You are on page 1of 30

MPU3113

HUBUNGAN
ETNIK
MALAYSIA: KESEPADUAN DALAM
KEPELBAGAIAN
PENGENALAN
• Hubungan antara individu dalam sesebuah masyarakat
dipengaruhi oleh unsur etnik dan unsur sosial.
• Unsur sosial yang mempengaruhi pembentukan identiti
kumpulan, bentuk, tahap, tingkat & intensiti hubungan
antara etnik dapat dikenal pasti.
• Manakala, proses mengkaji ciri yang membentuk kumpulan
etnik serta aspek motivasi yang membentuk batas kumpulan
perlu difahami bagi membina ikatan merentas kumpulan
serta membina kesepaduan sosial.
1. SEBUAH NEGARA, DUA IMAGINASI
SOSIOLOGIKAL: ANTARA ‘PERPADUAN’ ATAU
‘KESEPADUAN’
• Ungkapan ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ (unity in diversity)
mengangkat dan memuji kemampuan kelompok manusia yang
berbeza hidup dalam sesebuah masyarakat.
• Dari aspek psikologi sosial: Mengungkap rasa kesatuan yang
merentas pemisahan fizikal dan psikologikal.
• Dari sudut antropologi-sosiologi khususnya epistemologi:
Mengartikulasikan cara manusia mengurus dan menyusun
perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka
secara abstrak dan nyata.
• Dari perpektif ontologikal: Mengurus dan menyusun
perbezaan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam
sesebuah masyarakat bagi meraih kemewahan material.

• Wujud kesedaran nyata yang mempengaruhi psyche manusia


menyebabkan perlunya mereka mencari jalan supaya perbezaan
tersebut tidak menjadi kekangan untuk terus hidup aman &
produktif.
2. HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
• Urutan sejarah Malaysia daripada selepas tamat Perang Dunia
Kedua (1945) sehingga sekarang memaparkan tiga era penting
iaitu:
i. Era Konflik (1945-1960)
ii. Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)
iii. Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)
• Pola hubungan etnik di Malaysia sejak 1946 mengalami turun
naik walaupun pada amnya keadaan di Malaysia aman damai
dengan hubungan etnik yang harmoni, tetap berlakunya
konflik & pertelagahan.
ERA KONFLIK (1945-1960)
• Masalah paling besar ketika era ini ialah konflik antara etnik
Cina dan Melayu yang tercetus daripada tindakan anggota
komunis iaitu Bintang Tiga.

• Bintang Tiga telah memburu etnik Melayu yang dipercayai


bersubahat dengan Jepun.

• Hal ini telah menyebabkan timbulnya perasaan distant &


distrust dalam kelompok etnik tersebut.
• Keadaan ini berlanjutan sehingga 1 April 1946, di mana pada
tarikh ini kolonial British telah mengisytiharkan Malayan
Union sebagai kerajaan baru.

• Pada 11 Mei 1946, parti Melayu UMNO ditubuhkan dan telah


berjaya memobilisasikan pertubuhan Melayu yang lain untuk
menentang Malayan Union.

• Malayan Union dibubarkan pada 31 Januari 1948 melalui


Perjanjian Persekutuan 1948.
• Telah wujudnya Persekutuan Tanah Melayu:
i. Pulau Pinang dan Melaka dikategorikan sebagai British colonial
territories.
ii. Sembilan negeri Melayu yang lain dikategorikan sebagai protectorates
kepada United Kingdom.

• Bintang Tiga telah menjadi dalang disebalik berlakunya


rusuhan dan mogok oleh pekerja ladang pada ketika itu
sehingga terjadinya pembunuhan tiga orang pengurus ladang
berketurunan Eropah di Sungai Siput pada 16 Ogos 1948.
• Peristiwa itu telah menyebabkan pemerintah kolonial British
mengisytiharkan Darurat selama 12 tahun (23 Julai 1948 – 31
Julai 1960).

• Pada tahun 1949, pemerintah kolonial British menubuhkan


Communities Liaison Committee (CLC) bagi meredakan
ketegangan etnik serta membina badan perunding yang
dipercayai boleh mengembalikan kesepaduan sosial etnik
Melayu, Cina dan India.
• Daripada idea CLC telah tercetusnya konsep Perikatan iaitu
parti politik yang menggabungkan Melayu, Cina dan India
sehingga tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun 1974.

• Prinsip CLC turut menjadi kerangka perundingan antara


British dengan pemimpin etnik dan ketua parti politik Malaysia
serta perundingan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin
Peng pada tahun 1955 di Baling bagi membolehkan Parti
Komunis Malaya kembali dalam politik arus perdana.
• Pilihan Raya Umum pertama Malaysia pada 27 Julai 1955
telah merealisasikan cita-cita CLC diwujudkan.

• Strategi perundangan etnik turut digunakan semasa


penggubalan Perlembagaan Persektuan melalui Jawatankuasa
Reid.

• Institusi ‘rencana pembangunan lima tahun’ yang pertama di


Malaya: Draft Development Plan 1950-1955 juga terhasil
daripada perundingan tersebut.
• Era konflik 1945 – 1960 di Malaya merupakan tempoh yang
sangat kritikal dari semua aspek terutamanya dalam sistem
pemerintahan, pengagihan kuasa, sistem perundangan, tadbir
urus dan penentuan hak rakyat dalam sistem demokrasi.
ERA STABIL TAPI TEGANG (1961-1970)
• Perang dingin masih terjadi biarpun 10 tahun selepas
tamatnya Darurat dan berakhir pada 1989 iaitu 30 tahun
selepas Malaya merdeka serta 26 tahun selepas terbentuknya
Malaysia.

• Keadaan ‘stabil tetapi tegang’ bermaksud pelbagai cabaran


masih wujud menguji kesepaduan sosial yang dibina rakyat.

• Wujudnya Malaysia pada 16 September 1963 merupakan


kejayaan pengaplikasian prinsip ‘tolak ansur etnik’.
• Satu perjanjian telah terhasil antara kerajaan persekutuan
dengan Sabah yang menjanjikan autonomi kepada Sabah dalam
20 perkara dan Sarawak dalam 18 perkara seperti mereka
berhak mengurus hal imegresen.

• Idea dan konsep tersebut tidak diterima oleh Indonesia yang


telah dipimpin Presiden Sukarno menganggap Malaysia sebagai
koloni baharu sehingga Indonesia melancarkan konfrontasi
atau mengganyang Malaysia.

• Pada 21 Julai dan 3 September 1964 telah terjadi rusuhan etnik


Melayu-Cina di Singapura sehingga mengorbankan 40 nyawa
ketika Singapura masih berada dalam Malaysia.
• Susulan daripada peristiwa itu, berlakunya rusuhan yang lebih
besar di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969 sehingga
mengorbankan kira-kira 250 nyawa.

• Penubuhan Majlis Perundingan Rakyat, Jabatan Perpaduan


Negara, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
merupakan antara usaha bagi mengembalikan kepercayaan
tentang kesepaduan sosial.

• Pada era ini telah terbinanya asas dan struktur rangka


kesepaduan sosial yang lebih mantap akibat trauma nasional
selepas Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969.
ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011)
• Keadaan aman selepas 40 tahun tragedi rusuhan etnik tidak
berkekalan apabila berlakunya rusuhan etnik Melayu-India
pada 4-8 Mac 2001 di Kampung Medan, Selangor akibat
daripada faktor ekonomi.

• Kunci kesepaduan sosial Malaysia ialah kematangan rakyatnya.

• Semenjak Pilihan Raya Umum 1974 sehingga 2008 tiada


kekecohan yang ditimbulkan kerana rakyat lebih gemar
menyuarakan rasa tidak puas hati melalui kemudahan internet,
sms dan data siber yang lain.
• Perkara ini memperlihatkan sesiapa sahaja boleh menyuarakan
rasa tidak puas hati sama ada hal berkaitan peribadi, etnik
mahupun kualiti hidup sehingga menimbulkan salah sangka oleh
pemerhati dari dalam dan luar negara.

• Era Kesapaduan Sosial merupakan era berlakunya pemantapan


interaksi antara Masyarakat + Negara + Pasaran (M+N+P).

• Maka, paksi utama kesepaduan sosial adalah kemakmuran dan


kestabilan ekonomi yang seterusnya mendukung keamanan dan
kestabilan politik.
3. MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI
MALAYSIA
Potret Hubungan Etnik di Malaysia

• Malaysia berjaya mengekalkan kerukunan dalam kehidupan


bermasyarakat dengan komposisi etnik, agama, budaya dan
bahasa yang kompleks.

• Global Peace Index telah menyenaraikan Malaysia di tangga ke 19


sebagai negara paling stabil dan aman di dunia berdasarkan
kestabilan dan keamanan yang kita kecapi kini.
Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik
• Sarjana berpendapat bahawa masyarakat yang memiliki
kerencaman budaya, bahasa, agama, dan kemajmukan etnik
pasti akan terasing mengikut kumpulan etnik, agama, budaya
dan bahasa.

• Perbezaan etnik turut melahirkan persaingan antara etnik


sehingga berlakunya kepupusan ciri sesebuah etnik dari segi
bahasa, budaya dan agama mereka kerana etnik yang dominan
pasti akan menguasai etnik minoriti.
4. KESEPADUAN SOSIAL: PANDANGAN
ALTERNATIF UNTUK MEMAHAMI
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

• Keadaan etnik di Malaysia digambarkan dalam


keadaan yang rapuh dan penuh dengan
persengketaan kerana saling bersaing antara
kumpulan etnik dan agama.

• Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di


Malaysia menggunakan paradigma konflik untuk
menganalisis dan memahami setiap pemasalahan
yang wujud dalam masyarakat.
• Hakikat mengagungkan paradigma ( pemikiran ) konflik
sebagai teras memahami persengketaan masyarakat adalah
kurang relevan kerana masyarakat hidup dalam aman dan
harmoni.
Menelusuri Hubungan Etnik daripada
Perspektif Konflik
• Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan ideologi
orientalisme pada asasnya adalah untuk membezakan kumpulan
dalam masyarakat agar wujud sempadan binary ( penduaan ) yang
jelas antara mereka menjajah dan terjajah.

• Mereka yang terjajah adalah mereka yang berbeza dari aspek


fisilogi, budaya, bahasa, agama dan etnik yang diitlakkan secara
mudah dan cetek.
Memahami Hubungan Etnik daripada
Perspektif Kesepaduan Sosial

• Paradigma alternatif adalah sebagai satu cara


pandang yang memberi tempat yang lebih wajar
kepada sisi positif dalam memahami hubungan etnik.

• Pemahaman terhadap perkara ini adalah penting


kerana aspek yang lebih dominan dalam kehidupan
seharian masyarakat awam di Malaysia tidak
berasaskan konflik, tetapi didasari oleh kesepaduan
sosial.
Hubungan Etnik daripada Perspektif Kesepaduan
Sosial
Pesawah padi Padi dibawa ke
Padi Melayu di Kedah / kilang oleh
Cina di Sekinchan pemandu lori etnik
India

Padi siap Diproses oleh


diproses jadi pekerja peringkat
Kedai runcit / buruh hingga
pasar raya: beras, dibawa
ke pasar raya pengurusan
Iban, Kadazan, (Melayu, Cina,
Melayu, Cina, oleh pemandu
daripada etnik India, Imigran
India Indonesia,
Orang Asli
Bangladesh
Takrifan Autoriti & Takrifan Harian
TAKRIFAN TAKRIFAN
AUTORITI HARIAN
( Arahan atau
perintah)
MELAYU: Seorang yang menganut agama Melayu, tetapi bertutur
Islam, bertutur bahasa Melayu, dalam bahasa Inggeris
amalkan adat resam & budaya masih dianggap Melayu.
Melayu.

ISLAM: Mesti aliran Sunnah Wal Jamaah, Tidak semua menganut


Mazhab Imam Shafie. aliran Sunnah Wal
Jamaah, ada yang
mengamal fahaman
Syiah.
• Dalam kehidupan seharian, jauh lebih kompleks daripada
takrifan autoriti.

• Takrifan harian oleh masyarakat mungkin lebih rencam dan


terdapat toleransi serta saling memahami untuk memastikan
kehidupan dapat diteruskan tanpa sebarang konflik & masalah.
5. KESEPADUAN SOSIAL MELALUI
AKOMODASI, AKULTURASI, AMALGAMASI &
ASIMILASI
• Dalam proses rundingan sosial, unsur seperti akomodasi,
akulturasi, amalgamasi & asimilasi sentiasa berlaku di peringkat
yang berbeza sebagai mekanisme untuk mengekalkan toleransi
etnik, penerimaan terhadap perbezaan & kesepaduan sosial
yang wujud pada hari ini.

• Rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam tidak mudah


terpengaruh untuk bertindak secara melulu, emotif &
menggunakan kekerasan terhadap isu yang ditimbulkan.
• Masyarakat Malaysia di peringkat awam sedikit sebanyak terikat
dengan suatu bentuk kesepaduan sosial yang baik dan
organisasi sukarelawan masyarakat dan individu daripada
pelbagai etnik dan agama.

• Takrifan yang diberikan oleh anggota masyarakat dalam acuan


besar bercirikan adalah merujuk kepada interaksi dan
hubungan sehari-hari yang berlaku antara mereka melalui
proses rundingan sosial yang berterusan.
• Proses ini ditunjangi oleh akomodasi, akulturasi, amalgamasi &
asimilasi yang merupakan intipati penting untuk memahami
hubungan etnik di Malaysia dari aspek kesepaduan sosial.
KESIMPULAN
• Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah.

• Perpaduan adalah Work-in-progress kerana perpaduan ialah


suatu sasaran pencapaian yang masih belum tercapai.

• Semua pihak perlu bekerja keras, kekalkan dan pertahankan


perpaduan.

You might also like