You are on page 1of 111

MADLAIM BIN EJIB @ ETIB

JABATAN PENGAJIAN MELAYU


IPG KAMPUS KENT
TUARAN
MORFOLOGI

Apakah yang anda tahu tentang morfologi?

Cuba berikan definisi morfologi mengikut


pengetahuan anda
MORFOLOGI
Istilah morfologi dipinjam daripada bahasa Inggeris
morphology.
Istilah morphology terbentuk daripada unsur iaitu
morph, o, dan logy.
Morph membawa pengertian bentuk,
logy bermaksud pengetahuan atau ilmu.

Oleh itu,
morfologi bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang
bentuk kata.
DEFINISI MORFOLOGI
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji:
Struktur;
Bentuk; dan
Penggolongan kata.

Nik Safiah Karim et. al. ( 2010 )


DEFINISI MORFOLOGI
Struktur;
susunan unsur bahasa.
Misalnya, struktur kata bagi minuman ialah kata dasar + akhiran.
Bentuk
merupakan pewujudan lahiriah sesuatu unsur bahasa.
Misalnya, kata boleh terbina dalam bentuk tunggal, bentuk
terbitan, bentuk ganda, bentuk majmuk, dan bentuk akronim.
Golongan
jenis kata.
kata boleh dibahagikan kepada golongan kata nama, kata kerja,
kata adjektif, kata keterangan dan kata tugas.

Nik Safiah Karim et. al. ( 2010 )


DEFINISI MORFOLOGI
Morfologi ialah kajian tentang pembentukan
kata dalam sesuatu bahasa, termasuk:
Infleksi (pengimbuhan);
Terbitan; dan
Pemajmukan.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 )
DEFINISI MORFOLOGI
Morfologi ialah satu bidang dalam kajian
bahasa yang mengkaji tentang perkataan
dan cara-cara pembentukannya.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985)


DEFINISI MORFOLOGI
Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau
bentuk-bentuk kata.
Bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau
mempelajari selok-belok struktur kata serta
pengaruh perubahan-perubahan struktur kata
terhadap golongan dan pengertian kata.

Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob


( 1993 )
DEFINISI MORFOLOGI

Huraian tentang morfologi menurut


Marzukhi Nyak Abdullah
( 1993 )
MORFEM
Morfem terbahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan
morfem terikat
Jenis-jenis Penerangan
Morfem
Morfem Bebas Boleh berdiri sendiri. Contohnya minum, cuti, sekolah
dan
periksa.

Mempunyai makna sendiri.

Morfem Terikat/ Bentuk imbuhan seperti mem-, per-, -kan dan ber-
Imbuhan
Tidak mempunyai makna tetapi terdapat fungsi
tatabahasa
atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan
seterusnya makna ayat.
Kata Dasar dan Kata Akar
Abdullah Hassan (2007) menjelaskan
bahawa hampir semua perkataan dapat
menerima imbuhan untuk menjadi kata
terbitan. Kata yang diimbuhkan
disebutkata akar. Gabungan antara
kata akar
dengan imbuhan disebut
kata terbitan
Kata akar
ialah perkataan asal, iaitu yang tidak
mempunyai imbuhan,manakala
kata terbitan
ialah perkataan yang diterbitkan oleh kata
akar, iaitu kata yang mempunyai imbuhan.
Abdullah Hassan menegaskan bahawa
kata akar boleh menjadi kata dasar,
seperti
Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985)
menjelaskan bahawa kata akar ialah
kata yang menjadi akar atau
inti sesuatu perkataan, yang
terdiridaripada dua morfem atau lebih.
Contohnya, bangunan (bangun),
pendirian(diri), dan bersenam (senam).
BENTUK KATA ( PERKATAAN )
Menurut Nik Safiah Karim dan rakan (1996), definisi
perkataan adalah:
Satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna
yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa
bentuk bunyi bahasa.
Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis
BENTUK PERKATAAN
Kata Tunggal
Bentuk kata yg terdiri drp hanya satu bentuk dasar
- tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau
kata dasar yg lain.
Mengandungi satu suku kata atau lebih drp satu suku
kata.
Kata Tunggal dapat dibahagi kpd dua jenis
i. Unit yg bebas dan dapat berdiri sendiri
Contohnya : Kamu, Sudah?,ini?
ii. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi
memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yg bebas
utk melaksanakan tugasan nahunya.
Contohnya : di mana?, ke Kuala Lumpur, dari Sabah
BENTUK PERKATAAN
Bentuk-bentuk Kata Tunggal
Satu Suku
Kata KV VK KVK KKVK KVKK KKKV KKKVK

Dua Suku V+KV V+VK V+KVK VK+KV KV+V


Kata KV+VK KV+KV KV+KVK KVK+KV

Tiga Suku KV+V+KV KV+V+KVK V+KV+V


Kata KV+KV+V KVK+KV+V KV+KV+VK
Empat
KV+KV+VK+KV KV+KVK+KV+KV
Suku Kata
KVK+KV+KV+KV KVK+KV+V+KV
atau lebih
Mara Bernama LUTH Tabika
Akronim
ABIM Gapena
BENTUK PERKATAAN
Kata Terbitan
Bentuk kata yg mengandungi kata dasar yg mendapat atau
menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran,apitan atau
sisipan
bentuk perkataan yg dihasilkan melalui proses
pengimbuhan, iaitu proses yg menggandingkan imbuhan pada
kata dasar(Nik Safiah et. al, 1996)
BENTUK PERKATAAN
Kata Majmuk
Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu
proses yang merangkaokan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
i. Kata Majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
ii. Kata Majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan
unsur lain.
Kata Majmuk

Rangkai Kata Istilah Khusus Mendukung Maksud


Bebas Kiasan

nasi minyak garis pusat kaki bangku


bom tangan Pita suara berat tangan
jalan raya urus setia makan angin
Raja Muda cari gali Angkat bakul
BENTUK PERKATAAN
Kata Ganda
i. Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata
dasar
ii. Tiga jenis penggandaan adalah :
Penggandaan Penuh
Penggandaan Separa
Penggandaan Berentak
1.
a. kata tunggal
i Satu Suku Kata - yu, ru, lap
ii Dua Suku Kata aku, air, undi
iii Tiga Suku Kata cuaca, siasat, seluar
iv Empat suku Kata atau lebih keluarga, bidadari,
universiti.

b. Kata terbitan :
i kata terbitan berawalan
- Awalan Kata Nama pelari, pembawa
- Awalan Kata Kerja melawan, memfitnah
- Awalan kata Adjektif terbesar, terjernih
b. Kata terbitan :
ii kata terbitan berakhiran
- Akhiran Kata Nama pakaian, jahitan
- Akhiran Kata Kerja buatkan, gunakan

iii kata terbitan berapitan


- Apitan Kata Nama pelaksanaan, perasaan
- Apitan Kata Kerja memainkan
- Apitan Kata Adjektif keputihan

iv Kata Terbitan Bersisipan


- Bersisipan Kata Nama Kelengkeng,telunjuk
- Bersisipan Kata Adjektif selerak, gelembung
- Bersisipan Kata Kerja jelajah, gelegak
Selesai
topik 1
Soalan perbincangan T0pik 3 & 4
1. Isikan tempat kosong dengan jenis frasa yang tepat

Subjek Predikat Ayat Frasa Frasa


Ayat subjek Predikat

Shanti Mengulangkaji
tatabahasa
Adik Ke taman
Rahim Amat pandai

Lim Seorang
jutawan
Soalan perbincangan T0pik 3 & 4
1. Isikan tempat kosong dengan jenis frasa yang tepat

Subjek Predikat Ayat Frasa Frasa


Ayat subjek Predikat

Shanti Mengulangkaji Frasa Frasa Kerja


tatabahasa Nama
Adik Ke taman FN FSN
Rahim Amat pandai FN FA

Lim Seorang FN Penerangan


jutawan
Soalan perbincangan T0pik 3 & 4
2.Jelaskan maksud frasa kerja transitif dan frasa kerja tak
transitif. Berikan satu contoh ayat yang sesuai setiap frasa
tersebut, selain contoh ayat yang terdapat dalam modul.
Soalan perbincangan T0pik 3 & 4
2.Jelaskan maksud frasa kerja transitif dan frasa kerja tak
transitif. Berikan satu contoh ayat yang sesuai setiap frasa
tersebut, selain contoh ayat yang terdapat dalam modul.

Frasa Kerja Transitif-


Frasa kerja yang mengandungi objek untuk melengkapkan kata
kerja. Frasa Kerja yang mengandungi kata kerja transitif.
Seterusnya objek juga boleh diikuti oleh Bahagian keteraangan.
Contoh ayat : Adik (Subjek) bermain (kata kerja) bola (objek)

Frasa Kerja Tak Transitif Frasa Kerja yang tidak mengandungi


objek. Kata Kerja tidak perlu disambut oleh frasa nama sebagai
objek untuk melengkapkannya. Ia tidak mengandungi kata kerja
transitif.
Contoh ayat : Ali tidur
Soalan perbincangan T0pik 3 & 4
3. Bina dua contoh ayat dengan menggabungkan
elemen subjek, predikat dan objek dalam satu ayat.
4. Bina dua contoh ayat dengan menggabungkan
elemen Frasa nama, kata bantu, kata kerja dan
keterangan
5. Bina dua contoh ayat dengan menggabungkan
elemen frasa nama, kata bantu, kata kerja,
pelengkap, penerang dan keterangan.
Soalan perbincangan T0pik 3 & 4
3. Bina dua contoh ayat dengan menggabungkan
elemen subjek, predikat dan objek dalam satu ayat.

i. Petani itu (Subjek) menanam (predikat) padi (objek)


ii. Kopi itu (Subjek) tumpah di atas (predikat) meja (objek)
Soalan perbincangan T0pik 3 & 4
4. Bina dua contoh ayat dengan menggabungkan
elemen Frasa nama, kata bantu, kata kerja dan
keterangan
i. Ahmad (FN) sedang (Kata Bantu) membantu (kata Kerja)
ayahnya mencuci kereta (Keterangan).

ii. Siti (FN) belum (KB) makan (KK) daripada semalam (Keterangan)
Soalan perbincangan T0pik 3 & 4
5. Bina dua contoh ayat dengan menggabungkan
elemen frasa nama, kata bantu, kata kerja,
pelengkap, penerang dan keterangan.

i. Guru pada era kini (FN) sedang (KB) menyelami


(KK) dan mengalami anjakan paradigma walaupun
(keterangan) pelbagai dugaan datang melanda.
ii. Abu dan keluarganya (FN) telah (KB) melaancong
(KK) ke Korea meskipun ( keterngan) cuti sekolah
belum tiba.
Soalan perbincangan
1. a. Proses pengimbuhan pada kata dasar menghasilkan kata
terbitan, Tercakupnya imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan,
akhiran, apitan, sisipan, morfem kosong dan bentuk fleksi.
Jelaskan unsur kata terbitan yang berikut dengan
contoh yang sesuai bagi setiap unsur.

i. Awalan
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
( 2 markah )
ii. Apitan
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
( 2 markah)
1. b. Senaraikan dua contoh penulisan kata majmuk yang
sesuai dalam jadual di bawah dan seterusnya apabila kata
majmuk itu menerima imbuhan.
Kata Majmuk Imbuhan Awalan Imbuhan
Apitan
1

( 6 markah )
2. a. Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata.
i. ________________________________________________
ii. _________________________________________________
iii. ___________________________________________________
iv. __________________________________________________
( 4 markah )
b. Kata nama khas terbahagi kepada beberapa jenis.
Berikan contoh kata nama khas yang tepat berdasarkan
jenisnya dalam jadual di bawah.
Bil Jenis Kata Nama Khas Contoh
3. Dalam bahasa Melayu, kata nama terbahagi kepada empat
bentuk, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan, kata
nama majmuk dan kata nama ganda.
Jelaskan maksud bentuk kata yang berikut berserta
contohnya.
a. kata nama tunggal :
________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________
( 5 markah )
b. Kata nama terbaitan :

________________________________________________
________________________________________________
________________________________________________
( 5 markah )
4. Dalam proses penambahan, imbuhan asing telah dibawa
masuk dalam bahasa Melayu.

a. Nyatakan enam contoh perkataan berimbuhan awalan


yang dipinjam daripada Yunani Latin Inggeris.
i ______________________________________________
ii ______________________________________________
iii ______________________________________________
iv ______________________________________________
v ______________________________________________
vi ______________________________________________
( 6 markah )
b. Prinsip yang digunakan dalam pengejaan istilah pinjaman
ialah pengekalan bentuk ejaan kata asing seboleh
mungkin.

i. Tuliskan dua kata asing yang belum diserap


sepenuhnya.
________________________________________________
________________________________________________

ii. Tuliskan dua kata asing yang diserap sepenuhnya.


________________________________________________
________________________________________________
( 4 markah )
Jawapan perbincangan
1. a. Proses pengimbuhan pada kata dasar menghasilkan kata
terbitan, Tercakupnya imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan,
akhiran, apitan, sisipan, morfem kosong dan bentuk fleksi.
Jelaskan unsur kata terbitan yang berikut dengan
contoh yang sesuai bagi setiap unsur.

i. Awalan : Awalan ialah unsur imbuhan yang diberikan pada


awal sesuatu kata dasar.
Contoh : membeli, bermain
( 2 markah )
ii. Apitan : Kata dasar yang menerima imbuhan awalan dan
akhiran dan berubah maknanya.
Contoh :
( 2 markah)
1. b. Senaraikan dua contoh penulisan kata majmuk yang
sesuai dalam jadual di bawah dan seterusnya apabila kata
majmuk itu menerima imbuhan.
Kata Majmuk Imbuhan Awalan Imbuhan Apitan

1 Satu padu Bersatu-padu menyatupadukan

2 Campur aduk Bercampur-aduk mencampuradukan

( 6 markah )
2. a. Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata.
Namakan empat golongan kata tersebut.
i. Kata Nama
ii. Kata Kerja
iii. Kata Adjektif
iv. Kata Tugas
( 4 markah )
b. Kata nama khas terbahagi kepada beberapa jenis.
Berikan contoh kata nama khas yang tepat berdasarkan
jenisnya dalam jadual di bawah.
Bil Jenis Kata Nama Khas Contoh
1 Kata Nama Khas Hidup Manusia Ramly
2 Kata Nama Khas Hidup Bukan Kancil, Tompok
Manusia
3 Kata Nama Khas Tak Hidup Proton Suprima
( 4 markah )
3. Dalam bahasa Melayu, kata nama terbahagi kepada empat
bentuk, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan, kata
nama majmuk dan kata nama ganda.
Jelaskan maksud bentuk kata yang berikut berserta
contohnya.
a. kata nama tunggal : Perkataan yang terdiri daripada satu
morfem bebas sahaja dan perkataan yang demikian boleh
masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan
menjadi inti kepada frasa nama.
Contoh : yu, bumi, malikat (lain-lain jawapan yang sesuai)
( 5 markah )
b. Kata nama terbaitan : Kata nama yang terhasil daripada
proses pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan
kata nama pada kata-kata dasar.
Contoh : tawa ketawa
laut - lautan
( 5 markah )
4. Dalam proses penambahan, imbuhan asing telah dibawa
masuk dalam bahasa Melayu.
a. Nyatakan enam contoh perkataan berimbuhan awalan
yang dipinjam daripada Yunani Latin Inggeris.
i pro pro-kerajaan
ii anti - antipenjajah
iii poli poliklinik
iv auto - automobil
v sub - subbidang
vi supra - suprasegmental
( 6 markah )
b. Prinsip yang digunakan dalam pengejaan istilah pinjaman
ialah pengekalan bentuk ejaan kata asing seboleh
mungkin.

i. Tuliskan dua kata asing yang belum diserap


sepenuhnya.
landrover, overdraf, fasakh, qari, protein.

ii. Tuliskan dua kata asing yang diserap sepenuhnya.


ras, abstrak, estetika, vaksin, kelas, kelab, setem
( 4 markah )
BAHAGIAN C
1. Salah satu bentuk kata dalam bahasa Melayu ialah bentuk
kata ganda. Kata ganda wujud melalui proses-proses yang
tertentu.
Perjelaskan maksud penggandaan dan proses-proses
pembentukan kata ganda dalam bahasa Melayu berserta
contoh-contoh yang sesuai.
(20 markah )
2. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau
konstruksi frasa kerja. Kata kerja sebagai satu golongan kata
boleh dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu kata
kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

Huraikan konsep dan keseluruhan subgolongan kata kerja


tak transitif dengan mengemukakan contoh-contoh
penggunaannya dalam ayat.
( 20 markah)
LATIHAN
Gariskan kata nama am dalam ayat-ayat berikut:
1. Majalah itu tebal kulitnya.
2. Pekedai sedang melayan pelanggan.
3. Nenek menggulai daging rusa.
4. Encik Ahmad menulis surat.
5. Jalan di kampong kami sedang dibaiki.
LATIHAN 2

1. Apakah perbezaan antara apa dengan apa-apa, siapa


dengan siapa-siapa, dan mana dengan mana-mana?
2. Mengapakah kata tanya bila sering digunakan untuk
menggantikan kata hubung apabila?
3. Mengapakah ianya sering digunakan sebagai kata
ganti?
4. Apakah beza antara kata nama sebab dengan kata
sendi kerana?
LATIHAN 2
5. Aktif atau tidak aktifnya sesuatu kata kerja digambarkan oleh
___________
6. Berpelengkap dalam konteks kata kerja tak transitif merujuk
kepada __________
7. Apakah unsur yang membezakan antara kata kerja aktif
dengan kata kerja pasif?
8. Bina satu ayat yang menggunakan kata kerja transitif:

aktif:___________________________________________.

pasif:___________________________________________.
LATIHAN 3
1. Pembentukan kata nama dilihat dari segi pembentukan dan
unsur-unsur yang ada di dalamnya. Kata nama boleh
dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu kata nama tunggal,
kata nama terbitan, kata nama majmuk dan kata nama ganda.
Berdasarkan kenyataan di atas, cuba anda jelaskan bentuk-
bentuk itu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
2. Senaraikan contoh akronim yang lain.
3. Senaraikan lima perkataan yang menggunakan mana-mana
imbuhan apitan.
4. Bina dua ayat daripada imbuhan apitan yang anda pilih.

.
LATIHAN 3
5. Tulis bentuk apitan yang betul pada lajur yang ketiga.

kecantikkan kecantikan
pembiakan pembiakkan
kebanyakkan kebanyakan
pertunjukan pertunjukkan

6. Mengapakah terdapat bentuk penulisan Dewan Bandaraya


Kuala Lumpur atau Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah?
LATIHAN 3
7. Mengapakah bentuk kata yang digunakan dalam majlis-majlis
rasmi seperti contoh yang dipaparkan di bawah dikatakan
salah? Berikan alasan anda.

SALAH BETUL SALAH BETUL

kata aluan kata alu-aluan aturcara atur cara

kehadirat ke hadirat siaraya siar raya

izinNya izin-Nya urusetia urus setia

8. Berikan contoh penggunaan bahasa yang salah berdasarkan


pengalaman anda.
ULASAN
Kata Nama Majmuk
Bentuk Kata Nama Ganda
Aspek makna penggandaan
Kata nama ganda akan membawa maksud jamak, iaitu
menandakan jumlah yang banyak, misalnya meja-meja (meja
yang banyak).
Kata nama ganda sebagai penanda makna kesamaan atau
keserupaan, misalnya lelangit (seakan-akan langit).
Kata nama ganda yang membawa maksud kepelbagaian jenis,
misalnya sayur-mayur (pelbagai jenis sayur).
Kata nama ganda sebagai penanda tidak tentu, contohnya apa-
apa, bila-bila, dan mana-mana.
Perbezaan kata majmuk daripada frasa
Perbezaan kata majmuk daripada frasa
Kata majmuk terbina daripada dua kata, maka kata majmuk
sering dikerlirukan dengan frasa.
Kata majmuk ialah binaan morfologi. Frasa ialah binaan
sintaksis.
Tiga ciri yang membezakan keduanya ialah:
o Kata majmuk mempunyai makna khusus sebagai satu
perkataan.
o Jawatankuasa ialah kumpulan orang yang ditugaskan
membincangkan sesuatu perkara bukannya jawatan yang
mempunyai kuasa
o Guru besar ialah guru ketua pentadbir sekolah bukannya
guru bersaiz besar
Keretapi (kenderaan berkuasa wap bukannya kereta
berapi-api)
Perbezaan kata majmuk daripada frasa
Kata majmuk mempunyai satu kesatuan sebagai satu kata,
iaitu tidak dapat dipisahkan oleh bentuk lain tanpa
mengubah makna.
o Olahraga (Kata majmuk: olah dan raga tidak dapat
dipisahkan, jika dipisahkan maknanya akan menjadi
olah/membentuk dan raga/bakul).
o Meja tulis (Frasa nama: dapat dijadikan meja bagi
menulis dengan tidak mengubah maknanya) Rujuk bab
Frasa Nama dalam TBD)
Kata majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup.
o Kata majmuk ialah kumpulan tertutup yang binaannya
tidak banyak. Frasa ialah binaan terbuka yang tidak
terhad banyaknya.
o Rumah sakit, rumah pasung (kata majmuk)
o Rumah kecil, rumah batu, rumah pangsa, rumah lama,
rumah kuning, (frasa nama).
Bentuk Kata Kerja Tunggal
Kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan
yang kebanyakannya bersifat tak transitif. Antara contohnya
ialah:

ada
balik
pulang
keluar
datang
lahir
gagal

Kata makan dan minum pula merupakan contoh kata kerja


tunggal yang bersifat transitif.
Bentuk Kata Kerja Tunggal
Contoh penggunaan kata kerja tunggal dalam ayat adalah
seperti yang berikut:

Murid-murid itu balik ke rumah.


Pelawat sekolah saya belum datang lagi.
Burung terbang dipipiskan lada.
Kumpulan askar itu pun mara.
Dia lahir di Segamat, Johor.

Kata kerja tunggal ada yang berbentuk akronim, iaitu berdikari


yang diwujudkan daripada singkatan berdiri atas kaki sendiri.
Petunjuk Kata Adjektif

a. Kata adjektif boleh disertai dengan kata penguat seperti hebat, amat,
paling cantik, laju betul, agak yakin, sangat tajam, gemuk amat, halus
sekali dan lain-lain.
b. Kata adjektif sering kali disertai dengan imbuhan ter yang bermaksud
paling dan se yang bermaksud sama seperti terhebat (paling hebat),
termanis (paling manis), terkasar (paling kasar), seindah (sama indah),
seharum (sama harum), seberani (sama berani), dan lain-lain.
c. Kata adjektif digunakan selepas nama benda atau sesuatu perkara.
Penggunaannya selepas nama benda atau sesuatu perkara adalah
seperti berikut: tenunannya halus, ukirannya cantik, caranya
menakjubkan, fikirannya tajam, dan lain-lain.
d. Penggunaan kata adjektif dapat disertai kata nafi tidak. Contoh
penggunaannya adalah seperti berikut: tidak putih, tidak lancar, tidak
canggih, dan lain-lain.
e. Kata adjektif dapat diulang dengan awalan se dan akhiran nya.
Contoh penggunaannya adalah seperti berikut: sedalam-dalamnya,
setinggi-tingginya, semaju-majunya, dan lain-lain.
Latihan:

Kenal pasti kata adjektif dalam petikan di bawah dan


kemudian senaraikan kata adjektif tersebut mengikut jenisnya.

Gunung yang tinggi itu kudaki dengan penuh semangat.


Setelah sekian lama mendaki, akhirnya puncak Kinabalu
dapat jua kutawan. Hatiku terpaku akan keindahan panorama
alam yang dapat kulihat dari puncak Kinabalu.
Bunga-bunga berkembang mekar. Angin bertiup dengan
sepoi-sepoi bahasa. Burung-burung berlagu rindu. Hatiku
menjadi sayu mengenangkan diriku. Aku sedar bahawa aku
hanyalah insan yang kerdil di muka bumi yang luas ini. Aku
kagum akan kebesaran Ilahi. Inilah pengalaman yang
berharga dan sukar untuk aku lupakan.
Latihan:
1. Apakah tiga bentuk utama Kata Adjektif dalam pembentukan kata Adjektif
Bahasa Melayu?
2. Jelaskan Bentuk Kata Adjektif tunggal
3. Ada tiga Bentuk Kata Adjektif terbitan. Nyatakan.
4. Terdapat tiga jenis imbuhan yang boleh bergabung dengan kata dasar Kata
Adjektif, iaitu ___________,_____________ dan _________________.
5. Penggandaan Kata Adjektif boleh berlaku secara keselurhan atau penuh,
separa dan berentak dan akan menghasilkan tiga bentuk Kata Adjektif
ganda, iaitu______________________,________________________
dan_____________________
6. Jelaskan Pemajmukan Kata Adjektif.
7. Berikan contoh Kata Adjektif majmuk yang menunjukkan sifat.
8. Berikan contoh Kata Adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan.
9. Berikan perbezaan antara Kata Adjektif Majmuk dengan Frasa Adjektif
Pembentukan Kata Adjektif Bahasa Melayu
tiga bentuk utama
i. Kata Adjektif tunggal
ii. Kata Adjektif terbitan
Kata Adjektif dalam bentuk perbandingan

i. Bentuk Kata Adjektif tunggal


terbentuk daripada satu morfem bebas
tanpa menerima apa-apa imbuhan ataupun mengalami proses-
proses lain.
digunakan dalam ayat sebagai penerang Kata Nama dan boleh
menerima sama ada kata bantu atau kata penguat.
Pembentukan Kata Adjektif Bahasa Melayu
ii. Bentuk Kata Adjektif terbitan
o Pengimbuhan Kata Adjektif
- Awalan Kata Adjektif
- Penggandaan Kata Adjektif
- Pemajmukan Kata Adjektif

iii. Pemajmukan Kata Adjektif


o Proses pemajmukan Kata Adjektif dengan Kata Nama akan
membentuk Kata Adjektif majmuk dengan makna tertentu
yang boleh membawa maksud yang menunjukkan sifat dan
membawa maksud kiasan.
o dieja secara terpisah.
- Contoh Kata Adjektif majmuk yang menunjukkan sifat:
merah jambu muda remaja bujur sirih

- Contoh Kata Adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan


besar kepala panjang akal rabun ayam
Apabila Kata Adjektif ganda digunakan dalam ayat, maka subjek tidak
boleh digandakan atau dijamakkan:

*Bunga-bunga (semua bunga) di taman itu kuning-kuning


belaka.
Sepatutnya: Bunga di taman itu kuning-kuning belaka.
Perbezaan antara Kata Adjektif Majmuk dengan Frasa Adjektif

Kata Adjektif majmuk ialah gabungan kata yang membawa makna tertentu
dan tidak boleh disisipkan sebarang unsur lain di antaranya.
Kuning langsat
Tidak boleh menjadi kuning yang langsat.
Tidak boleh menjadi kuning dan langsat.
Tidak boleh menjadi kuning atau langsat.

Panjang akal
Tidak boleh menjadi panjang yang akal
Tidak boleh menjadi panjang dan akal
Tidak boleh menjadi panjang seperti akal

Frasa Adjektif juga gabungan kata (dua atau lebih) tetapi boleh menerima
sisipan di antaranya.
Pahit manis
Boleh menjadi pahit dan manis
Boleh menjadi pahit atau manis
Tua muda
Boleh menjadi tua dan muda
PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU BAHASA MELAYU
Bunyi bahasa Melayu
Bahasa Melayu mempunyai dua jenis bunyi bahasa, iaitu bunyi
asli dan bunyi pinjaman (bunyi asing). Terdapat 24 bunyi asli,
iaitu 18 bunyi konsonan dan enam bunyi vokal. Sementara
bunyi pinjaman ialah lapan bunyi konsonan.
Dalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu bunyi (e taling)
dan bunyi (e pepet) diwakili oleh huruf yang sama (e). Vokal
e, dan o hanya hadir pada awal dan tengah perkataan tetapi e
taling dan o hadir pada akhir perkataan suku kata terbuka
dalam kata pinjaman (sate, tauge, logo). Manakala vokal i, a
dan u hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan.
Bunyi geluncuran ai dan au hadir di tengah dan akhir perkataan
tetapi bunyi oi hanya hadir pada akhir perkataan sahaja.
PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU BAHASA MELAYU
Bunyi bahasa Melayu

Hanya sembilan huruf konsonan, iaitu h, l, m, n, ng, p, r, s, t,


dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Konsonan
b, c, d, g dan j hanya hadir pada akhir perkataan kata pinjaman
(abad, kolej, beg, koc). Huruf ny, w dan y tidak hadir pada
akhir perkataan.
Bunyi bahasa pinjaman dalam perbendaharaan kata bahasa
Melayu ialah bunyi geseran, iaitu f, v, th, dh, z, sy, kh, dan gh.
Biasanya digunakan dalam bentuk perkataan yang dieja
mengikut ejaan lama (thabit, dharab, sharat, hadhir, haidh,
mithal, ) tetapi kini telah ditukar mengikut ejaan rumi
baharu. Walau bagaimanapun perkataan yang berkaitan
dengan agama, bunyi asal dikekalkan ejaanya.
PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU BAHASA MELAYU
Pembentukan kata

Bahasa Melayu bersifat dinamik dan sentiasa berkembang melalui


pembentukan kata dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan
bahasa asing. Sebahagian imbuhan asing bertindak sebagai
imbuhan dan ada juga yang bertindak sebagai sebahagian
daripada satu unit perkataan. Ada tiga kumpulan imbuhan asing,
iaitu:
1. Imbuhan Sanskrit
2. Imbuhan Arab-Parsi
3. Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris
Imbuhan Sinskrit
1. Awalan pra-
2. Awalan swa-
3. Awalan eka-, dwi-, tri-, panca-
4. Akhiran wan, -man
5. Akhiran wati, -nita

Imbuhan Arab-Parsi
1. Awalan bi-
2. Akhiran -wi, -i
3. Akhiran iah
4. Akhiran -in, -at, -ah
Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris
Awalan
1. Pro-
2. Anti-
3. Poli-
4. Auto-
5. Sub-
6. Supra-
7. Pro-
8. Hetero
9. Heks-
10. Hidro-
Akhiran
1. -isme
2. -ik
3. -si
4. -al
5. -is
Latihan:
1. Berikan dua perkataan yang mempunyai imbuhan sunskrit,
Imbuhan Arab-Parsi, dan Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris. Bina
satu ayat bagi setiap perkataan yang disenaraikan.( Pilih salah
satu imbuhan tersebut)
Latihan:
1. Kemukakan lima contoh perkataan yang dibentuk melalui ketujuh-tujuh
langkah pembentukan istilah dalam perancangan bahasa
Perancangan bahasa

Pembentukan perkataan melalui perancangan bahasa merupakan


peranan Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkataan yang dihasilkan
adalah berbentuk istilah yang merujuk kepada bidang ilmu dan
kerjaya tertentu. Ada tujuh langkah proses pembentukan istilah.
1. penggunaan perkataan yang lazimnya digunakan dan
dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilah.
2. penggunaan perkataan yang kurang lazim digunakan.
3. penggunaan perkataan bahasa serumpum ataupun dialek
Melayu yang lazim digunakan.
4. penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu
yang sudah tidak lazim digunakan.
5. perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris.
6. Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa-bahasa
lain.
7. Jika terdapat beberapa kemungkinan, perkataan dihasilkan
melalui pemilihan yang terbak antara langkah i vi.
PERBINCANGAN KUMPULAN
Bincang dan bentangkan secara ringkas
1. Bunyi asli bahasa Melayu dan bunyi bahasa pinjaman dalam bahasa Melayu
2. Imbuhan asing yang digunakan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. K
3. Pembaharuan dalam pembentukan kata 1
4. Sistem ejaan perkataan baharu.
5. Kepelbagaian jenis kata prafrasa dalam bahasa Melayu.
K2
6. Kata pascakata dalam bahasa Melayu.
7. Empat kelompok dasar KataTugas dalam bahasa Melayu.
8. Kelaskan perkataaan mengikut kelompok dasar Kata Tugas. K3
9. Proses pembentukan Kata Adjektif bahasa Melayu.
K4
10. Perbezaan kata kerja tak transitif dengan kata kerja transitif.
K5
11. Proses pembentukan Kata Kerja bahasa Melayu, iaitu kata tunggal,
pengimbuhan Kata Kerja, penggandaan Kata Kerja, dan pemajmukan K6
Kata Kerja.
12. Perbezaan kata kerja tak transitif dengan kata kerja transitif. K7
13. Proses pembentukan Kata Nama bahasa Melayu.
K8
14. Klasifikasikan golongan Kata Nama kepada Kata Nama Khas,
Kata Nama Am, dan Kata Ganti Nama K9
Latihan
1. Bunyi-bunyi bahasa seperti [a], [u], [m], [t], dan [s] tidak mempunyai apa-
apa makna, tetapi bunyi [di], [se], [ter], [me], dan [ke] mengandungi makna.
Apakah perbezaan antara kumpulan tersebut?
2. Cuba anda nyatakan perkataan yang manakah yang dapat dipenggal untuk
menjadi bentuk yang lebih kecil dan mempunyai makna.

a. iklan f. dicari
b. peristiwa g. ketawa
c. bangunan h. hulubalang
d. kedatangan i. beliau
e. mengambil j. kemuncak

3. Perkataan yang manakah morfem bebas?

1. Termasyhur 4. terampil 7. tawa


2. Terkam 5. terbang 8. perkasa
3. termuda 6. terkedu 9. sementara
Latihan:
4. Apakah perbezaan antara morfem bebas dengan morfem terikat?
5. Nyatakan jumlah morfem bagi perkataan yang berikut:
1. menterjemah 4. memperlahankan
2. mengebumikan 5. berketerampilan
3. menggelembungkan 6. ketidakbertanggungjawaban

6. Senaraikan morfem bebas dan morfem terikat bagi perkataan yang berikut.
a. jelapang _____________________ e. renang __________________
b. rujuk ______________________ f. selidik __________________
c. cengkerang _____________________ g. rangkak _________________
d. kelmarin ______________________ h. tinggal ___________________
7. Apakah jenis morfem terikat bagi perkataan yang berikut?
a. raung e. tertarik
b. bertujuan f. menyucikan
c. gemersik g. rangkak
d. mempersoalkan h. memperkecil
KATA KERJA
Pengertian Kata Kerja
Dari segi semantik, kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan
atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja oleh Nik Safiah Karim et al. (2008) ialah
perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Contohnya:

(1) Anis tidur.


(2) Bom itu meletup.
(3) Munirah sedang membaca buku.
(4) Pesawat itu mendarat di landasan.

Daripada ayat contoh tersebut, perkataan yang dicondongkan ialah kata kerja
kerana menunjukkan perbuatan. Selain itu, perkataan tersebut menjadi kata inti
dalam frasa kerja yang menjadi predikat.
KATA KERJA
Ada dua makna yang dimiliki oleh kata kerja, iaitu kata kerja perbuatan dan kata kerja
keadaan. Kata kerja perbuatan ialah kata kerja yang jelas menunjukkan perbuatan, aksi
atau tindakan fizikal. Manakala, kata kerja keadaan ialah kata kerja yang tidak
menampakkan secara jelas akan sesuatu perbuatan itu dilakukan, dan tidak
menunjukkan adanya gerak perbuatan. Contohnya:

(5) Muhammad membuat kerja itu. (kata kerja perbuatan)


(6) Kanak-kanak bermain bola. (kata kerja perbuatan)
(7) Cawan itu pecah. (kata kerja keadaan)
(8) Lelaki itu sudah mati. (kata kerja keadaan)
KATA KERJA
Senaraikan kata kerja perbuatan dengan kata kerja keadaan
daripada perkataan yang berikut:

Sakit hinggap sembuh terdiri berbaju


Baring bersolek terambil bercakap memiliki
KESALAHAN EJAAN
(i) Kata berakhiran i
memasukki ( ) memasuki ( )
menaikki ( ) menaiki ( )
Mendudukki ( ) menduduki ( )
(ii) Kata berakhiran an
banyakkan ( ) kebanyakan ( )
galakan ( ) galakkan ( )
penyemakkan ( ) penyemakan ( )
(iii) Awalan pinjaman
pra kata atau pra-kata ( ) prakata ( )
dwi tahunan atau dwi-tahunan ( ) dwitahunan ( )
pro pembangkang atau pro-pembangkang ( )
propembangkang ( )
anti sosial atau anti-sosial ( ) antisosial ( )
KESALAHAN EJAAN
(iii) Awalan pinjaman
Pro Amerika ( ) anti Israel ( )
pro-Amerika ( ) anti-Israel ( )

X
Pengeditan Teks KESALAHAN EJAAN
Sebagai guru, anda seharusnya sudah dapat mengesan kesalahan bahasa yang terdapat
dalam bahan bercetak. Anda boleh memanfaatkan pelbagai teks bertulis untuk
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun, anda perlu terlebih dahulu
mengedit teks itu supaya bebas daripada kesalahan bahasa. Yang berikut merupakan
contoh perenggan yang diedit dari aspek morfologi.
Walaupun usaha untuk menggalakan pelajar agar menyertai aktiviti ko
kurikulum telah dijalankan, namun terdapat segelintir pelajar-pelajar yang tidak
berminat untuk menyertainya. Mereka lebih berminat untuk mengisi masa
lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah, terutama lepak di pusat beli belah.
Selain dari itu, terdapat juga ibu bapa yang beranggapan yang aktiviti ko
kurikulum membuang masa. Mereka tidak menyedari yang aktiviti ko
kurikulum dapat melahirkan pelajar yang serba boleh. Dengan berbuat
demikian juga, pelajar tidak berpeluang untuk menyertai aktiviti yang boleh
merosakkan masa depan mereka. Secara tidak langsung, pelajar dapat
menjauhkan diri dari bahaya dadah. Dari aspek yang lain pula, masalah anti-
sosial di dalam kalangan pelajar dapat dielakkan. Dengan perkataan lain, aktiviti
ko kurikulum banyak mendatangkan faedah dalam pembentukan jati diri
pelajar.
Pembetulan
Walaupun usaha untuk menggalakkan pelajar agar menyertai
aktiviti kokurikulum telah dijalankan, namun terdapat segelintir
pelajar yang tidak berminat untuk menyertainya. Mereka lebih
berminat untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak
berfaedah, terutama lepak di pusat beli-belah. Selain itu, terdapat
juga ibu bapa yang beranggapan bahawa aktiviti kokurikulum
membuang masa. Mereka tidak menyedari hawa aktiviti
kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang serba boleh. Dengan
berbuat demikian juga, pelajar tidak berpeluang untuk menyertai
aktiviti yang boleh merosakkan masa depan mereka. Secara tidak
langsung, pelajar dapat menjauhkan diri daripada bahaya dadah.
Dari aspek yang lain pula, masalah antisosial dalam kalangan
pelajar dapat dielakkan. Dengan lain perkataan, aktiviti
kokurikulum banyak mendatangkan faedah dalam pembentukan
jati diri pelajar.
MORFOLOGI
Maksud morfologi yang mengkaji proses dan cara
pembentukan perkataan
Kaedah pembentukan bagi satu-satu perkataan.
Bentuk kata tunggal - satu,dua,tiga ,empat dan lebih daripada
empat suku kata.
Kata terbitan awalan,akhiran, apitan dan sisipan.
Kata majmuk dan kata ganda.
Kata nama kata nama am,kata nama khas dan kata ganti
nama.
Kata kerja kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
Kata adjektif dan jenis-jenisnya.
Kata tugas kata penyambung ayat, kata praklusa dan kata
prafrasa.
Akronim dan jenis-jenisnya.
Soalan Perbincangan (Ulangkaji)
Jawab Soalan yang berikut dengan menggunakan perkataan
anda sendiri. Anda digalakan memberikan pendapat anda secara
kritis.

Morfologi ialah bidang bahasa yang mengkaji:


1. Struktur kata
2. Bentuk kata
3. Golongan kata

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan apa yang dimaksudkan


dengan struktur kata, bentuk kata dan golongan kata. Hujah
anda hendaklah disertakan dengan contoh bagi setiap perkara
tersebut.
Soalan Perbincangan (Ulangkaji 2)
Jawab semua soalan
1. Nyatakan perbezaan antara morf dengan alomorf.
2. Jelaskan dua kaedah pembentukan kata bahasa Melayu.
3. Jelaskan perbezaan antara imbuhan awalan peN- dengan
imbuhan awalan pe-.
4. Lengkapkan jadual yang berikut.
Bil. Jenis Kata Tugas Contoh
(a)
(b)
(c)

5. Apakah Fungsi kata penguat?


6. Berikan dua jenis akronim.
Soalan Perbincanga
Jawab semua soalan
a. Nyatakan perbezaan antara morf dengan alomorf.
Alomorf viarsinya terdapat dalam morfem terikat.
2. Dalam BM, kebanyakan morfem terikat memp[unyai
sekurang-kurangnya satu almorf
Contoh : morfem awalan di- hanya mempunyai satu
alomorf iaitu di- itu sendiri.
sebaliknya: morfem me- mempunyai enam alomorf, iaitu
me-, mem-, meng-, meny- , dan menge- .
Soalan Ulangkaji 3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan morfem terikat dalam


bahasa Melayu?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan kata nama
sebagai inti bagi binaan frasa nama?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja transitif?

4. Bagaimana kita boleh mengenali kata adjektif dalam ayat?

5. Apakah peranan kata tugas dalam binaan ayat?


Soalan Ulangkaji 3
1. Apakah yang dimaksudkan dengan morfem terikat
dalam bahasa Melayu?
Morfem terikat ialah unit tatabahasa yang terkecil dan
mempunyai fungsi tatabahasa hanya apabila bentuk
tersebut bergabung dengan, sekurangnya, satu
morfem bebas, yang dikenal sebagai kata tunggal.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan kata


nama sebagai inti bagi binaan frasa nama?
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur
inti bagi binaan frasa nama hadir dalam
menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau
konsep. Kata nama terbahagi kepada beberapa
subgolongan berdasarkan ciri-
ciri semantik perkataannya iaitu seperti kata nama khas,
kata nama am, dan kata ganti nama.
Soalan Ulangkaji 3
3. Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja transitif?
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang boleh menerima objek tepat
dan objek tak tepat ( sipi ) dalam ayat aktif transitif yang
predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitit, kata kerja
hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang
tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-...-kan, me-...-
i, memper-...-kan, memper-...-i atau akhiran -i dengan menduduki
kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.

4. Bagaimana kita boleh mengenali kata adjektif dalam ayat?


Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif
seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi. Kata-kata
dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat
sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata
berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat,
sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Soalan Ulangkaji 3
5. Apakah peranan kata tugas dalam binaan ayat?
Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata
kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu
dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas
dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa
utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis
tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu,
penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar
pemeri atau tugas-tugas lain.
Soalan Ulangkaji 4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kata tunggal?


2. Kata terbitan ialah kata yang terhasil daripada proses apa?
3. Namakan empat jenis imbuhan yang terdapat dalam bahasa
Melayu.
4. Nyatakan jenis-jenis imbuhan awalan yang membentuk kata
terbitan dalam bahasa Melayu
5. Namakan empat jenis sisipan yang boleh membentuk kata
nama dalam bahasa Melayu
6. Nyatakan empat jenis kata tugas berserta dengan contohnya.
Jawapan Soalan Ulangkaji 4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kata tunggal?

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada


hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa
bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal
dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas
dengan bentuk terbitan. Kata tunggal boleh terdiri daripada
satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.
Jawapan Soalan Ulangkaji 4

2. Kata terbitan ialah kata yang terhasil daripada proses apa?


Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat
atau menerima baik awalan,sisipan,akhiran atau apitan
( imbuhan ) Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh
hadir bersendirian dalam ayat dan harus diimbuhkan pada
bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.
Jawapan Soalan Ulangkaji 4

3. Namakan empat jenis imbuhan yang terdapat dalam bahasa


Melayu.
Awalan - hadir sebelum kata dasar.
Akhiran - hadir sesudah kata dasar
Apitan - hadir secara mengapit kata dasar secara serentak di
awal dan akhir kata dasar.
Sisipan - hadir di celahan kata dasar
Rangkap - membentuk kata kerja transitif aktif apabila
digabungkan dengan kata nama,
Jawapan Soalan Ulangkaji 4

4. Nyatakan jenis-jenis imbuhan awalan yang membentuk kata


terbitan dalam bahasa Melayu
Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata
dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-,
mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain.
Misalnya : ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,
Jawapan Soalan Ulangkaji 4

5. Namakan empat jenis sisipan yang boleh membentuk kata


nama dalam bahasa Melayu
Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya
dengan dibubuh imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-".
Contoh: tapak telapak; kuning kemuning.
Jawapan Soalan Ulangkaji 4
6. Nyatakan empat jenis kata tugas berserta dengan contohnya.
kata hubung : dan, atau, tetapi
kata seru : wah,amboi,cis
kata tanya : apa, berapa, siapa
kata perintah : sila, tolong, harap
kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan
kata bantu : akan, sudah, pernah
kata penguat : sangat, amat, paling
kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun
kata nafi` : tidak, bukan
kata pemeri : ialah, adalah
kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada
kata pembenar : ya, betul, benar
kata bilangan : dua, segala, banyak
kata arah : atas, bawah, tepi
Soalan Ulangkaji 5
1. Nyatakan enam jenis kata adjektif berserta dengan
contohnya.
2. Kata majmuk dapat dikelompokkan kepada beberapa jenis.
Jelaskan dua jenis kata majmuk berserta dengan contohnya.
3. Penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar untuk
membentuk kata ganda. Nyatakan tiga jenis kata ganda
berserta dengan contohnya yang terdapat dalam bahasa
Melayu.
4. Perkataan akronim boleh dibentuk dengan menggabungkan
suku kata perkataan yang berlainan menjadi sebuah
perkataan baru. Nyatakan empat contoh yang dimaksudkan
dalam pernyataan di atas.
5. Huruf pangkal sebuah ungkapan panjang digabungkan
menjadi satu perkataan bagi menamakan konsep, institusi,
bangunan dan lain-lain. Berikan enam contoh yang
dimaksudkan dalam penyataan di atas.
Soalan Ulangkaji 5
1. Nyatakan enam jenis kata adjektif berserta dengan contohnya.
Terdapat 9 jenis kata adjektif mengikut fungsinya iaitu:
( i ) Kata Adjektif Sifatan/Keadaan
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang memberikan pengertian
sifatan/keadaan sebagai unsur keterangan nama.
Contoh: baik lemah curiga kasar
cerdik berani pandai takut
gopoh sihat

( ii ) Kata Adjektif Warna


Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian
warna sebagai unsur keterangan.
Contoh: merah ungu putih kelabu
biru hitam hijau kuning
perang jingga
Soalan Ulangkaji 5
1. Nyatakan enam jenis kata adjektif berserta dengan contohnya.

( iii ) Kata Adjektif Ukuran


Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian ukuran
sebagai unsur keterangan.
Contoh:
panjang rendah pendek tebal
kecil nipis besar kerdil
tinggi renek

( iv ) Kata Adjektif Bentuk


Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian reka
bentuk sebagai unsur keterangan.
Contoh:
bulat bengkok lonjong lurus
bujur buncit bundar kempis
leper lekuk
Soalan Ulangkaji 5
(v)Kata Adjektif Waktu
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep masa sebagai
unsur keterangan.
Contoh:
baharu lampau lama lewat
segera cepat suntuk awal
silam lambat

( vi ) Kata Adjektif Jarak


Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep masa sebagai
unsur keterangan.
Contoh:
baharu lampau lama lewat
segera cepat suntuk awal
silam lambat
Soalan Ulangkaji 5
(vii ) Kata Adjektif Cara
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian
keadaan kelakuan/ragam sebagai penerang kata nama.
Contoh:
cepat lincah deras laju
jelas gopoh sering lambat
perlahan selalu

( viii ) Kata Adjektif Perasaan


Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian
konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi
nama.
Contoh:
rindu suka kasih cinta
benci gembira segan marah
berahi ragu
Soalan Ulangkaji 5
( ix ) Kata Adjektif Pancaindera
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang
membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau,
sentuh atau gabungan kelima-lima indera, sebagai
penerang kata nama.
Contoh:

rindu suka kasih cinta

benci gembira segan marah

berahi ragu
Soalan Ulangkaji 5

2. Kata majmuk dapat dikelompokkan kepada beberapa jenis.


Jelaskan dua jenis kata majmuk berserta dengan contohnya.
Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal
terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik.
Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus.
Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran,
kertas kerja, pita suara, reka bentuk.
Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.
Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki
bangku, ringan tulang.
Soalan Ulangkaji 5
3. Penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar untuk
membentuk kata ganda. Nyatakan tiga jenis kata ganda
berserta dengan contohnya yang terdapat dalam bahasa
Melayu.
i. Kata Ganda Penuh
Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata
ganda penuh boleh terdiri daripada :
rumah-rumah buku-buku
masjid-masjid pelajar-pelajar
ajaran-ajaran kementerian-kementerian

ii. Kata Ganda Separa


Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian
kata
dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada :
laki-laki menjadi lalaki menjadi lelaki
siku-siku menjadi sisiku menjadi sesiku
jari-jari menjadi jajari menjadi jejari
langit-langit menjadi lalangit menjadi lelangit
Soalan Ulangkaji 5
3. Penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar untuk
membentuk kata ganda. Nyatakan tiga jenis kata ganda
berserta dengan contohnya yang terdapat dalam bahasa
Melayu.

iii. Kata Ganda Berentak


Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami
penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata
dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu
diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan
bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis
iaitu :
sayur-mayur
calar-balar
saki-baki
mundar-mandir
tanah-tanih
kayu-kayan
Soalan Ulangkaji 5
4. Perkataan akronim boleh dibentuk dengan menggabungkan
suku kata perkataan yang berlainan menjadi sebuah
perkataan baru. Nyatakan empat contoh yang dimaksudkan
dalam pernyataan di atas.

Perhilitan : Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.


Proton : Perusahaan Otomobil Nasional.
tadika : taman didikan kanak-kanak.
pawagam : panggung wayang gambar.
kugiran : kumpulan gitar rancak.
Soalan Ulangkaji 5
5. Huruf pangkal sebuah ungkapan panjang digabungkan
menjadi satu perkataan bagi menamakan konsep, institusi,
bangunan dan lain-lain. Berikan enam contoh yang
dimaksudkan dalam penyataan di atas.

i. ABIM terbentuk daripada huruf


awal Angkatan Belia Islam Malaysia.
ii. LUTH daripada huruf awal Lembaga Urusan Tabung Haji.
iii. MARDI
(Malaysian Agricultural Research Development Institute).
iv. EON (Edaran Otomobil Malaysia).
v. ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri)
vi. IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia
Soalan Ulangkaji 6
1. Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata
dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu
berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat
tiga jenis penggandaan, iaitu ; penggandaan penuh, penggandaan
separa, dan penggandaan berentak.
Bincangkan proses penggandaan tersebut dengan merujuk
kepada bentuk, fungsi tatabahasa dan maknanya.
2. Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan pada
kata dasar untuk menerbitkan kata terbitan. Imbuhan itu pula ada
yang membentuk kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Bincangkan proses pengimbuhan bagi setiap golongan kata
tersebut.
3. Kesalahan penggunaan kata dalam bahasa Melayu kerap dilakukan
oleh pengguna bahasa Melayu dalam penulisan bahan cetak dan
elektronik. Bincangkan jenis-jenis kesalahan penggunaan kata yang
lazim dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.
Soalan Ulangkaji 7
1. Jelaskan perbezaan antara Kata Akronim dengan Singkatan.
2. Kenal pasti penggunaan imbuhan awalan yang digunakan dalam
petikan di bawah.

Perlu diingat bahawa tanggungjawab anggota Parlimen adalah besar,


mereka sebenarnya tidak memerlukan garis panduan atau kempen agar
tampil berbudi bahasa. Namun dalam keadaan garis panduan tidak
mencukupi untuk mendisiplinkan anggota Parlimen maka Kempen Budi
Bahasa diyakini dapat memupuk kesedaran dalam kalangan mereka agar
menjadi teladan yang baik. Pendekatan yang bersesuaian mesti
dilaksanakan termasuk dengan melibatkan peranan para pengundi
sebagai pemantau sejauhmana wakil rakyat mereka berbudi bahasa.
Soalan Ulangkaji 7
3. Berdasarkan jadual di bawah, sila tentukan jenis imbuhan yang
digunakan.

Perkataan Jenis Imbuhan

menceritakan

rintangan

Diakui

menggembleng

membantu

kerajaan

You might also like