You are on page 1of 5

PENTAFSIRAN MARKAH DAN LAPORAN PENTAFSIRAN

KEGUNAAN MIN, MEDIAN , MOD

PENGIRAAN MOD
Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan paling tinggi,misalnya markah yang pelajar paling ramai memperolehinya. Mudah ditentukan sekiranya kita telah menyediakan taburan kekerapan skor/markah asal terlebih dahulu.

Mod adalah nilai yang paling kerap


wujud didalam set data

Contoh - Mod Menyusun data didalam susunan yang menaik (menyusun dari nombor terkecil hingga terbesar) membantu kita menentukan mod.
7.00 11.00 14.25 15.00 15.00 15.50 19.00 19.00 19.00 19.00

21.00 22.00 23.00 24.00 25.00 27.00 27.00 28.00 34.22 43.25

Bagi data yang ditunjukkan didalam Jadual 3.1, mod ialah RM19.00 kerana harga tawaran berlaku sebanyak 4 kali.

PENGIRAAN MEDIAN
Median ialah skor tengah sesuatu set data/skor,misalnya markah tengah bagi set markah ujian mingguan. Sekiranya sesuatu set data mempunyai dua angka tengah,median data ini ialah purata kedua-dua data tengah tersebut.

Median mudah ditentukan sekiranya kita telah menyusun data daripada yang terendah hingga tertinggi atau sebaliknya.

PENGIRAAN MIN
Min ialah purata sesuatu set data/skor,misalnya markah purata bagi set markah ujian mingguan. Min mudah dikira,sekiranya bilangan data adalah kecil,tetapi agak susah dikira bagi data yang banyak. Kita boleh menggunakan komputer untuk mengira min bagi data yang banyak. Jumlahkan semua skor/markah dan kemudian dibahagikan dengan bilangan markah/pelajar.

You might also like