You are on page 1of 21

KEPIMPINAN DAN

PELAKSANAAN
PENGURUSAN PBS
OBJEKTIF
•Menjelaskan peranan pengetua /guru besar
sebagai pemimpin pelaksana PBS
•Menyatakan kepentingan pemantauan dalam
pengurusan PBS
•Menjelaskan elemen pemantauan PBS
•Membuat perancangan tindakan
penambahbaikan pengurusan PBS di sekolah
Peranan pemimpin sekolah dalam
pengurusan pentaksiran
Mengurus Pentaksiran
Mengurus pentaksiran bermaksud :

merancang, mengatur, mengendali, mentadbir


dan menjaga standard kualiti pelaksanaan
pentaksiran secara efisien (cekap) dan efektif
(berkesan)

sehingga hasil pentaksiran yang berupa skor dan


inferens tentang pencapaian murid dalam
pembelajarannya mempunyai darjah kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.
Mengurus PBS
• Mengurus PBS, lebih banyak melibatkan hal-hal
berkaitan bagaimana guru melaksanakan proses
pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran dalam
bilik darjah.

• Pengetua / Guru besar sebagai pengurus PBS di


sekolahnya perlu melihat bagaimana guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah dengan sempurna tanpa banyak
ujian atau latih tubi menjawab soalan ujian.
Mengurus PBS

• Pengajaran guru dalam konteks pengurusan PBS


hendaklah berfokus kepada amalan terbaik yang
mampu menyediakan murid yang dapat
menguasai pembelajaran sempurna dan asli
(genuine) sehingga mereka bukan sahaja boleh
berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan
akhir malahan tumbuh sebagai modal insan yang
boleh berjaya dalam hidupnya.
Pengurusan PBS disarankan meliputi :

• Perancangan pengajaran oleh guru melalui


perbincangan dan perkongsian pintar sesama guru
mengikut konsep lesson study seperti diamal di
Jepun.
Pengurusan PBS disarankan meliputi :

• Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam


bilik darjah yang disertai dengan proses pentaksiran
formatif yang berlaku dengan teratur dan
sempurna meliputi set induksi, isi kandungan,
aktiviti murid, pentaksiran dalam bilik darjah dan
penutup.
Pengurusan PBS disarankan meliputi:

• Penyoalan guru kepada murid (lisan atau


tulisan) yang mampu menyebabkan murid
berfikir bukan sahaja pada tahap rendah
malahan pemikiran tahap tinggi sehingga
terbina murid yang kritis, kreatif, dan
inovatif.
Pengurusan PBS disarankan meliputi:

• Pelaksanaan aktiviti murid yang berlaku di


dalam atau di luar bilik darjah yang mampu
meningkatkan pemahaman, kemahiran murid,
membina sikap dan personaliti serta
menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerja
sama, toleransi, kerja sepasukan,
mementingkan keselamatan dan ketepatan
masa.
Pengurusan PBS disarankan meliputi:

• Pelaksanaan latihan dalam bilik darjah atau kerja


rumah yang mampu memberi maklum balas
kepada murid untuk meningkatkan pemahaman
dan memperbaiki pembelajarannya.
Pengurusan PBS disarankan meliputi:

• Pelaksanaan konsep pentaksiran berterusan


(continuous assessment) umpama tukang masak
yang sentiasa mengambil berat tentang
masakannya sejak mula menyediakan bahan,
peralatan dan ruang masakan kepada proses
memasak sehingga makanan dihidang untuk
dimakan atau diadili.
Pemantauan
Pengurusan PBS
Bil Perkara
1 Jawatankuasa PBS peringkat sekolah:
a. Senarai jawatankuasa
b. Carta organisasi
c. Surat pelantikan
d. Senarai tugas/tanggungjawab jawatankuasa

2 Perancangan
a. Mesyuarat Jawatankuasa PBS – minit mesyuarat
b. Takwim
c. Pelan tindakan
d. Fail induk
Pengurusan PBS
Bil Perkara
3 Pelaksanaan
a. Melaksanakan penataran – ladap, mentor-mentee, PLC
b. Menyediakan persekitaran yang menyokong
pembudayaan PBS
-Papan kenyataan, blog, VLE, portal, edaran
c. Hebahan kepada ibu bapa maklumat terkini

4 Pemantauan
a. Instrumen Penjaminan Kualiti
b. Pemantauan PdP
Pentaksiran sekolah
Bil Perkara
1 Pengajaran berpandukan Dokumen Kurikulum
2 Pentaksiran berpandukan Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid
3 Pentaksiran semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran
4 Item sesuai dengan konteks (tajuk pembelajaran)
5 Item sesuai dengan konstruk (pengetahuan,kemahiran dan nilai)
6 Instrumen pentaksiran menepati tahap penguasaan murid
7 Instrumen pentaksiran menggunakan laras bahasa yang sesuai
8 Masa yang diperuntukkan untuk mentaksir mencukupi
9 Hasil kerja murid ditaksir oleh guru
10 Hasil kerja murid disimpan dan direkod
BENGKEL:
1.Rancang tindakan susulan/ program untuk
penambahbaikan pengurusan PBS di sekolah
anda.
2.Bina pelan tindakan pengurusan PBS di
sekolah
Peranan Guru dalam Pentaksiran
Sekolah

❑ Menjadi pemudahcara dalam proses pembelajaran


❑ Membuat pemerhatian langsung dan tak langsung
tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran
❑ Mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid
❑ Memberi maklum balas tentang pembelajaran murid
❑ Membantu memperbaiki pembelajaran murid
berdasarkan maklumat yang diperolehi

18
Peranan Murid dalam
Pentaksiran Sekolah

❑ Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu


hendak dipelajari
❑ Mengetahui bagaimana standard hendak dicapai
❑ Melaksanakan tugasan yang diberikan supaya apa
yang diketahui dan boleh dibuat boleh ditaksir

19
Peranan Ibu bapa dalam
Pentaksiran Sekolah
❑ Membantu anak-anak dalam pembelajaran
berdasarkan maklumat yang didapati daripada
pelbagai sumber pentaksiran
❑ Memahami potensi, kekuatan dan kelemahan anak-
anak
❑ Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan
individu (individual differences)
❑ Membantu anak-anak mencapai apa yang
dihasratkan
20
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like