You are on page 1of 8

PENANDA

WACANA DALAM
CERPEN KONRAK
SIAL
DISEDIAKAN OLEH: DEBBY STANIS
DEFINISI WACANA
Menurut Halliday dan Hassan wacana ialah organisasi sesuatu teks
terbina daripada intersentential linguistic features (ciri-ciri yang
membina teks), yang memberikan sesuatu teks itu tekstur, dan ciri
yang membina teks tersebut wujud di dalam teks (Halliday, 1994).
Halliday dan Hasan (1976) menamakan ciri linguistik tersebut
sebagai cohesive ties (unsur tautan kohesi). Halliday dan Hasan et.
al (1976) membahagikan tautan kepada lima jenis, iaitu rujukan,
penggantian, elipsis, penghubung, dan tautan leksikal.
Tatabahasa dewan edisi ke-3 (2005: 524) menyatakan bahawa
wacana yang utuh mempungai dua ciri utama iaitu mempungai
kohesi (tautan) dan koheran (runtutan).
Jenis penanda wacana
Tautan perulangan
Tautan perulangan rujukan
Tautan perulangan ellipsis
Tautan penghubung leksikal
Tautan penghubung paralelisme
Tautan Kolokosi
Tautan Penghubung Ayat
Tautan Peghubung Ayat Tambahan
Tautan penghubung Ayat Tentangan
Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab
TAUTAN PERULANGAN RUJUKAN
DALAM CERPEN KONTRAK SIAL
Tautan
perulangan rujukan ialah kata ganti nama yang digunakan bagi
merujuk perkataan dan frasa lain.
kataganti nama rujukan terdiri daripada kata ganti nama diri orang
(pertama, kedua, ketiga) dan kata ganti nama tunjuk
Dibahagikankepada tiga subkategori iaitu perulangan rujukan peribadi,
perulangan rujukan tunjuk dan perulangan rujukan bandingan.
Contohayat tautan rujukan peribadi dalam cerpen; adakah anda
membaca hukum jussoli? tengking Harimau sambil membeliakkan biji
mata kepada Sang Kancil. Kemudian dia merenung satu demi satu
binatang di hadapannya.
Dalamayat tersebut, tautan rujukan peribadi menggunakan unsur dia
yang merujuk kepada Harimau.
Tautan perulangan rujukan tunjuk
Contoh
ayat: Kata empunya cerita, sejak peristiwa hitam itu
Harimau bertindak merajakan dirinya di Hutan Melintang ini.
Dalam ayat di atas, kata ganti nama tunjuk itu merujuk kepada
peristiwa hitam yang berlaku di Hutan Melintang sementara kata
ganti nama tunjuk ini merujuk kepada Hutan Melintang, tempat
berlakunya kejadian tersebut.
Tautan perulangan elipsis
Dalamtautan ini, unsur yang digugurkan dalam ayat ditafsirkan
berdasarkan unsur yang mendahuluinya.
Diwakili oleh simbol .
Contoh ayat: Tahukah kalian, ketunggalan aku ini kerana Harimau
yang membaham isteri dan anak-anak-anakku, tegas Babi
Tunggal sambil mendesus, menahan kemarahan. Anak saya juga
. balas Rusa.
Dalam ayat ini, pembaca dapat memahami maksud Rusa bahawa
anaknya juga dibaham oleh Harimau dengan mentafsirkannya
melalui kata-kata Babi Tunggal.
Tautan perulangan leksikal
Unsur yang diulang mungkin serupa atau akar kata yang serupa,
bersinonim atau umum.
Dua jenis tautan perulangan leksikal:
I. Bentuk akar kata yang serupa
II. Kata umum
. Contoh ayat: Kita tidak perlu Harimau dan keharimauannya di
hutan rimba ini, Kancil terus melontarkan hujah tanpa kata alu-
aluan. Kerana keharimauannya telah meresahkan kita, dan kita
jadi pelarian di hutan rimba sendiri.
. Kata umum yang serupa bentuk dan makna.
Tautan perulangan paralelisme
Bentuk
susunan yang serupa antara unsur yang bertaut, tetapi
mempungai makna yang berlainan.
Unsuryang bertaut ini bukan bersifat leksikal, tetapi sekadar
antara ayat atau unit teks yang pendek-pendek atau subjek atau
predikat sesuatu ayat hingga terasa hubungan itu sesuatu yang
bermakna.
Contoh ayat: Kerana Harimau saya hilang tempat mengais
rezeki, kata Wakwak dari Paya Temagi. Kerana Harimau saya
hilang hutan rumbia, kebun makanan saya, kata Ayam Hutan.
Binaan frasa ialah FN + KGN

You might also like