You are on page 1of 1

MPU3223 Arahan Tugasan

PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LANJUTAN

MPU3223 ASAS KEUSAHAWANAN

TUGASAN BERKUMPULAN (CLO2)


Kanvas Model Perniagaan /Business Model Canvas (BMC)
Idea dan Inovasi Perniagaan (Simulasi Perniagaan)
Markah Tugasan 10%

Arahan:
Secara berkumpulan, para pelajar dikehendaki memilih satu idea perniagaan (simulasi) yang
praktikal, boleh dilaksanakan dan berdaya maju (viable).serta menerapkan elemen inovasi.
Perniagaan simulasi ini dianggar menggunakan modal tidak melebihi RM100,000.
Berdasarkan idea dan inovasi perniagaan tersebut, pelajar dikehendaki untuk membina
Kanvas Model Perniagaan (BMC) menggunakan templat yang ditetapkan. Selanjutnya pelajar
juga perlu menyediakan satu laporan berkaitan sembilan komponen BMC dengan lebih
terperinci. . Markah akan dinilai berdasarkan ketepatan dan kesesuaian maklumat (bullet
points) yang dimasukkan dalam templat BMC serta penerangan terperinci setiap komponen
tersebut.
Untuk tugasan ini pelajar perlu menghantar satu laporan yang mengandungi:
1) Muka surat hadapan (maklumat kumpulan)
2) Templat BMC yang lengkap
3) Maklumat terperinci setiap komponen BMC (dalam bentuk perenggan)
4) Rujukan (APA format)

 Format laporan: Tulisan Calibri/Tahoma saiz 12 dan jarak (spacing) 1.5 berserta nombor
muka surat.
 Hanya seorang wakil kumpulan perlu memuat naik (upload) tugasan ini di dalam
Oceania (UMT Lentera/E-Learning)
 Tarikh akhir penghantaran tugasan akan dimaklumkan oleh pensyarah kumpulan masing-
masing.

You might also like