You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BILANGAN 1 2022/2023

SEKOLAH KEBANGSAAN MERLIMAU, MELAKA

TARIKH : 6 APRIL 2022


HARI : RABU
MASA : 3.30 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

KEHADIRAN :

1. ENCIK ASHARI BIN OSMAN (GPK KURIKULUM & PENTADBIRAN)


2. ENCIK MOHD NASER BIN SILONG (GPK HEM)
2. PUAN SURAZIAH BINTI KIRAN (KETUA PANITIA)
3. PUAN AFIZAH BINTI ZAHAR
4. PUAN NOR SUHANA BINTI SEJARTA
5. PUAN ARNEY BINTI ALIAS
6. PN. ZAITON BINTI ABDULLAH

TIDAK HADIR:
1. ENCIK MUHAMMAD NASRUL BIN ABU BAKAR – bersebab
2. PUAN ROHANA BINTI BAKAR - bersebab

3.1 UCAPAN PENGERUSI (PUAN SURAZIAH BINTI KIRAN – KETUA PANITIA)


3.1.1 Pengerusi menyatakan salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua
guru Panitia Sains yang sudi meluangkan masa untuk mesyuarat kali pertama sesi
2022/2023 ini.
Tindakan: Makluman
3.2 UCAPAN GURU BESAR
3.2.1 Ucapan diwakilI oleh Cg. Ashari selaku GPK1. Beliau mengucapkan tahniah
kerana dapat merancang dan menjalankan mesyuarat bil/1 panitia sains 2022/2023.
Tindakan: Makluman
3.2.2 Guru diharapkan dapat berbincang dan membuat keputusan supaya semua
agenda dapat diselesaikan. Ketua perlu memastikan semua ahli Panitia Sains
mempunyai sukatan pembelajaran DSKP, dan RPT terkini serta menyelaraskan RPH
dan menentukan format yang sama.
Tindakan: Semua guru
3.2.3 Guru perlu memastikan jadual waktu & pencerapan disertakan dalam minit
mesyuarat. Jadual pembina soalan, templet PBD dan analisa laporan PBD akhir
tahun mesti dibincangkan dalam mesyuarat kali ini. Akhir sekali, guru perlu
berbincang intervensi untuk masalah yang timbul serta merancang empat program
kemenjadian murid dan empat program kemenjadian staf.
Tindakan: Semua guru
3.3 PENGURUSAN PANITIA (SPI BIL 4/1986)
3.3.1 Panitia mestilah dijalankan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian melalui Surat Pekeliling Iktisas bilangan 4/1986 (Lampiran 1).
Tindakan: Makluman
3.4 VISI & MISI SEKOLAH
3.4.1 Visi – Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
3.4.2 Misi- Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan
Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Tindakan: Makluman
3.5 PENETAPAN
3.5.1 MESYUARAT PANITIA
3.5.1.1 Mesyuarat Panitia Sains mesti dijalankan sebanyak 3 kali setahun
mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran SK Merlimau.
Tindakan: Semua guru
3.5.2 SUKATAN DAN HURAIAN MATA PELAJARAN (DSKP)
3.5.2.1 DSKP mengikut standard yang telah ditetapkan dan diedarkan oleh
Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK). DSKP ini boleh dimuat turun
daripada laman web bpk.moe.gov.my. Panitia perlu menyimpan dokumen-
dokumen tersebut dari Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk rujukan guru mata
pelajaran.
Tindakan: Ketua Panitia
3.5.3 PENYELARASAN PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN (RPT)
DAN RANCANGAN HARIAN RPH
3.5.3.1 Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah diserahkan kepada Ketua
Panitia / Setiausaha dalam bentuk softcopy untuk disimpan dalam bentuk QR
Code
Tindakan: Semua guru
3.5.3.2 Penyelarasan format RPH mesti berdasarkan SKPMg2 iaitu
Standard 4 (Pelaksanaan PdPc) yang mengandungi
1.Tajuk
2.Objektif
3.Aktiviti
4.Penilaian (lisan, bertulis, pemerhatian dan sebagainya)
5.Impak mesti menceritakan tentang berapa ramai murid yang telah
mencapai objektif (boleh tulis nama murid berkenaan jika perlu)
Tindakan: Semua guru
3.5.4 PENYELARASAN TUGAS DAN LATIHAN MURID DARI SEGI BILANGAN
DAN BUKU SERTA JADUAL SEMAKAN BUKU TULIS & BUKU AKTIVITI MURID
3.5.4.1 Tahap 1 & 2 (Tahun 1- Tahun 6)
Jumlah latihan seminggu: 1 hingga ke 5 soalan mengikut topik yang
dipelajari.
Tindakan: Guru Sains Tahap 1 & Tahap 2
3.5.4.2 Bagi murid Tahap 1, mereka mempunyai buku aktiviti sendiri dan
buku tulis disediakan untuk mencatat atau menampal nota tambahan sebagai
rujukan.
Tindakan: Guru Sains Tahap 1
3.5.4.3 Buku Latihan (buku tulis) bagi Tahap 2 adalah sebanyak 2 buah.
Tindakan: Guru Sains Tahap 2
3.5.4.4 Semua buku latihan dan buku aktiviti yang digunakan akan disemak
oleh pentadbir mengikut jadual ketetapan semakan buku latihan yang
disediakan oleh pihak sekolah.
Tindakan: Semua guru
3.5.5 JADUAL WAKTU DAN JADUAL PENCERAPAN GURU
3.5.5.1 Jadual PdPC hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah dan guru-guru akan dicerap mengikut ketentuan jadual
pencerapan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Berikut adalah kelas dan guru yang mengajar Sains:
a. 1 Ibnu Sina – Cikgu Suraziah binti Kiran
b. 1 Ibnu Khaldun (DLP) – Cikgu Muhammad Nasrul bin Abu Bakar
c. 2 Ibnu Sina – Cikgu Mohd. Naser bin Silong
d. 2 Ibnu Khaldun (DLP) – Cikgu Nor Suhana binti Sejarta
c. 3 Ibnu Sina – Cikgu Afizah binti Zahar
d. 3 Ibnu Khaldun (DLP) – Cikgu Muhammad Nasrul bin Abu Bakar
e. 4 Al - Ghazali – Cikgu Ashari bin Osman
f. 5 Al - Ghazali – Cikgu Ashari bin Osman
g. 6 Al - Ghazali – Cikgu Ashari bin Osman
h. 6 Al - Bukhari – Cikgu Muhammad Nasrul bin Abu Bakar

Tindakan: Makluman
3.5.6 JADUAL PEMBINA SOALAN UNTUK TAHAP 2
3.5.6.1 Kertas soalan bagi Tahap 2 mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A
berupa soalan objektif dan Bahagian B berupa soalan subjektif..
3.5.6.2 Cikgu Ashari menggubal soalan bagi murid Tahun 4 & Tahun 5 manakala
Cikgu Muhammad Nasrul bagi soalan Tahun 6. Soalan Tahun 6 digubal dalam
dwibahasa.
Tindakan: Guru Sains Tahap 2

3.5.7 JADUAL PENGHANTARAN BUKU RPH


3.5.7.1 RPH mesti dihantar setiap hari Jumaat atau selewat-lewatnya adalah pada
hari Isnin terus kepada Guru Besar.
Tindakan: Semua guru

3.5.8 BORANG BIODATA GURU


3.5.8.1 Biodata guru Sains mesti mengikut format standard serta
dikumpul dan dimasukkan dalam fail panitia.
Tindakan: Semua guru

3.6 PBD
3.6.1 TEMPLET PBD
3.6.1.1 Templet PBD mengikut format induk PBD yang asal dari KPM dan
boleh dimuat turun dari laman web. Format excel membolehkan guru
mengklik TP yang disertai deskripsi dan boleh digunakan sebagai rujukan
untuk memberi TP.
Tindakan: Semua guru
3.6.1.2 Borang perekodan perlu diisi mengikut tajuk dan dilampirkan pada
belakang buku RPH atau fail RPH.
Tindakan: Semua guru

3.6.2 ANALISA PBD


3.6.2.1 Laporan analisa PBD tahun 2022 seperti dalam lampiran 4.
Tindakan: Makluman
3.6.2.2 Laporan PBD tahun lepas dijadikan sebagai TOV/ ETR bagi tahun
2022/2023. Guru harus kenalpasti masalah murid yang mendapat TP rendah
dan menjalankan intervensi yang telah dibincangkan.
Tindakan: Semua guru
3.6.3 PROGRAM INTERVENSI
3.6.3.1 Antara program yang dicadangkan adalah Peer-coahing dan TP6
boleh diberi kepada murid yang mampu membimbing rakan dalam subjek
Matematik. Selain itu, program yang boleh membantu murid untuk memahami
istilah bagi subjek Matematik turut dicadangkan. Setiap program ini mestilah
dijalankan mengikut fasa P.D.C.A iaitu Plan, Do, Check and Action. Program
dimulakan dengan perancangan, dijalankan dan setelah selesai, program
dinilai untuk penambahbaikan dan dilaksanakan sekali lagi. Borang OPPM
dan PINTAS juga perlu dilengkapkan mengikut panduan youtube.
Link:https://www.youtube.com/watch?v=0QH4CwVFwZs
Tindakan: Semua guru

3.7 KEWANGAN PCG 2022/2023


3.7.1 Pembahagian bagi penggunaan PCG tahun 2022 adalah seperti berikut:
1. Pembelian ABM - 60%
2. Program - 30%
3. Simpanan - 10%
Tindakan: Makluman

3.8 DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)


3.8.1 Jumlah murid DLP pada tahun 2022/2023 ialah 65 orang, iaitu dari Kelas 1
Ibnu KhaldunI seramai 26 orang, 2 Ibnu Khaldun 22 orang, 3 Ibnu Khaldun 17 orang
dan 6 Al - Bukhari seramai 14 orang Sebahagian daripada murid dalam kelas DLP
mempunyai masalah tidak memahami Bahasa Inggeris sepenuhnya dan masih
belum terbiasa dengan istilah matematik. KPM mahu guru yang mengajar kelas DLP
untuk menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya ketika aktiviti PdPc. Soalan
peperiksaan murid adalah bilingual iaitu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Tindakan: Guru DLP

3.9 PROGRAM PERKEMBANGAN STAF


3.9.1 Program staf atau guru bagi tahun 2022/2023 yang telah ditetapkan oleh
Panitia Sains adalah seperti berikut:
1. Semakan dan Pengurusan Stok bahan BBM dan BBB Sains.
2. PLC (Lesson Walk/ Lesson Sharing Session/ Gallery Walk/ Video Critique)
3. Bengkel PAK 21
4. Lawatan Penanda Aras (kolaborasi Bersama PSS)
Tindakan: Semua guru
3.10 PROGRAM PENINGKATAN KEMENJADIAN MURID
3.10.1 Program murid bagi tahun 2022/2023 yang telah ditetapkan oleh Panitia Sains
adalah seperti berikut:
1. Peer- Coaching
2. Minggu Panitia
3. Science Term Sharing
4. Project Based Learning (PBL)
Tindakan: Semua guru

3.11 HAL-HAL LAIN


3.11.1 GPK menekankan tentang Visi iaitu Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera.
3.11.2 Misi- Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan
Potensi Indiividu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
3.11.3 Keberhasilan iaitu kualiti sekolah dan kecemerlangan kemenjadian murid.
3.11.4 Hala tuju sekolah khususnya kurikulum kerana panitia terletak di bawah
kurikulum dan telah ditetapkan oleh GPK 1. KPI panitia adalah berdasarkan hala tuju
sekolah. Salah satunya ialah semua murid SK Merlimau mesti mencapai
sekurangnya TP 3 dalam PBD. AJK mesti menentukan arah untuk memastikan tiada
TP 1 atau TP 2 pada PBD akhir tahun murid.
3.11.5 Hasrat Guru Besar pada SK Merlimau adalah cemerlang, gemilang dalam
setiap pentaksiran atau penilaian. Mesti sentiasa berpegang pada data PBD sedia
ada. Tahap 1 adalah dibawah pentaksiran manakala Tahap 2 lebih kepada
peperiksaan. Professional judgment pada semua guru untuk meletakkan TP yang
tepat kepada murid. Penilaian murid adalah berdasarkan Standard Pembelajaran.
Guru Besar juga menekankan bahawa apabila bermulanya PdPc, maka bermulalah
pentaksiran. TP mengikut tahap adalah seperti berikut:
TP 1: Tahu
TP 2: Tahu dan faham
TP 3: Tahu, faham dan boleh buat
TP 4: Tahu, faham, boleh buat dengan bertatasusila
TP 5: Tahu, faham, boleh buat dengan kadar terpuji
TP 6: Tahu, faham, boleh buat dengan mithali
Tindakan: Semua guru
3.12 UCAPAN PENANGGUHAN
3.12.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pentadbir serta guru lain yang
sudi melapangkan masa bersama untuk mesyuarat kali ini. Apa-apa masalah
berkaitan kaedah atau lain-lain boleh rujuk dan bincang sesama ahli panitia secara
professional demi kebaikan bersama untuk kegemilangan Panitia Sains tahun 2022.
3.12.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan bacaan tasbih Kifarah dan
Surah Al Asr.
Tindakan: Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………….. ………...……………………………
(SURAZIAH BINTI KIRAN) (ASHARI BIN OSMAN)
Ketua Panitia Sains GPK Kurikulum & Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Merlimau. Sekolah Kebangsaan Merlimau.
Tarikh: 13 April 2022 Tarikh: 13 April 2022

You might also like