You are on page 1of 8

SKJ PK 07/2

SEKOLAH KEBANGSAAN JAWA SARIKEI


YBB6111
96100 SARIKEI, SARAWAK

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH

Bilangan Mesyuarat : Bilangan 1 / 2023_2024


Tarikh : 28/3/2023
Hari : Selasa
Masa : 3.30 petang
Tempat : Perpustakaan SK Jawa

Hadir :
Bil Nama Jawatan
1. En. Thaddaeus Anak Embaki -Ketua Panitia Bahasa Inggeris/Guru BI Tahun 1, 3, 6
2. En. Jimmy Anak Sanged -Setiausaha/Guru BI Tahun 2, 4
3. Pn. Yip Chi Yieng -Guru BI Tahun 5

Turut Hadir
En. Marcus anak Enggai (Guru Besar)
Pn. Lydia Nangan anak Egang (PK Hal Ehwal Murid)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS DAN PENTADBIR

1.1 En. Thaddaeus mengucapkan selamat datang kepada semua ahli. Beliau
kemudian menjemput Guru Besar SK Jawa, En. Marcus untuk menyampaikan
ucapan.

1.2 En. Thaddaeus mengucapkan terima kasih atas jemputan. Beliau mengharapkan
panitia Bahasa Inggeris meneruskan segala tugasan dan perancangan yang telah
disusun dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Makluman
SKJ PK 07/2

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Tiada

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada.

4.0 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM PANITIA


En. Thaddaeus memberitahu semua ahli panitia perlulah bertugas menguruskan
aktiviti atau program panitia dengan baik mengikut standard pembelajaran seperti
yang diwar-warkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri yang boleh guru-guru
dapati dalam buku Ketetapan Kurikulum yang telah diedarkan kepada guru-guru di
semasa Mesyuarat Induk Kurikulum Bilangan 1 serta mematuhi Surat Pekeliling
Ikhtisas KPM Bilangan 2 Tahun 2023 - Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata
Pelajaran di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang juga telah diedarkan
salinan surat kepada semua guru dan ketua panitia.
Makluman

4.2 Agihan Tugasan Ahli Panitia

4.2.1 En. Thaddaeus meminta guru menyenaraikan kelas-kelas Bahasa Inggeris yang
diajar oleh guru-guru pada borang yang disediakan iaitu seperti berikut :
Bil Nama Tugasan
1 En. Thaddaeus Anak Embaki Ketua Panitia / Penyelaras dan Guru BI
Tahun 1, 3, 6
2 En. Jimmy Anak Sanged Setiausaha / Penyelaras dan Guru BI
Tahun 2, 4
3 Pn. Yip Chi Yieng Penyelaras dan Guru BI Tahun 5

4.2.2 Beliau juga memaklumkan bahawa segala program Panitia Bahasa


Inggeris akan diurustadbir oleh Penyelaras dan Guru Mata pelajaran setiap
kelas agar memudahkan dan melancarkan perjalanan program.
Makluman

4.3 Pelan taktikal dan pelan operasi

4.3.1 Menurut En. Thaddaeus, program-program yang disenaraikan ini adalah


program- program yang telah berjaya dilaksanakan tahun lepas akan diteruskan
juga pada tahun ini.

Makluman

4.4 Agihan Belanja Mengurus / Kewangan Panitia

4.2.1 Pn Helena berkata Bantuan Geran Perkapita (PCG) panitia pada tahun ini
setakat Mac 2023 ialah RM96.00.
SKJ PK 07/2

4.2.2 Beliau mencadangkan agar peruntukan ini digunakan untuk pembelian ABM
yang digunakan dalam kelas sebagai program kajian kes dan boleh juga
digunakan sebagai latihan dalam PdP guru-guru.

Tindakan : Semua guru

4.5 Kemaskini Sudut atau Papan Notis Panitia Bahasa Inggeris

4.5.1 En. Thaddaeus meminta guru-guru menampal hasil-hasil kerja murid seperti
buku skrap, poster bersaiz A4 atau notis aktiviti/program yang akan dijalankan
panitia pada sudut atau papan notis panitia dalam kelas masing-masing. Guru-
guru boleh bergilir-gilir menampal maklumat di situ.

Tindakan: Semua guru


SKJ PK 07/2

4.6 Penggubalan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

4.6.1 En. Thaddaeus telah mengagihkan tugasan menyediakan RPT kepada


semua ahli panitia. Berikut merupakan jadual penyediaan RPT bagi tahun 2023_2024
iaitu:

TAHUN NAMA GURU


1 En. Thaddaeus Anak Embaki
2 En. Jimmy Anak Sanged
3 En. Thaddaeus Anak Embaki
4 En. Jimmy Anak Sanged
5 Pn. Yip Chi Yieng
6 En. Thaddaeus Anak Embaki

4.6.2 En. Thaddaeus menegaskan, RPT yang dibina mestilah mengikut susunan
minggu persekolahan Kumpulan B Sekolah KPM dan guru yang telah ditugaskan
perlu memastikan semua guru Bahasa Inggeris yang sama menerima RPT
selewat-lewatnya awal Mac yang lepas seperti yang telah ditetapkan pada
Mesyuarat Induk Kurikulum Bilangan 1 Tahun 2023_2024.
Tindakan: Guru yang terlibat

4.7 Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

4.9.2 Ketua Panitia mengharapkan guru-guru akan melengkapkan fail yang telah
diselaraskan peringkat sekolah seperti yang telah dimaklumkan dalam Mesyuarat
Induk Kurikulum Bilangan 1 Tahun 2023/2024.

Tindakan: Semua guru


4.8 Penulisan RPH

4.8.1 En. Thaddaeus menerangkan tentang kenyataan media oleh YB


Fadhlina Sidek iaitu Menteri Pendidikan berkaitan penulisan RPH adalah
berdasarkan surat pekeliling ikhtisas bilangan 3/1999 bahawa penyediaan
RPH perlu mengandungi objektif, langkah aktiviti dan refleksi. Namun
selagi belum ada templat,panduan dan arahan format RPH terkini pihak
sekolah bersetuju akan meneruskan format penulisan RPH mengikut
format sebelum ini. Contoh format adalah seperti di bawah:

Tema:
Tajuk:
Kemahiran:
Standard Kandungan :
Standard Pembelajaran: (Dimensi Kewarganegaraan, K)
Objektif Pembelajaran:
Aktiviti :
EMK : (Nilai Murni, KPS, Dimensi, TMK dan KBAT)
BBB :
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Refleksi:
SKJ PK 07/2

4.8.2 En. Thaddaeus memberitahu, guru-guru boleh merujuk contoh RPH ini
dalam Whatsapp panitia.

4.8.3 Beliau menegaskan penulisan objektif pembelajaran perlulah objektif yang


boleh diukur.
Makluman
SKJ PK 07/2

4.9 Penetapan Jumlah Buku Latihan

4.9.1 En. Thaddaeus menjelaskan hanya satu buah buku latihan atau nota
Sejarah yang digunakan dan satu lagi buku Modul Aktiviti Integrasi Digital
Terbitan Sasbadi. Penggunaan buku aktiviti hanya boleh digunakan di luar PdP
untuk menangani isu beg berat seperti sebelum ini.

Makluman

4.10 Agihan Latihan

4.10.1 En. Thaddaeus meminta semua guru Sejarah mestilah memberi satu
latihan pada murid setiap kali PdP mengikut tahap kebolehan murid menjadikan
jumlah latihan Sejarah dalam sebulan adalah 4 kali bersamaan 12 kali latihan
bertulis pada 3 bulan pertama sesi persekolahan.

Tindakan: Semua guru

4.11 Semakan Latihan Dan Buku Latihan

4.11.1 En. Thaddaeus mencadangkan semua guru meminta murid-murid


mewujudkan indeks pada muka surat pertama dan kedua buku tulis/nota seperti
berikut :

BIL TAJUK LATIHAN TARIKH

4.11.2 Beliau menyatakan tujuan diadakan indeks untuk memudahkan guru


guru merekod bilangan latihan yang telah diberikan.

Tindakan: Semua guru

4.12 Penggubalan Soalan Ujian Sumatif

4.12.1 En. Van Basten turut berbincang tugas pengubalan soalan ujian.
Berikut merupakan penggubal soalan bagi PPPBS setelah perbincangan :

UJIAN SUMATIF 1/ UJIAN SUMATIF 2/UJIAN SUMATIF


3/UASA
Tahun
Bil. Nama Guru
VAN BASTEN AK TENSING
1 4
ROZINA BINTI HAJIMI
2 5
ABDUL ROPIZAN BIN ABD RAZAK
3 6
SKJ PK 07/2

Tindakan: Semua guru

4.13 Pencerapan

4.13.1 En. Van Basten berkata guru-guru akan dicerap oleh pentadbir mengikut
senarai nama yang telah ditetapkan oleh pentadbiran. Kebanyakan guru akan
dicerap berdasarkan matapelajaran major seperti dalam jadual pencerapan.

4.13.2 Beliau juga meminta guru-guru merancang RPH dengan pelaksanaan PdP
berpandukan borang Standard 4 SKPM@Kualiti Sekolah.
Makluman

4.14 PLC / Peningkatan Profesinalisme Guru

4.14.1 En. Van Basten memaklumkan sasaran jumlah PLC Panitia Sejarah
adalah sebanyak 10 kali setahun.
4.14.2 Pelaksanaan PLC yang pertama tahun ini adalah Analisis Data PBD
Sejarah.
Makluman

5.0 HAL HAL LAIN

5.2 Ketua Panitia menyatakan perbincangan aktiviti Bulan Kemerdekaan akan dibuat
dalam mesyuarat akan datang dengan kerjasama dengan Panitia Pendidikan Muzik dan
Seni Visual.

5.2 Beliau menyatakan pelancaran Bulan Kemerdekaan akan melibatkan


penghasilan bendera besar menggunakan bahan kitar semula.

5.3 Aktiviti-aktiviti Bulan Kemerdekaan seperti pakaian beragam, perarakan


merdeka, pertandingan mewarna, pertandingan binaan, pertandingan tarian
tradisional, pertandingan koir, pertandingan nyanyian solo, tayangan video berbayar
dan lain-lain akan diadakan sepanjang bulan Ogos ini.

6.0 PENUTUP

6.1 En. Van Basten mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panitia
Sejarah di atas kehadiran mesyuarat ini.
SKJ PK 07/2

6.2 Beliau mengakhiri mesyuarat dengan mengingatkan guru-guru agar sentiasa ikhlas,
bekerjasama, bijak, positif serta tidak stress.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

(ABDUL ROPIZAN BIN ABD RAZAK)


Disediakan oleh,
Setiausaha Panitia Sejarah
SK Jawa Sarikei
Tarikh : 27 Mac 2023 (Tarikh diminitkan)

Disemak oleh,
Disahkan oleh,

(VAN BASTEN ANAK


(MARCUS ANAK ENGGAI)
TENSING)
Guru Besar
Ketua Panitia Sejarah
SK Jawa Sarikei
SK Jawa Sarikei

You might also like