You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JAWA SARIKEI

JALAN KERUBONG, 96100 SARIKEI, SARAWAK

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL. 1/2023

Tarikh : 28 Mac 2023

Masa : 1330 – 1430

Tempat : Bilik Guru SK. Jawa

Pengerusi : En. Marcus Anak Enggai

Kehadiran (Bilangan) : 5 orang

Nama yang hadir :

Bil. Nama Guru Jawatan


1 En. Marcus Anak Enggai Guru Besar (Pengerusi)
2 En. Van Basten Anak Tensing GPK Pentadbiran (Timbalan Pengerusi)
3 En. Thaddaeus Anak Embaki Ketua Panitia Bahasa Inggeris
4 En. Jimmy Anak Sanged Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris
5 Pn. Yip Chi Yieng Bendahari Panitia Bahasa Inggeris

Tidak hadir bersebab:

-tiada-

Urusetia mesyuarat:

1. En. Thaddaeus Anak Embaki – Ketua Panitia Bahasa Inggeris

2. En. Jimmy Anak Sanged – Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris

1. Perutusan Pengerusi

1.1. Memulakan mesyuarat dengan ucapan penghargaan kepada semua guru yang dapat
hadir dan berharap mesyuarat kali ini dapat berjalan dengan lancar.
1.2. Memohon kerjasama semua AJK dan guru-guru yang bakal dilantik dalam
Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris Bil.1 / 2023 ini.

1.3. Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa atas
kerjasama melancarkan aktiviti panitia yang telah dirancang pada tahun lepas.

Tindakan : Makluman

2. Perkara Berbangkit

2.1. Tiada perkara berbangkit dibincangkan

Tindakan : Makluman

3. Penubuhan Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris

3.1. Rujuk Lampiran 1 (Carta Organisasi Panitia Bahasa Inggeris SK. Jawa)

3.2. Setiap jawatankuasa yang dilantik harus memulakan peranan dan tanggungjawab
masing-masing.

Tindakan : Semua jawatankuasa

4. Penyelarasan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran


Tahunan (RPT)

4.1. Guru perlu menyediakan RPH dan RPT Bahasa Inggeris mengikut format yang telah
diselaraskan dan disediakan sebelum hari pertama persekolahan.

4.2. Modul Pengajaran dan DSKP Bahasa Inggeris boleh dimuat turun di sesawang
Bahagian Perkembangan Kurikulum (KPM).

Tindakan : Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris

5. Hal – Hal Lain

5.1. Program berkaitan dengan Highly Immersive Program (HIP) akan dibincangkan
kemudian untuk mengenal pasti program yang sesuai dengan keperluan murid dan
sekolah.

Tindakan : Makluman

6. Penangguhan Mesyuarat
6.1. Pengerusi berharap semua guru yang terlibat dengan Panitia Bahasa Inggeris boleh
menjalankan tugas dengan baik serta boleh bekerjasama antara satu sama lain.

6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1430

Tindakan : Makluman

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

Jimmy Anak Sanged Marcus Anak Enggai


Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jawa, Sarikei Sekolah Kebangsaan Jawa, Sarikei

Disemak Oleh,

Van Basten Anak Tensing


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Jawa, Sarikei
Lampiran 1 Carta Organisasi Panitia Bahasa Inggeris

Pengerusi
Marcus Anak
Enggai

Timb. Pengerusi
Van Basten
Anak Tensing

Ketua Panitia
Thaddaeus
Anak Embaki

Setiausaha
Bendahari
Jimmy Anak
Yip Chi Yieng
Sanged

You might also like