You are on page 1of 4

TEMU BUAL 1

VITHIYHA: Selamat pagi tuan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada tuan kerana sudi menerima temu bual.
JOSHUA: Ya, sama-sama.
VITHIYHA: Tuan,sesi temu bual ini berkaitan dengan sumbang anda sebagai isi
rumah kepada pasaran faktor pengeluaran dan pasaran barang dan perkhidmatan.
JOSHUA: Oh, okey.
VITHIYHA: Saya ingin mengetahui apakah pekerjaan tuan?
JOSHUA: Saya bekerja sebagai penjawat awam.
VITHIYHA: Baik tuan. Berapa lama anda telah bekerja sebagai penjawat awam?
JOSHUA: 3 tahun.
VITHIYHA: Baik tuan. Adakah tuan mempunyai pekerja sendiri yang anda
membayar gaji kepada mereka?
JOSHUA: Hmmm, saya mempunyai seorang pembantu rumah yang saya
membayar gaji sebanyak RM1200 untuk melakukan kerja rumah.
VITHIYHA: Terima kasih atas perkongsian tuan. Adakah tuan menggunakan
pendapatan yang diperoleh untuk membeli barang dan perkhidmatan bagi keperluan
harian?
JOSHUA: Ya, saya membeli barang dan perkhidmatan seperti pakaian, makanan,
kesihatan bagi keperluan harian menggunakan pendapatan saya.
VITHIYHA: Baik tuan. Adakah tuan melakukan sebarang tabungan atau pelaburan
untuk memberi sokongan kepada individu-individu atau perniagaan?
JOSHUA: Biar saya fikir dulu ya.
VITHIYHA: Okey tuan.
JOSHUA: Hmm. Setakat ini, belum.
VITHIYHA: Baik, terima kasih tuan atas masa anda dan segala perkongsian
daripada tuan telah memberi banyak input dan maklumat yang berguna kepada
saya.
TEMU BUAL 2

VITHIYHA: Selamat tengah hari puan. Terima kasih banyak kepada puan kerana
meluangkan masa untuk temu bual ini. Saya amat menghargainya.
MUNISWARY: Tidak perlu berterima kasih.
VITHIYHA: Puan, temu bual ini berkaitan dengan sumbang anda sebagai isi rumah
kepada pasaran faktor pengeluaran dan pasaran barang dan perkhidmatan.
MUNISWARY: Okey.
VITHIYHA: Saya ingin mengetahui apakah pekerjaan puan?
MUNISWARY: Saya bekerja di Intel.
VITHIYHA: Baik puan. Berapa lama anda telah bekerja di Intel?
MUNISWARY: 23 tahun
VITHIYHA: Terima kasih atas maklumat puan. Adakah puan menggunakan
pendapatan yang diperoleh untuk membeli barang dan perkhidmatan bagi keperluan
harian?
MUNISWARY: Ah, betul, Saya menggunakan pendapatan saya untuk membeli
barang dan perkhidmatan bagi keperluan harian. Jika pendapatan saya adalah
tinggi, saya mampu membeli lebih banyak barang dan perkhidmatan yang saya
perlukan.
VITHIYHA: Baik puan. Adakah puan melakukan sebarang tabungan atau pelaburan
untuk mempertingkatkan perniagaan anda?
MUNISWARY: Tidak.
VITHIYHA: Baik puan. Terima kasih atas perkongsian, puan. Saya telah mempunyai
banyak informasi yang membantu.
MUNISWARY: Sama-sama
TEMU BUAL 3

VITHIYHA: Selamat tengah hari puan. Terima kasih banyak kepada puan kerana
meluangkan masa untuk temu bual ini. Saya amat menghargainya.
LOSHINI: Selamat tengah hari.
VITHIYHA: Puan, temu bual ini berkaitan dengan sumbang anda kepada pasaran
faktor pengeluaran dan pasaran barang dan perkhidmatan.
LOSHINI: Oh, okey.
VITHIYHA: Saya ingin mengetahui apakah pekerjaan puan?
LOSHINI: Saya bekerja di kilang.
VITHIYHA: Baik puan. Berapa lama anda telah bekerja di kilang tersebut?
LOSHINI: Saya telah bekerja selama 2 tahun.
VITHIYHA: Terima kasih atas maklumat puan. Adakah puan menggunakan
pendapatan yang diperoleh untuk membeli barang dan perkhidmatan bagi keperluan
harian?
LOSHINI: Ya.
VITHIYHA: Baik puan. Adakah puan melakukan sebarang tabungan atau pelaburan
untuk mempertingkatkan perniagaan anda?
LOSHINI: Hmmm. Tidak tetapi saya ingin untuk membuka satu perniagaan makanan
VITHIYHA: Bagus! Semoga Berjaya dengan perniagaan anda.
LOSHINI: Terima kasih.
VITHIYHA: Baik puan. Terima kasih atas perkongsian, puan. Saya telah mempunyai
banyak informasi yang membantu.
LOSHINI: Sama-sama.

You might also like