You are on page 1of 12

3.2.

7 Program Kerjasama
Teknikal Malaysia (PKTM)

Written by : Mohamad Hamka Bin Hamdan


Muhd Asyraffuddin Bin Tajudin

Rancangan ini ialah merupakan suatu manifestasi Malaysia


dalam konteks kerjasama di antara negara selatan-selatan
(south-south) dan lain-lain negara yang sedang membangun.
Rancangan kerjasama ini mewujudkan di atas andaian
bahawa negara-negara yang sedang membangun boleh
mempelajari pengalaman dan kepakaran dalam
pembangunan negara daripada negera-negara yang sedang
membangun sendiri.
Di dalam rancangan ini, negara-negara ASEAN, negaranegara Anggota Persidangan Islam dan juga negara-negara
Kepulaun Pasifik, Asia serta negara-negara yang mundur di
Asia dan Afrika diberi keutamaan dalam menerima bantuan.
Sebagai pelopor utama kepada kerjasama Selatan-Selatan
dan selaras dengan dasar prosper-thy-neighbour Malaysia
melalui PKTM akan terus menawar kerjasama teknikal kepada
negara Selatan.

PKTM akan memain peranan lebih strategik dalam


memperkukuh perkongsian pintar, meningkatkan
hubungan dua hala dan menggalakkan keupayaan
berdikari di kalangan negara membangun melalui
perkongsian pengetahuan dan pengalaman serta
pembangunan modal insan.
PKTM akan berusaha untuk bekerjasama rapat dengan
sektor swasta dan NGO serta melaksana program
secara perkongsian kos dengan negara anggota.
Teras strategik PKTM adalah untuk mempromosi
perkongsian kerjasama, penglibatan lebih giat sektor
swasta dan NGO serta pelancong, industri,kesihatan
dan pendidikan.

TUJUAN MALAYSIA MENGADAKAN


RANCANGAN (PKTM)

Mengeratkan lagi perhubungan Malaysia dengan negaranegara yang sedang membangun.


Mempertingkatkan perhubungan perdagangan di antara
Malaysia dengan negara-negara yang sedan membangun.
Memberi peluang kepada pihak swasta Malaysia untuk
menceburkan diri dalam pelaburan d negara-negara
tersebut.
Membantu negara-negara yang mundur dan yang sedang
membangun atas dasar perikemanusiaan tanpa mendapat
apa-apa balasan.

RANCANGAN DAN KEMUDAHAN YANG


DIADAKAN DALAM RANCANGAN (PKTM)

Biasiswa dan hadiah latihan untuk peserta-peserta yang


menikuti berbagai kursus.
Kemudahan-kemudahan lain untuk berlatih di pelbagai
institusi latihan di Malaysia.
Lawatan sambil belajar serta penempatan di agensiagensi kerajaan.
Kepakaran serta khidmat nasihat daam bidang-bidang
yang Malaysia mempunyai kepakaran terentu.
Rancangan kerjasama ini boleh dipertimbangkan dalam
bentuk kebendaan dan peralatan tertentu kepada
negara-negara yang dikenal pasti memerlukannya.

Strategi pelaksanaan

MALAYSIA TELAH MELAKSANAKAN


RANCANGAN INI MELALUI 4 CARA

Menanggung semua kos bantuan.


Malaysia dan negara penerima bersama-sama
menanggung kos bantuan.
Malaysia menyediakan segala kemudahan dan
negara penerima akan menanggung kos
bantuan.
Malaysia menyediakan semua kemudahan dan
pihak-pihak tertentu membiayai kos
penyertaannya.

MAKLUMAT TAMBAHAN YANG


TIDAK TERDAPAT DALAM BUKU
SILA SALIN

Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM)


dicetuskan melalui Mesyuarat Ketua-Ketua
Kerajaan Komanwel Pertama (CHOGM) di
Sydney pada Februari 1978. PKTM telah
dilancarkan secara rasmi pada 7 September
1980 di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan
Komanwel di New Delhi, India, untuk
menandakan komitmen Malaysia terhadap
Kerjasama Selatan-Selatan, khususnya
Kerjasama Teknikal di kalangan negaranegara membangun (TCDC).


Falsafah memakmurkan jiran adalah asas utama
bagi program tersebut . PKTM memberi penekanan
kepada pembangunan sumber manusia melalui
penyediaan latihan dalam pelbagai bidang yang
penting bagi pembangunan sesebuah negara seperti
pentadbiran awam, pertanian, pembasmian
kemiskinan, promosi pelaburan, teknologi maklumat
dan komunikasi, perbankan dan bahasa Inggeris.

OBJEKTIF (PKTM)

1.Untuk berkongsi pengalaman pembangunan


dengan negara-negara lain.
2.Untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara
Malaysia dan negara-negara membangun yang
lain.
3.Untuk menggalakkan Kerjasama Selatan-Selatan.
4.Untuk menggalakkan kerjasama teknikal di
kalangan negara-negara membangun.

SEKIAN

TERIMA KASIH

You might also like