Taufik telah memagar anak sungai supaya kelip-kelip ada tempat untuk
bersembunyi. Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca agar menjaga alam sekitar
kerana Muhammad Taufik begitu memelihara populasi kelip-kelip agar tidak pupus.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa
yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Di Sebalik Dinara
ialah peristiwa Farisha ditanam dengan implan dan dimasukkan pelbagai jenis ubat semasa
dia masih bayi tanpa bius oleh ayah kandungnya, Karl. Karl sanggup berbuat demikian
untuk menjadikan Farisha genius. Marilyn pula sanggup membunuh anaknya kerana tidak
mahu anaknya menderita oleh kegilaan Karl untuk menjadi saintis yang paling hebat.
Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana ibu bapa sepatutnya melindungi
anak-anak dan bukannya menganiayai anak kandung mereka sendiri.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Silir Daksina ialah
peristiwa Abdullah Kayan yang sanggup menumpahkan kasih sayang terhadap See Hwa
dan menulis manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap anaknya, Haiqal.
Abdullah Kayan menumpangkan See Hwa ke sekolah. Apabila melihat See Hwa, dia
terbayang-bayang akan anaknya, Haiqal segak berpakaian sekolah. Abdullah Kayan tidak
dapat menemui anaknya itu sehingga dia meninggal dunia. Peristiwa ini menimbulkan
keinsafan kepada pembaca tentang perasaan sebenar seorang ayah yang berjauhan dengan
anak-anaknya.

MUKA SURAT 336 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 7 – PPD TEMERLOH, PAHANG 2019


(a) Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang dapat memberi teladan kepada
pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang dapat memberikan
teladan kepada pembaca.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan keberanian bagi
setiap novel tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
bin Talib. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Sophia terpaksa mencari pendapatan sendiri
kerana ibu dan ayahnya sakit. Pada sebelah pagi, Sophia menoreh getah manakala pada
sebelah petang pula dia menanam padi. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada
pembaca agar berusaha dengan pelbagai cara untuk meneruskan kehidupan dan bukannya hanya
menagih simpati daripada orang lain.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Pak Saidi melawan dan menikam tentera Jepun
dengan hanya menggunakan sebilah keris sedangkan tentera Jepun tersebut ramai dan
bersenapang. Pak Saidi membunuh lima orang dan mencederakan 15 orang tentera Jepun
yang lain semasa dia dipaksa menaiki trak oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Peristiwa ini
dapat memberikan teladan kepada pembaca agar berani menentang musuh yang mengancam
keselamatan ahli keluarga.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa pekerja Soft Lab menunaikan wasiat Karl. Karl
meninggalkan wasiat supaya mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Selat Melaka. Karl
meninggal dunia di rumah agamnya. Medina dan Farisha sempat bertemu dengan Karl
ketika Karl sedang nazak. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar
menjalankan amanah yang telah ditetapkan oleh majikan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keluarga Azraai menerima dan mendidik Farisha
menjadi seorang Muslim. Seorang bayi luar nikah (anak Karl dan Medina/Marilyn) telah
diserahkan kepada keluarga Azraai oleh Doktor Maxi dan Akram untuk dibesarkan dengan
selamat. Walaupun anak angkat, namun keluarga Azraai membesarkannya dengan penuh
kasih sayang sebagaimana mereka membesarkan Azraai. Peristiwa ini dapat memberikan
teladan kepada pembaca agar bersikap adil dalam melayani anak-anak walaupun anak itu ialah
anak angkat.

MUKA SURAT 337 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan
teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa datuk Lili mempertahankan
tanah daripada dijual. Datuk merungut sambil memarahi abang kandung
Danel, Sugi Oogway yang menghantar kawannya daripada sebuah
syarikat untuk memujuk orang kampung supaya menjual tanah mereka
untuk dijadikan deretan rumah sewa. Peristiwa ini dapat memberikan teladan
kepada pembaca agar mempertahankan hak atau tanah daripada jatuh kepada
orang lain.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili melaporkan kes keganasan
rumah tangga Che Jah kepada Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan
Masyarakat untuk menyelamatkan Che Jah dan anak-anaknya daripada
terus dipukul oleh suaminya, Seman yang sering mabuk dan mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga. Peristiwa ini dapat memberikan teladan
kepada pembaca agar membantu orang lain yang berhadapan dengan masalah
untuk menyelamatkan mereka daripada terus menjadi mangsa keganasan.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Doktor Raiha mempertikaikan
tindakan Doktor Uwang yang telah menjalankan pembedahan penggantian
sendi pinggul sebanyak lima kali terhadap Unong Siron. Peristiwa ini dapat
memberikan teladan kepada pembaca agar bersikap berani dalam
mempertahankan pendapat walaupun dengan pihak atasan atau majikan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Doktor Raiha tetap dengan
pendiriannya untuk mengekalkan janin dalam kandungan kerana janin itu
tidak berdosa. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar
menyayangi anak walaupun anak tersebut merupakan golongan istimewa
(Sindrom Down).

MUKA SURAT 338 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan
teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Embong memastikan anak-
anaknya mendapat pendidikan yang baik. Walaupun Embong hidup dalam
kemiskinan tetapi dia tetap mementingkan pelajaran anak-anaknya. Embong
marah apabila Dahlia bercadang untuk berhenti sekolah kerana mahu
membantu keluarga sedangkan dia masih mampu mencari rezeki untuk
anak-anaknya. Peristiwa ini memberikan teladan kepada pembaca
mementingkan pendidikan anak-anak agar masa depan mereka terjamin.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Dahlia menjaga dan menguruskan
ibunya yang mengalami masalah kesihatan mental. Dahlia memujuk ibunya
yang berada di kebun getah untuk balik ke rumah mereka kerana hari
semakin gelap tetapi tidak berjaya. Akhirnya, Saleha berjaya dibawa balik
oleh Embong. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita agar menjaga orang
yang menghadapi masalah mental dengan sebaik-baiknya dan bukan
membiarkan mereka merayau-rayau tanpa arah.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Ghazi dan Raidah menemani
Waheeda untuk berjumpa dengan pakar kaunseling di Hospital PUSRAWI KL
kerana penyakit kemurungan yang dihadapinya setelah ditinggalkan oleh
Zahid. Peristiwa ini memberikan teladan kepada pembaca agar melakukan apa-
apa sahaja demi merawat ahli keluarga daripada penyakit yang dihadapinya.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Datin Hazirah melawat menantunya
Waheeda di hospital dengan membawa sejambangan bunga dan sekeping
kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan
menantunya, Waheeda ketika melawat Waheeda yang baru melahirkan anak
di hospital. Peristiwa ini memberikan teladan kepada pembaca agar bijak
melakukan tindakan demi menjaga hubungan sesama keluarga.

MUKA SURAT 339 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat
memberikan teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Nurul Hafsa berusaha untuk
menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap
untuk mengembalikan populasi kelip-kelip. Peristiwa ini dapat memberikan
teladan kepada pembaca agar menjaga kelestarian alam sekitar demi
kesejahteraan hidup.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Puan Wickham telah berkirim
salam kepada Tan Sri Muhaimin dan memasak untuk mereka bertiga
sebelum pulang mengikut rombongannya walaupun mereka telah
bercerai. Peristiwa ini dapat menjadikan teladan kepada pembaca kerana
kita perlu menjaga hubungan kekeluargaan agar bertambah erat untuk
kepentingan anak-anak.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Abang Saleh dan Abang Bidin
menjaga kebun kelapa sawit arwah ayah Haiqal dengan penuh
tanggungjawab. Mereka mengemas kebun dengan bersih dan menyusun
pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas. Peristiwa ini dapat
dijadikan teladan kerana kita perlu menjaga dan menjalankan amanah yang
telah diberikan kepada kita dengan sebaik-baiknya.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Datuk Haiqal telah memberikan
pertolongan kepada Tauke Lim yang berada dalam kesusahan semasa
dia dan keluarganya baharu berpindah ke Kampung Seri Purnama.
Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun getah datuk Haiqal.
Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana setiap manusia perlu membantu
orang lain yang dalam kesusahan walaupun berlainan bangsa dan agama.

MUKA SURAT 340 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop. Terdapat banyak persoalan keberanian dalam kedua-dua buah novel.
Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah
persoalan keberanian menyatakan pendapat tentang rawatan tradisional. Danel berani
menyatakan pendapatnya tentang pantang larang dalam rawatan tradisional datuk menghalang
hasratnya untuk membawa ayahnya mencuba rawatan moden. Danel mahu ayahnya
menghentikan pengambilan akar kayu dan herba sebaliknya beralih menggunakan produk
kesihatan keluaran MLM. Datuk cuba mempertahankan kaedah rawatannya namun Danel tetap
bertegas untuk menggunakan kaedah perubatan moden kepada ayahnya. Datuk amat kecewa
kerana pekerjaannya ditentang oleh Danel.
Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah
persoalan keberanian untuk menyelamatkan diri. Embong berani bertarung dengan seekor
ular sawa sebesar pahanya yang menyerangnya di kebun kelapa sawit. Ketika Embong
kembali ke kebun kelapa sawit dengan membawa sebatang buluh dia mendapati ular sawa
tersebut telah tiada. Tanpa diduga, ular sawa itu telah bergantung pada pokok lain dan
menjuntaikan kepala ke arahnya menyebabkan ular itu terjatuh. Ular sawa tersebut telah
menjatuhkan tubuhnya dan menuju ke arah Embong yang terjatuh. Akhirnya, Embong berjaya
membunuh ular sawa itu.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak persoalan keberanian dalam kedua-dua buah novel.
Persoalan keberanian yang terdapat dalam Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah
persoalan keberanian mempertahankan Bukit Candu. Leftenan Adnan berani memimpin
pasukannya untuk mempertahankan Bukit Candu . Selain ramai yang terkorban, pasukan askar
di bawah pimpinan Leftenan Adnan juga kehabisan peluru. Namun, Leftenan Adnan dan
pasukannya tidak mengalah sebaliknya meneruskan tentangan terhadap tentera Jepun
sehingga ramai tentera Jepun yang terkorban. Dalam keadaan cedera parah, Leftenan Adnan
tetap menaikkan semangat juang ahli pasukannya untuk bertahan bersungguh-sungguh demi
tanah air tercinta.
Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Tirani pula ialah persoalan
keberanian untuk mengembangkan perniagaan. Waheeda berani membeli Chalet Iwana-
Iwani yang berhadapan dengan masalah kerana pemiliknya iaitu Pak Cik Aziz telah
diisytiharkan muflis akibat penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Waheeda
juga berani membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank
Pembangunan untuk membeli Chalet Iwana-Iwani tersebut.

MUKA SURAT 341 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop. Terdapat banyak persoalan keberanian dalam kedua-dua buah novel.
Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Pantai Kasih ialah persoalan
keberanian mempertahankan hak sebagai seorang ibu. Doktor Raiha berani
meneruskan kandungannya dan mengingkari permintaan suaminya, Doktor Sadiz
agar menggugurkan kandungannya setelah mengetahui janin tersebut mengalami
masalah tumbesaran melalui ujian ultrasound.
Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari ialah
persoalan keberanian mempertahankan hujah. Nurul Hafsa berani menangkis
setiap soalan yang dikemukakan oleh Dato’ Johann Arlington-Majid yang bertujuan
untuk menggagalkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap sewaktu pembentangan di
hadapan Menteri Besar.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak persoalan keberanian dalam kedua-dua buah novel.
Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
persoalan keberanian untuk mengetahui perkara sebenar. Shida berani masuk ke
ruangan peribadi Farisha apabila dia masuk ke bilik Farisha. Shida terpaksa berbuat
sedemikian untuk mengetahui sebab Farisha pengsan di Soft Lab. Shida telah
membuka almari baju Farisha dan ternampak sebuah fail plastik yang berada di dalam
almari tersebut. Shida telah membuka fail tersebut yang diikat dengan tali berwarna
coklat. Shida telah menyelak satu persatu helaian di dalam fail dan berjaya mendapat
maklumat tentang diri Farisha.
Persoalan keberanian yang terdapat dalam novel Silir Daksina ialah persoalan
keberanian untuk belajar deklamasi puisi. Ai Ling berani meminta Cikgu Zam
mengajarnya cara mendeklamasikan puisi yang betul. Hal ini dikatakan demikian
kerana Ai Ling amat suka membaca buku puisi tetapi dia tidak pandai untuk bersyair.
Ai Ling mahu mengembangkan bakatnya dengan menyertai pertandingan deklamasi
puisi untuk murid tahap satu. Ai Ling berasa bimbang kerana pertama kali menyertai
pertandingan. Ai Ling juga bimbang rakan-rakan akan mentertawakannya. Cikgu Zam
bersetuju untuk mengajar Ai Ling dan meminta Ai Ling datang ke rumahnya bersama-
sama kakaknya pada waktu petang.

MUKA SURAT 342 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 8 – JPN PERAK 2019


(a) Latar tempat memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan cerita dalam
sesebuah karya.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap
novel yang menggambarkan nilai keberanian.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Leftenan Adnan dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan
dan Mamat menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Daripada
seribu orang yang memohon hanya 25 orang sahaja yang terpilih dalam pasukan yang digelar
Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah menjalani selama setahun di kem
tersebut.
Latar tempat yang kedua adalah di Kampung Sungai Ramal. Di sinilah tempat Adnan
dan Budin berlawan tinju. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan pasukan
bola sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak puas hati. Pasukan bola
sepak dari Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh kedua-dua buah
kampung. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin
dan Adnan berdamai kerana menganggap pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak
dijalankan mengikut peraturan.
.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak
latar tempat yang melibatkan Farisha dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke Soft
Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh
Shida) telah mengungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha
terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl
ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha
kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula,
Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati
Farisha. Dia telah mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha sedang tidur.

MUKA SURAT 343 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Lili dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di
Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan ke kampung datuk neneknya.
Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang disangkanya
cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku
kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas.
Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat
tergempar diadakan di balai raya pada pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak
Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya diambil
tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili
memberikan cadangan agar suami Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya meminta Che Jah
membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan
kepada keluarga Che Jah.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Doktor Raiha dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).
Doktor Raiha telah melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang yang cedera
akibat kemalangan dilakukan di PRPK. Kereta Doktor Uwang telah terbabas dan
melanggar tembok garaj PRPK. Doktor Uwang yang terhimpit dalam keretanya
dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Doktor Uwang telah menjalani operasi
penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak. Akibat kemalangan
tersebut, lutut dan sebelah pergelangan tangannya hancur.
Latar tempat yang kedua adalah di mahkamah keluarga. Di sinilah tempat
berlakunya perbicaraan kes keluarga antara Doktor Sadiz dan Doktor Raiha
berkaitan punca kematian Ayu berlaku di mahkamah keluarga. Di sini jugalah
tempat Doktor Sadiz menyatakan bahawa Doktor Raiha akan digantung tanpa
bertali sampai bila-bila. Doktor Raiha sedih kerana kemenangan berpihak kepada
Doktor Sadiz apabila saksi tidak hadir.

MUKA SURAT 344 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Dahlia
dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti Wangi menuntut
ilmu sebagai murid tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM
pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah memanggil Cikgu Salwani
apabila mendapati pintu pagar sekolah telah dikunci kerana dia lewat tiba.
Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu, Dahlia diwajibkan
mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya.
Dahlia telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor mewakili calon
STPM daripada Bahagian Sri Gading.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
banyak latar tempat yang melibatkan Waheeda dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di rumah Bazilah. Waheeda
menumpang di rumah Bazilah yang terletak di Yishun Street, Singapura.
Waheeda menumpang tinggal sementara di rumah Bazilah kerana dia
akan menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre.
Latar tempat yang kedua adalah di Silicon Medical Centre(SMC).
Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya di SMC.
Pembedahan ini telah dilakukan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr.
Averroes atau Dr.Rushdi. Selepas menjalani pembedahan, Waheeda
diminta memakai cermin mata hitam bagi melindungi matanya yang masih
membengkak.

MUKA SURAT 345 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Kuantan. Hafsa
pergi ke Kampung Kuantan bersama-sama ayahnya, Haji Yassir.
Nurul Hafsa kecewa apabila impiannya untuk melihat banyak kelip-
kelip tidak kesampaian. Setelah menunggu beberapa lama, barulah
kelihatan beberapa ekor kelip-kelip muncul. Akhirnya, Nurul Hafsa
menerima kenyataan bahawa impiannya untuk melihat kerlipan kelip-
kelip secara sinkronasi tidak akan tercapai.
Latar tempat yang kedua adalah di Perpustakaan Awam Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Di sinilah tempat Nurul Hafsa,
Muhammad Taufik dan Budiman berbincang tentang rancangan
membuat projek Kawasan Simpan Langit Gelap dan pada waktu yang
sama Budiman menyiapkan tugasannya untuk ijazah sarjana.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama.
Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang terletak di Kampung
Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat
membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam
terhadap ayahnya. Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin
dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala
Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal
Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta
maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-
nguis pasir pantai di hujung kasutnya.
MUKA SURAT 346 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian
dalam novel ini.
Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Jendela Menghadap
Jalan ialah peristiwa keberanian Lili pergi ke rumah Che Jah. Lili berani pergi ke rumah
Che Jah walaupun dia baru berhadapan dengan peristiwa diculik oleh anak-anak Che Jah.
Lili ke rumah Che Jah dengan ditemani oleh Abang Rashid selepas mendapat kebenaran
nenek. Che Jah menceritakan kepada Lili tentang sikap anak-anaknya. Che Jah mengadu
kepada Lili tentang Haziq yang telah kena balun dengan tali pinggang oleh ayahnya.
Manakala Rafik menjadi kutu raya kerana asyik gagal dalam peperiksaan dan dibuang
sekolah akibat selalu ponteng dan melawan guru.
Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Songket Berbenang
Emas pula ialah peristiwa keberanian Azhari meluahkan hasrat hati. Azhari berani
meluahkan hasrat hatinya untuk membawa keluarganya ke rumah Dahlia bagi berbincang
tentang hubungan mereka secara serius. Secara jujur, Dahlia mengatakan bahawa dia lebih
memberikan keutamaan terhadap pelajaran dan membantu keluarganya berbanding soal
perkahwinan. Azhari menyatakan persetujuannya bahawa dia tidak akan menghalang
hasrat Dahlia tersebut.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.
Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa ialah peristiwa keberanian Pak Saidi melawan tentera Jepun. Pak Saidi berani
melawan tentera Jepun yang diarahkan oleh Jeneral Yamashita untuk mencari ahli keluarga
Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal kerana ingin membalas dendam akibat kematian
ramai tentera Jepun dan adiknya. Pak Saidi telah berjaya membunuh lima orang dan
mencederakan 15 orang tentera Jepun yang lain semasa dia dipaksa menaiki trak oleh
Leftenan Renya Mutuguchi.
Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Tirani ialah peristiwa
keberanian Waheeda menghadapi tuduhan negatif suaminya. Waheeda berani
menghadapi tuduhan negatif suaminya kerana dia tidak bersalah. Waheeda menjelaskan
kepada Dr Qamariah bahawa dia tidak takut akan tuduhan nusyuz yang dilemparkan oleh
Zahid. Hal ini demikian kerana Waheeda yakin bahawa dia tidak pernah berlaku curang
sebagaimana yang didakwa oleh Zahid.

MUKA SURAT 347 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.
Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Pantai Kasih ialah
peristiwa keberanian Doktor Raiha mempertikaikan kegagalan pembedahan yang telah
dijalankan oleh Doktor Uwang. Doktor Raiha berani mempertikaikan kegagalan majikannya,
Doktor Uwang dalam menjalankan pembedahan terhadap Unong Siron sehingga pesakit itu
dibedah sebanyak 6 kali. Pada pandangan mata kasar, memang tiada yang aneh berlaku
terhadap Unong Siron namun naluri Doktor Raiha memberitahu bahawa ada sesuatu yang
tidak kena pada sinar-X Unong Siron. Doktor Raiha cuba meluahkan perasaan tentang
masalah tersebut kepada Doktor Uwang. Hal ini menyebabkan Doktor Uwang berasa terpukul
apabila pembedahannya terhadap Unong Siron dipertikaikan oleh Doktor Raiha.
Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Bimasakti Menari ialah
peristiwa keberanian Muhammad Taufik bersemuka dengan penjenayah. Setelah keluar
dari hospital, Muhammad Taufik berani bersemuka dengan penjenayah di stesen PETRONAS
untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann
Arlington-Majid. Walaupun dalam keadaannya yang masih sakit, dia tetap berani bertindak
sendirian demi menyelamatkan Nurul Hafsa.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.
Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa keberanian Marilyn bertemu dengan Farisha. Marilyn berani mengarahkan Farid
dan Amin menculik Farisha kerana terlalu rindu akan Farisha. Marilyn dan Farisha terpisah
apabila Dr.Maxi menyerahkan Farisha kepada keluarga angkat. Selama 26 tahun Marilyn cuba
mencari Farisha. Apabila Farisha sakit dan dirawat di Hospital Putrajaya, barulah Marilyn dapat
berhubung dengan Farisha. Farisha berasa terdengar suara wanita memanggil namanya ketika
dia sedang tidur. Marilyn pula begitu gembira kerana dapat berhubung dengan Farisha tanpa
perlu menggunakan wayar atau gentian untuk menguasai Farisha.
Peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Silir Daksina pula ialah
peristiwa keberanian Tauke Ong meminta bantuan daripada datuk Haiqal. Tauke Ong
berani meminta bantuan datuk untuk menoreh getah di kebunnya ketika dia baru tiba di
Kampung Seri Purnama. Dia terpaksa berbuat demikian kerana kesusahan hidup dan
kesempitan wang selepas abangnya yang gemar berjudi menggadaikan tanah mendiang
bapanya dan tapak rumah kediaman mereka.

MUKA SURAT 348 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 9 – JPN PERLIS 2019


(a) Watak utama dalam sesebuah novel digambarkan mempunyai keistimewaan yang
tertentu.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak utama.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran
tentang keprihatinan bagi setiap novel.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib. Watak utama dalam novel ini ialah Leftenan Adnan bin Saidi.
Terdapat banyak perwatakan Leftenan Adnan dalam novel ini.
Perwatakan Leftenan Adnan yang pertama ialah seorang yang berani. Leftenan
Adnan berani memimpin pasukannya untuk mempertahankan Bukit Candu. Walaupun
ramai askar Melayu yang terkorban namun Leftenan Adnan tidak mengalah sehinggalah
akhirnya beliau sendiri meninggal dunia setelah diseksa oleh tentera Jepun.
Perwatakan Leftenan Adnan yang kedua ialah seorang yang gigih. Adnan gigih
menjalani latihan ketenteraan sehingga mendapat pangkat leftenan. Beliau gigih
menjalani latihan ketenteraan yang keras dan penuh disiplin di Kem Haig Lines, Port
Dickson. Beliau turut mempelajari ilmu agama dan undang-undang di kem tersebut.
Selain itu, beliau dilatih menggunakan senjata api, teknik mempertahankan diri dan gerak
gempur.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor. Watak utama dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat banyak perwatakan Farisha
dalam novel ini.
Perwatakan Farisha yang pertama ialah seorang yang tabah. Farisha tabah
apabila mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat keluarga Azraai. Azraai telah
menyerahkan fail yang mengandungi dokumen yang mengandungi segala maklumat
tentang diri Farisha. Walaupun kecewa, namun Farisha terpaksa menerima hakikat
bahawa dia dan Azraai bukan lahir dari rahim yang sama.
Perwatakan Farisha yang kedua ialah seorang yang pemaaf. Farisha tetap
memaafkan ayahnya, Karl apabila dia berjanji akan sentiasa mengingati ayahnya itu
ketika Farisha bertemu ayahnya yang sedang nazak di rumah agam milik Karl. Farisha
turut menangis apabila mengucapkan selamat tinggal kepada Karl dan tidak semena-
mena air mata Karl turut mengalir di pipinya
MUKA SURAT 349 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap
Jalan karya Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat
banyak perwatakan Lili dalam novel ini.
Perwatakan Lili yang pertama ialah seorang yang bijak. Lili bijak apabila
dia meminta bantuan Kak Mimah bagi mengatasi masalah keluarga Che Jah
ketika Kak Mimah mendapatkan rawatan di rumah datuknya. Kak Mimah yang
bekerja sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat telah banyak membantu
keluarga Che Jah untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan Che
Jah dan anak-anaknya daripada terus menjadi mangsa kekejaman Seman.
Perwatakan Lili yang kedua ialah seorang yang berani. Lili berani pergi
ke rumah Che Jah walaupun baru berhadapan dengan peristiwa diculik oleh
anak-anak Che Jah. Che Jah mengadu kepada Lili tentang Haziq yang kena
balun dengan tali pinggang oleh ayahnya. Manakala Rafik menjadi kutu rayau
kerana asyik gagal dalam peperiksaan dan dibuang sekolah akibat selalu
ponteng dan melawan guru.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin. Watak utama dalam novel ini ialah Doktor Raiha. Terdapat banyak
perwatakan Doktor Raiha dalam novel ini.
Perwatakan Doktor Raiha yang pertama ialah seorang yang berani.
Doktor Raiha berani mengengkari kehendak Doktor Sadiz yang mahu dia
menggugurkan kandungannya setelah mengetahui janin dalam kandungannya
cacat. Doktor Sadiz juga berkeras bahawa dia tidak akan menerima kelahiran
bayinya yang cacat disebabkan statusnya sebagai pakar perunding
pembedahan yang terkenal. Doktor Sadiz berusaha untuk menghantar anaknya
itu ke Pusat Rawatan Khas bagi kanak-kanak yang menghidap sindrown down.
Perwatakan Doktor Raiha yang kedua ialah seorang yang penyayang.
Doktor Raiha menyayangi anaknya, Rohayu kerana dia tidak sanggup
menggugurkan kandungannya apabila diminta oleh Doktor Sadiz. Bagi Doktor
Raiha, Rohayu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya.
Doktor Raiha banyak menghabiskan masa melayani Rohayu berbanding bekas
suaminya.
MUKA SURAT 350 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang
Emas karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia.
Terdapat banyak keistimewaan perwatakan Dahlia dalam novel ini.
Perwatakan Dahlia yang pertama ialah seorang yang rajin. Dahlia
rajin menguruskan kerja-kerja rumah. Dia mengasuh adiknya Anggerik,
memasak dan mengemas rumah. Ketika kerja-kerja memasak secara
bergotong-royong di balai raya bersempena sambutan Maulidur Rasul
pula, Dahlia menjadi orang terawal datang ke balai raya itu untuk
membantu kerja-kerja memasak.
Perwatakan Dahlia yang kedua ialah seorang yang tabah. Dahlia
tabah menghadapi pelbagai kesusahan dalam hidup. Dia sanggup keluar
asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya , Saleha dirawat di
Hospital Permai dan ayahnya dirawat di Hospital Batu Pahat.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Tirani karya Beb
Sabariah. Watak utama dalam novel ini ialah Waheeda Nurlyana. Terdapat
banyak perwatakan Waheeda dalam novel ini.
Perwatakan Waheeda yang pertama ialah seorang yang gigih.
Waheeda gigih mengembangkan sayap perniagaannya apabila dia berani
membuat pinjaman baharu dari Bank Pembangunan untuk membeli Chalet
Iwana-Iwani di Cameron Highlands. Waheeda juga gigih apabila
menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan
agropelancongan untuk menarik para pengunjung menginap di chalet Tajau
Emas.
Perwatakan Waheeda yang kedua ialah seorang yang bijaksana.
Waheeda bijak menegakkan kebenaran apabila dia mendapatkan khidmat
sahabat lamanya, Nurjihan untuk membuktikan bahawa Izzati ialah
anaknya dengan Zahid. Waheeda telah menyerahkan sampel rambut
Zahid, Izzati dan dirinya untuk ujian DNA.

MUKA SURAT 351 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Watak utama dalam novel ini ialah Nurul Hafsa. Terdapat
banyak perwatakan Nurul Hafsa dalam novel ini.
Perwatakan Nurul Hafsa yang pertama ialah seorang yang berani. Nurul
Hafsa berani membuat pembentangan dan menyatakan cadangan berkenaan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di hadapan menteri
besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Walaupun cadangan mereka dibantah oleh Dato’ Johann Arlington-Majid
namun mereka tetap meneruskan pembentangan tersebut.
Perwatakan Nurul Hafsa yang kedua ialah seorang yang
bertanggungjawab. Nurul Hafsa menjalankan tanggungjawabnya dengan
melayan sekumpulan kanak-kanak dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi,
Hiroshima, Jepun. Sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin,
Nurul Hafsa melayan dengan baik sekumpulan kanak-kanak tersebut untuk
melihat bintang. Namun demikian, hasrat mereka tidak kesampaian akibat
keadaan langit yang cerah. Nurul Hafsa berjanji kepada mereka untuk
memastikan hasrat 15 orang kanak-kanak dari Jepun itu tercapai.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Watak utama dalam novel ini ialah Haiqal Haqimi. Terdapat banyak
perwatakan Haiqal Haqimi dalam novel ini.
Perwatakan Haiqal Haqimi yang pertama ialah seorang yang tabah.
Haiqal tabah apabila umi memberitahunya bahawa walid ialah ayah tirinya
manakala Nurul Asiyah ialah adik tirinya. Pada ketika itu, Haiqal baru berusia 6
tahun. Apabila mengetahui perkara tersebut, Haiqal Haqimi berazam untuk
mencari ayah kandungnya pada suatu hari nanti.
Perwatakan Haiqal Haqimi yang kedua ialah seorang yang gigih. Haiqal
Haqimi gigih berlatih menari tarian zapin daripada Pak Cik Bakar. Pak Cik Bakar
yang mahir dalam tarian zapin meminta Haiqal mengikut langkah kaki dan
lenggok badannya. Dia turut belajar menari dengan Lazim. Atas kegigihan
Haiqal ini, dia dapat membuat persembahan dengan baik dan lancar.

MUKA SURAT 352 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang
Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran tentang keprihatinan
dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita
haruslah prihatin untuk membantu orang yang sakit. Datuk prihatin apabila dia
membantu sedaya upaya pesakit yang datang berubat dengannya. Datuk
menggunakan perubatan tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan daun-
daun herba. Datuk merawat ibu Geetha, Letchumi yang menghidap penyakit kencing
manis.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Songket Berbenang Emas ialah kita
perlulah prihatin untuk membantu insan yang ditimpa musibah. Dahlia prihatin
apabila dia terus terjun ke dalam sungai yang berarus deras untuk menyelamatkan
Said tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Walau bagaimanapun, Dahlia gagal
menyelamatkan Said apabila Said meninggal dunia kerana lemas.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya
Beb Sabariah. Terdapat banyak pengajaran tentang keprihatinan dalam kedua-dua
buah novel.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah kita
haruslah prihatin dengan membantu rakan-rakan untuk memahami arahan
dalam bahasa Inggeris. Adnan prihatin akan kesukaran rakan-rakannya untuk
memahami arahan dalam bahasa Inggeris ketika menjalani latihan di Kem Haig
Lines, Port Dickson. Dengan bantuan Adnan, masalah memahami arahan dalam
bahasa Inggeris berjaya diatasi.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Tirani ialah kita haruslah prihatin akan
masalah keluarga agar dapat membantu mereka. Ghazi prihatin akan masalah
yang dihadapi oleh keluarganya apabila Waheeda mengambil keputusan untuk
menerima rawatan pembedahan plastik bagi merawat wajahnya yang cedera
dicakar monyet Belanda. Ghazi sanggup balik ke pangkuan keluarga dengan
melepaskan jawatannya di Petronas Miri bagi membantu ayahnya menguruskan
Tajau Emas.
MUKA SURAT 353 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak pengajaran tentang keprihatinan dalam
kedua-dua buah novel.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Pantai Kasih ialah kita haruslah
prihatin akan keadaan anak agar mereka mendapat rawatan yang sewajarnya.
Ibu Unong Siron prihatin akan nasib anaknya yang terlantar sakit di Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Unong Siron telah menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul
kali yang keenam. Ibu Unong Siron berasa bimbang akan keadaan anaknya kerana
wang pampasan yang diperoleh anaknya hampir habis untuk mengubati anaknya
yang sakit.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Bimasakti Menari ialah kita haruslah
prihatin akan alam sekitar agar kelestarian alam sekitar terpelihara. Muhammad
Taufik prihatin apabila dia membina sebuah rumah model berkonsepkan mesra alam
iaitu Rumah Ikhtiar Teknoalam di Kampung Kuantan. Projek ini dibuat bagi
memastikan rumah-rumah yang akan dibina dapat mengekalkan kelestarian alam
sekitar.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya
Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak pengajaran tentang keprihatinan dalam kedua-dua buah
novel.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita perlulah
prihatin akan keselamatan keluarga agar keselamatan mereka terjamin. Azraai
prihatin akan keselamatan Farisha apabila dia memasang Retinal Scanner di rumah
Farisha supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun
Farisha hanyalah adik angkatnya.
Pengajaran keprihatinan dalam novel Silir Daksina ialah kita mestilah prihatin
akan keperluan anak-anak agar mereka berasa disayangi. Abdul Fatah atau
Walid memberikan wang kepada anak tirinya, Haiqal yang akan ke Batu Pahat.
Walaupun hanya ayah tiri, namun Walid tetap memberikan kata-kata semangat
kepada Haiqal. Walid memahami keputusan Haiqal untuk menjejaki ayahnya,
Abdullah Kayan.

MUKA SURAT 354 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 10 – JPN PENANG 2019


(a) Latar tempat sangat penting dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan satu kepincangan
masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan
dan Mamat menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Daripada
seribu orang yang memohon hanya 25 orang sahaja yang terpilih dalam pasukan yang digelar
Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah menjalani selama setahun di kem
tersebut.
Latar tempat yang kedua adalah di Kampung Sungai Ramal. Di sinilah tempat Adnan
dan Budin berlawan tinju. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan pasukan
bola sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak puas hati. Pasukan bola
sepak dari Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh kedua-dua buah
kampung. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin
dan Adnan berdamai kerana menganggap pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak
dijalankan mengikut peraturan.
.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak
latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke Soft
Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai tubuh
Shida) telah menungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca Farisha
terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui bahawa Karl
ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang menyerahkan Farisha
kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang pula,
Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk mendekati
Farisha. Dia telah mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha sedang tidur.

MUKA SURAT 355 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di
Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan ke kampung datuk neneknya.
Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang disangkanya
cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku
kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas.
Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa. Mesyuarat
tergempar diadakan di balai raya pada pukul 10 pagi yang turut dihadiri oleh Kak
Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya suaminya diambil
tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan suaminya. Lili
memberikan cadangan agar suami Che Jah dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan kemudiannya meminta Che Jah
membuat laporan polis agar bantuan kewangan dan sumbangan dapat disalurkan
kepada keluarga Che Jah.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).
Doktor Raiha telah melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang yang cedera
akibat kemalangan dilakukan di PRPK. Kereta Doktor Uwang telah terbabas dan
melanggar tembok garaj PRPK. Doktor Uwang yang terhimpit dalam keretanya
dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Doktor Uwang telah menjalani operasi
penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak. Akibat kemalangan
tersebut, lutut dan sebelah pergelangan tangannya hancur.
Latar tempat yang kedua adalah di mahkamah keluarga. Di sinilah tempat
berlakunya perbicaraan kes keluarga antara Doktor Sadiz dan Doktor Raiha
berkaitan punca kematian Ayu berlaku di mahkamah keluarga. Di sini jugalah
tempat Doktor Sadiz menyatakan bahawa Doktor Raiha akan digantung tanpa
bertali sampai bila-bila. Doktor Raiha sedih kerana kemenangan berpihak kepada
Doktor Sadiz apabila saksi tidak hadir.

MUKA SURAT 356 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti
Wangi menuntut ilmu sebagai murid tingkatan enam atas dan bakal
menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah
memanggil Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah
telah dikunci kerana dia lewat tiba.
Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia
telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan
peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu,
Dahlia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan
di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di rumah Bazilah. Waheeda
menumpang di rumah Bazilah yang terletak di Yishun Street,
Singapura. Waheeda menumpang tinggal sementara di rumah Bazilah
kerana dia akan menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre.
Latar tempat yang kedua adalah di Silicon Medical
Centre(SMC). Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya
di SMC. Pembedahan ini telah dilakukan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh
dan Dr. Averroes atau Dr.Rushdi. Selepas menjalani pembedahan,
Waheeda diminta memakai cermin mata hitam bagi melindungi
matanya yang masih membengkak.
MUKA SURAT 357 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Kuantan. Hafsa
pergi ke Kampung Kuantan bersama-sama ayahnya, Haji Yassir. Nurul
Hafsa kecewa apabila impiannya untuk melihat banyak kelip-kelip tidak
kesampaian. Setelah menunggu beberapa lama, barulah kelihatan
beberapa ekor kelip-kelip muncul. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima
kenyataan bahawa impiannya untuk melihat kerlipan kelip-kelip secara
sinkronasi tidak akan tercapai.
Latar tempat yang kedua adalah di Perpustakaan Awam Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Di sinilah tempat Nurul Hafsa, Muhammad
Taufik dan Budiman berbincang tentang rancangan membuat projek
Kawasan Simpan Langit Gelap dan pada waktu yang sama Budiman
menyiapkan tugasannya untuk ijazah sarjana.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama.
Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang terletak di Kampung Seri
Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat membendung
kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam terhadap ayahnya. Di
pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala
Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal Haqimi
tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta maaf apabila
melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-nguis pasir pantai
di hujung kasutnya.

MUKA SURAT 358 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa kepincangan masyarakat dalam kedua-dua buah novel.
Kepincangan masyarakat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kepincangan
masyarakat yang bersikap panas baran. Seman iaitu suami Che Jah bukan sahaja seorang
yang panas baran tetapi juga kaki mabuk dan kaki judi. Seman telah memukul Haziq sehingga
cedera dan memaki hamun Haziq seperti orang kena rasuk. Sikap Seman ini menyebabkan
Rafik dan Haziq terlibat dalam kegiatan dadah dan mencuri. Mereka telah menculik Lili kerana
terpaksa melepaskan diri daripada orang yang mengejar mereka.
Kepincangan masyarakat dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah
kepincangan masyarakat yang bersikap prejudis. Nek Kiah bersikap prejudis terhadap
Embong sekeluarga. Nek Kiah meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Embong
kerana membawa nasib malang kepada Saleha sejak mereka berkahwin sehingga mempunyai
enam orang anak. Hal ini ditambah lagi dengan hasutan Seman yang memfitnah Embong
dengan mengatakan bahawa Embong membela ilmu hitam menyebabkan Saleha menjadi gila.
Nek Kiah yang percaya akan fitnah Seman, turut bersetuju dengan cadangan anaknya tersebut
untuk menjual tanah pusaka seluas seekar yang diduduki oleh keluarga Saleha dengan harga
RM15,000.00.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat beberapa kepincangan masyarakat dalam kedua-dua buah novel.
Kepincangan masyarakat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah kepincangan
masyarakat yang suka berprasangka buruk dan berfikiran negatif. Penduduk Sungai
Ramal mewakili masyarakat yang berprasangka buruk dan berfikiran negatif apabila mendapat
tahu Pak Saidi menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Penduduk kampung menjadi
gempar dan ada yang mahu menghalau Pak Saidi keluar dari kampung. Hal ini demikian
kerana mereka khuatir anak Pak Saidi akan menjadi murtad sehingga melaporkan perkara itu
kepada ketua kampung.
Kepincangan masyarakat dalam novel Tirani pula ialah kepincangan masyarakat yang
suka berprasangka buruk dan cemburu. Bazilah mewakili masyarakat yang berprasangka
buruk dan cemburu apabila melihat kemesraan hubungan antara Waheeda dengan tunangnya,
Dr. Bahari ketika Waheeda menumpang tinggal di rumah Bazilah di Yishun Street, Singapura.
Waheeda terpaksa melayani Dr. Bahari di ruang tamu kerana Bazilah sibuk menelaah dan
sering memerap di dalam bilik untuk menyiapkan kajian dan bahan tesisnya. Akibat ingin
menjaga perasaan Bazilah akhirnya Waheeda berpindah keluar dari rumah Bazilah dan tinggal
di Flamingo Resort.

MUKA SURAT 359 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat beberapa kepincangan masyarakat dalam kedua-dua buah novel.
Kepincangan masyarakat dalam novel Pantai Kasih ialah kepincangan masyarakat
yang suka berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga. Doktor Uwang mewakili
masyarakat yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga. Doktor Uwang seorang
yang suka hidup bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga, namun
beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan
dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun demikian, sikapnya yang memastikan
kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang sangat pemilih dalam mencari
teman berhibur.
Kepincangan masyarakat dalam novel Bimasakti Menari pula ialah kepincangan
masyarakat yang bersikap pendendam. Dato’ Johann Arlington-Majid mendendami Tan Sri
Muhaimin kerana lelaki itu mengahwini wanita yang dicintainya iaitu Maryam @ Marion
Wickham Abdullah. Perasaan dendam ini semakin membara apabila dia mendapati bahawa
Tan Sri Muhaimin memasuki tender menyediakan lampu mesra alam untuk menerangi Kuala
Selangor. Dia amat marah kerana tender lampunya terjejas akibat projek baharu tersebut. Dato’
Haji Mansor pula memberikan masa yang terhad untuk dia menyediakan lampu yang
pencahayaannya mesra alam. Dato’Johann berazam bahawa pada kali ini dia tidak akan tewas
lagi dengan Tan Sri Muhaimin.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
beberapa kepincangan masyarakat dalam kedua-dua buah novel.
Kepincangan masyarakat dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kepincangan masyarakat
yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Karl tidak mengakui dan mempercayai
kewujudan Tuhan. Dia telah menukarkan isterinya, Rusmina menjadi cyborg bernama Alia
kerana Rusmina tidak mahu meninggalkan agama yang dianutinya. Rusmina juga pernah
diseksa sehingga cacat oleh Karl apabila menolak meninggalkan agama. Alia ialah cyborg
canggih yang mempunyai perasaan kerana tidak semua ingatannya berjaya dipadamkan.
Kepincangan masyarakat dalam novel Silir Daksina pula ialah kepincangan masyarakat
yang bersikap pendendam. Umi tidak membenarkan Haiqal menjejaki sejarah hidup ayahnya
kerana dendam terhadap bekas suaminya itu. Umi juga tidak mahu membiayai perbelanjaan
Haiqal yang ingin ke Batu Pahat. Umi tidak mahu Haiqal menjadi seperti ayahnya yang
dianggap hidup dalam dunia yang tersendiri. Walid yang bersimpati dengan Haiqal telah
memberikan duit kepadanya. Ketika meninggalkan rumah, hanya walid dan Nurul Asiyah yang
menghantarnya ke muka pintu, manakala uminya hanya terperap di dalam bilik.

MUKA SURAT 360 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 11 – PENANG FREE SCHOOL 2019


a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran yang telah
diketengahkan oleh pengarang.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan kegigihan
watak utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita mestilah mempunyai semangat patriotik untuk
mempertahankan negara. Adnan menjadikan semangat tokoh pejuang terdahulu seperti
Tok Gajah dan Mat Kilau yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi kerana sanggup
berjuang menggadaikan nyawa demi mempertahankan negara yang tercinta.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah adil dalam membuat keputusan agar
tiada orang yang teraniaya. Tok Ketua adil dalam membuat keputusan apabila dia bertemu
terlebih dahulu dengan Pak Saidi untuk merungkaikan masalah yang wujud dalam kalangan
penduduk kampung berkaitan tindakan Pak Saidi menghantar anaknya ke sekolah Inggeris.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara. Terdapat banyak pengajaran dalam
novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita mestilah menghormati perintah ketua agar
kerja menjadi mudah. Aqram menghormati perintah ketuanya iaitu Dr. Maxi dan Karl
dengan menjejaki Farisha. Aqram telah mengambil cawan yang digunakan oleh Farisha
untuk membuat ujian DNA bagi memastikan Farisha ialah orang yang benar-benar dicari
oleh Karl untuk menyelamatkan Dinara.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah berani menegakkan kebenaran agar
dapat mengetahui rahsia sebenar. Haiqal berani mempersoalkan tindakan uminya yang
tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haiqal menyatakan bahawa darah yang mengalir
dalam dirinya ialah darah ayahnya. Haiqal tetap tidak berganjak daripada keputusannya
untuk pulang ke kampung ayahnya. Akhirnya, umi membenarkan tetapi dia tidak akan
memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal. Haiqal memaklumkan kepada ayah
tirinya bahawa dia berbuat demikian bukan untuk melukakan hati ibunya, sebaliknya
menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Ayah tirinya memahami perasaan
Haiqal dan menasihati Haiqal agar tidak berasa bimbang akan masalah kewangan
sepanjang dia berada di Johor.

MUKA SURAT 361 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah berusaha dengan gigih untuk
mencapai cita-cita yang diimpikan. Danel berusaha dengan gigih untuk menjadi
seorang penulis rencana yang terkenal dan memiliki kolumnya sendiri dalam akhbar
arus perdana. Danel telah menulis artikel tentang Remaja Jadi Pekebun Pisang
Berjaya di Tenom dan Perihal Pisang dalam buku yang berjudul Segalanya Tentang
Pisang.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah bekerjasama agar dapat
menyelesaikan masalah dengan baik. Penduduk Kampung Sentosa bekerjasama
menangkap Seman dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk didakwa di
mahkamah atas perbuatan kejamnya terhadap isteri dan anak-anaknya. Seman telah
berjaya ditangkap oleh penduduk kampung ketika dia bersembunyi di dusun.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah bersikap baik hati agar
dapat membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Doktor Raiha
baik hati apabila dia pernah menumpangkan Felicia balik ke rumahnya di
Inanam dengan keretanya sebelum Felicia memiliki kereta sendiri. Doktor
Raiha juga baik hati apabila sanggup menerima tugas bagi menjalankan
pembedahan kali keenam terhadap Unong Siron kerana dia begitu simpati
dengan nasib pesakit tersebut.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah bekerjasama agar dapat
menyelamatkan nyawa orang yang ditimpa musibah. Doktor Raiha dan
Doktor Alex Ng bekerjasama melakukan pembedahan kecemasan terhadap
Doktor Uwang yang kritikal setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Mereka terpaksa melakukan operasi penggantian sendi tulang lutut dan
sebelah pergelangan tangan Doktor Uwang yang hancur. Operasi tersebut
perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan terjadinya infeksi.

MUKA SURAT 362 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang
Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran dalam novel
ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah membantu orang
lain yang berada dalam kesusahan. Tauke Lim membantu keluarga
Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. Beliau juga memberi
hutang kepada keluarga Dahlia. Beliau ikhlas memberi wang sebanyak
RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya.
Pengajaran yang kedua ialah kita mestilah nasihat-menasihati
antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Haji Sulaiman
menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan
sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah.
Begitu juga dengan Cikgu Hisyam yang menasihati Dahlia agar ke
sekolah kerana dia merupakan pelajar yang berpotensi untuk mendapat
keputusan yang cemerlang dalam STPM.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah rajin menelaah
pelajaran untuk kejayaan pada masa depan. Waheeda rajin menelaah
pelajaran sehingga dia memperoleh ijazah dalam bidang pengurusan
perniagaan dan pelancongan. Begitu juga dengan Zahid yang rajin dan
tekun belajar di Amerika Syarikat sehingga memperoleh sarjana dalam
bidang undang-undang.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlu melayani tetamu dengan
penuh berhemah agar dapat menjaga imej keluarga. Fadhil dan
Raidah melayani tetamu dengan penuh berhemah apabila keluarga Zahid
datang ke rumahnya untuk merisik anak gadisnya, Waheeda. Sebagai ibu
bapa, mereka melayan tetamu dengan begitu baik sekali.
MUKA SURAT 363 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop. Terdapat banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah berani membuat
keputusan untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Muhammad Taufik
berani membuat keputusan apabila dia bertindak seorang diri selepas mendapat
nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa. Setelah keluar dari hospital,
Muhammad Taufik meminta ayahnya berhenti di stesen PETRONAS dengan
alasan untuk ke tandas. Namun demikian, Muhammad Taufik telah menuju ke
van putih. Kemudian, dia telah ditarik masuk ke dalam van dan diculik.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah menjaga pergaulan agar
tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan dalam agama. Budiman
menemani Nurul Hafsa ketika adiknya itu berbincang dengan Muhammad Taufik
di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin, Kuala Selangor.
Budiman menemani mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan
mereka. Sikap Budiman mengagumkan Muhammad Taufik kerana Budiman
setia menemani Nurul Hafsa sebagai saudara tua yang menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita bukan mahram.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
banyak pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah rajin berusaha agar dapat
mengatasi kesusahan hidup. Tauke Ong rajin bekerja apabila menetap di
Kampung Seri Purnama. Pada sebelah pagi dia akan menoreh getah manakala
pada sebelah petang, dia akan meraih hasil kampung seperti pinang, biji kopi,
pisang, getah beku dan getah sekerap. Hasil kerajinannya itu, dia berjaya
membeli setengah ekar tanah kebun untuk dijadikan tapak rumah.
Pengajaran yang kedua ialah kita perlulah menghormati keputusan orang
lain agar tidak menimbulkan perbalahan. Abdul Fatah iaitu bapa tiri Haiqal
Haqimi menghormati keputusan Haiqal untuk menjejaki sejarah hidup ayahnya.
Dia memberikan sokongan kepada Haiqal Haqimi dan memberikan wang belanja
untuk kegunaan anaknya itu sepanjang berada di Kampung Seri Purnama.

MUKA SURAT 364 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah Lili
manakala watak utama dalam novel Songket Berbenang Emas ialah Dahlia. Terdapat
banyak persoalan kegigihan watak utama dalam kedua-dua buah novel.
Persoalan kegigihan dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah persoalan
kegigihan mencari rahsia jendela menghadap jalan. Lili gigih berusaha mencari rahsia
tentang sebab-sebab kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai
jendela menghadap jalan sehinggalah nenek sendiri menceritakan rahsia bahawa jendela
tersebut direka sedemikian supaya senang penduduk kampung mengintai pergerakan
Bintang Tiga yang menyusup ke kampung-kampung.
Persoalan kegigihan dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah persoalan
kegigihan dalam menuntut ilmu. Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam
kemiskinan dan menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang sakit dan
ayahnya yang dipatuk ular. Atas kegigihannya itu, maka mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan dan telah ditawarkan melanjutkan pelajaran di Jepun.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb
Sabariah. Watak utama dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Leftenan Adnan
manakala watak utama dalam novel Tirani ialah Waheeda. Terdapat banyak persoalan
kegigihan watak utama dalam kedua-dua buah novel.
Persoalan kegigihan dalam novel Leftenan Wira Bangsa ialah persoalan
kegigihan menjalani latihan ketenteraan. Adnan gigih menjalani latihan ketenteraan
sehingga mendapat pangkat leftenan. Beliau gigih menjalani latihan ketenteraan yang
keras dan penuh disiplin di Kem Haig Lines, Port Dickson. Beliau turut mempelajari ilmu
agama dan undang-undang di kem tersebut. Selain itu, beliau dilatih menggunakan
senjata api, teknik mempertahankan diri dan gerak gempur.
Persoalan kegigihan dalam novel Tirani pula ialah persoalan kegigihan dalam
mempertahankan rumah tangga. Waheeda gigih mempertahankan rumah tangganya
yang hampir runtuh bersama Zahid dengan membuat ujian DNA bagi membuktikan
bahawa bayi yang dilahirkannya merupakan anaknya dan Zahid. Namun begitu, akhirnya
Zahid tetap menceraikan Waheeda tanpa meneliti ujian DNA. Perceraian ini memberikan
tekanan yang hebat kepada Waheeda sehingga dia kemurungan.
MUKA SURAT 365 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop. Watak utama dalam novel Pantai Kasih ialah Doktor Raiha manakala watak
utama dalam novel Bimasakti Menari ialah Nurul Hafsa. Terdapat banyak persoalan
kegigihan watak utama dalam kedua-dua buah novel
Persoalan kegigihan dalam novel Pantai Kasih ialah persoalan kegigihan
mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Raiha tetap gigih dan belajar
dengan tekun untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah walaupun mendapat
tentangan daripada ayahnya. Bagi ayahnya, kerjaya sebagai doktor bedah tidak sesuai
untuk wanita kerana memerlukan penelitian dalam menjalankan tugas. Sebaliknya, ayah
Raiha beranggapan bahawa wanita hanya sesuai menjadi suri rumah tangga sahaja.
Persoalan kegigihan dalam novel Bimasakti Menari ialah persoalan kegigihan
mendapatkan sokongan kerajaan terhadap projek yang akan dijalankan. Nurul Hafsa
gigih mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit
Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Nurul Hafsa membentangkan rancangan projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar. Hasil kegigihan mereka,
Menteri Besar menyokong projek tersebut dan berharap agar kontraktor yang dipilih
mampu menyediakan lampu seperti yang dikehendaki.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Watak
utama dalam novel Di Sebalik Dinara ialah Farisha manakala watak utama dalam novel
Silir Daksina ialah Haiqal. Terdapat banyak persoalan kegigihan watak utama dalam
kedua-dua buah novel.
Persoalan kegigihan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah persoalan kegigihan
untuk memajukan syarikat. Farisha gigih memajukan syarikat perunding keselamatan
sistem komputer iaitu Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd yang ditubuhkannya bersama
Rosman. Mereka telah menerima tawaran projek yang lumayan di Senawang dan Soft
Lab. Mereka menerima tawaran tersebut demi memajukan syarikat bersama itu.
Persoalan kegigihan dalam novel Silir Daksina ialah kegigihan berlatih untuk
memberikan persembahan terbaik. Haiqal Haqimi gigih berlatih menari tarian zapin
daripada Pak Cik Bakar dan Lazim. Haiqal menari mengikit langkah kaki dan lenggok
badan Pak Cik Bakar. Haiqal turut belajar tarian zapin secara teori dengan Pak Cik Bakar
di warung Wak Min.
MUKA SURAT 366 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 12 – PPD LIMBANG, SARAWAK 2019


(a) Salah satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Jelaskan dua persoalan ketabahan dalam sebuah novel yang anda kaji.
[7 markah]

(b) Saspens juga dikenali dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam novel yang
menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang
peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa saspens bagi setiap
novel tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan seorang lelaki menghadapi
kematian ahli keluarga yang disayangi. Pak Saidi tabah menghadapi kematian dua orang anaknya
dalam masa seminggu iaitu Ahmad dan Adnan. Kemudian, Pak Saidi juga berhadapan dengan
kehilangan isteri, iaitu Mak Milah yang bersama-samanya mengharungi segala pahit getir kehidupan. Pak
Saidi tabah menerima ujian itu kerana baginya setiap yang diberikan oleh Allah adalah untuk
meningkatkan keimanan dan ketakwaan hamba-Nya.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan akibat dihina oleh penduduk
kampung. Pak Saidi dihina dan dicemuh oleh penduduk kampung kerana ketegasan untuk meneruskan
hasratnya menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Penduduk kampung beranggapan bahawa sikap Pak
Saidi yang menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris boleh memesongkan akidah mereka. Hasil
ketabahan Pak Saidi ini membolehkan anak-anaknya berjaya dan dapat menguasai bahasa Inggeris

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat
banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan menghadapi dugaan. Farisha
tabah apabila mengetahui bahawa dia ialah anak angkat keluarga Azraai. Azraai telah menyerahkan fail
yang mengandungi dokumen semasa arwah ayah Azraai menjadikan Farisha sebagai anak angkat.
Peristiwa ini menyebabkan Farisha sangat terkejut dan berasa sedih kerana tidak dapat menerima
kenyataan bahawa dia hanyalah anak angkat kepada arwah ibu bapa mereka. Akibat terlalu kecewa,
Farisha telah mencampakkan fail tersebut ke dalam almari kerana tidak sampai hati untuk membuka dan
meneliti dokumen tersebut.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan seorang ibu apabila terpisah
daripada anak. Marilyn/Medina tabah apabila dipisahkan daripada anaknya, Farisha kira-kira 26 tahun
yang lalu. Oleh sebab terlalu rindu, Marilyn telah mengarahkan Farid dan Amin untuk menculik Farisha.
Hal ini berlaku demikian kerana Marilyn tidak sanggup melihat Karl menjadikan Farisha sebagai bahan uji
kaji dengan menanam pelbagai implan ke dalam tubuh Farisha. Karl telah menuduh Marilyn cuba
membunuh Farisha dan melarikan diri. Farisha kemudiannya telah terpisah dengan ibunya apabila Dr.
Maxi menyerahkannya kepada keluarga angkat Farisha.

MUKA SURAT 367 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan pengamal
perubatan tradisional. Datuk Lili tabah apabila Danel mempertikaikan pantang
larang dalam proses rawatan tradisional menyukarkannya untuk membawa William
mendapatkan rawatan moden. Walaupun datuk cuba mempertahankan kaedah
rawatannya, namun Danel tetap bertegas mahu menggunakan kaedah perubatan
moden terhadap ayahnya. Datuk kecewa kerana anak muda sekarang ini hanya
melihat sesuatu yang ada di hadapan mata sahaja, namun maksud tersiratnya tidak
diketahui.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan menghadapi
masalah keluarga. Che Jah tabah menghadapi masalah keganasan rumah tangga
yang berpunca daripada sikap panas baran, kaki mabuk dan kaki judi suaminya.
Sikap Seman telah menyebabkan kerosakan akhlak kedua-dua orang anaknya
sehingga menjadi pencuri dan terlibat dengan dadah. Akhirnya, Che Jah setuju
membuat laporan polis atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh suaminya.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan dalam novel Pantai Kasih ialah persoalan ketabahan
menghadapi kegagalan rumah tangga. Doktor Raiha tabah menghadapi
kegagalan rumah tangga dengan Doktor Sadiz terutama selepas kelahiran anak
mereka yang kurang sempurna. Kejadian Ayu disambar api kereta mewah milik
Doktor Sadiz merupakan kemuncak kemarahan suaminya itu. Doktor Sadiz
melafazkan bahawa dia tidak akan melepaskan Doktor Raiha sebaliknya akan
meninggalkan Doktor Raiha gantung tiada bertali sepanjang hayat.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan menerima
ujian Tuhan. Ibu Unong Siron tabah menerima ujian Tuhan apabila anaknya telah
menjalani pembedahan sendi pinggul sebanyak enam kali. Malahan dia terpaksa
membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan merawat anaknya di Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Ibu Unong Siron tidak lokek untuk membelanjakan wang
insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti orang lain.

MUKA SURAT 368 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan
berhadapan dengan cabaran hidup. Embong tabah menghadapi cabaran
hidup kerana kemiskinan dan masalah penjagaan anak-anaknya yang masih
kecil selepas Saleha jatuh sakit. Embong juga berhadapan dengan masalah
anak lelaki tunggalnya, Abu Bakar yang menjadi gelandangan dan enggan
membantunya untuk memikul bebanan keluarga.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan apabila
berhadapan dengan pandangan hina orang lain. Dahlia tabah apabila
berhadapan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Aton bahawa dirinya
menjadi punca kematian Said. Hakikatnya, Dahlia cuba menyelamatkan Said
yang lemas di dalam sungai. Dahlia sanggup terjun ke dalam sungai walaupun
arusnya sungai deras. Walaupun telah berusaha namun Dahlia gagal
menyelamatkan Said dan peristiwa ini amat mengecewakannya.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan
menghadapi konflik dalam rumah tangga. Waheeda tabah menghadapi
konflik dalam rumah tangga apabila Zahid menuduhnya mempunyai hubungan
sulit dengan pelancong dari Dubai. Sikap cemburu buta Zahid ini tidak
berkesudahan apabila Waheeda diceraikan oleh Zahid dengan talak satu di
hadapan ibu dan ayah Waheeda. Hal ini dikatakan demikian kerana Zahid
meragui wajah bayi mereka yang tidak mewarisi kecantikan Waheeda.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan
berhadapan dengan ejekan rakan-rakan. Waheeda tabah menghadapi ejekan
rakan-rakan seperti Si Nuar, Si Man dan Si Mat Gusi sewaktu zaman
persekolahannya kerana memiliki hidung yang pesek. Waheeda sering kali
menangis kerana diejek oleh rakan-rakannya dan berasakan dirinya tidak cantik
seperti orang lain.

MUKA SURAT 369 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan
berhadapan dengan cabaran hidup. Muhammad Taufik tabah berhadapan
dengan cabaran apabila dia telah dicederakan dan diculik oleh penjahat yang
diupah oleh Dato’ Johann Arlington-Majid. Ujian yang datang tidak sedikit pun
mematahkan semangatnya untuk menjayakan projek Kuala Selangor Kawasan
Simpan Langit Gelap bersama Nurul Hafsa.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan dalam
kehidupan akibat perceraian ibu bapa. Muhammad Taufik tabah apabila
terpaksa berjauhan dengan bapanya kerana meneruskan pendidikan di Otago,
New Zealand setelah ibu bapanya bercerai. Selepas menamatkan pengajian,
Muhammad Taufik kembali ke Malaysia dan tinggal bersama Tan Sri Muhaimin
menyebabkan dia hanya dapat berjumpa ibunya sekali-sekala sahaja.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak persoalan ketabahan dalam novel ini.
Persoalan ketabahan yang pertama ialah persoalan ketabahan menjalani
kehidupan tanpa kasih sayang daripada ayah. Haiqal tabah menjalani
kehidupan tanpa pernah merasai kasih sayang seorang ayah kandung selepas
ibu bapanya bercerai. Abdullah bin Kayan dan uminya berpisah ketika dia berusia
tiga tahun. Haiqal mengikuti uminya tinggal di Kuala Terengganu manakala
ayahnya tinggal di Batu Pahat. Haiqal tidak sempat bersua dengan ayahnya
apabila ayahnya meninggal dunia ketika dia sedang menduduki UPSR. Haiqal
hanya menumpang kasih sayang seorang ayah tiri yang dipanggil walid.
Persoalan ketabahan yang kedua ialah persoalan ketabahan menjalani
kehidupan tanpa anak kesayangan di sisi. Abdullah bin Kayan tabah menjalani
kehidupan tanpa kehadiran anak kesayangannya Haiqal. Dia berusaha untuk
membawa Haiqal tinggal bersama-sama dengannya tetapi tidak dibenarkan oleh
bekas isterinya. Oleh sebab itu, Abdullah bin Kayan sanggup menumpahkan kasih
sayang terhadap See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. See Hwa dianggap
sebagai anak kandung oleh Abdullah bin Kayan. Abdullah bin Kayan juga menulis
manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap Haiqal
MUKA SURAT 370 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat banyak peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam kedua-dua buah novel
tersebut.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Jendela Menghadap Jalan
ialah peristiwa tentang kehilangan kubah. Kehilangan kubah secara tiba-tiba menimbulkan
unsur saspens menyebabkan penduduk kampung mengesyaki pencuri kubah itu ialah Rafik
dan Haziq. Malah ada penduduk kampung yang telah bersiap sedia untuk menyoal siasat Haziq
yang baru sahaja dipukul dengan teruk oleh Seman. Akhirnya, teka-teki ini terjawab apabila
pembaca mengetahui bahawa pencuri kubah yang sebenarnya ialah Seman setelah Che Jah
membongkar perbuatan suaminya itu.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Songket Berbenang Emas
ialah peristiwa Embong dipatuk oleh ular tedung ketika hendak mandi untuk ke masjid
bagi menunaikan solat Jumaat. Peristiwa ini menimbulkan unsur saspens kerana pembaca
tertanya-tanya akan nasib Dahlia dan adik-adiknya seandainya Embong tiada lagi. Hal ini
dikatakan demikian kerana Embong bertarung nyawa akibat bisa patukan ular tedung manakala
Saleha masih dirawat di hospital. Akhirnya, pelbagai persoalan yang bermain-main dalam
fikiran pembaca terjawab apabila Embong kembali pulih dan selamat daripada bisa patukan
ular tedung setelah seminggu berada di Hospital Batu Pahat.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
ialah peristiwa kedatangan askar Jepun yang memakai turban. Askar Jepun itu
menyamarkan diri sebagai askar Sikh. Peristiwa ini menimbulkan perasaan ingin tahu sama
ada dia benar-benar askar Sikh atau tidak. Akhirnya teka-teki pembaca terjawab apabila Adnan
sedar akan penyamaran tersebut dan tentera Jepun yang menyamar sebagai askar Sikh telah
dibunuh.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Tirani ialah peristiwa
Waheeda kemurungan dan tidak bersemangat untuk meneruskan perniagaan. Peristiwa
ini menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca sama ada Waheeda akan pulih ataupun tidak.
Untuk mengetahuinya, pembaca perlu meneruskan pembacaan dan mendapat ibu Waheeda
iaitu Raidah banyak memberikan sokongan dan dorongan kepadanya sehingga Waheeda
berjaya mengatasi masalah kemurungan. Waheeda turut berjaya membuka cawangan chalet di
Cameron Highlands.

MUKA SURAT 371 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam kedua-dua buah novel
tersebut.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa
punca kematian anak perempuan Doktor Raiha iaitu Rohayu bin Sadiz. Dari awal
sehingga akhir, pembaca tidak mendapat gambaran yang jelas tentang punca
kematian Ayu. Pembaca berasa lega dan begitu juga Doktor Raiha apabila pada akhir
cerita Felicia telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian Ayu. Kemunculan
Ayu secara tiba-tiba menyebabkan dia disambar oleh api yang marak.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Bimasakti Menari ialah
peristiwa Muhammad Taufik menerima nota dalam jambangan bunga. Muhammad
Taufik telah menerima nota agar dia pergi ke stesen PETRONAS pada hari Jumaat
jam 8.30 pagi. Nota tersebut telah dimasukkan dalam jambangan bunga . Muhammad
Taufik terkejut apabila melihat kerongsang mutiara berharga RM10.00 kepunyaan
Nurul Hafsa tersemat pada selendang itu. Peristiwa ini mengandungi unsur saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tindakan yang bakal dilakukan oleh Muhammad Taufik
setelah menerima nota tersebut yang pastinya membuktikan bahawa Nurul Hafsa dalam
keadaan bahaya.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam kedua-dua buah novel tersebut.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa Farisha tiba-tiba pengsan di makmal Soft Lab. Farisha yang sihat tiba-tiba
pengsan di Soft Lab menimbulkan prasangka buruk pada fikiran Dr. Maxi yang
kemungkinan Farisha mengandung. Akhirnya, teka-teki ini terjawab apabila pembaca
mengetahui punca Farisha pengsan adalah kerana dia telah diserang oleh virus yang
digodam oleh musuh mereka dan bukannya disebabkan oleh mengandung atau sakit.
Peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa
Cikgu Zam sering terkenang akan Aiman ketika melihat anak-anak Tauke Lim. Cikgu
Zam terlalu merindui anaknya itu. Sikap Cikgu Zam yang perahsia menyebabkan tiada
siapa yang mengetahui identiti Aiman. Akhirnya, perasaan ingin tahu terjawab apabila
identiti Aiman didedahkan oleh penulis. Aiman dan Haiqal ialah orang yang sama iaitu anak
yang sangat dirindui oleh Abdullah bin Kayan atau Cikgu Zam.

MUKA SURAT 372 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 13 – SMK CHUNG HWA, MIRI, SARAWAK


(a) Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang.
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel yang anda
pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, kemukakan satu peristiwa pada peleraian setiap
novel dan huraikan pengajaran daripada peleraian tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Mak Milah dan Pak Saidi terhadap anak-
anak. Mak Milah dan Pak Saidi menyayangi anak-anaknya iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah dengan
memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Kesemua anaknya diberikan didikan
agama, ilmu kepahlawanan dan pendidikan Inggeris. Mereka berbuat demikian dengan harapan agar
anak-anak mereka akan menjadi anak-anak yang berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara.
Bagi Pak Saidi, anak-anaknya perlu belajar daripada bangsa yang berjaya supaya mendapat ilmu
pengetahuan yang tinggi.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang antara apabila Tauke Chong bersedia
menjual basikal baharu kepada Pak Saidi dengan bayaran secara ansuran bagi menggantikan
basikal Pak Saidi yang telah dirosakkan oleh Nordin. Nordin merosakkan basikal Pak Saidi kerana
mahu membalas dendam kepada Pak Saidi . Nordin menyalahkan Pak Saidi yang telah
menyebabkannya teruk dipukul olah bapanya setelah mendapat tahu kelakuan buruknya mencuri buah-
buahan penduduk kampung.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Farisha terhadap abangnya, Azraai.
Farisha menangis teresak-esak selepas mendapat tahu abangnya Azraai disahkan oleh doktor
mempunyai masalah jantung. Farisha memeluk Azraai sekuat-kuat hatinya apabila dia mengetahui berita
tersebut. Pada malam itu, dia tidak dapat melelapkan matanya kerana menangis apabila memikirkan hal
tersebut.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang antara Marilyn / Medina terhadap anaknya,
Farisha. Dia cuba melindungi Farisha apabila dia tidak sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl
yang begitu taasub terhadap sains. Karl telah menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang
ubat bius untuk menjadikan dia kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya dia
cuba menjejaki Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan menyatakan
perasaan sayangnya kepada Farisha.

MUKA SURAT 373 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih
sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang sesama sahabat apabila
Danel telah menyelamatkan Lili. Lili yang telah diculik dan dijadikan tebusan oleh
Haziq dan Rafik di sebuah pondok usang di hujung kampung telah diselamatkan oleh
Danel seorang diri pada waktu malam. Kesan daripada sikap tanggungjawab Danel ini
maka Lili dapat diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Lili terhadap ibunya. Lili
menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya
pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak
bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan
perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira
dan Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh
melakukan kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Doktor Raiha terhadap
anaknya, Rohayu walaupun anaknya itu cacat sebelum dilahirkan lagi. Doktor
Raiha enggan mengikut kehendak Doktor Sadiz yang memintanya menggugurkan
kandungan. Baginya, Rohayu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih
sayangnya. Doktor Raiha banyak menghabiskan masa melayani Rohayu berbanding
bekas suaminya, Doktor Sadiz selepas Rohayu dilahirkan. Doktor Sadiz
mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat penjagaan jauh dari tempat mereka
bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai.
Peristiwa kasih sayang yang kedua ialah peristiwa kasih sayang ayah
terhadap Doktor Raiha. Ayah Doktor Raiha menyayanginya apabila dia menasihati
Doktor Raiha supaya tidak memilih Doktor Sadiz sebagai suaminya kerana Doktor
Sadiz merupakan seorang yang angkuh dan telah berumur. Raiha yang tetap berdegil
dengan keputusannya telah menerima lamaran Doktor Sadiz seorang Pakar Perunding
Pembedahan yang merupakan seorang duda beranak dua yang usianya lebih tua
daripada usia bapa Raiha. Ayah Doktor Raiha mengingatkan Doktor Raiha agar tidak
menyesal dengan keputusan yang dibuatnya nanti.

MUKA SURAT 374 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang
dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Embong terhadap
Saleha. Embong bermonolog agar Saleha bersabar untuk sehari dua lagi dengan
mematuhi nasihat doktor dan akur untuk makan ubat sekiranya dia masih sakit. Dia
amat yakin bahawa isterinya akan sembuh. Embong berdoa siang dan malam agar
isterinya sembuh. Embong tidak sabar menunggu waktu mereka sekeluarga dapat
berkumpul.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Dahlia terhadap neneknya.
Dahlia tetap menjaga neneknya dengan menyuapkan bubur ketika neneknya sakit.
Dahlia turut meminta neneknya agar tinggal bersama-sama mereka sekeluarga apabila
sembuh nanti kerana mereka adik-beradik boleh memantau kesihatan nenek. Selama
tinggal dua hari di wad, hanya anak-anak Saleha yang menjaganya. Sikap
bertanggungjawab Dahlia ini telah berjaya merobohkan tembok kesombongan nenek
yang selama ini bersikap prejudis dengan mereka sekeluarga.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Waheeda terhadap
Zahid. Waheeda begitu menyayangi Zahid dan amat terkesan dengan sikap dingin
Zahid terhadapnya. Zahid jarang pulang ke Tajau Emas dan sekiranya Zahid datang,
kedatangannya itu hanya menambahkan luka di hati Waheeda. Perasaan sayang dan
cinta terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Waheeda mengalami
kemurungan apabila Zahid melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan
keluarganya. Waheeda terpaksa mendapatkan rawatan dengan Dr. Qamariah untuk
mengatasi masalah kemurungannya.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Raidah terhadap
Waheeda. Raidah sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama
dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya di Silicon Medical
Centre. Raidah juga sanggup menjaga Waheeda ketika anaknya itu bersalin di
Hospital Pakar Normah, Kuching serta menemani Waheeda untuk mendapatkan
rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan
Islam(Pusrawi), Kuala Lumpur.

MUKA SURAT 375 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu binti Mohd Yusop. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai
kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Muhammad Taufik
terhadap ibu bapanya. Muhammad Taufik tidak pernah sangsi akan kasih sayang
yang diterima daripada kedua-dua ibu bapanya walaupun mereka telah berpisah.
Muhammad Taufik bersyukur apabila ibunya, Maryam Wickham datang ke Malaysia
walaupun seketika. Muhammad Taufik akan menghabiskan setiap detik yang ada
untuk berbual-bual dengan ibunya itu. Bagi Muhammad Taufik, dia percaya bahawa
kasih sayang, darah dan daging, jiwa dan minda tidak mengenal sempadan tempat
dan zon masa.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Maryam Wickham
Abdullah terhadap Muhammad Taufik. Maryam Wickham meluahkan perasaan
sayang dan rindunya kepada Muhammad Taufik semasa dia datang ke rumah
Muhammad Taufik. Maryam Wickham juga mengambil berat tentang projek Ikhtiar
Teknoalam yang diusahakan oleh anaknya. Ikhtiar Teknoalam ialah sebuah projek
pembinaan rumah mesra alam untuk tujuan komersial yang sedang diusahakan oleh
Muhammad Taufik. Walaupun dipisahkan oleh benua dan lautan, Maryam Wickham
dan Muhammad Taufik mempunyai minat yang sama.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Abdullah Kayan
terhadap anaknya, Haiqal. Meskipun telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin
Kayan tidak pernah melupakan Haiqal. Dia menangis teresak-esak apabila merindui
Haiqal. Kasih sayang terhadap anaknya dicurahkan kepada Ong See Hwa yang
sebaya dengan Haiqal. Dia juga meninggalkan rumah, tanah, dan wang untuk Haiqal
dengan mengamanahkan Tauke Ong untuk menguruskan harta-hartanya tersebut.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Abdullah Kayan terhadap
See Hwa. Abdullah Kayan sanggup menumpahkan kasih sayang terhadap See Hwa
dan menulis manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap anaknya, Haiqal.
Abdullah Kayan menumpangkan See Hwa ke sekolah. Apabila melihat See Hwa, dia
terbayang-bayang akan anaknya, Haiqal segak berpakaian sekolah. Abdullah Kayan
tidak dapat menemui anaknya itu sehingga dia meninggal dunia.

MUKA SURAT 376 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa golongan tua
Kampung Sentosa mempertahankan kampung daripada pembangunan kerana
mereka bimbang pembangunan akan merampas kampung yang dimiliki oleh
mereka. Golongan tua di Kampung Sentosa mahu golongan muda turut
bersama-sama mempertahankan kampung mereka. Peristiwa ini dapat memberikan
teladan kepada pembaca agar mempertahankan warisan negara daripada
dimusnahkan agar dapat dilihat oleh generasi demi generasi.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa Dahlia yang terpilih
mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama
empat tahun di Jepun. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan oleh pembaca agar
berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran agar memperoleh keputusan
cemerlang walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam hidup.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip bin Talib manakala di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb
Sabariah.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca dalam novel Leftenan Adnan ialah peristiwa Pak Saidi berjaya membunuh
beberapa orang tentera Jepun dengan sebilah keris pusaka peninggalan
ayahnya. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan oleh pembaca kerana kita haruslah
bersemangat cinta akan negara dan berjuang sehingga titisan darah terakhir demi
mempertahankan keselamatan negara.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca dalam novel Tirani ialah peristiwa Waheeda dan Ghazi membeli dan
mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di
Cameron Highlands dan menukarkan nama chalet tersebut kepada Aya-Sajinah.
Peristiwa ini dapat dijadikan teladan oleh pembaca kerana kita haruslah gigih berusaha
dalam apa-apa jua pun bidang yang kita ceburi demi mencapai kejayaan yang
cemerlang dan membanggakan ahli keluarga.

MUKA SURAT 377 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa Felicia memohon maaf daripada
Doktor Raiha kerana merahsiakan cerita sebenar tentang kematian Ayu. Doktor
Raiha mempersoalkan sikap Felicia yang tidak berani tampil sebagai saksi sewaktu
perbicaraan dengan Doktor Sadiz di mahkamah keluarga. Felicia yang terlibat
dalam komplot kematian Rohayu telah mengalami masalah kemurungan dan stres
yang berat. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar berani
menegakkan kebenaran supaya hidup tidak tertekan dengan perkara tidak baik yang
dirahsiakan tersebut.
Peristiwa pada bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca dalam novel Bimasakti Menari ialah peristiwa Tan Sri Muhaimin dinikahkan
semula dengan Maryam di Masjid Jamik Sultan Ibrahim, Selangor. Tan Sri
Muhaimin berasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana anak dan isterinya telah kembali
kepadanya. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan oleh pembaca agar mengelakkan
perceraian yang bukan sahaja memisahkan anak dengan ibu bapa malahan juga
memberikan kesan yang mendalam kepada mereka.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa
kematian Karl. Kematian Karl pada pukul 7.00 malam menjadikan Farisha orang
yang terakhir bertemu dan bercakap dengan Karl. Farisha tetap menyayangi Karl
walaupun dia anak tidak sah taraf. Pertemuan dengan Karl merupakan pertemuan
yang pertama dan terakhir sebelum Karl menghembuskan nafas yang terakhir.
Pengajaran yang diperoleh daripada peleraian tersebut ialah kita haruslah menyayangi
ibu bapa walaupun mereka pernah melakukan kesalahan terhadap kita.
Peristiwa pada bahagian peleraian dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa
semasa umi menyaksikan persembahan Haiqal. Umi memaafkan Haiqal apabila
dia hadir menyaksikan Haiqal menari tarian zapin jincat. Dengan kehadiran umi
maka dendam umi terhadap ayahnya terhapus apabila dia ke kubur arwah
suaminya itu. Akhirnya, umi Haiqal sedar bahawa darah yang mengalir dalam
tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Pengajaran yang diperoleh daripada
peleraian tersebut ialah kita haruslah menyedari kesilapan diri agar perselisihan faham
dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
MUKA SURAT 378 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 14 – PERCUBAAN NEGERI SELANGIR (SET 1) 2019


(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan teknik pemerian yang
terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan
dan Mamat menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson.
Daripada seribu orang yang memohon hanya 25 orang sahaja yang terpilih dalam pasukan
yang digelar Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah menjalani selama
setahun di kem tersebut.
Latar tempat yang kedua adalah di Kampung Sungai Ramal. Di sinilah tempat
Adnan dan Budin berlawan tinju. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan
pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak puas hati.
Pasukan bola sepak dari Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh
kedua-dua buah kampung. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan
hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana menganggap pertandingan tersebut tidak
sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat
banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke
Soft Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai
tubuh Shida) telah mengungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan
punca Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha
mengetahui bahawa Karl ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah
yang menyerahkan Farisha kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang
pula, Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk
mendekati Farisha. Dia telah mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha sedang
tidur.

MUKA SURAT 379 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di
Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan ke kampung datuk neneknya.
Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang disangkanya
cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan
buku kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas.
Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa.
Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya pada pukul 10 pagi yang turut
dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya
suaminya diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan
suaminya. Lili memberikan cadangan agar suami Che Jah dihantar ke pusat
pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan
kemudiannya meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan
dan sumbangan dapat disalurkan kepada keluarga Che Jah.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK). Doktor Raiha telah melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang
yang cedera akibat kemalangan dilakukan di PRPK. Kereta Doktor Uwang telah
terbabas dan melanggar tembok garaj PRPK. Doktor Uwang yang terhimpit
dalam keretanya dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Doktor Uwang telah
menjalani operasi penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak.
Akibat kemalangan tersebut, lutut dan sebelah pergelangan tangannya hancur.
Latar tempat yang kedua adalah di mahkamah keluarga. Di sinilah
tempat berlakunya perbicaraan kes keluarga antara Doktor Sadiz dan Doktor
Raiha berkaitan punca kematian Ayu berlaku di mahkamah keluarga. Di sini
jugalah tempat Doktor Sadiz menyatakan bahawa Doktor Raiha akan digantung
tanpa bertali sampai bila-bila. Doktor Raiha sedih kerana kemenangan berpihak
kepada Doktor Sadiz apabila saksi tidak hadir.

MUKA SURAT 380 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti
Wangi menuntut ilmu sebagai murid tingkatan enam atas dan bakal
menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah
memanggil Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah
telah dikunci kerana dia lewat tiba.
Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia
telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan
peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu,
Dahlia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan
di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di rumah Bazilah. Waheeda
menumpang di rumah Bazilah yang terletak di Yishun Street,
Singapura. Waheeda menumpang tinggal sementara di rumah Bazilah
kerana dia akan menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre.
Latar tempat yang kedua adalah di Silicon Medical
Centre(SMC). Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya
di SMC. Pembedahan ini telah dilakukan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh
dan Dr. Averroes atau Dr.Rushdi. Selepas menjalani pembedahan,
Waheeda diminta memakai cermin mata hitam bagi melindungi
matanya yang masih membengkak.
MUKA SURAT 381 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Kuantan. Hafsa
pergi ke Kampung Kuantan bersama-sama ayahnya, Haji Yassir.
Nurul Hafsa kecewa apabila impiannya untuk melihat banyak kelip-
kelip tidak kesampaian. Setelah menunggu beberapa lama, barulah
kelihatan beberapa ekor kelip-kelip muncul. Akhirnya, Nurul Hafsa
menerima kenyataan bahawa impiannya untuk melihat kerlipan kelip-
kelip secara sinkronasi tidak akan tercapai.
Latar tempat yang kedua adalah di Perpustakaan Awam Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Di sinilah tempat Nurul Hafsa,
Muhammad Taufik dan Budiman berbincang tentang rancangan
membuat projek Kawasan Simpan Langit Gelap dan pada waktu yang
sama Budiman menyiapkan tugasannya untuk ijazah sarjana.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama.
Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang terletak di Kampung
Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat
membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam
terhadap ayahnya. Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin
dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala
Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal
Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta
maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-
nguis pasir pantai di hujung kasutnya.
MUKA SURAT 382 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak teknik pemerian yang
digunakan oleh pengarang dalam kedua-dua buah novel.
Teknik pemerian dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah pengarang
memerihalkan keadaan Haziq kerana dipukul oleh Seman. Darah mengalir dari
bibir Haziq yang pecah. Matanya tidak bermaya ketika dia berkalih ke kiri untuk
mengelakkan sepakan Seman yang benar-benar seperti orang hilang akal. Dari
dalam rumah Che Jah pula sedang meraung meminta cerai dan riuh suara wanita
yang sedang menyabarkannya.
Teknik pemerian dalam Songket Berbenang Emas ialah pengarang
memerihalkan peristiwa Embong dibelit oleh ular sawa. Ular yang sudang
tergantung pada pokok lain menjuntaikan kepalanya ke arah Embong. Embong
terjatuh. Ular itu membelit kakinya kemudian ke badan. Embong meronta-ronta.
Embong mengumpul tenaga lalu berjaya mencekak leher ular dan berlaku
pergelutan.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya
Beb Sabariah. Terdapat banyak teknik pemerian yang digunakan oleh pengarang
dalam kedua-dua buah novel.
Teknik pemerian dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah pengarang
menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu
pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang. Dia berlagak seperti Hang
Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum
melihat telatah anaknya itu.
Teknik pemerian dalam novel Tirani ialah pengarang memerihalkan upacara
menyarung cincin perkahwinan pengantin lelaki di jari pengantin perempuan.
Waheeda tersenyum mengalu-alukan Makcik Hazimah ibu saudara Zahid lalu
menghulurkan tangan kanannya. Kemudian Makcik Hazimah menyarungkan cincin
pemberian Zahid di jari Waheeda. Waheeda mencium tangan suaminya,Zahid lalu
Zahid merapatkan wajahnya ke hadapan dan mencium dahi isterinya.

MUKA SURAT 383 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak teknik pemerian yang digunakan oleh
pengarang dalam kedua-dua buah novel.
Teknik pemerian dalam novel Pantai Kasih ialah pengarang memerihalkan
keadaan Doktor Uwang di pusat hiburan. Doktor Uwang memerhatikan para
pengunjung pusat hiburan bertambah ramai. Mereka semuanya datang
berpasangan dan meliang-liuk menari mengikut tempo irama muzik di lantai pusat
hiburan tersebut.
Teknik pemerian dalam novel Bimasakti Menari ialah pengarang
memerihalkan Muhammad Taufik yang sedang memerhatikan Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik memerhatikan Nurul Hafsa yang sedang berhadapan dengan
serangan daripada kumpulan pemerhati bintang cilik dan pengiring-pengiring
mereka. Nurul Hafsa sederhana tinggi, susuk tubuhnya tidak terlalu kurus dan tidak
pula berisi. Ada bayang-bayang lasak walaupun Nurul Hafsa mengenakan baju
kurung dan blazer.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya
Dayang Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak teknik pemerian yang digunakan oleh pengarang dalam
kedua-dua buah novel.
Teknik pemerian dalam novel Di Sebalik Dinara ialah pengarang
menceritakan tentang suasana dalam simposium yang dihadiri oleh Farisha
dan Rosman. Simposium ini dihadiri oleh ratusan orang. Masing-masing dilengkapi
sebuah iPad. Farisha telah mengambil iPad daripada robot. Farisha menekan
butang Home lalu ikon My Desktop muncul di skrin iPad menggantikan mesej-mesej
selamat datang dan arahan-arahan daripada robot tadi. Farisha kecewa apabila
hanya hologram Phillips Young yang menyampaikan ucaptama kerana beliau
berada di Florida.
Teknik pemerian dalam novel Silir Daksina ialah pengarang memerihalkan
keadaan Haiqal ketika dia membelek manuskrip Abdullah Kayan. Haiqal
membelek manuskrip daripada Ai Ling. Haiqal memikirkan sama ada Ai Ling dan
Ong See Hwa ialah orang yang sama seperti yang dilukiskan wataknya oleh
ayahnya. Ataupun Ai Ling hanyalah watak yang sengaja diciptakan oleh ayahnya.
MUKA SURAT 384 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 15 – PERCUBAAN NEGERI SELANGIR (SET 2) 2019


(a) Berdasarkan sinopsis yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan tanggungjawab bagi setiap novel.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.

Sinopsis novel ini dimulakan apabila pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar
bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal
sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.
Pada bahagian perkembangan, peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk di Kampung Sungai Ramal,
Kajang yang hidup dalam serba kemiskinan. Kemiskinan penduduk kampung telah memberikan kesedaran kepada ayah Adnan,
iaitu Pak Saidi untuk mengubah nasib bangsanya. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberikan didikan yang
sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa, dan negara.
Pak Saidi diceritakan telah mengambil suatu tindakan yang luar biasa. Pak Saidi telah menghantar anaknya belajar di Sekolah
Inggeris. Penduduk kampung khuatir anak Pak Saidi akan dikristiankan atau menjadi murtad. Hal ini mengundang rasa kurang
senang penduduk kampung. Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika dia meneruskan cita-cita tersebut.
Namun Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya.
Pada bahagian klimaks, pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera
Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu
terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan
Adnan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun
kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh
setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
Pada bahagian peleraian, Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 dengan pengeboman Hirosyima dan
Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula
sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka. Sophia
meninggal dunia akibat penyakit leukemia.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Sinopsis cerita novel ini bermula dengan perkenalan antara Farisha dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya
ke KLIA. Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha ketika Farisha tidur untuk menguji DNA Farisha.
Pada bahagian perkembangan, Aqram telah menawarkan projek mini kepada mereka berdua. Setelah Farisha dan
Rosman bersetuju untuk menyertai projek mini, Aqram telah membawa mereka bertemu dengan Dr. Maxi. Dr. Maxi menawarkan
RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka
manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha. Projek Dinara terpaksa dihentikan apabila Karl terlantar akibat
barah. Karl telah meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft
Lab, Farisha berasa sakit kepala secara tiba-tiba. Dua malam kemudian, Farisha telah mengunjungi Azraai. Dia terkejut apabila
Azraai memaklumkan bahawa dia terkena serangan jantung. Pada malam itu juga, Farisha mengetahui bahawa dia hanyalah
anak angkat keluarga Azraai.
Pada bahagian klimaks, Azraai membawa Farisha keluar dari hospital apabila mengetahui bahawa Marilyn berjaya
menghubungi Farisha. Farisha kemudiannya telah diculik oleh Amin dan Farid di Hentian Pagoh atas arahan ibunya,
Marilyn/Medina. Azraai meminta bantuan Rosman untuk mengesan Farisha. Sebelum itu, Marilyn telah berhubung dengan
Farisha semasa Farid dan Amin dalam perjalanan membawa Farisha kepadanya. Farisha akhirnya bertemu dengan ibunya,
Marilyn yang pernah cuba membunuhnya. Marilyn telah membawa Farisha ke Soft Lab dan di sinilah terungkainya sebab Marilyn
terpaksa membunuh Farisha kerana dia tidak sanggup melihat Farisha diseksa oleh Karl.
Pada bahagian peleraian, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot. Karl(Shida)
cuba menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah
membongkar rahsia bahawa Marilyn dan Karl merupakan ibu bapa kandung Farisha. Farisha bertemu dengan ayah kandungnya
yang semakin tenat. Karl akhirnya meninggal dunia dan mayatnya dibakar manakala abunya di ditabur di Selat Melaka. Selepas
Karl meninggal, Shida masih dikuasai oleh “Karl”.

MUKA SURAT 385 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Sinopsis novel ini dimulakan apabila pengarang menceritakan berkenaan Lili iaitu seorang remaja berusia 17 tahun
yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur. Semasa cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti
bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Pada bahagian perkembangan, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih tertarik untuk
tinggal lebih lama di Kampung Sentosa. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk
merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana
mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih
muda. Lili turut menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah
masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya
ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi
bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.
Pada bahagian klimaks, Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini
penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar. Che Jah sangat bersetuju jika suaminya
dibawa ke muka pengadilan kerana kubah yang dilarikan itu berpunca daripada perbuatan jahat Seman namun suaminya
menghalakan segala perbuatan jahatnya kepada anak-anaknya yang sedang belajar untuk menjadi baik.
Pada bahagian peleraian, dengan pertolongan Kak Mimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan
datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih. Datuk dan nenek telah
menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan membuka rahsia tentang jendela yang menghadap jalan kepada Lili.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Sinopsis dimulakan apabila pengarang menceritakan kisah Raiha, seorang doktor muda yang terpaksa melalui
pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam rumah
tangga, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).
Pada bahagian perkembangan, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih
mampu untuk bertungkus-lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya-raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Fikiran Raiha
kian terganggu apabila melihat sinar-X milik salah seorang daripada pesakit iaitu Unong Siron. Dari mata kasar, memang
tiada apa-apa yang aneh berlaku namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada sinar-X itu. Hal ini
membuatkan Raiha bertambah tertekan. Pada masa yang sama, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya
yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Doktor Raiha cuba
meluahkan perasaan tentang Unong Siron kepada Doktor Uwang. Sikap Doktor Raiha menyebabkan mentornya itu kurang
senang kerana seolah-olah Doktor Raiha mencabar kewibawaannya. Walhal sebelum ini, Doktor Uwang ialah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan ketika dia menjadi
siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik di institusi tinggi tempatan dahulu. Namun, apabila bekerja di pusat
rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah Unong Siron yang
menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.
Pada bahagian klimaks, berlaku pencerobohan seorang pemuda kurang siuman. Ariana Abdullah secara tiba-tiba
datang meminta pertolongan Doktor Raiha kerana Sister Felicia Landosi telah ditahan oleh penceroboh yang menyamar
sebagai doktor di bilik bedah. Ibu Unong Siron telah menawarkan bantuannya untuk memujuk pemuda kurang siuman itu
kerana pemuda itu tinggal bersebelahan kampungnya. Ibu Unong Siron telah memujuk pemuda itu melepaskan Felicia
Landosi dan mengikutnya merawat Unong Siron yang sakit. Selepas berjaya ditangkap, pemuda tersebut telah dihantar ke
hospital sakit jiwa bagi menerima rawatan lanjut.
Pada bahagian peleraian, Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan PRPK. Sebagai
seorang doktor yang profesional, Raiha tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor dan bertanggungjawab
menjalankan operasi pembedahan ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor
tersebut. Ketika Raiha melangkah ke garaj kereta PRPK, Felicia Landosi telah memanggil namanya dan menangis tersedu-
sedan. Felicia telah meminta maaf atas kesilapannya yang terjebak dalam kes kematian Rohayu. Doktor Raiha memaafkan
Felicia dan reda akan kematian anaknya. Bagi Doktor Raiha, dia dan Felicia merupakan dua orang insan yang sama-sama
menjadi mangsa keadaan dan kerakusan diri sendiri.
MUKA SURAT 386 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Sinopsis cerita dimulakan dengan pengarang mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam
Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya.
Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang
bakal didudukinya.
Pada bahagian perkembangan, ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana
kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana
pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata setelah tersilap memilih rakan. Dia
tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat
pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia
anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib
malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering mencemuh mereka
berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil
keputusan untuk menjual tanahnya yang diduduki oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan
pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Pada bahagian klimaks, Abu Bakar telah menjumpai kain merah yang sudah reput. Abu Bakar menjumpai
kain merah yang membungkus dua biji telur ayam berwarna hitam yang berbau busuk dan mengandungi jarum peniti,
cincin akik, butiran pasir dan paku di bawah rumahnya. Abu Bakar mengandaikan telur itu digunakan oleh seseorang
yang berniat untuk memporak-perandakan keluarga mereka. Dahlia menyuruh Abu bakar membuang telur-telur busuk
itu ke dalam sungai.
Pada bahagian peleraian, Dahlia telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus
Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30
Disember iaitu pada hari pertunangannya. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan penduduk kampung sebanyak
RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. Azhari
telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa
menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Sinopsis dimulakan apabila pengarang memperkenalkan watak waheeda melayari laman sesawang yang
berkaitan dengan perihal kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah.Keinginan Waheeda untuk
melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan membaiki, memulih serta menjaga kekemasan diri
Pada bahagian perkembangan novel, Waheeda telah dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada wajah
dan hidungnya hingga menyebabkan Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani ibunya Raidah.
Waheeda bertemu dengan doktor pakar di Silicon Medical Centre (SMC) bagi menguruskan proses pembedahan
mata dan hidungnya.Waheeda mendapat tawaran kerja di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan
Awam. Waheeda berkenalan pertama kali dengan Zahid di Flamingo.
Pada bahagian klimaks, Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya Waheeda dengan talak satu
kerana sikap cemburu dan sikap curiganya yang terlampau.Waheeda mengalami masalah kemurungan dan
mengalami masalah meroyan akibat tindakan suaminya yang kejam dan kerana dia terlalu mencintai suaminya itu.
Pada bahagian peleraian, Ghazi dan Raidah menemani Waheeda bagi mendapatkan rawatan dan khidmat
kaunseling di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi seterusnya mengusahakan
chalet Iwana-Iwani milik Pakcik Abdul Aziz yang terletak di Cameroon Highlands dengan menukar nama kepada Aya-
Sajinah. Zahid menyesal dengan tindakannya menceraikan Waheeda dan meninggalkan anaknya Izzati. Zahid
meluahkan penyesalannya atas kesalahannya terhadap Waheeda dan Izzati. Izzati memujuk ibunya agar memaafkan
kesalahan ayah kandungnya.

MUKA SURAT 387 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Sinopsis novel bermula apabila pengarang mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi,
Hiroshima, Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar tanpa sebarang bantuan alat
pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa menerangkan kepada rombongan tersebut bahawa
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor.
Pada bahagian perkembangan, Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ apatah lagi anak sungainya dipagar untuk
menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama
sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian
agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington-Majid. Dato’ Johann Arlington-Majid telah mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang lelaki bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bagi memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa.
Pada bahagian klimaks, Muhammad Taufik oleh penculik yang menculik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa
dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan
membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Pada bahagian peleraian, Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas
isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi
dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington-Majid pula
bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul
Hafsa dan menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Sinopsis novel bermula apabila pengarang mengisahkan kehidupan Haiqal Haqimi yang tinggal bersama-
sama ibunya, ayah tiri dan adik tirinya. Pada usia Haiqal 6 tahun, umi telah memberitahu Haiqal bahawa walid ialah
ayah tirinya. Sejak itu, Haiqal sering tertanya-tanya tentang bapa kandungnya tetapi jawapan umi masih tidak
memuaskan hatinya.
Pada bahagian perkembangan, Haiqal Haqimi mendapat sebuah manuskrip setebal 58 muka surat daripada
Ong See Hwa pada suatu pagi. Menerusi, manuskrip tersebut Haiqal mula menjejaki perjalanan ayah kandungnya
yang merupakan seorang pejuang sastera yang dihormati di Batu Pahat. Abdullah bin Kayan/ Cikgu Zam/Cikgu
Amirulnizam telah memberikan amanat kepada Haiqal agar dia dapat meneruskan penubuhan Akademi Sastera
Rakyat (Aksara). Perasaan Haiqal untuk menjejaki ayah kandungnya begitu membuak-buak namun dia mendapat
tentangan daripada umi. Umi menganggap bahawa dunia sastera tidak mempunyai masa depan. Umi tidak mahu
Haiqal mengikut jejak langkah ayahnya yang terlibat dalam bidang sastera sebaliknya mengambil alih perniagaan
batiknya di Kuala Terengganu. Namun, dia tetap berkeras untuk pergi ke tempat ayahnya.
Pada bahagian klimaks, Haiqal terpandang keluarga terutama ibunya yang berdiri sambil tersenyum di
bahagian belakang balai tempat duduk penonton ketika dia asyik menari tarian zapin. Dia terkejut dan terharu apabila
adiknya menunjukkan tanda isyarat bagus kepadanya. Haiqal Haqimi ingin muzik zapin yang mengiringi tarian itu
segera tamat kerana dia ingin memeluk ketiga-tiga orang yang sangat dirinduinnya itu.
Pada bahagian peleraian, Umi telah melawat pusara ayahnya. Umi akhirnya sedar bahawa darah yang
mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan. Ratna pula telah bertunang dengan ushawan. Haiqal
bertekad untuk mengenali Ong See Hwa dengan lebih rapat. Haiqal akan melaksanakan impian ayahnya untuk
mewujudkan Aksara apabila dia telah menjadi sehebat ayahnya.

MUKA SURAT 388 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak persoalan tanggungjawab dalam novel ini.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah persoalan
tanggungjawab anak mencari penawar penyakit bapa. Sebagai anak, Danel
bertanggungjawab untuk mencari jalan bagi merawat penyakit bapanya. Danel mengusahakan
pelbagai jenis rawatan untuk bapanya, William Ng yang menghidap penyakit kencing manis.
Rawatan tradisional dan moden dicubanya walaupun pada hakikatnya dia kurang bersetuju
dengan kaedah rawatan tradisional. Danel memberitahu datuk bahawa dia mahu mencuba
rawatan moden terhadap bapanya namun pantang larang ketika proses rawatan tradisional
menghalang hasrat mereka. Danel mahu bapanya menghentikan pengambilan akar kayu dan
herba. Dia mahu merawat bapanya dengan menggunakan produk kesihatan keluaran syarikat
MLM.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Songket Berbenang Emas ialah persoalan
tanggungjawab anak menjaga dan menguruskan emak yang mengalami masalah mental.
Sebagai anak, Dahlia bertanggungjawab memujuk emaknya yang berada di kebun getah untuk
balik ke rumah. Dahlia mendapatkan emaknya, Saleha yang sedang bercakap sendirian dan
sesekali ketawa di kebun getah. Dahlia berusaha memujuk dan membawa emaknya hingga dia
terjatuh ke tanah yang becak. Dahlia menangis kerana dia terlalu sebak dan tidak mampu
berbuat apa-apa untuk membawa emaknya balik ke rumah. Akhirnya, Saleha berjaya dibawa
balik oleh Embong.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
banyak persoalan tanggungjawab dalam novel ini.
Persoalan tanggungjawab yang pertama ialah persoalan tanggungjawab rekrut dalam
menjalani latihan ketenteraan. Adnan dan Mamat menjalankan tanggungjawab mereka
sebagai rekrut apabila menjalani latihan ketentera yang keras dan penuh disiplin di Kem Haig
Lines, Port Dickson. Mereka turut dilatih menggunakan senjata api, teknik mempertahankan diri
dan gerak gempur. Mereka juga mempelajari ilmu agama dan undang-undang. Adnan turut
dipilih sebagai rekrut terbaik
Persoalan tanggungjawab yang kedua ialah persoalan tanggungjawab untuk
memajukan perniagaan pelancongan inap desa Tajau Emas. Fadhil menjalankan
tanggungjawabnya memajukan Tajau Emas apabila dia menjadi pemandu pelancong dan
sentiasa bersikap mesra pelanggan dengan memberikan layanan yang istimewa kepada para
pelanggannya. Dia juga mengetengahkan produk yang unik seperti ekopelancongan di dusun
buah-buahan dan perkhidmatan ikan mengurut kaki.

MUKA SURAT 389 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak persoalan tanggungjawab dalam novel ini.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Pantai Kasih ialah persoalan tanggungjawab
masyarakat dalam menyelesaikan masalah pemuda kurang siuman yang menceroboh
masuk ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Ibu Unong Siron bertanggungjawab menawarkan diri
untuk memujuk pemuda yang kurang siuman apabila Felicia Landosi telah ditahan oleh
seorang penceroboh yang menyamar sebagai doktor di bilik bedah. Secara kebetulan, pemuda
itu tinggal bersebelahan dengan rumah Unong Siron. Ibu Unong Siron telah berjaya memujuk
pemuda itu dengan memberikan segelas susu yang sudah dicampur dengan sedikit ubat
penenang.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Bimasakti Menari ialah persoalan
tanggungjawab anak muda untuk memastikan populasi kelip-kelip di kawasan sungai
tidak pupus. Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bertanggungjawab untuk memastikan
peningkatan populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan. Dalam melaksanakan misi tersebut,
mereka telah diculik oleh penculik upahan Dato’ Johann Arlington-Majid yang telah menentang
projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor. Walaupun menghadapi pelbagai
rintangan, namun atas dasar tanggungjawab mereka maka akhirnya projek mengusahakan
populasi kelip-kelip berjaya.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
persoalan tanggungjawab dalam novel ini.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Di Sebalik Dinara ialah Peristiwa yang kedua ialah
persoalan tanggungjawab pekerja untuk mematuhi arahan ketua. Sebagai pekerja, Aqram
bertanggungjawab apabila dia mematuhi arahan ketuanya iaitu Dr. Maxi dan Karl. Aqram mula
menjejaki Farisha dengan mengekorinya di Lapangan Terbang Senai sehinggalah mereka
menaiki kapal terbang yang sama ke Kuala Lumpur. Aqram telah mengambil cawan yang
digunakan oleh Farisha untuk membuat ujian DNA bagi memastikan Farisha benar-benar orang
yang dicari oleh Karl. Ujian DNA dilakukan pada kesan air liur Farisha yang melekat di cawan
tersebut. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk membantu mereka menyelamatkan Dinara.
Persoalan tanggungjawab dalam novel Silir Daksina ialah persoalan tanggungjawab
menguruskan dan menjaga aset sahabat. Sebagai jiran dan sahabat, Tauke Ong
melaksanakan tanggungjawab mengurus dan menjaga aset Cikgu Abdullah Kayan sebelum
diserahkan kepada anaknya. Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia telah diamanahkan
oleh arwah ayah Haiqal untuk mengerjakan tanah-tanahnya yang ditanami kelapa sawit. Tauke
Ong mahu menyerahkan hasil kutipan jualan kelapa sawit kepada Haiqal. Wang tersebut telah
disimpan dalam buku simpanan bank yang dibuka atas nama Haiqal Haqimi.

MUKA SURAT 390 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 16 – PERCUBAAN NEGERI SELANGIR (SET3) 2019


(a) Jelaskan dua contoh peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca yang terdapat
dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran kegigihan bagi setiap
novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Pak Saidi sanggup menghantar Adnan dengan
berbasikal walaupun jaraknya jauh. Pada sebelah malam Pak Saidi mengajar anak-anaknya
mengaji al-Quran pula. Pak Saidi tetap meneruskan persekolahan anak-anaknya di sekolah
Inggeris walaupun mendapat tentang daripada penduduk kampung. Peristiwa ini memberikan
kesedaran kepada pembaca kerana pembaca harus menyedari bahawa setiap ibu bapa harus
mementingkan pendidikan anak-anak sejak kecil.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa askar Melayu yang terus berjuang mempertahankan
tanah air. Askar Melayu berlindung di kubu ketika serangan Jepun pada waktu malam. Hospital
tentera musnah dengan 700 orang askar India terkorban. Tentera Gurkha dan pasukan meriam
British di Bukit Timah tewas. Pengalaman tentera Jepun berperang di China digunakan bagi
melemahkan tentangan British. Tinggal Bukit Candu dan pasir Panjang sebagai benteng terakhir
bagi menyelamatkan pangkalan utama Alexandra. Tanggungjawab digalas oleh kapten Rix dan
Leftenan Adnan setelah Percival enggan mengaku kalah. Rix ragu-ragu, tetapi Adnan berjanji akan
bertahan hingga ke titisan darah terakhir. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca
kerana pembaca harus menyedari bahawa setiap askar harus menanamkan semangat juang yang tinggi
dalam mempertahankan negara seperti Leftenan Adnan.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa
yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa pertemuan Farisha dengan Karl ketika Karl sedang
nazak. Farisha bertemu dengan Karl yang semakin tenat di rumah agam Karl. Ketika bertemu,
Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha berjanji kepada Karl
bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu. Farisha menangis mengucapkan selamat
tinggal kepada Karl dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan agar sentiasa
erat.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azraai bekerjasama dengan ayah dan ibunya menjaga
Farisha sejak Farisha berumur 2 tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip mesti kekal
dalam tubuh Farisha dan Farisha mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai turut
menyerahkan fail yang mengandungi macam-macam surat arwah ayah tentang maklumat Farisha
seperti dokumen permohonan dan sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak angkat. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca agar menjaga sentiasa menjaga amanah yang diberikan oleh
orang tua untuk menjaga adik-beradik.
MUKA SURAT 391 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kerajinan datuk Lili ke hutan. Datuk atau
Haji Abdul Rahman rajin masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu sebagai
ramuan perubatan tradisional. Sikapnya yang rajin ini membimbangkan nenek kerana
pernah datuk tidak balik pada waktu malam semata-mata untuk untuk mencari akar-
akar kayu. Datuk turut ke paya bakau untuk mencari tumbuhan eksotik dan suka
merayau-rayau ke tempat-tempat yang berpotensi untuk dijadikan penyembuh tubuh
manusia yang sakit. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar
menghargai tumbuh-tumbuhan herba kerana banyak khasiat kepada manusia.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kerajinan Geetha membantu nenek di dapur.
Geetha rajin membantu nenek memasak apabila dia memotong sayur dan menyiang
ikan ketika dia tidur di rumah nenek. Walaupun nenek melarang Geetha menolongnya
kerana Geetha ialah tetamu namun dia tetap membantu nenek. Bagi Geetha,
membantu melakukan kerja-kerja di dapur ialah kerja orang perempuan. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca agar ringan tulang apabila berada di rumah orang
lain.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak
peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Doktor Raiha bertegas tidak mahu
menggugurkan kandungannya walaupun telah dipaksa oleh suaminya. Doktor Raiha
telah dipaksa oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya setelah
mendapati janin dalam kandungannya cacat melalui ujian ultrabunyi. Doktor Sadiz
tidak menerima kelahiran bayinya yang cacat disebabkan statusnya sebagai pakar
perunding pembedahan yang terkenal. Keengganan Doktor Raiha mematuhi kehendak
Doktor Sadiz menyebabkan hubungan mereka suami isteri semakin tegang sehingga
berlaku perceraian. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar tetap
menghargai anak-anak kurang upaya kerana anak itu merupakan anugerah Allah.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Doktor Raiha begitu tabah menerima
pelbagai dugaan yang berlaku dalam hidupnya. Ketabahan Raiha bermula dengan
gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan
bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia
gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Peristiwa
ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa tabah menghadapi pelbagai
dugaan dalam kehidupan.

MUKA SURAT 392 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa peristiwa Tauke Lim membantu keluarga
Embong. Tauke Lim menganggap Embong sebagai saudaranya kerana mereka sama-
sama merantau dari Melaka. Tauke Lim berniaga manakala Embong bekerja di estet.
Susah senang ditanggung bersama-sama. Tauke Lim begitu hairan dengan sikap Nek
Kiah dan Seman yang bermusuhan dengan keluarga Embong walaupun mereka satu
keluarga. Tauke Lim berjanji akan menolong Dahlia berkenaan wang yang diminta oleh
neneknya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar membantu orang yang
dalam kesusahan walaupun berlainan bangsa dan agama sebagaimana yang dilakukan oleh
Tauke Lim terhadap keluarga Embong
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keprihatinan Cikgu Hisyam terhadap pelajaran
Dahlia apabila mengingatkan Dahlia agar tidak mengabaikan pelajaran apabila Dahlia
membuat keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam telah memanggil Dahlia
untuk menemuinya kerana Dahlia tidak hadir dua hari ke sekolah. Cikgu Hisyam cuba
mencungkil masalah yang dihadapi oleh Dahlia namun Dahlia lebih suka
merahsiakannya. Cikgu Hisyam yang bimbang akan pelajaran Dahlia telah meminta
rakan-rakan Dahlia membantu meminjamkan nota-nota untuk memudahkan Dahlia
mengulang kaji pelajarannya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar
pembaca mementingkan pelajaran walau apapun masalah yang dihadapi oleh mereka.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat banyak peristiwa
yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke
SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen
mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan
mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda
berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.
Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca kerana peristiwa ini menyedarkan
pembaca tentang nilai kasih sayang seorang ibu, Raidah terhadap anaknya, Waheeda.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Raidah yang perasan akan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa
Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan
mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa pentingnya peranan keluarga
dalam menyelesaikan masalah kemurungan yang dihadapi oleh ahli keluarga yang lain.

MUKA SURAT 393 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Puan Wickham telah berkirim salam dengan
Tan Sri Muhaimin dan memasak untuk mereka bertiga sebelum pulang mengikut
rombongannya walaupun telah bercerai dengan Tan Sri Muhaimin. Maryam Wickham
telah bertemu dengan Muhammad Taufik ketika membawa rombongan sekumpulan
kanak-kanak dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima. Semasa menginap di
rumah anaknya itu, Maryam Wickham sempat memasak sayur campur goreng, sambal
ikan bilis dan sup ayam sebelum meninggalkan Muhammad Taufik. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anak
walaupun telah berpisah dengan suami.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Muhammad Taufik yang tabah meneruskan
kehidupan akibat perceraian Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin. Muhammad Taufik
telah berpindah sekolah di Otago, New Zealand mengikut Maryam Wickham setelah
ibunya bercerai dengan Tan Sri Muhaimin. Muhammad Taufik meneruskan pendidikan di
negara itu sehingga peringkat sarjana sebelum berhenti belajar dan kembali ke Malaysia.
Muhammad Taufik hanya berjumpa sekali-sekala dengan ibunya. Peristiwa ini memberikan
kesedaran kepada pembaca agar tabah menghadapi kehidupan akibat perceraian ibu bapa.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Tauke Ong dengan Ai Ling untuk membantu
Haiqal ketika dia berada di Johor. Malahan, Haiqal juga dibenarkan tinggal di rumah
mereka. Haiqal banyak mengetahui berkenaan bapanya melalui Tauke Ong dan Ai Ling.
Ai Ling mengakui bahawa hubungannya dengan Abdullah bin Kayan amat rapat tetapi
dia tidak layak untuk menggantikan tempat Haiqal Haqimi sebagai anak kandung. Haiqal
Haqimi mengucapkan terima kasih kepada Ai Ling kerana telah membahagiakan ayahnya
hingga ke akhir hayat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa
membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kebijaksanaan mengenal potensi murid.
Abdullah bin Kayan bijak mengenal potensi yang ada dalam diri See Hwa. Abdullah bin
Kayan telah mengajar See Hwa cara mendeklamasikan puisi yang betul. Cikgu Zam/
Abdullah bin Kayan meminta See Hwa datang ke rumahnya bersama-sama kakaknya
untuk belajar cara mendeklamasikan puisi. See Hwa telah memenangi pertandingan
mendeklamasi puisi di sekolahnya. Cikgu Zam sudah menduga kejayaan See Hwa
kerana persembahannya baik dan mengesankan. Peristiwa ini memberikan kesadaran
kepada pembaca bahawa setiap orang mempunyai potensi yang boleh diketengahkan.

MUKA SURAT 394 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup
dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran kegigihan dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita perlulah gigih
mencari rahsia jendela menghadap jalan agar dapat mengetahui kebenaran. Lili gigih
berusaha mencari rahsia tentang sebab-sebab kebanyakan rumah penduduk di Kampung
Sentosa mempunyai jendela menghadap jalan sehinggalah nenek sendiri menceritakan rahsia
bahawa jendela tersebut direka sedemikian supaya senang penduduk kampung mengintai
pergerakan Bintang Tiga yang menyusup ke kampung-kampung. Kegigihan Lili ini boleh
dijadikan panduan hidup agar kita sentiasa berusaha merungkai peristiwa sebenar di sebalik
sesuatu kejadian.
Pengajaran kegigihan dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah kita haruslah
gigih dalam menuntut ilmu untuk berjaya dalam kehidupan. Dahlia gigih menuntut ilmu
walaupun hidup dalam kemiskinan dan menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang
sakit dan ayahnya yang dipatuk ular. Kegigihan Dahlia ini dapat dijadikan panduan hidup
kerana sesungguhnya hanya dengan ilmu dapat mengubah kehidupan seseorang kepada yang
lebih baik.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak pengajaran kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup dalam kedua-dua
buah novel.
Pengajaran kegigihan dalam novel Leftenan Wira Bangsa ialah kita mestilah gigih
menjalani sesuatu latihan agar berjaya mencapai impian. Adnan gigih menjalani latihan
ketenteraan sehingga mendapat pangkat leftenan. Beliau gigih menjalani latihan ketenteraan
yang keras dan penuh disiplin di Kem Haig Lines, Port Dickson. Beliau turut mempelajari ilmu
agama dan undang-undang di kem tersebut. Selain itu, beliau dilatih menggunakan senjata api,
teknik mempertahankan diri dan gerak gempur. Kegigihan Adnan ini boleh dijadikan panduan
agar pembaca juga gigih dalam melakukan sesuatu sehingga berjaya.
Pengajaran kegigihan dalam novel Tirani pula ialah kita haruslah gigih dalam
mempertahankan rumah tangga agar tidak musnah. Waheeda gigih mempertahankan
rumah tangganya yang hampir runtuh bersama Zahid dengan membuat ujian DNA bagi
membuktikan bahawa bayi yang dilahirkannya merupakan anaknya dan Zahid. Kegigihan
Waheeda boleh dijadikan panduan agar pembaca gigih menegakkan kebenaran demi
keharmonian keluarga.

MUKA SURAT 395 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak pengajaran kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup dalam kedua-dua
buah novel.
Pengajaran kegigihan dalam novel Pantai Kasih ialah kita mestilah gigih mencapai
cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Raiha tetap gigih dan belajar dengan tekun untuk
mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah walaupun mendapat tentangan daripada ayahnya.
Bagi ayahnya, kerjaya sebagai doktor bedah tidak sesuai untuk wanita kerana memerlukan
penelitian dalam menjalankan tugas. Kegigihan Doktor Raiha mengejar cita-cita boleh dijadikan
panduan oleh pembaca agar turut gigih mencapai cita-cita yang diimpikan.
Pengajaran kegigihan dalam novel Bimasakti Menari ialah kita haruslah gigih
mendapatkan sokongan kerajaan agar projek yang dirancang berjaya dilaksanakan. Nurul
Hafsa gigih mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit
Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Nurul Hafsa membentangkan rancangan projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar. Hasil kegigihan mereka, Menteri
Besar menyokong projek tersebut dan berharap agar kontraktor yang dipilih mampu
menyediakan lampu seperti yang dikehendaki. Kegigihan Nurul Hafsa merealisasikan
impiannya boleh dijadikan panduan oleh pembaca agar turut gigih menggapai impian masing-
masing.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
pengajaran kegigihan yang boleh dijadikan panduan hidup dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran kegigihan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita perlulah gigih
memajukan syarikat agar semakin berkembang. Farisha gigih memajukan syarikat
perunding keselamatan sistem komputer iaitu Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd yang
ditubuhkannya bersama Rosman. Mereka telah menerima tawaran projek yang lumayan di
Senawang dan Soft Lab. Mereka menerima tawaran tersebut demi memajukan syarikat
bersama itu. Kegigihan Farisha ini boleh dijadikan panduan oleh pembaca agar gigih berusaha
dalam bidang perniagaan.
Pengajaran kegigihan dalam novel Silir Daksina ialah kita mestilah gigih berlatih agar
dapat memberikan persembahan terbaik. Haiqal Haqimi gigih berlatih menari tarian zapin
daripada Pak Cik Bakar dan Lazim. Haiqal menari mengikit langkah kaki dan lenggok badan
Pak Cik Bakar. Haiqal turut belajar tarian zapin secara teori dengan Pak Cik Bakar di warung
Wak Min. Kegigihan Haiqal ini boleh dijadikan panduan agar pembaca sentiasa serius dalam
memberikan persembahan yang terbaik di hadapan khalayak.

MUKA SURAT 396 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 17 – JPN TERENGGANU (SET 1 )2019


(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat dan peristiwa
yang berlaku bagi setiap latar tempat tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, huraikan satu persoalan kasih
sayang yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan
dan Mamat menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson.
Daripada seribu orang yang memohon hanya 25 orang sahaj yang terpilih dalam pasukan
yang digelar Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah menjalani selama
setahun di kem tersebut.
Latar tempat yang kedua adalah di Kampung Sungai Ramal. Di sinilah tempat
Adnan dan Budin berlawan tinju. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan
pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak puas hati.
Pasukan bola sepak dari Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh
kedua-dua buah kampung. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan
hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana menganggap pertandingan tersebut tidak
sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
.
DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Watak utama
dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat banyak latar tempat yang melibatkan Farisha dalam
novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Soft Lab. Farisha telah dibawa oleh Marilyn ke
Soft Lab selepas menculiknya. Pertemuan antara Marilyn dan Karl (Karl yang menguasai
tubuh Shida) telah merungkai peristiwa lama berkaitan hubungan mereka berdua dan punca
Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat. Di sini jugalah, Farisha mengetahui
bahawa Karl ialah bapa kandungnya. Dr. Maxi pula mengakui bahawa dialah yang
menyerahkan Farisha kepada keluarga Azraai.
Latar tempat yang kedua adalah di Lapangan Terbang Senai. Di sinilah tempat
pertemuan pertama Farisha dengan Aqram ketika Farisha dalam perjalanan pulang ke Kuala
Lumpur. Farisha tertarik dengan rupa paras Aqram yang menarik. Di dalam kapal terbang
pula, Farisha dan Aqram duduk bersebelahan. Situasi ini memudahkan Aqram untuk
mendekati Farisha. Dia telah mengambil cawan minuan Farisha ketika Farisha sedang tidur.

MUKA SURAT 397 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di
Pekan Sentosa sebelum meneruskan perjalanan ke kampung datuk neneknya.
Sebaik turun dari bas, Lili diikuti oleh seorang pemuda Cina yang disangkanya
cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya, pemuda Cina itu ingin menyerahkan
buku kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam bas.
Latar tempat yang kedua ialah di balai raya Kampung Sentosa.
Mesyuarat tergempar diadakan di balai raya pada pukul 10 pagi yang turut
dihadiri oleh Kak Mimah dan rakannya, Nadia. Che Jah bersetuju supaya
suaminya diambil tindakan kerana dia sudah tidak tahan dengan perbuatan
suaminya. Lili memberikan cadangan agar suami Che Jah dihantar ke pusat
pemulihan akidah. Kak Mimah bersetuju dengan cadangan Lili dan
kemudiannya meminta Che Jah membuat laporan polis agar bantuan kewangan
dan sumbangan dapat disalurkan kepada keluarga Che Jah.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK). Doktor Raiha telah melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang
yang cedera akibat kemalangan dilakukan di PRPK. Kereta Doktor Uwang telah
terbabas dan melanggar tembok garaj PRPK. Doktor Uwang yang terhimpit
dalam keretanya dibawa ke bilik rawatan kecemasan. Doktor Uwang telah
menjalani operasi penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak.
Akibat kemalangan tersebut, lutut dan sebelah pergelangan tangannya hancur.
Latar tempat yang kedua adalah di mahkamah keluarga. Di sinilah
tempat berlakunya perbicaraan kes keluarga antara Doktor Sadiz dan Doktor
Raiha berkaitan punca kematian Ayu berlaku di mahkamah keluarga. Di sini
jugalah tempat Doktor Sadiz menyatakan bahawa Doktor Raiha akan digantung
tanpa bertali sampai bila-bila. Doktor Raiha sedih kerana kemenangan berpihak
kepada Doktor Sadiz apabila saksi tidak hadir.

MUKA SURAT 398 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggung Ibrahim ialah tempat Dahlia, Kavita dan Siti
Wangi menuntut ilmu sebagai murid tingkatan enam atas dan bakal
menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia sendiri pernah
memanggil Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah
telah dikunci kerana dia lewat tiba.
Latar tempat yang kedua adalah di Universiti Malaya. Dahlia
telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan
peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun. Sebelum itu,
Dahlia diwajibkan mengikuti kursus bahasa Jepun selama enam bulan
di Universiti Malaya. Dahlia telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Johor mewakili calon STPM daripada Bahagian Sri Gading.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di rumah Bazilah. Waheeda
menumpang di rumah Bazilah yang terletak di Yishun Street,
Singapura. Waheeda menumpang tinggal sementara di rumah Bazilah
kerana dia akan menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre.
Latar tempat yang kedua adalah di Silicon Medical
Centre(SMC). Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya
di SMC. Pembedahan ini telah dilakukan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh
dan Dr. Averroes atau Dr.Rushdi. Selepas menjalani pembedahan,
Waheeda diminta memakai cermin mata hitam bagi melindungi
matanya yang masih membengkak.
MUKA SURAT 399 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Kuantan. Hafsa
pergi ke Kampung Kuantan bersama-sama ayahnya, Haji Yassir.
Nurul Hafsa kecewa apabila impiannya untuk melihat banyak kelip-
kelip tidak kesampaian. Setelah menunggu beberapa lama, barulah
kelihatan beberapa ekor kelip-kelip muncul. Akhirnya, Nurul Hafsa
menerima kenyataan bahawa impiannya untuk melihat kerlipan kelip-
kelip secara sinkronasi tidak akan tercapai.
Latar tempat yang kedua adalah di Perpustakaan Awam Sultan
Salahuddin, Kuala Selangor. Di sinilah tempat Nurul Hafsa,
Muhammad Taufik dan Budiman berbincang tentang rancangan
membuat projek Kawasan Simpan Langit Gelap dan pada waktu yang
sama Budiman menyiapkan tugasannya untuk ijazah sarjana.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kampung Seri Purnama.
Haiqal telah menziarahi pusara ayahnya yang terletak di Kampung
Seri Purnama. Dia menangis teresak-esak kerana tidak dapat
membendung kesedihan dan menanggung rindu yang mendalam
terhadap ayahnya. Di pusara ayahnya, Haiqal membaca surah Yasin
dalam keadaan sebak.
Latar tempat yang kedua adalah di Pantai Batu Buruk, Kuala
Terengganu. Di sinilah tempatnya Ratna bertanya kepada Haiqal
Haqimi tentang punca perpisahan ayah dan ibunya lalu dia meminta
maaf apabila melihat Haiqal Haqimi mendiamkan diri sambil menguis-
nguis pasir pantai di hujung kasutnya.
MUKA SURAT 400 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai persoalan kasih sayang dalam kedua-dua buah
novel.
Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat persoalan kasih sayang antara
anak dengan ibu. Lili menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang
menyuruhnya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili
tidak bersetuju dengan cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan
perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan
Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan
kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati ibunya.
Persoalan kasih sayang dalam novel Songket Berbenang Emas ialah persoalan
kasih sayang kakak terhadap adik-adik. Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya. Dahlia juga sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah semata-mata
untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang sempurna
sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan adik-adiknya
yang lain iaitu Abu Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat pelbagai persoalan kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, terdapat persoalan kasih sayang ibu
bapa terhadap anak. Mak Milah dan Pak Saidi menyayangi anak-anaknya iaitu Adnan,
Ahmad dan Amarullah dengan memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya.
Kesemua anaknya diberikan didikan agama, ilmu kepahlawanan dan pendidikan Inggeris.
Mereka berbuat demikian dengan harapan agar anak-anak mereka akan menjadi anak-anak
yang berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara. Bagi Pak Saidi, anak-anaknya perlu
belajar daripada bangsa yang berjaya supaya mendapat ilmu pengetahuan yang tinggi.
Persoalan kasih sayang dalam novel Tirani ialah persoalan kasih sayang isteri
terhadap suami. Waheeda begitu menyayangi Zahid dan amat terkesan dengan sikap
dingin Zahid terhadapnya. Zahid jarang pulang ke Tajau Emas dan sekiranya Zahid datang,
kedatangannya itu hanya menambahkan luka di hati Waheeda. Perasaan sayang dan cinta
terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Waheeda mengalami
kemurungan apabila Zahid melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya.
Waheeda terpaksa mendapatkan rawatan dengan Dr. Qamariah untuk mengatasi masalah
kemurungannya.

MUKA SURAT 401 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat pelbagai persoalan kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Dalam novel Pantai Kasih, terdapat persoalan kasih sayang bapa terhadap anak.
Ayah Doktor Raiha menyayanginya apabila dia menasihati Doktor Raiha supaya tidak
memilih Doktor Sadiz sebagai suaminya kerana Doktor Sadiz merupakan seorang yang
angkuh dan telah berumur. Raiha yang tetap berdegil dengan keputusannya telah menerima
lamaran Doktor Sadiz seorang Pakar Perunding Pembedahan yang merupakan seorang
duda beranak dua yang usianya lebih tua daripada usia bapa Raiha. Ayah Doktor Raiha
mengingatkan Doktor Raiha agar tidak menyesal dengan keputusan yang dibuatnya nanti.
Persoalan kasih sayang dalam novel Bimasakti Menari ialah persoalan kasih sayang
ibu terhadap anak. Maryam Wickham Abdullah begitu menyayangi anaknya, Muhammad
Taufik. Maryam Wickham meluahkan perasaan sayang dan rindunya kepada Muhammad
Taufik semasa dia datang ke rumah Muhammad Taufik. Maryam Wickham juga mengambil
berat tentang projek Ikhtiar Teknoalam yang diusahakan oleh anaknya. Ikhtiar Teknoalam
ialah sebuah projek pembinaan rumah mesra alam untuk tujuan komersial yang sedang
diusahakan oleh Muhammad Taufik. Walaupun dipisahkan oleh benua dan lautan, Maryam
Wickham dan Muhammad Taufik mempunyai minat yang sama.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
pelbagai persoalan kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Dalam novel Di Sebalik Dinara, terdapat persoalan kasih sayang antara anak
dengan ibu. Marilyn/ Medina menyayangi anaknya, Farisha. Dia cuba melindungi Farisha
apabila dia tidak sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl yang begitu taksub terhadap
sains. Karl telah menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang ubat bius untuk
menjadikan dia kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya dia
cuba menjejaki Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan
menyatakan perasaan sayangnya kepada Farisha.
Persoalan kasih sayang dalam novel Silir Daksina ialah persoalan kasih sayang
ayah terhadap anak. Abdullah bin Kayan terlalu menyayangi anaknya, Haiqal. Meskipun
telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan Haiqal. Dia
menangis teresak-esak apabila merindui Haiqal. Kasih sayang terhadap anaknya
dicurahkan kepada Ong See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. Dia juga meninggalkan
rumah, tanah, dan wang untuk Haiqal dengan mengamanahkan Tauke Ong untuk
menguruskan harta-hartanya tersebut.

MUKA SURAT 402 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 18 – JPN TERENGGANU (SET 2) 2019


(a) Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua teknik saspens yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pengajaran berkaitan kasih
sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.
Terdapat banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang menggunakan teknik saspens apabila ketika perlawanan tinju antara Adnan
dan Budin yang diadakan di Kampung Sungai Ramal. Kekalahan pasukan bola sepak dari
Sungai Merab dengan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak
puas hati. Pasukan bola sepak dari Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh
kedua-dua buah kampung. Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya apakah pertandingan
tinju itu benar-benar akan berlaku kerana Adnan bukanlah seorang yang suka mencari musuh.
Teknik saspens yang digunakan oleh pengarang apabila Pak Saidi bersikap jujur dengan
Ketua Kampung apabila memberitahu niat sebenarnya menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris
adalah untuk meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris dalam diri anaknya dan bukanlah
untuk memurtadkan anaknya, sebagaimana yang didakwa oleh penduduk kampung. Pembaca
berasa saspens atau tertanya-tanya akan tindakan penduduk kampung apabila Pak Saidi tegas
dengan pendiriannya.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak
teknik saspens dalam novel ini.
Satu unsur saspens yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara adalah apabila pembaca tertanya-
tanya punca penyakit Farisha. Pada pendapat saya, punca penyakit Farisha menimbulkan unsur saspens
kerana menyebabkan pembaca tertanya-tanya punca Farisha pengsan di Soft Lab. Sebelum ini, Farisha ialah
seorang yang sihat. Farisha yang telah disahkan sihat oleh Dr. Maxi jatuh pengsan secara tiba-tiba di Soft Lab.
Keadaan ini menimbulkan kekalutan kepada mereka kerana perancangan mereka sangat bergantung kepada
kesihatan Farisha. Percubaan untuk menukarkan Farisha dengan Shida juga tidak berjaya kerana sistem tubuh
mereka tidak sama. Akhirnya, pertanyaan yang bermain-main di fikiran pembaca terjawab apabila Farisha tidak
sakit atau mengandung seperti yang disyaki sebaliknya dia telah diserang oleh virus yang digodam oleh musuh
mereka.
Satu lagi unsur saspens yang terdapat dalam novel Di sebalik Dinara adalah apabila Shida mula
menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Tindak balas meronta dan membanting-banting diri
sangat mengejutkan semua yang berada di bilik pejabat Farisha dan biik Dr. Maxi. Aqram meminta agar sesi
ditamatkan kerana bimbang kejadian yang lebih buruk akan berlaku. Walau bagaimanapun, sesi tetap diteruskan
sehingga kekerasan digunakan. Kaki dan tangan Shida diikat. Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang
dan matanya terbeliak. Situasi ini menyebabkan pembaca ingin tahu apa-apa yang akan terjadi pada Shida.
Akhirnya, pertanyaan pembaca terjawab apabila apabila Dr Maxi terpaksa menghentikan sesi kerana Dr Maxi
tidak mahu memadamkan ingatan Shida dan dia mahu mendengar apa-apa yang dialami oleh Shida.
MUKA SURAT 403 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang menggunakan teknik saspens apabila penduduk kampung
mengesyaki pencuri kubah ialah Rafik dan Haziq. Malah ada penduduk kampung
yang sudah bersiap sedia untuk menyoal siasat Haziq yang baru sahaja dipukul
dengan teruk oleh Seman. Haziq yang sedang mendapat rawatan di rumah datuk
Lili menjadi sasaran penduduk kampung. Pembaca tertanya-tanya nasib yang
akan menimpa Rafik dan Haziq selepas mengetahui bahawa pencuri kubah yang
sebenarnya ialah Seman.
Teknik saspens digunakan oleh pengarang ketika Lili diculik oleh Rafik dan
Haziq. Danel bijak bertindak apabila menyelamatkan Lili seorang diri pada waktu
malam kerana dia tahu tempat Lili disembunyikan oleh Haziq dan Rafik. Danel
tidak menggalakkan orang kampung mencari Lili pada waktu siang untuk
mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. Danel yakin bahawa Lili tidak akan
diapa-apakan oleh Rafik dan Haziq kerana sikap pengecut kedua-duanya.
Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya akan nasib Rafik dan Haziq setelah
Lili berjaya dibebaskan.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang menggunakan teknik saspens ketika naluri Doktor Raiha
menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada filem sinar-X pesakit
bernama Unong Siron yang menghadapi komplikasi berulang kali sedangkan lima
pembedahan terdahulu dilakukan oleh Doktor Uwang sendiri. Pembaca berasa
saspens atau tertanya-tanya siapa sebenarnya pesakit bernama Unong Siron dan
sebab dia terpaksa dibedah sebanyak enam kali di tempat yang sama.
Teknik saspens yang kedua adalah pada ketika Felicia Landosi ditahan oleh
penceroboh yang menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih
sehingga mencetuskan rasa panik dalam kalangan kakitangan pusat rawatan
tersebut. Pembaca tertanya-tanya nasib yang akan menimpa Felicia apabila
menjadi orang tahanan doktor palsu memandangkan pada masa itu dia juga
berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan.

MUKA SURAT 404 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip. Terdapat banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang menggunakan teknik saspens apabila Embong telah dipatuk oleh
ular tedung ketika hendak mandi untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.
Pembaca tertanya-tanya akan nasib Dahlia dan adik-adiknya apabila Embong
bertarung dengan nyawanya akibat patukan ular tedung tersebut manakala
ibunya, Saleha masih dirawat di hospital.
Teknik saspens turut digunakan oleh pengarang apabila Nek Kiah sanggup
menjual tapak rumah yang diduduki oleh keluarga menantunya, Embong setelah
terpedaya dengan hasutan Seman. Nek Kiah sanggup memberikan amaran
kepada Dahlia agar segera berpindah dari tapak sedia ada ke tanah lain kerana
tanah rumah Dahlia akan dijual. Pembaca tertanya-tanya akan nasib yang
menimpa keluarga Dahlis seandainya Nek Kiah berjaya menjual tanah tersebut.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang menggunakan teknik saspens semasa Waheeda digigit dan
dicakar oleh monyet Belanda di inap desa Tajau Emas. Kejadian serangan ini
berlaku pada waktu malam. Seekor monyet Belanda telah masuk ke dalam chalet
Tajau Emas. Nasib malang menimpa Waheeda apabila monyet Belanda itu
menggigit dan mencakar muka Waheeda. Waheeda luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan. Pembaca tertanya-tanya akan nasib dan
tindakan yang akan dilakukan oleh Waheeda setelah mukanya cedera tersebut.
Teknik saspens turut digunakan oleh pengarang apabila Waheeda sanggup
menyerahkan sampel rambut dirinya, Zahid dan Izzati untuk ujian DNA kepada
Nurjihan. Waheeda sanggup berbuat demikian demi membersihkan namanya
setelah Zahid mencurigai bahawa Izzati ialah anaknya. Walaupun Zahid mengakui
bahawa wajah bayinya mempunyai persamaan dengan wajah Waheeda dan
rambut lebat bayi sama seperti rambutnya namun hidung pesek bayi itu tidak
sama dengan hidungnya dan Waheeda menyebabkan dia melemparkan pelbagai
tuduhan kepada Waheeda. Pembaca tertanya-tanya akan tindakan Zahid apabila
melihat ujian DNA tersebut.
MUKA SURAT 405 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop. Terdapat banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang mengggunakan teknik saspens apabila pengemudi bot sukar
memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang gagal melihat kerlipan kelip-kelip
secara sinkronasi agar mereka menyusur cabang sungai dan mendekati mulut
anak sungai yang gelap milik individu serta menjadi kawasan larangan.
Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya akan sebab pengemudi bot tidak
mahu mendekati anak sungai dan rahsia di sebalik mulut anak sungai yang
gelap serta penuh misteri itu.
Teknik saspens yang kedua adalah apabila Muhammad Taufik menerima
hadiah berupa jambangan bunga yang disangkannya daripada Nurul Hafsa.
Namun, apabila melihat hadiah tersebut yang diikat dengan sehelai kain
selendang berhias manik-manik kristal milik Nurul Hafsa, muka Muhammad
Taufik menjadi pucat kerana Nurul Hafsa tentu dalam bahaya. Pembaca
tertanya-tanya keadaan keselamatan dan lokasi Nurul Hafsa pada masa itu
serta tindakan yang akan diambil oleh Muhammad Taufik.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
banyak teknik saspens dalam novel ini.
Pengarang menggunakan teknik saspens apabila Lazim ditimpa
kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari tempat kerja. Hal ini menyebabkan
Haiqal terpaksa mencari pengganti Lazim kerana Lazim tidak dapat membuat
persembahan. Haji Salim meminta Haiqal memujuk Ong See Hwa agar
menggantikan tempat Lazim. Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya
sama ada Haiqal mampu menari sebaik Lazim semasa persembahan nanti.
Teknik saspens yang kedua adalah apabila Cikgu Zam sering terkenang
akan Aiman ketika dia melihat anak-anak Tauke Lim. Cikgu Zam terlalu
merindui anaknya itu. Sikap Cikgu Zam yang perahsia menyebabkan tiada
siapa yang mengetahui berkenaan Aiman. Cikgu Zam menganggap Ai Ling
seperti anaknya sendiri. Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya akan
identiti sebenar anak Cikgu Zam yang begitu dirinduinya itu.

MUKA SURAT 406 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak pengajaran kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah kita
perlulah menyayangi ibu bapa dengan mentaati kehendak mereka. Lili menyayangi ibunya
apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya pulang bercuti di kampung
datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak bersetuju dengan cadangan ibunya
namun Lili terpaksa menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili mahu
ibunya sentiasa kelihatan gembira dan Lili tidak akan membantah sebarang kata-kata ibunya
kecuali ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum untuk menjaga hati
ibunya.
Pangajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Songket Berbenang Emas ialah kita
haruslah menyayangi ahli keluarga semasa ketiadaan ibu bapa. Dahlia sanggup keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya. Dahlia juga sanggup ulang-alik dari rumah ke sekolah
semata-mata untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang
sempurna sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital. Dia juga menjaga keperluan adik-
adiknya yang lain iaitu Abu Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak pengajaran kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah kita
haruslah menyayangi anak-anak dengan memberikan pendidikan yang sempurna kepada
mereka. Mak Milah dan Pak Saidi menyayangi anak-anaknya iaitu Adnan, Ahmad dan
Amarullah dengan memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Kesemua
anaknya diberikan didikan agama, ilmu kepahlawanan dan pendidikan Inggeris. Mereka
berbuat demikian dengan harapan agar anak-anak mereka akan menjadi anak-anak yang
berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara. Bagi Pak Saidi, anak-anaknya perlu belajar
daripada bangsa yang berjaya supaya mendapat ilmu pengetahuan yang tinggi.
Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Tirani ialah kita perlulah menyayangi
pasangan agar keluarga harmoni. Waheeda begitu menyayangi Zahid dan amat terkesan
dengan sikap dingin Zahid terhadapnya. Zahid jarang pulang ke Tajau Emas dan sekiranya
Zahid datang, kedatangannya itu hanya menambahkan luka di hati Waheeda. Perasaan
sayang dan cinta terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Waheeda
mengalami kemurungan apabila Zahid melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan
keluarganya. Waheeda terpaksa mendapatkan rawatan dengan Dr. Qamariah untuk mengatasi
masalah kemurungannya.

MUKA SURAT 407 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak pengajaran kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Pantai Kasih ialah kita perlulah
menyayangi anak-anak agar mereka tidak tersalah membuat keputusan. Ayah Doktor
Raiha menyayanginya apabila dia menasihati Doktor Raiha supaya tidak memilih Doktor Sadiz
sebagai suaminya kerana Doktor Sadiz merupakan seorang yang angkuh dan telah berumur.
Raiha yang tetap berdegil dengan keputusannya telah menerima lamaran Doktor Sadiz
seorang Pakar Perunding Pembedahan yang merupakan seorang duda beranak dua yang
usianya lebih tua daripada usia bapa Raiha. Ayah Doktor Raiha mengingatkan Doktor Raiha
agar tidak menyesal dengan keputusan yang dibuatnya nanti.
Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Bimasakti Menari ialah kita haruslah
menyayangi anak walaupun telah berpisah dengan pasangan. Maryam Wickham Abdullah
begitu menyayangi anaknya, Muhammad Taufik. Maryam Wickham meluahkan perasaan
sayang dan rindunya kepada Muhammad Taufik semasa dia datang ke rumah Muhammad
Taufik. Maryam Wickham juga mengambil berat tentang projek Ikhtiar Teknoalam yang
diusahakan oleh anaknya. Ikhtiar Teknoalam ialah sebuah projek pembinaan rumah mesra
alam untuk tujuan komersial yang sedang diusahakan oleh Muhammad Taufik. Walaupun
dipisahkan oleh benua dan lautan, Maryam Wickham dan Muhammad Taufik mempunyai minat
yang sama.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
pengajaran kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Di Sebalik Dinara ialah kita haruslah
menyayangi anak dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk bertemu dengan
mereka. Marilyn/ Medina menyayangi anaknya, Farisha. Dia cuba melindungi Farisha apabila
dia tidak sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl yang begitu taksub terhadap sains.
Karl telah menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang ubat bius untuk
menjadikan dia kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya dia cuba
menjejaki Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan
menyatakan perasaan sayangnya kepada Farisha.
Pengajaran berkaitan kasih sayang dalam novel Silir Daksina ialah kita perlulah
menyayangi anak walaupun terpisah daripada mereka. Abdullah bin Kayan terlalu
menyayangi anaknya, Haiqal. Meskipun telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin Kayan
tidak pernah melupakan Haiqal. Dia menangis teresak-esak apabila merindui Haiqal. Kasih
sayang terhadap anaknya dicurahkan kepada Ong See Hwa yang sebaya dengan Haiqal. Dia
juga meninggalkan rumah, tanah, dan wang untuk Haiqal dengan mengamanahkan Tauke Ong
untuk menguruskan harta-hartanya tersebut.
MUKA SURAT 408 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 19 – YAYASAN ISLAM KELANTAN 2019


(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa tentang keberanian
watak utama yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang
terdapat dalam novel setiap novel.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib. Watak utama dalam novel ialah Leftenan Adnan. Terdapat beberapa
peristiwa tentang keberanian Leftenan Adnan dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Leftenan Adnan mempertahankan
Bukit Candu. Leftenan Adnan berani memimpin pasukannya untuk mempertahankan Bukit
Candu . Selain ramai yang terkorban, pasukan askar di bawah pimpinan Leftenan Adnan juga
kehabisan peluru. Namun, Leftenan Adnan dan pasukannya tidak mengalah sebaliknya
meneruskan tentangan terhadap tentera Jepun sehingga ramai tentera Jepun yang terkorban.
Dalam keadaan cedera parah, Leftenan Adnan tetap menaikkan semangat juang ahli
pasukannya untuk bertahan bersungguh-sungguh demi tanah air tercinta.
Selain itu, terdapat juga peristiwa keberanian Adnan menyertai pertandingan
syarahan bahasa Inggeris. Adnan berani menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris
walaupun dia belum begitu fasih dalam bahasa tersebut. Nizam, Ah Chong dan Ramasamy
turut mentertawakan Adnan. Dengan usaha yang gigih, akhirnya Adnan berjaya menjuarai
pertandingan tersebut.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Watak utama dalam novel ini ialah Farisha. Terdapat beberapa peristiwa tentang keberanian
Farisha dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Farisha menerima tawaran
darpada Soft Lab. Azraai menasihati Farisha agar berani menerima tawaran daripada Soft
Lab. Bagi Azraai, peluang sebegini bukan datang selalu. Farisha perlu mengambil peluang ini
kerana dalam dunia perniagaan terdapat orang yang berani melabur dengan banyak dan ada
juga orang yang berani melabur sedikit. Atas nasihat Azraai, akhirnya Farisha berani menerima
tawaran Dr.Maxi dan Aqram.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keberanian Farisha bertemu dengan Karl yang
pernah menyeksanya semasa kecil. Farisha berasa sedih apabila melihat wajah ayahnya
buat kali pertama dan terakhir. Walaupun Farisha sedar bahawa dirinya ialah anak tidak sah
taraf namun lelaki kurus yang terbaring di atas katil ialah darah dagingnya. Farisha telah
menggenggam tangan Karl dan memanggilnya ayah.

MUKA SURAT 409 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat beberapa peristiwa
tentang keberanian Lili dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Lili pergi ke rumah Che Jah. Lili
berani pergi ke rumah Che Jah walaupun dia baru berhadapan dengan peristiwa diculik oleh
anak-anak Che Jah. Lili ke rumah Che Jah dengan ditemani oleh Abang Rashid selepas
mendapat kebenaran nenek. Che Jah menceritakan kepada Lili tentang sikap anak-
anaknya. Che Jah mengadu kepada Lili tentang Haziq yang telah kena balun dengan tali
pinggang oleh ayahnya. Manakala Rafik menjadi kutu raya kerana asyik gagal dalam
peperiksaan dan dibuang sekolah akibat selalu ponteng dan melawan guru.
Selain itu, terdapat juga peristiwa keberanian Lili mengadu masalah Che Jah
kepada Kak Mimah. Lili berani melaporkan masa keluarga Che Jah kepada Puan Hamimah
iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk menyelamatkan Che Jah dan anak-anaknya
daripada terus dipukul oleh suami Che Jah iaitu Seman. Seman sering mabuk dan
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Lili juga mencadangkan kepada Puan
Hamimah agar Seman dihantar ke pusat pemulihan akidah.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Watak utama dalam novel ialah Doktor Raiha. Terdapat beberapa peristiwa tentang
keberanian Doktor Raiha dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Doktor Raiha mempertikaikan
kegagalan pembedahan yang telah dijalankan oleh Doktor Uwang. Doktor Raiha berani
mempertikaikan kegagalan majikannya, Doktor Uwang dalam menjalankan pembedahan
terhadap Unong Siron sehingga pesakit itu dibedah sebanyak 6 kali. Pada pandangan mata
kasar, memang tiada yang aneh berlaku terhadap Unong Siron namun naluri Doktor Raiha
memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada sinar-X Unong Siron. Doktor Raiha
cuba meluahkan perasaan tentang masalah tersebut kepada Doktor Uwang. Hal ini
menyebabkan Doktor Uwang berasa terpukul apabila pembedahannya terhadap Unong
Siron dipertikaikan oleh Doktor Raiha.
Selain itu, terdapat juga peristiwa keberanian Doktor Raiha mengengkari
kehendak Doktor Sadiz. Doktor Raiha berani mengengkari kehendak Doktor Sadiz yang
mahu dia menggugurkan kandungannya setelah mengetahui janin dalam kandungannya
cacat. Doktor Sadiz juga berkeras bahawa dia tidak menerima kelahiran bayinya yang cacat
disebabkan statusnya sebagai pakar perunding pembedahan yang terkenal. Doktor Sadiz
berusaha untuk menghantar anaknya itu ke Pusat Rawatan Khas bagi kanak-kanak yang
menghidap sindrom down. Namun, usahanya itu tidak dapat diteruskan apabila Rohayu binti
Doktor Sadiz meninggal dunia.

MUKA SURAT 410 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Terdapat beberapa peristiwa
tentang keberanian Dahlia dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Dahlia meminta izin
bapanya, Embong untuk berhenti sekolah semata-mata mahu menjaga adik-
adiknya. Hal ini dikatakan demikian kerana Embong sedar akan kepentingan pelajaran
kepada anak-anaknya. Embong sanggup bersusah payah demi memastikan kejayaan
anak-anaknya dalam pelajaran. Dahlia ingin berhenti sekolah apabila memikirkan
kesusahan hidup mereka sekeluarga terutama setelah melihat ayahnya yang masih
lemah akibat bisa patukan ular tedung.
Peristiwa keberanian yang kedua ialah peristiwa keberanian Dahlia
menyelamatkan Said yang lemas di sungai. Dahlia berani terjun ke sungai yang
berkeladak dan berarus deras semata-mata untuk menyelamatkan Said yang tenggelam
di dasar sungai tanpa memikirkan keselamatan dirinya. Seorang anak muda telah
mengangkat Said ke tebing sungai lalu memeriksa jantung Said. Nek Kiah mula
mengarahkan pemuda tersebut mengangkat Said serta dibawa keliling rumah sebanyak
tujuh kali untuk memastikan Said kembali bernyawa namun usaha tersebut gagal.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Watak
utama dalam novel ini ialah Waheeda. Terdapat beberapa peristiwa tentang keberanian
Waheeda dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Waheeda menghadapi
tuduhan negatif suaminya. Waheeda berani menghadapi tuduhan negatif suaminya
kerana dia tidak bersalah. Waheeda menjelaskan kepada Dr Qamariah bahawa dia tidak
takut akan tuduhan nusyuz yang dilemparkan oleh Zahid. Hal ini demikian kerana
Waheeda yakin bahawa dia tidak pernah berlaku curang sebagaimana yang didakwa oleh
Zahid.
Peristiwa keberanian yang kedua ialah peristiwa keberanian Waheeda
mengembangkan perniagaan. Waheeda berani membeli Chalet Iwana-Iwani yang
berhadapan dengan masalah kerana pemiliknya iaitu Pak Cik Aziz telah diisytiharkan
muflis akibat penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Waheeda juga
berani membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank
Pembangunan untuk membeli Chalet Iwana-Iwani tersebut.

MUKA SURAT 411 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Watak utama dalam novel ini ialah Nurul Hafsa. Terdapat beberapa
peristiwa tentang keberanian Nurul Hafsa dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Nurul Hafsa bertemu dengan
dengan Puan Foziah, pegawai atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor
berkenaan laporan tahap kecerahan langit Kuala Selangor. Nurul Hafsa berusaha
menyediakan laporan tentang tahap kecerahan langit di Kuala selangor namun tidak
mendapat kerjasama daripada pegawai atasan sebaliknya Nurul Hafsa dinasihati agar
tidak mengharapkan sebarang tindakan kerana tiada undang-undang alam sekitar yang
telah dilanggar di Kuala Selangor.
Peristiwa keberanian yang kedua ialah peristiwa keberanian Nurul Hafsa
mengemukakan cadangan dan pandangan. Nurul Hafsa berani membuat
pembentangan dan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor di
hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan
SUK Shah Alam. Walaupun cadangannya menerima bantahan daripada Dato’ Johann
Arlington-Majid, namun dia tetap meneruskan pembentangan tersebut.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Watak utama dalam novel ini ialah Haiqal Haqimi. Terdapat beberapa peristiwa tentang
keberanian Haiqal dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keberanian Haiqal mempersoalkan
tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haiqal menyatakan
bahawa darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya. Haiqal tetap tidak
berganjak daripada keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya. Akhirnya, umi
membenarkan tetapi dia tidak akan memberikan sebarang perbelanjaan kepada Haiqal.
Haiqal memaklumkan kepada ayah tirinya bahawa dia berbuat demikian bukan untuk
melukakan hati ibunya, sebaliknya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.
Ayah tirinya memahami perasaan Haiqal dan menasihati Haiqal agar tidak berasa
bimbang akan masalah kewangan sepanjang dia berada di Johor.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keberanian Haiqal meneruskan
persembahan walaupun Lazim tiada. Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya
sewaktu pulang dari tempat kerja. Hal ini menyebabkan Haiqal terpaksa mencari
pengganti Lazim kerana Lazim tidak dapat membuat persembahan. Haji Salim meminta
Haiqal memujuk Ong See Hwa agar menggantikan tempat Lazim.

MUKA SURAT 412 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak latar tempat dalam
kedua-dua buah novel.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan adalah di
Pekan Sentosa. Lili turun dari bas di Pekan Sentosa sebelum meneruskan
perjalanan ke kampung datuk neneknya. Sebaik turun dari bas Lili diikuti oleh
seorang pemuda Cina yang disangkanya cuba mengejar dirinya. Rupa-rupanya,
pemuda Cina itu ingin menyerahkan buku kepunyaan Lili yang tertinggal di dalam
bas.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas pula
adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Sekolah ini
menjadi tempat Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi menuntut ilmu sebagai murid
tingkatan enam atas dan bakal menduduki STPM pada hujung tahun. Dahlia juga
pernah memanggil Cikgu Salwani apabila mendapati pintu pagar sekolah telah
dikunci kerana dia lewat tiba.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
karya Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya
Beb Sabariah. Terdapat banyak latar tempat dalam kedua-dua buah novel.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa adalah
di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan dan Mamat menjalani latihan
ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Di kem tersebut bahasa
Inggeris menjadi bahasa perantaraan dalam semua jenis latihan kerana pasukan
askar Melayu dibimbing oleh jurulatih Inggeris. Jadual mereka sangat ketat dan
waktu rehat amat singkat sekali.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Tirani pula adalah di Silicon Medical
Center (SMC), Singapura. Waheeda telah bertemu dengan Dr. Alma Chen untuk
menandatangani dokumen-dokumen tentang pembedahan kosmetik dengan
ditemani oleh Raidah dan Bazilah. Waheeda menjalani pembedahan mata dan
hidungnya di Silicon Medical Center. Pembedahan ini dilakukan oleh Dr. Shirrim
Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi selama 12 jam.

MUKA SURAT 413 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin manakala
novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat
banyak latar tempat dalam kedua-dua buah novel.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Pantai Kasih adalah di apartment mewah Doktor
Raiha. Doktor Raiha pulang ke apartment mewahnya setelah penat menjalankan pembedahan
penggantian sendi pinggul ke atas Unong Siron. Doktor Raiha teringat kembali ketika dia meneliti
sinar-X Unong Siron. Doktor Raiha mencari-cari punca yang mungkin menyebabkan Unong Siron
terpaksa melalui enam kali pembedahan yang sama pada bahagian tubuh yang sama. Doktor
Raiha terfikir akan kesilapan yang dilakukan oleh Doktor Uwang sehingga menyebabkan
berlakunya infeksi terhadap Unong Siron.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari pula adalah di bilik mesyuarat
Pejabat Daerah Kuala Selangor. Nurul Hafsa membentangkan hal berkaitan dengan
pencemaran alam sekitar serta impaknya terhadap langit dan populasi kelip-kelip di dalam bilik
mesyuarat Pejabat Daerah Kuala Selangor. Dato’ Haji Mustofa al-Hamidi selaku Pegawai Daerah
Kuala Selangor mahu akan kepastian daripada Nurul Hafsa sama ada Kuala Selangor perlu
menjadi tempat yang gelap. Nurul Hafsa telah menjelaskan bahawa penduduk perlu menggunakan
sumber cahaya pada tahap minimum kerana pencemaran cahaya boleh dikawal dan tidak sukar
seperti pengawalan pencemaran udara, air atau tanah. Nurul Hafsa mencadangkan agar cahaya
lampu jalan atau kaki lima tidaklah terlalu terang sehingga menerangi seluruh bandar.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
latar tempat dalam kedua-dua buah novel.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara adalah di pejabat Secured
Shell. Farisha, Shida dan Rosman bertemu di pejabat Secured Shell untuk meneliti kandungan
kontrak dari Soft Lab. Mereka bertiga membaca dengan teliti setiap helaian kontrak yang
disediakan oleh bahagian perundangan syarikat Soft Lab. Shida dijemput sama berkongsi buah
fikiran kerana dia memiliki latar belakang undang-undang. Tiba-tiba Farisha terlihat satu cahaya
terang seperti kilat yang memancar dan kepalanya terus berdenyut. Ketika mereka ingin pulang,
mereka telah diberitahu oleh Uncle Seng bahawa dia terlihat dua orang asing yang lari menuruni
tangga dan mereka kelihatan aneh.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Silir Daksina pula adalah di kawasan Pantai Batu
Buruk di Kuala Terengganu. Haiqal Haqimi menikmati segelas teh tarik dan sepiring keropok
lekor di gerai ibu Ratna yang terletak di kawasan Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu. Ketika
berjalan di tepi pantai, Ratna turut bertanyakan punca perpisahan ayah dan ibu Haiqal Haqimi
menyebabkan Haiqal Haqimi diam sambil menguis-nguis pasir pantai di hujung kasutnya. Haiqal
tidak mengetahui punca perpisahan ibu bapanya namun dia yakin bahawa dia akan memperoleh
jawapan apabila selesai membaca manuskrip yang ada dalam simpanannya.

MUKA SURAT 414 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 20 – PPD KOTA MARUDU, SABAH 2019


(a) Klimaks merupakan bahagian plot yang paling penting dalam sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah
novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel
tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai baik
hati dalam novel tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat
banyak peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Adnan menghantar Sophia
dan anak-anak pulang ke kampung semula. Terdapat ura-ura kedatangan tentera Jepun semakin hampir
di Tanah Melayu dan Singapura, Adnan terpaksa menghantar keluarganya pulang ke kampung di Kajang
demi menjaga keselamatan mereka. Pada ketika itu, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang
ketiga. Pertemuan tersebut adalah pertemuan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat
Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan
mula mengatur persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah.
Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap
sedia dan berjaga-jaga.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa berita kemaraan tentera
Jepun bertiup kencang pada 6 Disember 1941. Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan
menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan
mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan
Singapura. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah
tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mula mempercayai bahawa Bukit Candu
akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba
menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar,
kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang
daripada mereka ialah Samad.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa
yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Farisha pengsan di makmal
Soft Lab. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi hairan dan
menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula maklumat tentang
sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar
belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada Farisha mengandung.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Farisha mendedahkan
bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya kepada Azraai. Azraai kelihatan sangat cemas apabila
mendengar berita tersebut dan menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha
keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan
kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh.

MUKA SURAT 415 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa isu kubah
surau yang telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan
seorang pemuda. Berlaku pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan
tua berkaitan isu kubah sama ada perlu diletakkan di atas surau ataupun membina masjid
yang baharu. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini
dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Seman yang
sedang berang memukul Haziq. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika
itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan
tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah
menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang
berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang perkara yang
berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan
karenah suaminya yang bertindak melulu.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak
peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Sister
Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor di bilik
bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri
untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan
dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai
doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh
dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik
tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah
dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke
hospital tersebut
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Doktor Uwang
yang teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah
apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama anak
perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak
petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan
teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-
kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.

MUKA SURAT 416 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak
peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Nek Kiah yang datang lagi
ke rumah Dahlia untuk mengingatkannya tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek Kiah terkejut
apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah
memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek
Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan
senang hendak potong leher. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal
di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Dahlia pergi ke balai raya
semasa persiapan Majlis Maulidur Rasul. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim
turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat
risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan
Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja
tersebut. Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman
bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia
bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul
Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah
memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah
memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat banyak peristiwa yang
membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa pertemuan Waheeda,
Zahid, Hollaway dan Dr. Rushdi yang bercuti di Hotel Seri Gading. Mereka telah mengimbau kenangan
semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk
menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’dan ramai lagi. Zahid melenting
di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan
Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Pada malam itu, Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan
alasan untuk menonton bola.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Zahid tidak menemani
Waheeda ketika Waheeda bersalin di Hospital Normah. Datin Hazirah, ibu mentuanya datang
menziarahinya dengan membawa jambangan bunga yang kononnya merupakan pemberian daripada Zahid.
Ibu mentuanya menyatakan bahawa Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang
menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu ialah anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak
bersabar bagi meredakan perasaan tersebut. Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu
Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA
terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati.
Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

MUKA SURAT 417 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat
banyak peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Datuk Johann
Arlington-Majid yang hadir hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan Nurul
Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah untuk
mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad Taufik di
sisinya telah membentangkan projek tersebut kepada tetamu yang hadir. Segala sanggahan daripada
Datuk Johann Arlington-Majid telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan
dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan
pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Datuk Johann dalam majlis tersebut.
Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan
mengiklankan tender dalam masa terdekat. Datuk Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam
kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bagi memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Peristiwa yang membawa klimaks yang kedua ialah peristiwa Muhammad Taufik dicederakan
oleh beberapa orang lelaki. Budiman dan Nurul Hafsa menerima berita bahawa Muhammad Taufik
ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Muhammad Taufik dan bertemu dengannya dalam
rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon
ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menurut siasatan awal, polis
memberitahu bahawa walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Muhammad Taufik,
namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada
mangsa.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak peristiwa
yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Haiqal bertekad untuk
pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia
pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi
ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal,
namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuuk pergi
ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan
Haiqal dan menyokong keputusannya secara dam-diam.
Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Haiqal telah pergi ke balai
raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada
beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini,
balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk
kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil
daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal
tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-
gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin.
Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

MUKA SURAT 418 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati
dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa nilai baik hati Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa Lili yang baik hati
apabila sanggup memaafkan orang yang menculiknya. Lili sanggup memaafkan
kesalahan yang telah dilakukan oleh Rafik dan Haziq yang telah bertindak mengurung dan
menjadikannya sebagai tebusan. Lili telah dijadikan tebusan apabila beberapa orang lelaki
mengejar Rafik dan Haziq. Lili bersimpati dengan nasib Rafik dan Haziq yang menjadi
mangsa keganasan bapa mereka.
Peristiwa nilai baik hati dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa Dahlia
dan Kavita yang baik hati apabila membantu Dahlia menyediakan nota pelajaran.
Kavita dan Najib membantu menyediakan nota pelajaran untuk Dahlia yang sering tidak
hadir ke sekolah akibat masalah keluarga. Dahlia telah berjanji dengan Cikgu Hisham
bahawa dia akan memastikan masalah yang dihadapinya itu tidak akan mengganggu
tumpuannya terhadap pelajaran.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati dalam kedua-dua buah
novel.
Peristiwa nilai baik hati dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah peristiwa
Tauke Chong yang baik hati apabila dia bersedia menjual basikal baharu kepada Pak
Saidi dengan bayaran secara ansuran. Nordin telah merosakkan basikal Pak Saidi kerana
mahu membalas dendam kepada Pak Saidi . Nordin menyalahkan Pak Saidi yang telah
menyebabkannya teruk dipukul olah bapanya setelah mendapat tahu kelakuan buruknya
mencuri buah-buahan penduduk kampung.
Peristiwa nilai baik hati dalam novel Tirani ialah peristiwa Waheeda baik hati apabila
membeli chalet Pak Cik Aziz yang bankrap kerana masalah kewangan. Waheeda telah
membeli Chalet Iwana-Iwani daripada Pak Cik Aziz. Dengan bantuan Waheeda tersebut,
masalah yang dihadapi oleh Pak Cik Aziz berjaya diselesaikan. Chalet Iwana-Iwani yang
diberi nama Chalet Aya-Sajinah berkembang maju dan Waheeda mengharapkan anaknya,
Izzati akan mengikuti jejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya
setelah memperoleh ijazah dalam jurusan pelancongan.

MUKA SURAT 419 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa nilai baik hati dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa ibu Unong Siron yang
baik hati dengan membantu kakitangan PRPK menangkap penceroboh. Ibu Unong Siron
berjaya memujuk pemuda yang menyamar sebagai doktor. Pemuda yang berlagak sebagai
doktor tersebut memegang pisau bedah yang dihunuskan di dada Felicia Landosi. Walaupun
Felicia Landosi tidak melayannya dengan baik namun ibu Unong Siron tetap membantunya.
Akhirnya, pemuda yang kurang siuman itu berjaya dipujuk oleh ibu Unong Siron. Pemuda itu
telah dihantar ke hospital sakit jiwa untuk menerima rawatan lanjut.
Peristiwa nilai baik hati dalam novel Bimasakti Menari ialah peristiwa Budiman yang
baik hati apabila dia bergegas ke tempat Muhammad Taufik sebaik sahaja menerima
panggilan daripadanya. Budiman terus merangkul Muhammad Taufik sebaik sahaja menemui
rakannya itu yang sedang terbaring dalam rimbunan lalang. Budiman menenangkan
Muhammad Taufik dengan memberikan kata-kata semangat agar sahabatnya itu bersabar
sedangkan dia sendiri pucat lesi melihat kecederaan yang dialami oleh sahabatnya itu.
Muhammad Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang dengan ambulans untuk
menerima rawatan.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa nilai baik hati dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Aqram dan
Khairul Anwar yang baik hati apabila mereka mempersoalkan tindakan Dr.Maxi yang
meneruskan eksperimen terhadap Shida. Shida telah dijadikan bahan ekperimen oleh Dr.
Maxi untuk dihubungkan dengan Karl secara telepati. Tindakan Dr. Maxi ini dipersoalkan oleh
Khairul Anwar dan Aqram kerana risau akan keselamatan diri Shida, seperti kemungkinan
Shida akan menjadi gila sekiranya uji kaji tersebut menghadapi masalah atau kegagalan.
Peristiwa nilai baik hati dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa pemandu teksi, Pak
Cik Salleh yang menghantar Haiqal hingga ke warung Wak Sakimin. Pakcik Salleh seorang
pemandu teksi yang baik hati kerana sudi menghantar Haiqal sehingga bertemu dengan orang
untuk bertanya walaupun Haiqal hanya meminta dia untuk menurunkannya di simpang masuk
kampung. Pakcik Salleh berbuat demikian kerana dia tahu bahawa Haiqal baru kali pertama ke
tempat itu dan tidak mengenali sesiapa di situ. Oleh itu, dia ingin memastikan Haiqal sampai ke
destinasinya dengan betul dan selamat.

MUKA SURAT 420 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 21, PPD BARAM, SARAWAK 2019


(a) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
(b) Unsur saspens digunakan dalam novel untuk menarik perhatian pembaca. Jelaskan satu
unsur saspens yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan kegigihan berlatih untuk memperoleh
kejayaan. Adnan gigih berlatih bersyarah dalam bahasa Inggeris di hadapan Mak Milah dan Pak
Saidi apabila menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris di sekolahnya. Walaupun
rakan-rakannya seperti Nizam, Ah Chong dan Ramasamy mentertawakan Adnan kerana beliau
belum fasih berbahasa Inggeris namun Adnan tidak patah semangat. Kata-kata semangat dan
janji ibu bapanya bahawa mereka akan hadir pada hari pertandingan menambahkan lagi
semangat Adnan. Atas kegigihannya tersebut maka Adnan menjuarai pertandingan syarahan
berbahasa Inggeris tersebut.
Persoalan yang kedua ialah persoalan ketaatan akan perintah Tuhan. Penduduk
Kampung Sungai Ramal taat akan perintah Tuhan apabila mereka bersolat hajat memohon
pertolongan daripada Allah agar dilindungi daripada segala musibah setelah penduduk kampung
mula berpecah dua. Ada sebahagian penduduk kampung yang menyokong dan ada penduduk
yang tidak menyokong kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan kebijaksanaan dalam bidang sains. Karl bijak
dalam bidang sains apabila dia berjaya mencipta cyborg seperti Aqram, Alia dan Khairul Anwar
yang kini bekerja untuknya di Soft Lab. Aqram yang nama asalnya Akeem ialah adik kandung Karl
yang terencat akal. Karl telah mengubahnya menjadi manusia cyborg melalui teknologi yang
diciptanya. Karl telah memberikan wajah dan nama baharu kepadanya iaitu Aqram. Aqram
memiliki rupa paras yang menarik sehingga Farisha tidak dapat melupakannya ketika mereka
bertemu di Lapangan Terbang Senai.
Persoalan yang kedua ialah persoalan menunaikan amanah ibu bapa. Azraai
menjalankan amanah ayah dan ibunya yang telah menjaga Farisha sejak Farisha berumur 2
tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip mesti kekal dalam tubuh Farisha dan Farisha
mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai turut menyerahkan fail yang mengandungi
macam-macam surat arwah ayah tentang maklumat Farisha seperti dokumen permohonan dan
sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak angkat.

MUKA SURAT 421 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan. Danel mempunyai banyak ilmu pengetahuan tentang pisang. Danel
telah menulis artikel dalam buku Segalanya Tentang Pisang namun dua artikel
Danel menarik perhatian Lili iaitu Remaja Jadi Pekebun Pisang Berjaya di Tenom
dan Perihal Pisang. Artikel bertajuk Perihal Pisang menceritakan khasiat dan
kandungan pisang yang kaya dengan vitamin B6, riboflavin, niasin, asid folik,
kalsium, magnesium, zat besi dan vitamin C.
Persoalan yang kedua ialah persoalan keteguhan terhadap kepercayaan
dan tradisi. Letchumi masih memegang teguh kepercayaan adat tradisinya
kerana dia menganggap bahawa roh nenek moyang mereka akan menjelma
sebagai burung gagak dan mereka perlu menjalani amalan pitru iaitu memberi
gagak tersebut makan

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan sikap mementingkan diri
sendiri. Doktor Uwang bersikap mementingkan diri sendiri apabila dia tidak
menghiraukan kesusahan pesakitnya, Unong Siron asalkan berkemampuan
mendapatkan rawatan. Doktor Uwang bersikap mementingkan diri sendiri apabila
dia sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya ke sekolah berasrama
seawal usia 7 tahun agar tidak mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak
tersebut adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak
menginginkan anak apabila berumah tangga.
Persoalan yang kedua ialah persoalan kebijaksanaan memajukan Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Doktor Uwang bijak memajukan Pusat Rawatan Pantai
Kasih yang dulunya hanyalah merupakan sebuah klinik sebesar kandang
penyembelihan kambing. Selepas dimajukan, Pusat Rawatan Pantai Kasih
menjadi pusat rawatan yang eksklusif dan tersohor. Kecekapan pengurusan dan
pentadbiran Doktor Uwang telah membuahkan kejayaan dan perkembangan
positif pusat rawatan itu.

MUKA SURAT 422 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan ketabahan untuk berjaya dalam
pelajaran. Dahlia tabah menghadapi suasana belajar dalam keadaan yang tidak
selesa di pusat pemindahan banjir setelah rumahnya dinaiki air. Dahlia terpaksa
belajar dalam keadaan yang serba kekurangan. Sikap Dahlia ini telah mendapat
pujian daripada Encik Daim yang merupakan bekas guru Dahlia kerana semangat
Dahlia yang masih rajin belajar walaupun berada di pusat pemindahan banjir.
Persoalan yang kedua ialah persoalan keprihatinan terhadap masalah
orang lain. Lili, datuk dan nenek prihatin akan nasib Che Jah yang mengalami
keganasan rumah tangga. Mereka banyak menolong keluarga Che Jah. Lili
misalnya menceritakan masalah Che Jah kepada Puan Hamimah. Datuk dan
nenek pula menjaga dan merawat Rafik dan Haziq. Datuk telah membawa Rafik
dan Haziq balik ke rumah untuk mendapatkan rawatan tradisional setelah
mengalami kecederaan dan lebam-lebam.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah
Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan menghargai budaya dan
warisan bangsa. Waheeda menghargai budaya dan warisan peribumi Sarawak
apabila dia meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu Sarawak di atas pintu
Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya-Sajinah, Cameron Highlands.
Persoalan yang kedua ialah persoalan kasih sayang ibu terhadao anak.
Sebagai ibu, Raidah amat menyayangi anaknya, Waheeda. Raidah sanggup
terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama dengan Waheeda pada hari
pembedahan mata dan hidung anaknya di Silicon Medical Centre. Raidah juga
sanggup menjaga Waheeda ketika anaknya itu bersalin di Hospital Pakar
Normah, Kuching serta menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan
khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan
Islam(Pusrawi), Kuala Lumpur.

MUKA SURAT 423 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan tanggungjawab memelihara
populasi kelip-kelip. Muhammad Taufik bertanggungjawab apabila dia memagar
sebahagian daripada sungai Selangor untuk memelihara populasi kelip-kelip.
Muhammad Taufik telah meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi
anak sungai di Kampung Kuantan terus ke Kampung Api-api yang berkeluasan 50
hektar. Dia berbuat demikian setelah mendapati populasi kelip-kelip di Kampung
Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai, bunyi enjin
motobot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya
bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip.
Persoalan yang kedua ialah persoalan kasih sayang anak terhadap ibu yang
tidak tinggal bersamanya. Muhammad Taufik amat menyayangi keluarganya dan dia
tidak pernah sangsi akan kasih sayang yang diterima daripada kedua-dua ibu bapanya
walaupun mereka telah berpisah. Muhammad Taufik bersyukur apabila ibunya,
Maryam Wickham datang ke Malaysia walaupun seketika. Muhammad Taufik akan
menghabiskan setiap detik yang ada untuk berbual-bual dengan ibunya itu. Bagi
Muhammad Taufik, dia percaya bahawa kasih sayang, darah dan daging, jiwa dan
minda tidak mengenal sempadan tempat dan zon masa.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak persoalan dalam novel ini.
Persoalan yang pertama ialah persoalan keprihatinan terhadap kesusahan
orang lain. Datuk Haiqal prihatin akan nasib yang menimpa Tauke Lim. Hidup Tauke
Lim sangat susah ketika dia baharu tiba di Kampung Seri Purnama. Tauke Lim
terpaksa menanggung kesusahan akibat sikap abangnya yang gemar berjudi sehingga
tanah mendiang bapanya dan tapak rumah tergadai. Datuk Haiqal telah membantu
Tauke Lim dengan memberi kerja kepada Tauke Lim sebagai penoreh getah di
kebunnya
Persoalan yang kedua ialah persoalan kejujuran tentang identiti diri. Aqram
jujur kepada Farisha apabila dia membocorkan rahsia dirinya yang sebenar kepada
Farisha. Aqram memberitahu Farisha nama sebenarnya ialah Akeem dan dia
merupakan adik Karl yang terencat akal. Umurnya 60 tahun dan bukan 30 tahun. Uji
kaji yang dijalankan oleh Karl berjaya mengubah penampilan dirinya.
MUKA SURAT 424 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
pelbagai unsur saspens dalam kedua-dua buah novel.
Satu unsur saspens yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah isu pencuri
kubah. Pada pendapat saya, isu pencuri kubah menimbulkan unsur saspens kerana menyebabkan
pembaca tertanya-tanya tentang orang sebenar yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung
mengesyaki pencuri kubah ialah Rafik dan Haziq. Malah ada penduduk kampung yang sudah bersiap
sedia untuk menyoal siasat Haziq yang baru sahaja dipukul dengan teruk oleh Seman. Haziq yang
sedang mendapat rawatan di rumah datuk Lili menjadi sasaran penduduk kampung. Namun persoalan
terjawab apabila pencuri sebenar ialah bapa Rafik dan Haziq.
Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, unsur saspens dapat dilihat melalui kisah patukan
ular tedung. Pada pendapat saya, kisah patukan ular tedung menimbulkan unsur saspens kerana
menimbulkan perasaan tertanya-tanya kepada pembaca kerana patukan ular tedung sangat berbisa dan
boleh membawa maut jika lambat mendapatkan rawatan. Embong telah dipatuk oleh ular tedung ketika
hendak mandi untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Pembaca tertanya-tanya akan nasib
Dahlia dan adik-adiknya apabila Embong bertarung dengan nyawanya akibat patukan ular tedung
tersebut manakala ibunya, Saleha masih dirawat di hospital. Namun, pembaca lega apabila Embong
kembali pulih dan selamat daripada bisa patukan ular tedung setelah seminggu berada di Hospital Batu
Pahat.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat pelbagai unsur
saspens dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa yang menimbulkan unsur saspens dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah
peristiwa kedatangan askar Jepun yang menyamar diri sebagai tentera Sikh. Pada pendapat saya,
peristiwa ini menimbulkan unsur saspens kerana menyebabkan pembaca ingin tahu sama ada yang
memakai pakaian tentera Sikh tersebut adalah benar-benar tentera Sikh atau tidak. Perasaan ingin tahu
ini menyebabkan pembaca meneruskan pembacaan untuk mengetahui kebenaran. Akhirnya, pembaca
mendapat bahawa Adnan mulai sedar akan penyamaran kerana Adnan tidak sedap hati apabila beliau
tidak dimaklumkan tentang kehadiran tentera Sikh. Adnan telah bertindak dengan menyerang tentera
Sikh yang sebenarnya tentera Jepun tersebut menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.
Dalam novel Tirani pula, unsur saspens dapat dilihat melalui peristiwa Waheeda yang
mengalami kemurungan dan tidak bersemangat untuk meneruskan perniagaan di Tajau Emas.
Pada pendapat saya, peristiwa ini menimbulkan unsur saspens kerana menimbulkan perasaan ingin tahu
pembaca sama ada Waheeda akan pulih seperti sedia kala atau pun tidak. Peristiwa ini menarik
pembaca untuk meneruskan pembacaan bagi mengikuti perkembangan Waheeda. Setelah meneruskan
pembacaan, pembaca mendapati bahawa Raidah dan keluarga banyak memberikan sokongan dan
dorongan sehingga Waheeda berjaya mengatasi masalah kemurungan dengan membawa Waheeda
bertemu pakar untuk mendapatkan rawatan dan kaunseling. Akhirnya, Waheeda bukan sahaja kembali
seperti sedia kala malahan lebih manis apabila dia berjaya membuka cawangan chalet di Cameron
Highlands.

MUKA SURAT 425 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin Talib manakala
novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat pelbagai unsur
saspens dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa yang menimbulkan unsur saspens dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa punca
kematian anak perempuan Raiha iaitu Rohayu binti Sadiz. Pada pendapat saya peristiwa ini menimbulkan
unsur saspens kerana pembaca tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak perempuan
Raiha. Gambaran yang tidak jelas ini menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca terhadap kejadian sebenar
yang berlaku. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Doktor Raiha apabila pada akhir cerita Felicia
telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia menceritakan penglibatan
dirinya yang dijadikan budak suruhan untuk membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz. Doktor Sadiz telah
membakar kereta Porsche miliknya kerana geram dan marah dengan tindakan Doktor Raiha yang melarikan
anaknya dengan menggunakan kereta tersebut. Tiba-tiba Ayu muncul dan langsung disambar oleh api yang
marak. Felicia meminta maaf kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Doktor
Raiha kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha.
Dalam novel Bimasakti Menari pula, unsur saspens dapat dilihat melalui peristiwa Nurul Hafsa ingin
berjumpa dengan “lelaki kelip-kelip” . Pada pendapat saya, peristiwa ini menimbulkan unsur saspens
kerana menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca tentang impian Nurul Hafsa untuk bertemu dengan “lelaki
kelip-kelip” yang juga pemilik tanah persendirian di tepi sungai Kuala Selangor. Nurul Hafsa telah meminta
bantuan abangnya, Budiman untuk bertemu dengan “lelaki kelip-kelip”. Peristiwa ini menarik pembaca untuk
meneruskan pembacaan bagi mengetahui identiti “lelaki kelip-kelip” tersebut. Setelah meneruskan
pembacaan, pembaca mendapati bahawa “lelaki kelip-kelip” itu ialah Muhammad Taufik iaitu rakan
persekolahan Nurul Hafsa ketika mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Tanjong Keramat.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat pelbagai unsur saspens dalam kedua-
dua buah novel.
Satu unsur saspens yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara adalah apabila pembaca tertanya-
tanya punca penyakit Farisha. Pada pendapat saya, punca penyakit Farisha menimbulkan unsur saspens
kerana menyebabkan pembaca tertanya-tanya punca Farisha pengsan di Soft Lab. Sebelum ini, Farisha ialah
seorang yang sihat. Farisha yang telah disahkan sihat oleh Dr. Maxi jatuh pengsan secara tiba-tiba di Soft
Lab. Keadaan ini menimbulkan kekalutan kepada mereka kerana perancangan mereka sangat bergantung
kepada kesihatan Farisha. Percubaan untuk menukarkan Farisha dengan Shida juga tidak berjaya kerana
sistem tubuh mereka tidak sama. Akhirnya, pertanyaan yang bermain-main di fikiran pembaca terjawab
apabila Farisha tidak sakit atau mengandung seperti yang disyaki sebaliknya dia telah diserang oleh virus
yang digodam oleh musuh mereka.
Dalam novel Silir Daksina pula, unsur saspens dapat dilihat apabila pembaca tertanya-tanya tentang
identiti sebenar anak Cikgu Zam. Pada pendapat saya, identiti sebenar anak Cikgu Zam menimbulkan
unsur saspens kerana Cikgu Zam sering terkenang akan Aiman ketika dia melihat anak-anak Tauke Lim.
Cikgu Zam terlalu merindui anaknya itu. Sikap Cikgu Zam yang perahsia menyebabkan tiada siapa yang
mengetahui berkenaan Aiman. Cikgu Zam menganggap Ai Ling seperti anaknya sendiri. Akhirnya,
pertanyaan ini terjawab apabila anaknya, Aiman didedahkan oleh penulis. Haiqal Haqimi ialah Aiman iaitu
anak yang sering disebut dan dirindui oleh Abdullah bin Kayan.

MUKA SURAT 426 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 22 – SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2019


(a) Jelaskan dua peristiwa yang dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam
sebuah novel yang telah anda kaji dan berikan sebab-sebab anda berpendapat demikian.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa yang
memaparkan nilai kebijaksanaan yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Pak Saidi sanggup menghantar Adnan dengan
berbasikal walaupun jaraknya jauh. Pada sebelah malam Pak Saidi mengajar anak-anaknya
mengaji al-Quran pula. Pak Saidi tetap meneruskan persekolahan anak-anaknya di sekolah
Inggeris walaupun mendapat tentang daripada penduduk kampung. Peristiwa ini memberikan
kesedaran kepada pembaca kerana pembaca harus menyedari bahawa setiap ibu bapa harus
mementingkan pendidikan anak-anak sejak kecil.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa askar Melayu yang terus berjuang mempertahankan
tanah air. Askar Melayu berlindung di kubu ketika serangan Jepun pada waktu malam. Hospital
tentera musnah dengan 700 orang askar India terkorban. Tentera Gurkha dan pasukan meriam
British di Bukit Timah tewas. Pengalaman tentera Jepun berperang di China digunakan bagi
melemahkan tentangan British. Tinggal Bukit Candu dan pasir Panjang sebagai benteng terakhir
bagi menyelamatkan pangkalan utama Alexandra. Tanggungjawab digalas oleh kapten Rix dan
Leftenan Adnan setelah Percival enggan mengaku kalah. Rix ragu-ragu, tetapi Adnan berjanji akan
bertahan hingga ke titisan darah terakhir. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca
kerana pembaca harus menyedari bahawa setiap askar harus menanamkan semangat juang yang tinggi
dalam mempertahankan negara seperti Leftenan Adnan.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa
yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa pertemuan Farisha dengan Karl ketika Karl sedang
nazak. Farisha bertemu dengan Karl yang semakin tenat di rumah agam Karl. Ketika bertemu,
Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha berjanji kepada Karl
bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu. Farisha menangis mengucapkan selamat
tinggal kepada Karl dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan agar sentiasa
erat.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azraai bekerjasama dengan ayah dan ibunya menjaga
Farisha sejak Farisha berumur 2 tahun. Azraai turut memastikan semua mikrocip mesti kekal
dalam tubuh Farisha dan Farisha mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Azraai turut
menyerahkan fail yang mengandungi macam-macam surat arwah ayah tentang maklumat Farisha
seperti dokumen permohonan dan sijil yang menunjukkan Farisha ialah anak angkat. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca agar menjaga sentiasa menjaga amanah yang diberikan oleh
orang tua untuk menjaga adik-beradik.
MUKA SURAT 427 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kerajinan datuk Lili ke hutan. Datuk atau
Haji Abdul Rahman rajin masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu sebagai
ramuan perubatan tradisional. Sikapnya yang rajin ini membimbangkan nenek kerana
pernah datuk tidak balik pada waktu malam semata-mata untuk untuk mencari akar-
akar kayu. Datuk turut ke paya bakau untuk mencari tumbuhan eksotik dan suka
merayau-rayau ke tempat-tempat yang berpotensi untuk dijadikan penyembuh tubuh
manusia yang sakit. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar
menghargai tumbuh-tumbuhan herba kerana banyak khasiat kepada manusia.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kerajinan Geetha membantu nenek di dapur.
Geetha rajin membantu nenek memasak apabila dia memotong sayur dan menyiang
ikan ketika dia tidur di rumah nenek. Walaupun nenek melarang Geetha menolongnya
kerana Geetha ialah tetamu namun dia tetap membantu nenek. Bagi Geetha,
membantu melakukan kerja-kerja di dapur ialah kerja orang perempuan. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca agar ringan tulang apabila berada di rumah orang
lain.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak
peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Doktor Raiha bertegas tidak mahu
menggugurkan kandungannya walaupun telah dipaksa oleh suaminya. Doktor Raiha
telah dipaksa oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya setelah
mendapati janin dalam kandungannya cacat melalui ujian ultrabunyi. Doktor Sadiz
tidak menerima kelahiran bayinya yang cacat disebabkan statusnya sebagai pakar
perunding pembedahan yang terkenal. Keengganan Doktor Raiha mematuhi kehendak
Doktor Sadiz menyebabkan hubungan mereka suami isteri semakin tegang sehingga
berlaku perceraian. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar tetap
menghargai anak-anak kurang upaya kerana anak itu merupakan anugerah Allah.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Doktor Raiha begitu tabah menerima
pelbagai dugaan yang berlaku dalam hidupnya. Ketabahan Raiha bermula dengan
gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan
bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia
gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Peristiwa
ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa tabah menghadapi pelbagai
dugaan dalam kehidupan.

MUKA SURAT 428 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa peristiwa Tauke Lim membantu keluarga
Embong. Tauke Lim menganggap Embong sebagai saudaranya kerana mereka sama-
sama merantau dari Melaka. Tauke Lim berniaga manakala Embong bekerja di estet.
Susah senang ditanggung bersama-sama. Tauke Lim begitu hairan dengan sikap Nek
Kiah dan Seman yang bermusuhan dengan keluarga Embong walaupun mereka satu
keluarga. Tauke Lim berjanji akan menolong Dahlia berkenaan wang yang diminta oleh
neneknya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar membantu orang yang
dalam kesusahan walaupun berlainan bangsa dan agama sebagaimana yang dilakukan oleh
Tauke Lim terhadap keluarga Embong
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa keprihatinan Cikgu Hisyam terhadap pelajaran
Dahlia apabila mengingatkan Dahlia agar tidak mengabaikan pelajaran apabila Dahlia
membuat keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam telah memanggil Dahlia
untuk menemuinya kerana Dahlia tidak hadir dua hari ke sekolah. Cikgu Hisyam cuba
mencungkil masalah yang dihadapi oleh Dahlia namun Dahlia lebih suka
merahsiakannya. Cikgu Hisyam yang bimbang akan pelajaran Dahlia telah meminta
rakan-rakan Dahlia membantu meminjamkan nota-nota untuk memudahkan Dahlia
mengulang kaji pelajarannya. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar
pembaca mementingkan pelajaran walau apapun masalah yang dihadapi oleh mereka.

TIRANI
Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat banyak peristiwa
yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke
SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa buah
dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya
dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda
berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.
Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca kerana peristiwa ini menyedarkan
pembaca tentang nilai kasih sayang seorang ibu, Raidah terhadap anaknya, Waheeda.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Raidah yang perasan akan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa
Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan
mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca bahawa pentingnya peranan keluarga
dalam menyelesaikan masalah kemurungan yang dihadapi oleh ahli keluarga yang lain.

MUKA SURAT 429 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Puan Wickham telah berkirim salam dengan
Tan Sri Muhaimin dan memasak untuk mereka bertiga sebelum pulang mengikut
rombongannya walaupun telah bercerai dengan Tan Sri Muhaimin. Maryam Wickham
telah bertemu dengan Muhammad Taufik ketika membawa rombongan sekumpulan
kanak-kanak dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima. Semasa menginap di
rumah anaknya itu, Maryam Wickham sempat memasak sayur campur goreng, sambal
ikan bilis dan sup ayam sebelum meninggalkan Muhammad Taufik. Peristiwa ini
memberikan kesedaran kepada pembaca tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anak
walaupun telah berpisah dengan suami.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Muhammad Taufik yang tabah meneruskan
kehidupan akibat perceraian Maryam Wickham dan Tan Sri Muhaimin. Muhammad Taufik
telah berpindah sekolah di Otago, New Zealand mengikut Maryam Wickham setelah
ibunya bercerai dengan Tan Sri Muhaimin. Muhammad Taufik meneruskan pendidikan di
negara itu sehingga peringkat sarjana sebelum berhenti belajar dan kembali ke Malaysia.
Muhammad Taufik hanya berjumpa sekali-sekala dengan ibunya. Peristiwa ini memberikan
kesedaran kepada pembaca agar tabah menghadapi kehidupan akibat perceraian ibu bapa.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang menimbulkan kesedaran pembaca dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Tauke Ong dengan Ai Ling untuk membantu
Haiqal ketika dia berada di Johor. Malahan, Haiqal juga dibenarkan tinggal di rumah
mereka. Haiqal banyak mengetahui berkenaan bapanya melalui Tauke Ong dan Ai Ling.
Ai Ling mengakui bahawa hubungannya dengan Abdullah bin Kayan amat rapat tetapi
dia tidak layak untuk menggantikan tempat Haiqal Haqimi sebagai anak kandung. Haiqal
Haqimi mengucapkan terima kasih kepada Ai Ling kerana telah membahagiakan ayahnya
hingga ke akhir hayat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa
membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kebijaksanaan mengenal potensi murid.
Abdullah bin Kayan bijak mengenal potensi yang ada dalam diri See Hwa. Abdullah bin
Kayan telah mengajar See Hwa cara mendeklamasikan puisi yang betul. Cikgu Zam/
Abdullah bin Kayan meminta See Hwa datang ke rumahnya bersama-sama kakaknya
untuk belajar cara mendeklamasikan puisi. See Hwa telah memenangi pertandingan
mendeklamasi puisi di sekolahnya. Cikgu Zam sudah menduga kejayaan See Hwa
kerana persembahannya baik dan mengesankan. Peristiwa ini memberikan kesedaran
kepada pembaca bahawa setiap orang mempunyai potensi yang boleh diketengahkan.

MUKA SURAT 430 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin manakala di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan dalam
novel ini.
Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa
kebijaksanaan Danel menyelesaikan masalah penduduk kampung. Danel telah
mencadangkan supaya membuat pengumuman di surau untuk meminta pendapat penduduk
kampung sama ada ingin meletakkan kubah di surau ataupun membina masjid baharu.
Majoriti penduduk menginginkan pembinaan masjid baharu kerana surau sudah uzur. Danel
dan Lili tidak jadi memasang poster kerana kurang berkesan.
Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Songket Berbenang Emas ialah peristiwa
kebijaksanaan Dahlia menguruskan masa dengan membuat ulang kaji di pusat
pemindahan banjir. Rumah Dahlia telah musnah akibat banjir. Dahlia bersyukur kerana
nota-nota pelajarannya dapat diselamatkan. Dalam keadaan sesak di pusat pemindahan
banjir tersebut, Dahlia mencuri peluang untuk belajar. Dia tidak peduli jika ada orang yang
mengatakan bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk. Sikap Dahlia ini dipuji oleh Encik Daim,
bekas guru Dahlia ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan dalam novel ini.
Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah
peristiwa kebijaksanaan Pak Saidi bijak membuat keputusan apabila menyekolahkan
Adnan di sekolah Inggeris walaupun pada ketika itu anak-anak Melayu yang lain
bersekolah pondok. Walaupun berhadapan dengan sikap Guru Besar Steward yang
merendah-rendahkan kemampuan orang Melayu dan mendapat tentangan yang hebat
daripada penduduk kampung seperti Lebai Pian dan Abu namun Pak Saidi tetap
meneruskan keputusannya menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.
Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Tirani ialah peristiwa kebijaksanaan
Fadhil iaitu bapa Waheeda menarik kedatangan pelancong ke inap desanya. Selaku
pemandu pelancong, Fadhil membawa tetamu yang menginap di Tajau Emas ke dusun
buah-buahan, kolam ikan kap dan menikmati keindahan serta kedamaian Sungai Matang. Di
dusun buah-buahan yang berkeluasan 20 hektar tersebut, para pelancong berpeluang
merasai kemanisan buah durian, langsat dan rambutan

MUKA SURAT 431 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan dalam novel ini.
Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa
kebijaksanaan Ibu Unong Siron menangani masalah yang berlaku di Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Ibu Unong Siron telah menawarkan diri untuk memujuk pemuda yang kurang
siuman kerana secara kebetulan pemuda itu tinggal bersebelahan dengan rumah Unong
Siron. Pemuda kurang siuman tersebut telah menahan Felicia Landosi apabila menyamar
sebagai doktor di bilik bedah. Tindakan ibu Unong Siron telah berjaya memujuk pemuda itu
dengan memberikan segelas susu yang dicampurkan ubat penenang.
Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Bimasakti Menari ialah peristiwa
kebijaksanaan Nurul Hafsa menyelesaikan masalah apabila dia mengemukakan hujah
kepada pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin. Pengunjung di balai cerap tersebut
yang kecewa kerana tidak dapat melihat buruj Orion sepenuhnya. Nurul Hafsa menyatakan
keadaan tersebut berlaku akibat langit di Kuala Selangor yang terlalu cerah berikutan
dengan pencemaran cahaya. Nurul Hafsa juga telah berjanji akan memulihkan keadaan
seperti sedia kala dengan sedaya upayanya.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang memaparkan nilai kebijaksanaan dalam novel ini.
Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa
kebijaksanaan Nurul
Hafsa dalam pelajaran. Nurul Hafsa telah belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga
dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Jordan selama lima tahun dalam bidang fizik dan
kaji falak. Setelah menamatkan pelajarannya, Nurul Hafsa telah kembali ke tanah air dan
memanfaatkan biasiswanya dengan bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin, Selangor.
Peristiwa nilai kebijaksanaan dalam novel Silir Daksina ialah peristiwa
kebijaksanaan Haiqal merancang strategi untuk menghidupkan kumpulan zapin
D’Purnama. Haiqal telah bekerjasama dengan Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif.
Haiqal merasakan dia tidak mampu melaksanakan impian ayahnya seorang diri kerana dia
masih muda dan tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sastera dan
kebudayaan. Pak Cik Bakar berjanji akan berbincang dengan ketua kampung terlebih
dahulu untuk meminta persetujuannya. Dalam pertemuan Haji Salim dengan ahli JKKK,
Haiqal Haqimi dan See Hwa, akhirnya mereka sebulat suara akan menghidupkan kembali
kumpulan zapin D’Purnama.

MUKA SURAT 432 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 23 – PPD SEMPORNA, SABAH 2019


(a) Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah
cerita.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh
watak utamanya.
[ 7 markah ]
(b) Kebijaksanaan pengarang mempersembahkan plot cerita dalam sesebuah novel dapat
menimbulkan minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan
teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel tersebut.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib. Watak utama dalam novel ini ialah Leftenan Adnan. Terdapat pelbagai konflik
yang telah dihadapi oleh Leftenan Adnan dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik antara anak dengan ibu. Adnan berkonflik dengan
ibunya, Mak Milah apabila Mak Milah tidak mengizinkan Adnan menjadi anggota tentera
sebaliknya dia lebih menyukai Adnan menjadi seorang guru. Mak Milah juga tidak sanggup
berpisah dengan Adnan yang perlu menjalani latihan ketenteraan di Kem Haig Lines, Port
Dickson.
Konflik yang kedua ialah konflik dengan rakan sekampung. Adnan berkonflik dengan
Nordin kerana Nordin tidak suka Adnan menyertai askar. Nordin beranggapan bahawa tindakan
Adnan tersebut akan menyebabkan Inggeris terus kuat di Tanah Melayu. Nordin juga menuduh
Adnan sebagai pengkhianat bangsa menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka berdua.
Adnan telah mencekak leher baju Nordin. Nordin turut menyerang Adnan namun terjatuh ke dalam
longkang kerana ilmu persilatan Adnan lebih hebat.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat banyak konflik yang dihadapi oleh watak utama iaitu Farisha dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik antara adik dengan abang. Konflik tercetus apabila
Farisha berasa terkilan selepas menyedari dirinya merupakan anak angkat keluarga Azraai dan
merupakan seorang anak yang tidak sah taraf. Hal ini dikatakan demikian kerana pengenalan
bapanya tidak tercatat dalam fail manakala ibunya bernama Marilyn berketurunan Portugis.
Farisha terkilan kerana Azraai menyembunyikan perkara yang sebenar selama ini daripadanya.
Konflik yang kedua ialah konflik antara anak dengan ibu. Farisha berkonflik dengan
ibunya, Medina/Marilyn apabila dia mengetahui bahawa ibunya itu cuba membunuhnya semasa
kecil. Farisha melarang Marilyn mendekatinya atau memeluknya ketika mereka berdua berada di
dalam kereta. Farisha turut memalingkan muka apabila Marilyn mengucupnya pada bahagian pipi.

MUKA SURAT 433 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat pelbagai konflik yang
telah dihadapi oleh Lili dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik sesama rakan. Lili berkonflik dengan Danel
apabila Danel tidak serius membincangkan isu kubah. Lili meminta Danel menjadi
penggerak kepada pembangunan di kampung itu dengan memberikan penjelasan kepada
penduduk kampung tentang kemajuan yang ingin dilaksanakan. Sikap Danel yang tidak
serius membincangkan hal tersebut membuatkan Lili berasakan semangatnya luntur. Danel
telah memujuk Lili dengan membawa aiskrim sebagai tanda minta maaf kerana menyakiti
hati Lili.
Konflik yang kedua ialah konflik dengan diri sendiri. Lili berkonflik dengan dirinya
sendiri apabila terpaksa merelakan dirinya untuk pulang ke kampung datuk dan neneknya
yang jauh daripada pembangunan di satu kawasan di Dungun, Terengganu. Lili terpaksa
menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh ibu. Lili tidak mahu pulang ke
kampung kerana dia mahu menghabiskan cuti sekolah yang terakhirnya itu bersama-sama
rakan sekelasnya

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Watak utama dalam novel ini ialah Doktor Raiha. Terdapat pelbagai konflik yang telah
dihadapi oleh Doktor Raiha dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik dengan diri sendiri. Doktor Raiha berkonflik
dengan dirinya sendiri apabila dia sentiasa dibayangi dengan peristiwa hitam yang
dialaminya. Doktor Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila
sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya
menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha
berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas
kematian itu.
Konflik yang kedua ialah konflik antara suami dengan isteri. Raiha berkonflik hebat
dengan suaminya, Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak
perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan
kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu membawa mereka
hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan kematian anak
tunggalnya itu. Doktor Raiha turut berkonflik dengan Doktor Sadiz apabila bekas suaminya
itu menuduh Raiha mempunyai hubungan sulit dengan Doktor Uwang. Doktor Sadiz telah
bertindak ganas dengan cuba mencederakan Raiha sambil memaksa Raiha menggugurkan
janin yang dikandungkannya.

MUKA SURAT 434 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Terdapat pelbagai konflik yang
telah dihadapi oleh Dahlia dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik dengan diri sendiri. Dahlia berkonflik dengan
dirinya apabila mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Walaupun Cikgu Salwani
dan Cikgu Hisyam cuba untuk memujuk Dahlia menceritakan masalah yang dihadapinya
namun Dahlia tetap menyimpan masalah yang membelenggu hidupnya. Begitu juga
kegagalannya hadir ke sekolah pada hari Selasa dan Rabu tetap dirahsiakan daripada
Cikgu Hisyam sebab musababnya. Pada hari Selasa, Dahlia tidak pergi ke sekolah kerana
adiknya sakit ditambah dengan dirinya yang masih lemah kerana meredah arus sungai
untuk menyelamatkan Said.
Konflik yang kedua ialah konflik dengan jiran. Dahlia berkonflik dengan Aton apabila
Aton menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai seorang gadis yang rendah akhlak. Aton turut
menuduh Dahlia sebagai buah kelapa yang telah ditebuk tupai. Aton juga sering menyindir
Dahlia apabila dia mengatakan bahawa Dahlia pulang ke rumah untuk melihat emaknya
yang dianggap tidak siuman

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Watak
utama dalam novel ini ialah Waheeda. Terdapat pelbagai konflik yang telah dihadapi oleh
Waheeda dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik antara anak dengan bapa. Waheeda berkonflik
dengan bapanya, Fadhil apabila bapanya menegur Waheeda selepas mengetahui bahawa
Waheeda mahu menjalani pembedahan kosmetik. Bapanya tidak mengizinkan Waheeda
menjalani pembedahan plastik kerana perbuatan melanggar fitrah Allah itu bertentangan
dengan kehendak agama Islam dan melanggar adat resam keturunan mereka. Larangan
tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa Waheeda tidak mahu anaknya melanggar hukum
agama dan adat resam.
Konflik yang kedua ialah konflik antara suami isteri. Waheeda bertengkar dengan
suaminya, Zahid kerana Zahid menuduhnya mempunyai hubungan dengan Dawood selepas
Zahid menemui mereka di dalam bilik Chalet Tajau Emas. Ketika sampai di chalet tersebut,
Zahid terlihat lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid juga sering
menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan pelbagai tuduhan lagi. Sikap Zahid yang
sering meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda menyebabkan hubungan mereka
menjadi dingin.

MUKA SURAT 435 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop. Watak utama dalam novel ini ialah Nurul Hafsa. Terdapat
pelbagai konflik yang telah dihadapi oleh Nurul Hafsa dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik dengan diri sendiri. Nurul Hafsa
berkonflik dengan dirinya sendiri apabila memikirkan kegagalan pengunjung dari
Jepun melihat bintang. Murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima gagal melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan
mata kasar kerana langit pada malam tersebut menjadi cerah. Nurul Hafsa
runsing dengan situasi tersebut kerana dia baru bermula bertugas di Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Dia mengakui puncanya kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor mengakibatkan pencemaran
cahaya.
Konflik yang kedua ialah konflik dengan pegawai atasan . Nurul Hafsa
berkonflik dengan Puan Foziah, pegawai atasan Pejabat Majlis Daerah Kuala
Selangor berkenaan laporan tahap kecerahan langit Kuala Selangor. Nurul Hafsa
berusaha menyediakan laporan tentang tahap kecerahan langit di Kuala Selangor
namun tidak mendapat kerjasama daripada pegawai atasan sebaliknya Nurul
Hafsa dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindakan kerana tiada
undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat banyak konflik yang dihadapi oleh watak utama iaitu Haiqal
dalam novel ini.
Konflik yang pertama ialah konflik antara ibu dengan anak. Umi Haiqal
tidak menyokong tindakannya untuk pulang ke Johor kerana di Johor Haiqal tidak
mengenali sesiapa dan Haiqal juga tidak mempunyai tempat tinggal untuk
bermalam. Uminya juga tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika
Haiqal ke Johor.
Konflik yang kedua ialah konflik antara sahabat. Haiqal berkonflik dengan
Ratna apabila Ratna menyepikan diri sepanjang Haiqal berada di Batu Pahat.
Setelah Haiqal pulang ke Terengganu, barulah Haiqal mengetahui sebab Ratna
menyepikan diri. Rupa-rupanya Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan
muda yang menjadi rakan kongsi dan bakal suaminya.
MUKA SURAT 436 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak teknik imbas
kembali dalam kedua-dua buah novel.
Teknik imbas kembali dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah teringat
kembali kisah sewaktu kecil. Datuk teringat kembali tentang kisahnya semasa
kecil yang terpaksa mengikut orang tuanya meredah belantara dan belayar
dengan kapal kemudian terdampar di satu tempat sehingga datuk bertemu dan
berkahwin dengan nenek.
Teknik imbas kembali dalam novel Songket Berbenang Emas ialah teringat
kembali kata-kata orang kampung. Dahlia teringat kembali pertanyaan orang
kampung tentang kelambatannya terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said
daripada lemas. Dahlia juga teringat akan kata-kata kesat Aton yang memaki
hamun dan menuduhnya sebagai orang yang membunuh anaknya. Tuduhan Aton
ini menyebabkan Dahlia begitu sedih kerana gagal menyelamatkan Said
walaupun dia telah berusaha bersungguh-sungguh.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa karya Abdul Latip bin Talib manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5
ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat banyak teknik imbas kembali
dalam kedua-dua buah novel.
Teknik imbas kembali dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah
teringat kembali akan janji ayah. Adnan teringat kembali akan janji Pak Saidi
untuk membelikan sebuah basikal untuknya jika dia telah selamat berkhatan
semasa Tok Mudim menenangkannya. Hal ini menyebabkan Adnan berani melalui
proses berkhatan tersebut.
Teknik imbas kembali dalam novel Tirani ialah teringat kembali akan sikap
negatif sahabat. Aiman, sahabat Zahid teringat kembali sikap Zahid semasa
zaman bujangnya yang kaki perempuan dan menjadi rebutan ramai gadis kerana
memiliki wajah yang kacak seperti hero hindustan tetapi akhirnya Zahid
menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini Waheeda yang merupakan
Ratu Pelancongan ASEAN pada masa itu.
MUKA SURAT 437 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Terdapat banyak teknik imbas kembali dalam kedua-dua buah novel.
Teknik imbas kembali dalam novel Pantai Kasih ialah teringat kembali saat
kematian bekas suami. Doktor Raiha teringat kembali pertembungan dengan Doktor Sadiz
di mahkamah setelah suaminya itu memenangi perbicaraan kerana saksi utama tidak
muncul. Doktor Sadiz telah menjelaskan kepada Doktor Raiha bahawa dia akan digantung
tanpa bertali sampai bila-bila sebagai balasan kerana menjejaskan status elitnya di khalayak
ramai akibat perbicaraan tersebut. Sejurus beredar dari mahkamah keluarga, Doktor Sadiz
terlanggar lori tangki minyak yang berhenti di persimpangan lampu isyarat menyebabkan
keretanya meletup dan terbakar.
Teknik imbas kembali dalam novel Bimasakti Menari ialah teringat kembali kisah
diserang oleh penjahat. Muhammad Taufik teringat kembali kejadian diserang oleh
penjahat apabila tayar keretanya pancit akibat stinger sepanjang satu meter yang diletakkan
di atas jalan raya. Ketika Muhammad Taufik turun daripada kenderaan, dia dipukul di kepala.
Kemudian, mereka memapah Muhammad Taufik dan mengambil dompet serta jam
tangannya. Seterusnya, Muhammad Taufik ditinggalkan di rimbunan lalang dan pada ketika
itulah dia menghubungi Budiman.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak teknik imbas kembali dalam kedua-dua buah novel.
Teknik imbas kembali dalam novel Di Sebalik Dinara ialah teringat kembali kisah
ketika kecil. Azraai teringat kembali peristiwa pertama kali dia melihat wajah anak kecil
berusia dua tahun pada ketika itu. Jarak usia Azraai dan Farisha ialah 14 tahun. Walaupun
sudah terbiasa dengan kehidupan anak tunggal, namun Azraai menyambut kehadiran
Farisha ke dalam hidup keluarga mereka dengan hati yang terbuka serta penuh ikhlas.
Farisha telah menjadi adiknya selama 26 tahun. Dia bimbang jika kasih sayang Farisha
berubah apabila Farisha mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat.
Teknik imbas kembali dalam novel Silir Daksina ialah teringat kembali kehadiran
lelaki Cina yang datang ke rumah. Amirulnizam teringat kembali peristiwa seorang lelaki
berumur dalam lingkungan dua puluhan berbangsa Cina memakai seluar labuh separas lutut
dan memakai baju kemeja lusuh berlengan pendek datang ke rumahnya. Lelaki itu bertemu
dengan ayahnya untuk mengambil upah menoreh getah di kebun ayahnya. Hasil
keuntungan akan dibahagi dua. Lelaki tersebut ialah Tauke Ong yang hidup susah kerana
tanah mendiang ayahnya telah habis digadaikan oleh abangnya yang kuat berjudi.

MUKA SURAT 438 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 24 – PPD LAHAD DATU, SABAH 2019


(a) Huraikan dua peristiwa yang memberikan pedoman yang terdapat dalam sebuah novel yang
anda pelajari.
[7 markah]
(b) Dalam setiap novel, konflik yang wujud mampu menjadikan novel menjadi menarik. Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menggambarkan konflik antara
watak dan cara penyelesaiannya.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin
Talib. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Adnan mematuhi cadangan ibunya untuk mengahwini
Sophia. Sebagai seorang anak, Adnan menjalankan tanggungjawabnya untuk patuh akan
kehendak ibu bapanya. Walaupun tidak mengenali Sophia, namun Adnan tidak membantah
apabila mereka mahu menjodohkannya dengan Sophia, seorang guru sekolah yang merupakan
anak Pak Faqih Muda sekembalinya dari London dan setelah berjaya menjawat jawatan leftenan
muda. Peristiwa ini memberikan pedoman supaya kita sentiasa mentaati kata-kata ibu bapa agar dapat
hidup dengan bahagia.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Pak Saidi sangat mementingkan ilmu apabila dia
berkeras untuk menghantar anaknya, Adnan ke sekolah Inggeris. Pak Saidi berpendapat bahawa
untuk mencari ilmu mestilah belajar dengan bangsa yang lebih berjaya dan maju. Walaupun
mendapat tentangan dan halangan daripada penduduk kampung, namun Pak Saidi tetap
meneruskan hajatnya menghantar anaknya ke sekolah Inggeris. Hasilnya anak-anak Pak Saidi
telah berjaya dan menjadi ikutan oleh penduduk kampung yang lain. Peristiwa ini memberikan
pedoman supaya kita seharusnya mementingkan ilmu pengetahuan untuk masa depan yang cemerlang
walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa
yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Farisha tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana
rumah Farisha telah dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih iaitu retinal scanner dan
interkom yang bersambung dengan rumah abangnya, Azraai. Apabila Azraai menelefon Farisha,
hologram Azraai akan muncul. Mereka berbual tentang kes pembunuhan yang berlaku tidak jauh
dari apartmen Farisha. Sistem keselamatan ini dipasang oleh Azraai untuk menjamin keselamatan
adiknya yang tersayang. Peristiwa ini memberikan pedoman supaya kita sentiasa menyayangi adik-
beradik dengan menjaga keselamatan mereka.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa pekerja Soft Lab menunaikan wasiat Karl supaya
mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Selat Melaka. Selepas subuh pada hari Ahad,
berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara tersebut. Dr.
Maxi dan beberapa orang pengurus besar Soft Lab memberikan sepatah dua kata tentang
kenangan bekerja dengan Karl dan jasa-jasanya terhadap syarikat. Peristiwa ini memberikan
pedoman supaya kita sentiasa mentaati perintah ketua dalam menjalankan amanah yang diberikan.

MUKA SURAT 439 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel
ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa datuk Lili atau Haji Abdul Rahman
rajin masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu sebagai ramuan perubatan
tradisional. Sikapnya yang rajin ini membimbangkan nenek kerana pernah datuk
tidak balik pada waktu malam semata-mata untuk mencari akar-akar kayu. Datuk
turut ke paya bakau untuk mencari tumbuhan eksotik dan suka merayau-rayau
ke tempat-tempat yang berpotensi untuk dijadikan penyembuh tubuh manusia
yang sakit. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita menghargai sumber alam
semula jadi yang banyak memberikan manfaat kepada kesihatan manusia.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Geetha yang rajin membantu nenek
memasak apabila dia memotong sayur dan menyiang ikan ketika dia tidur di
rumah nenek. Walaupun nenek melarang Geetha menolongnya kerana Geetha
ialah tetamu namun dia tetap membantu nenek. Bagi Geetha, membantu
melakukan kerja-kerja di dapur ialah kerja orang perempuan. Peristiwa ini
memberikan pedoman agar kita rajin membantu orang yang lebih tua untuk
meringankan kerja-kerja mereka.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa ibu Unong Siron menjaga Unong
Siron yang terlantar sakit di Pusat Rawatan Pantai Kasih kerana menjalani
pembedahan penggantian sendi pinggul kali keenam. Wang pampasan yang
diperoleh hampir habis untuk mengubati anaknya yang sakit. Peristiwa ini
memberikan pedoman supaya kita sentiasa menyayangi anak-anak dengan menjaga
kesihatan mereka.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Doktor Muhammad dedikasi dalam
menjalankan tugasnya apabila dia sanggup datang bertugas semula apabila dia
menerima on call pada suatu malam. Doktor Muhammad terpaksa dipanggil
bertugas kerana terdapat kes kelahiran pramatang seorang bayi yang belum
cukup masa dan menghadapi kesukaran bernafas. Peristiwa ini memberikan
pedoman supaya kita sentiasa berdedikasi menjalankan tugas yang telah
dipertanggungjawabkan dalam apa-apa jua keadaan.

MUKA SURAT 440 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa keprihatinan Tauke Lim terhadap
kesusahan dan kemiskinan hidup yang dialami oleh keluarga Embong. Dia sanggup
memberikan makanan dan wang kepada keluarga Embong. Tauke Lim membenarkan
Embong sekeluarga mengambil barang runcit di kedainya dengan berhutang. Tauke
Lim turut menyumbangkan wang sebanyak RM300.00 untuk membiayai perbelanjaan
Dahlia di Universiti Malaya. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita prihatin akan
kesusahan orang lain dengan menghulurkan bantuan kepada mereka.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Cikgu Hisyam yang mengingatkan Dahlia
agar tidak mengabaikan pelajaran apabila Dahlia membuat keputusan untuk keluar
dari asrama. Cikgu Hisyam telah memanggil Dahlia untuk menemuinya kerana Dahlia
tidak hadir dua hari ke sekolah. Cikgu Hisyam cuba mencungkil masalah yang
dihadapi oleh Dahlia namun Dahlia lebih suka merahsiakannya. Cikgu Hisyam yang
bimbang akan pelajaran Dahlia telah meminta rakan-rakan Dahlia membantu
meminjamkan nota-nota untuk memudahkan Dahlia mengulang kaji pelajarannya.
Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita sentiasa mementingkan pelajaran walaupun
berhadapan dengan pelbagai masalah.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Waheeda berani menghadapi risiko apabila
dia mengambil alih perniagaan Pak Cik Abdul Aziz yang mempunyai masalah
kewangan sehingga dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan
oleh pekerja-pekerjanya. Waheeda berani membeli Chalet Iwana-Iwani sedangkan dia
baru sahaja sembuh daripada penyakit kemurungan yang dihadapinya setelah
mendapatkan rawatan dan kaunseling daripada Dr. Qamariah serta sokongan moral
daripada ibu dan abangnya. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita berani
berhadapan dengan risiko untuk mendapatkan kejayaan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Fadhil dan Raidah yang mematuhi ajaran
agama apabila mereka tidak membenarkan Waheeda melakukan pembedahan
kosmetik kerana perbuatan mengubah fitrah Allah itu bertentangan dengan kehendak
agama Islam dan melanggar adat resam keturunan mereka. Fadhil tidak mahu
Waheeda melanggar ajaran agama semata-mata ingin akan kecantikan. Justeru,
ajaran agama perlulah dipatuhi oleh semua dalam melakukan sebarang tindakan agar
tidak tersalah membuat keputusan. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita tidak
melakukan perkara yang melanggar hukum agama supaya hidup diberkati Tuhan.

MUKA SURAT 441 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kegigihan Nurul Hafsa dan Budiman
mencari dan mengumpul data-data tentang kepupusan kelip-kelip di Kampung
Kuantan, Kuala Selangor. Nurul Hafsa dan Budiman duduk di jeti menunggu
kumpulan kelip-kelip. Kerja-kerja mencerap populasi kelip-kelip terhenti selama
seminggu kerana Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital. Sebagai menunaikan
janji serta menjaga integriti data yang akan dipersembahkan dalam kerja-kerja mereka
pada masa depan, Budiman dan Nurul Hafsa terpaksa melakukan pengumpulan data
tanpa Muhammad Taufik. Mereka perlu mengambil foto setiap kali ternampak kelip-
kelip dalam masa 10 minit mereka duduk di jeti tersebut. Mereka pulang selewat-
lewatnya pada pukul 10.00 malam. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita gigih
melakukan sesuatu tugasan untuk mendapatkan bukti-bukti yang sahih.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Tan Sri Muhaimin terus membesarkan
anaknya Muhammad Taufik dengan baik dan penuh kasih sayang walaupun telah
berpisah dan bercerai dengan isterinya, iaitu Puan Mariam Wickham. Segala
keperluan anaknya dipenuhi dengan sebaik-baiknya supaya anaknya dapat kasih
sayang yang secukupnya. Peristiwa ini memberikan pedoman supaya kita menyayangi
anak-anak dengan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
peristiwa yang memberikan pedoman dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Ai Ling telah meminta Cikgu Zam
mengajarnya mendeklamasikan puisi yang betul. Semasa Ai Ling mendeklamasikan
sajak, Cikgu Zam berkhayal seolah-olah Aiman mendeklamasikan sajak bersama-
sama Ai Ling. Ai Ling telah memenangi pertandingan mendeklamasi puisi di
sekolahnya. Cikgu Zam sudah menduga kejayaan Ai Ling kerana persembahannya
baik dan mengesankan. Peristiwa ini memberikan pedoman agar kita berani meminta
bantuan orang lain yang lebih pakar untuk melakukan sesuatu agar mendapat kejayaan.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Tauke Ong yang rajin bekerja apabila dia
menoreh getah pada sebelah pagi bersama-sama isterinya. Pada sebelah petang pula,
mereka akan meraih hasil kampung seperti pinang, biji kopi, pisang, getah beku dan
getah sekerap untuk dijual di pekan. Sekiranya dia tidak menoreh getah, dia akan
membersihkan kebun ayah Abdullah bin Kayan. Hasil kerajinannya berusaha, dia
dapat membeli setengah ekar tanah kebun untuk dijadikan tapak rumah. Peristiwa ini
memberikan pedoman agar kita rajin bekerja agar dapat menampung keperluan keluarga.

MUKA SURAT 442 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat pelbagai peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dan cara penyelesaiannya
dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Jendela Menghadap Jalan
ialah peristiwa Lili yang berkonflik dengan neneknya apabila nenek melarang Lili pergi ke
rumah Che Jah kerana risau akan keselamatannya. Nenek takut anak-anak Che Jah mengapa-
apakan Lili. Lili ingin pergi ke rumah Che Jah kerana berasa kasihan akan nasib Rafik dan
Haziq walaupun mereka telah menculiknya. Cara Lili menyelesaikan konflik ini adalah dengan
mematuhi arahan neneknya. Lili membatalkan rancangan untuk ke pekan namun masih
mengharapkan ada keajaiban yang muncul untuk membantunya.
Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Songket Berbenang Emas
pula ialah peristiwa Dahlia berkonflik dengan Azhari yang cemburu apabila melihat Najib datang
ke rumahnya. Najib datang ke rumah Dahlia untuk memujuk Dahlia meneruskan
persekolahannya. Najib juga bersedia membantu Dahlia berkaitan urusan pembelian tanah
yang akan dijual oleh Nek Kiah tetapi Dahlia menolak kerana tidak mahu termakan budi. Tidak
lama kemudian, Azhari datang ke rumah Dahlia. Azhari dan Najib berkenalan namun tiba-tiba
Azhari pulang tanpa memaklumkan kepada Dahlia akibat berselisih faham dengan Najib
tentang hubungannya dengan Dahlia. Cara Dahlia menyelesaikan konflik ini adalah dengan
bertanya kepada Najib tentang sebab Azhari pergi begitu sahaja. Setelah mengetahui bahawa Najib
berselisih faham dengan Azhari pandangan Dahlia menjadi kelam.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat pelbagai
peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dan cara penyelesaiannya dalam kedua-dua
buah novel.
Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Leftenan Adnan Wira
Bangsa ialah peristiwa Adnan yang telah berkonflik dengan Nordin kerana Nordin tidak suka
Adnan menyertai askar. Bagi Nordin, perbuatan Adnan tersebut menyebabkan Inggeris
semakin kuat di Tanah Melayu. Nordin turut menuduh Adnan sebagai pengkhianat bangsa.
Cara watak mengatasi konflik ini ialah Adnan mencekak leher baju Nordin kerana tuduhannya yang
tidak berasas. Nordin telah menyerang Adnan namun ilmu persilatan Adnan lebih hebat
menyebabkan Nordin terjatuh ke dalam longkang.
Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Tirani pula ialah peristiwa
Waheeda yang berkonflik dengan Zahid kerana suaminya itu tidak pasti sama ada Izzati ialah
anak kandungnya ataupun tidak kerana hidung anaknya pesek tidak sama dengan hidungnya
atau Waheeda. Cara Waheeda mengatasi konflik ini ialah Waheeda telah bertemu dengan Nurjihan
dan menyerahkan sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Walau bagaimanapun, Zahid
tidak melihat ujian DNA itu menyebabkan hubungan antara Zahid dan Waheeda semakin goyah.

MUKA SURAT 443 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin manakala novel
di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat pelbagai peristiwa
yang menggambarkan konflik antara watak dan cara penyelesaiannya dalam kedua-dua buah novel.
Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa
Doktor Raiha berkonflik dengan Felicia Landosi apabila Felicia melayan ibu Unong Siron dengan
kasar. Doktor Raiha juga amat marah dengan sikap sambalewa Felicia ketika operasi pembedahan
Unong Siron sedang dijalankan. Felicia telah menghulurkan alat bedah yang salah ketika dia
menjadi pembantu perubatan semasa operasi pembedahan penggantian sendi pinggul Unong
Siron. Konflik antara mereka berdua ini diselesaikan apabila Doktor Raiha memanggil Felicia ke bilik
pejabatnya untuk mengetahui sebab-sebab Felicia memberikan layanan yang kasar terhadap ibu Unong
Siron.
Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Bimasakti Menari ialah
peristiwa Nurul Hafsa yang berusaha untuk menjadikan Kuala Selangor Kawasan Simpan Langit
Gelap mendapat tentangan hebat daripada Dato’Johann Arlington-Majid. Dato’ Johann mengupah
tiga orang tonto untuk menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Muhammad
Taufik telah dicederakan dan dirawat di hospital. Selepas itu, Nurul dan Muhammad Taufik diculik
oleh penjahat. Konflik ini dapat diselesaikan oleh Nurul Hafsa apabila dia tetap bersabar dengan dugaan
tersebut. Selain itu, ujian yang datang tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus berusaha
dengan gigih bagi menjayakan projek yang telah dirancang bersama Muhammad Taufik.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat pelbagai
peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dan cara penyelesaiannya dalam kedua-dua
buah novel.
Peristiwa yang menggambarkan konflik antara watak dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa Farisha berkonflik dengan dirinya sendiri apabila dia mengetahui bahawa dia
hanyalah anak angkat keluarga Azraai. Farisha tidak sanggup menghadapi kenyataan tersebut
setelah Azraai memberikan fail yang mengandungi maklumat tentang dirinya. Cara Farisha
menyelesaikan konflik ini adalah dengan mengabaikan fail tersebut apabila dia mencampakkan fail itu
ke dalam almari baju. Dia belum bersedia untuk membuka dan meneliti maklumat yang terdapat
dalam fail tersebut.
Peristiwa yang menggambarkan konflik dalam novel Silir Daksina pula ialah peristiwa Haiqal
Haqimi berkonflik dengan uminya, Rafiqah apabila keinginannya ke Johor untuk menjejaki
ayahnya dihalang oleh umi. Umi tidak mahu Haiqal mencari ayahnya untuk mengelakkan
Haiqal terpengaruh dengan bidang sastera yang baginya tidak menjamin masa depan. Umi
mahu menghantar Haiqal melanjutkan pelajaran di luar negara kerana umi mengharapkan
Haiqal untuk mewarisi empayar perniagaan batiknya pada suatu hari nanti. Cara Haiqal Haqimi
menyelesaikan konflik dengan uminya ialah Haiqal tetap meneruskan hasratnya untuk mencari
warisan ayahnya walaupun tanpa restu umi. Manakala umi terpaksa melepaskan Haiqal namun
enggan melihat pemergian Haiqal.

MUKA SURAT 444 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SET 25 – RAMALAN CIKGU TAN CL UNTUK SPM BM 2019


(a) Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan kasih
sayang.
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam sebuah novel
yang anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu sikap masyarakat yang
sepatutnya dihindari oleh pembaca.
[8 markah]
JAWAPAN 4(a)
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Mak Milah dan Pak Saidi terhadap anak-
anak. Mak Milah dan Pak Saidi menyayangi anak-anaknya iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah dengan
memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya. Kesemua anaknya diberikan didikan agama,
ilmu kepahlawanan dan pendidikan Inggeris. Mereka berbuat demikian dengan harapan agar anak-anak
mereka akan menjadi anak-anak yang berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara. Bagi Pak Saidi,
anak-anaknya perlu belajar daripada bangsa yang berjaya supaya mendapat ilmu pengetahuan yang
tinggi. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang ibu bapa kepada anak mereka.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang antara apabila Tauke Chong bersedia
menjual basikal baharu kepada Pak Saidi dengan bayaran secara ansuran bagi menggantikan
basikal Pak Saidi yang telah dirosakkan oleh Nordin. Nordin merosakkan basikal Pak Saidi kerana
mahu membalas dendam kepada Pak Saidi . Nordin menyalahkan Pak Saidi yang telah
menyebabkannya teruk dipukul olah bapanya setelah mendapat tahu kelakuan buruknya mencuri buah-
buahan penduduk kampung. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang antara
sahabat.

DI SEBALIK DINARA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak
peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Farisha terhadap abangnya, Azraai.
Farisha menangis teresak-esak selepas mendapat tahu abangnya Azraai disahkan oleh doktor
mempunyai masalah jantung. Farisha memeluk Azraai sekuat-kuat hatinya apabila dia mengetahui
berita tersebut. Pada malam itu, dia tidak dapat melelapkan matanya kerana menangis apabila
memikirkan hal tersebut. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang adik kepada
abangnya.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang antara Marilyn / Medina terhadap anaknya,
Farisha. Dia cuba melindungi Farisha apabila dia tidak sanggup melihat Farisha menjadi mangsa Karl
yang begitu taasub terhadap sains. Karl telah menanam implan ke dalam tubuh Farisha tanpa sebarang
ubat bius untuk menjadikan dia kanak-kanak genius. Setelah berpisah berpuluh-puluh tahun lamanya
dia cuba menjejaki Farisha, akhirnya Marilyn/Medina dapat juga bertemu dengan Farisha dan
menyatakan perasaan sayangnya kepada Farisha. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan
kasih sayang ibu bapa kepada anak mereka.

MUKA SURAT 445 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JENDELA MENGHADAP JALAN


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam
novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang sesama sahabat apabila Danel
telah menyelamatkan Lili. Lili yang telah diculik dan dijadikan tebusan oleh Haziq dan Rafik
di sebuah pondok usang di hujung kampung telah diselamatkan oleh Danel seorang diri pada
waktu malam. Kesan daripada sikap tanggungjawab Danel ini maka Lili dapat diselamatkan
tanpa sebarang kecederaan. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang
antara sahabat.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Lili terhadap ibunya. Lili
menyayangi ibunya apabila dia tidak membantah permintaan ibu yang menyuruhnya pulang
bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Walaupun Lili tidak bersetuju dengan
cadangan ibunya namun Lili terpaksa menyembunyikan perasaannya daripada diketahui oleh
ibu. Lili mahu ibunya sentiasa kelihatan gembira dan Lili tidak akan membantah sebarang
kata-kata ibunya kecuali ibunya menyuruh melakukan kejahatan. Lili berpura-pura tersenyum
untuk menjaga hati ibunya. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang
anak kepada ibu bapanya.

PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Doktor Raiha terhadap
anaknya, Rohayu walaupun anaknya itu cacat sebelum dilahirkan lagi. Doktor Raiha
enggan mengikut kehendak Doktor Sadiz yang memintanya menggugurkan kandungan.
Baginya, Rohayu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Doktor
Raiha banyak menghabiskan masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya, Doktor
Sadiz selepas Rohayu dilahirkan. Doktor Sadiz mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke
pusat penjagaan jauh dari tempat mereka bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya
dijadikan bahan perbincangan ramai. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih
sayang ibu kepada anaknya.
Peristiwa kasih sayang yang kedua ialah peristiwa kasih sayang ayah terhadap
Doktor Raiha. Ayah Doktor Raiha menyayanginya apabila dia menasihati Doktor Raiha
supaya tidak memilih Doktor Sadiz sebagai suaminya kerana Doktor Sadiz merupakan
seorang yang angkuh dan telah berumur. Raiha yang tetap berdegil dengan keputusannya
telah menerima lamaran Doktor Sadiz seorang Pakar Perunding Pembedahan yang
merupakan seorang duda beranak dua yang usianya lebih tua daripada usia bapa Raiha.
Ayah Doktor Raiha mengingatkan Doktor Raiha agar tidak menyesal dengan keputusan yang
dibuatnya nanti. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang bapa kepada
anaknya.

MUKA SURAT 446 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

SONGKET BERBENANG EMAS


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang
dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Embong terhadap Saleha.
Embong bermonolog agar Saleha bersabar untuk sehari dua lagi dengan mematuhi nasihat
doktor dan akur untuk makan ubat sekiranya dia masih sakit. Dia amat yakin bahawa
isterinya akan sembuh. Embong berdoa siang dan malam agar isterinya sembuh. Embong
tidak sabar menunggu waktu mereka sekeluarga dapat berkumpul. Peristiwa di atas
berkaitan dengan persoalan kasih sayang suami kepada isterinya.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Dahlia terhadap neneknya.
Dahlia tetap menjaga neneknya dengan menyuapkan bubur ketika neneknya sakit. Dahlia
turut meminta neneknya agar tinggal bersama-sama mereka sekeluarga apabila sembuh
nanti kerana mereka adik-beradik boleh memantau kesihatan nenek. Selama tinggal dua
hari di wad, hanya anak-anak Saleha yang menjaganya. Sikap bertanggungjawab Dahlia ini
telah berjaya merobohkan tembok kesombongan nenek yang selama ini bersikap prejudis
dengan mereka sekeluarga. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang
cucu kepada neneknya.

TIRANI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Waheeda terhadap Zahid.
Waheeda begitu menyayangi Zahid dan amat terkesan dengan sikap dingin Zahid
terhadapnya. Zahid jarang pulang ke Tajau Emas dan sekiranya Zahid datang,
kedatangannya itu hanya menambahkan luka di hati Waheeda. Perasaan sayang dan cinta
terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Waheeda mengalami
kemurungan apabila Zahid melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya.
Waheeda terpaksa mendapatkan rawatan dengan Dr. Qamariah untuk mengatasi masalah
kemurungannya. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang seorang
isteri kepada suaminya.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Raidah terhadap Waheeda.
Raidah sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama dengan Waheeda pada
hari pembedahan mata dan hidung anaknya di Silicon Medical Centre. Raidah juga sanggup
menjaga Waheeda ketika anaknya itu bersalin di Hospital Pakar Normah, Kuching serta
menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit
kemurungannya di Pusat Rawatan Islam(Pusrawi), Kuala Lumpur. Peristiwa di atas
berkaitan dengan persoalan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

MUKA SURAT 447 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu
binti Mohd Yusop. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang
dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Muhammad Taufik terhadap
ibu bapanya. Muhammad Taufik tidak pernah sangsi akan kasih sayang yang diterima
daripada kedua-dua ibu bapanya walaupun mereka telah berpisah. Muhammad Taufik
bersyukur apabila ibunya, Maryam Wickham datang ke Malaysia walaupun seketika.
Muhammad Taufik akan menghabiskan setiap detik yang ada untuk berbual-bual dengan
ibunya itu. Bagi Muhammad Taufik, dia percaya bahawa kasih sayang, darah dan daging,
jiwa dan minda tidak mengenal sempadan tempat dan zon masa. Peristiwa di atas
berkaitan dengan persoalan kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Maryam Wickham Abdullah
terhadap Muhammad Taufik. Maryam Wickham meluahkan perasaan sayang dan rindunya
kepada Muhammad Taufik semasa dia datang ke rumah Muhammad Taufik. Maryam
Wickham juga mengambil berat tentang projek Ikhtiar Teknoalam yang diusahakan oleh
anaknya. Ikhtiar Teknoalam ialah sebuah projek pembinaan rumah mesra alam untuk tujuan
komersial yang sedang diusahakan oleh Muhammad Taufik. Walaupun dipisahkan oleh
benua dan lautan, Maryam Wickham dan Muhammad Taufik mempunyai minat yang sama.
Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih sayang antara sahabat.

SILIR DAKSINA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa kasih sayang Abdullah Kayan terhadap
anaknya, Haiqal. Meskipun telah berpisah dengan anaknya, Abdullah bin Kayan tidak
pernah melupakan Haiqal. Dia menangis teresak-esak apabila merindui Haiqal. Kasih
sayang terhadap anaknya dicurahkan kepada Ong See Hwa yang sebaya dengan Haiqal.
Dia juga meninggalkan rumah, tanah, dan wang untuk Haiqal dengan mengamanahkan
Tauke Ong untuk menguruskan harta-hartanya tersebut. Peristiwa di atas berkaitan
dengan persoalan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kasih sayang Abdullah Kayan terhadap See
Hwa. Abdullah Kayan sanggup menumpahkan kasih sayang terhadap See Hwa dan menulis
manuskrip untuk mencurahkan perasaan rindu terhadap anaknya, Haiqal. Abdullah Kayan
menumpangkan See Hwa ke sekolah. Apabila melihat See Hwa, dia terbayang-bayang akan
anaknya, Haiqal segak berpakaian sekolah. Abdullah Kayan tidak dapat menemui anaknya
itu sehingga dia meninggal dunia. Peristiwa di atas berkaitan dengan persoalan kasih
sayang seorang guru kepada anak muridnya.

MUKA SURAT 448 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

JAWAPAN 4(b)
JENDELA MENGHADAP JALAN & SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat banyak sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca
dalam novel ini.
Sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel Jendela
Menghadap Jalan ialah sikap masyarakat yang panas baran. Seman iaitu suami Che Jah
bukan sahaja seorang yang panas baran tetapi juga kaki mabuk dan kaki judi. Seman telah
memukul Haziq sehingga cedera dan memaki hamun Haziq seperti orang kena rasuk. Sikap
Seman ini menyebabkan Rafik dan Haziq terlibat dalam kegiatan dadah dan mencuri. Mereka
telah menculik Lili kerana terpaksa melepaskan diri daripada orang yang mengejar mereka.
Dalam novel Songket Berbenang Emas pula sikap masyarakat yang prejudis juga
perlu dihindari oleh pembaca. Nek Kiah bersikap prejudis terhadap Embong sekeluarga. Nek
Kiah meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Embong kerana membawa nasib
malang kepada Saleha sejak mereka berkahwin sehingga mempunyai enam orang anak. Hal
ini ditambah lagi dengan hasutan Seman yang memfitnah Embong dengan mengatakan
bahawa Embong membela ilmu hitam menyebabkan Saleha menjadi gila. Nek Kiah yang
percaya akan fitnah Seman, turut bersetuju dengan cadangan anaknya tersebut untuk menjual
tanah pusaka seluas seekar yang diduduki oleh keluarga Saleha dengan harga RM15,000.00.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA & TIRANI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya
Abdul Latip bin Talib manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.
Terdapat banyak sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel ini.
Sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel Leftenan Adnan
Wira Bangsa ialah sikap masyarakat yang berprasangka buruk dan berfikiran negatif.
Penduduk Sungai Ramal mewakili masyarakat yang berprasangka buruk dan berfikiran negatif
apabila mendapat tahu Pak Saidi menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Penduduk
kampung menjadi gempar dan ada yang mahu menghalau Pak Saidi keluar dari kampung. Hal
ini demikian kerana mereka khuatir anak Pak Saidi akan menjadi murtad sehingga melaporkan
perkara itu kepada ketua kampung.
Dalam novel Tirani pula sikap masyarakat yang berprasangka buruk dan cemburu
juga perlu dihindari oleh pembaca. Bazilah mewakili masyarakat yang berprasangka buruk dan
cemburu apabila melihat kemesraan hubungan antara Waheeda dengan tunangnya, Dr. Zahari
ketika Waheeda menumpang tinggal di rumah Bazilah di Yishun Street, Singapura. Waheeda
terpaksa melayani Dr. Zahari di ruang tamu kerana Bazilah sibuk menelaah dan sering
memerap di dalam bilik untuk menyiapkan kajian dan bahan tesisnya. Akibat ingin menjaga
perasaan Bazilah akhirnya Waheeda berpindah keluar dari rumah Bazilah dan tinggal di
Flamingo Resort.
MUKA SURAT 449 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019
KERTAS 2 NOVEL

PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Terdapat banyak sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel ini.
Sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel Pantai Kasih
ialah sikap masyarakat yang suka berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga. Doktor
Uwang mewakili masyarakat yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga.
Doktor Uwang seorang yang suka hidup bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah
berumah tangga, namun beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak
bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun demikian,
sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang
sangat pemilih dalam mencari teman berhibur.
Dalam novel Bimasakti Menari pula sikap masyarakat yang pendendam juga perlu
dihindari oleh pembaca. Dato’ Johann Arlington-Majid mendendami Tan Sri Muhaimin kerana
lelaki itu mengahwini wanita yang dicintainya iaitu Maryam @ Marion Wickham Abdullah.
Perasaan dendam ini semakin membara apabila dia mendapati bahawa Tan Sri Muhaimin
memasuki tender menyediakan lampu mesra alam untuk menerangi Kuala Selangor. Dia amat
marah kerana tender lampunya terjejas akibat projek baharu tersebut. Dato’ Haji Mansor pula
memberikan masa yang terhad untuk dia menyediakan lampu yang pencahayaannya mesra
alam. Dato’Johann berazam bahawa pada kali ini dia tidak akan tewas lagi dengan Tan Sri
Muhaimin.

DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA


Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat banyak
sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel ini.
Sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari oleh pembaca dalam novel Di Sebalik
Dinara ialah sikap masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Karl tidak
mengakui dan mempercayai kewujudan Tuhan. Dia telah menukarkan isterinya, Rusmina
menjadi cyborg bernama Alia kerana Rusmina tidak mahu meninggalkan agama yang
dianutinya. Rusmina juga pernah diseksa sehingga cacat oleh Karl apabila menolak
meninggalkan agama. Alia ialah cyborg canggih yang mempunyai perasaan kerana tidak
semua ingatannya berjaya dipadamkan.
Dalam novel Silir Daksina pula sikap masyarakat yang pendendam juga perlu dihindari
oleh pembaca. Umi tidak membenarkan Haiqal menjejaki sejarah hidup ayahnya kerana
dendam terhadap bekas suaminya itu. Umi juga tidak mahu membiayai perbelanjaan Haiqal
yang ingin ke Batu Pahat. Umi tidak mahu Haiqal menjadi seperti ayahnya yang dianggap
hidup dalam dunia yang tersendiri. Walid yang bersimpati dengan Haiqal telah memberikan duit
kepadanya. Ketika meninggalkan rumah, hanya walid dan Nurul Asiyah yang menghantarnya
ke muka pintu, manakala uminya hanya terperap di dalam bilik.
MUKA SURAT 450 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

You might also like