You are on page 1of 6

RUNDINGAN BALING 1955 OLEH: CONNELIA

perundingan antara Kerajaan Persekutuan Tanah


Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini
diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan
Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul
Aman, Malaysia pada 28dan 29 Disember 1955.

Wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun


Tan Cheng Lock dan David Marshall sementara wakil PKM terdiri
daripada Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin.
RUNDINGAN
Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah
Melayu pada bulan Julai 1955. Pada bulan September 1955,
kerajaan menabur 40 juta risalah "Tawaran Menyerah Diri" serta
12,000 pas pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui
kapal terbang. Tawarannya berbunyi: "Kalau kamu menyerah diri,
keluar dari hutan, kamu tidak akan dihukum kerana kesalahan
yang kamu lakukan berhubung darurat."
Pada September 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti
Komunis Malayadan ditandatangani oleh Ng Heng dari Kampung
Kelian Intan, Keroh di Perak. Surat itu menyatakan tawaran
rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama
samaran Chin Peng.
Tawaran Chin Peng juga tidak dihiraukan oleh Kerajaan
Perikatan kerana PKM sudah lemah.
Tambahan pula, kerajaan dengan bantuan tentera negara-
negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan
bersenjata komunis di dalam hutan.
Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai
sebuah parti bebas dianggap tidak wajar oleh Kerajaan
Perikatan.
Tiada kata sepakat dicapai selepas rundingan kerana PKM
enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan
gerakan bersenjata. Tunku telah menarik balik tawaran
pengampunan pada bulan Februari1956.
KESAN
Selepas beberapa hari pertemuan bersejarah itu berlangsung,
Tunku terus berangkat ke London untuk meneruskan rundingan
kemerdekaan dengan British.

You might also like