You are on page 1of 25

HMT 211

FONETIK BAHASA MELAYU

Tajuk

Proses-Proses Fonologi
Bahasa Melayu dan Transkripsi
Pengenalan

Dengan berpandukan proses fonologi, transkripsi suatu


bahasa itu mudah dilakukan. Sebaliknya, jika kita melakukan
transkripsi berdasarkan intusi kita sendiri, sudah pasti
transkripsi tersebut tidak dapat dilakukan secara konsisten
krn intusi seseorang itu berbeza-beza antara satu sama lain
dan mudah dipengaruh oleh dialeknya sendiri.
Antara proses fonologi yg penting dan terlibat secara
langsung dengan transkripsi ialah pengglotisan,
pengguguran /r/, geminasi, perendahan vokal tinggi,
penengahan vokal, penyisipan hentian glotis [], penyisipan
geluncuran [w, y] dan penyisipan faringgal [].
Struktur Dalaman (SD)
dan Struktur Permukaan (SP)
1. SD ialah bentuk struktur fonemik.
2. Data dalam SD ditulis dalam kurungan / /
2. SD merupakan bentuk kata yg diandaikan
sebelum wujudnya SP.
3. Sebelum wujud SP, suatu kata itu mengalami
proses-proses fonlogi di peringkat SD.
4. SP ialah bentuk struktur fonetik.
5. Data dalam SP ditulis dalam kurungan[ ]
Pengglotisan
Penglotisan ialah proses sesuatu fonem berubah
menjadi hentian glotis. Dalam BM, konsonan velar
/k/ dan /g/ yang berada di posisi koda atau di
akhir kata dalam suatu kata akan dioutputkan
sebagai konsonan hentian glotis. Contoh dalam
perkataan /kakak/ [kaka], /mak/ [ma], /siksa/
[sis] dan /ragbi/ [rabi].
Pengguguran /r/

Dalam BM, konsonan /r/ di posisi koda dan di akhir kata


tidak dibenarkan hadir pada struktur permukaan dan
konsonan ini mengalami pengguguran. Contoh:

/tukar/ [tuka] /bakar/ [baka]


/trkena/ [tken] /prlu/ [plu]
/brlari/ [blari] /cmrla/ [cmla]
Geminasi
Geminasi ialah proses satu konsonan menjadi dua
konsonan yang sama secara bergugus. Dalam BM,
geminasi ini berlaku di sempadan akhiran apabila
kata dasar yang diakhiri konsonan menerima
akhiran /an/ atau /i/. Contoh
/jalan-i/ [jalanni]
/tman-i/ [tmanni]
/pulas-an/ [pulassan]
/bawah-an/ [bawahhan]
/masak-an/ [masakkan]  [masakan] (/k/ di koda menjadi glotis)
/tukar-an/  tukarran  [tukaran]* (/r/ pertama digugurkan krn
tidak dibenarkan berada di posisi koda)
Perendahan Vokal Tinggi
Perendahan vokal ialah proses vokal tinggi menjadi
vokal rendah. Dalam BM, vokal tinggi /i/ dan /u/
mengalami perendahan vokal kepada vokal [e] dan
[o] apabila vokal tinggi itu berada pada suku kata
tertutup di akhir kata. Cth:

/buluh/ [buloh] /susuh/ [susoh], /blum/


[blom] /pilih/ [pileh], /cicir/ [cice]
/cantik/ [cante].
Penengahan Vokal

Vokal yang berubah menjadi vokal schwa [] dalam


kata dikenali sebagai penengahan vokal. Dalam BM,
vokal rendah /a/ akan berubah menjadi vokal tengah
[] apabila vokal itu berada di akhir kata. Contoh:

/saya/ [say] /mana/ [man]


/lama/ [lam] /ktawa/ [ktaw],
/bahaya/ [bahay]
Penyisipan Hentian Glotis
Penyisipan konsonan hentian glotis dalam BM, berlaku
apabila dua vokal berurutan dan penyisipan ini tidak berlaku
dalam kata dasar sebaliknya hanya berlaku di sempadan
awalan, akhiran, kata ganda dan kata majmuk. Contoh:

/diambil/ [diambel] /juruazan/ [juruazan] /gunaan/


[gunaan] /kaki ayam/ [kakiayam], /anai-anai/
[anaianai].
Penyisipan Geluncuran
[w] dan [y]
Dalam BM, penyisipan geluncuran berlaku dalam urutan
vokal apabila vokal pertama dalam urutan vokal itu terdiri
daripada vokal tinggi /i/ dan /u/. Hal ini berlaku hanya dalam
kata dasar dan kata dasar + akhiran /an/ dan /i/. Contoh:

/buah/ [buwah] /diam/ [diyam]


/kuah/[kuwah] /dian/ [diyan]
/guruan/ [guruwan] /tarian/ [tariyan]
Penyisipan Faringgal
Dalam BM, penyisipan faringgal [] berlaku di antara dua
urutan vokal yakni dalam kata pinjaman bahasa Arab. Vokal
yg mendahului faringgal itu menjadi nasal. Cth:

/maaf/ [maaf]
saat/ [saat]
/taat/ [taat]
/said/ [saed]
/muamalat/ [muamalat]
/mualaf/ [mualaf]
Pemfaringgalan
Pemfaringgalan ialah proses suatu fonem berubah menjadi
konsonan faringgal. Dalam BM, proses pemfaringgalan
berlaku dalam dialek Utara iaitu di negeri-negeri Pulau
Pinang, Kedah, Perlis dan bahagian Perak Utara. Proses ini
berlaku apabila konsonan /r/ di akhir kata berubah menjadi
konsonan faringgal []. Cth konsonan /r/ dalam dialek
Melayu berubah menjadi faringgal ialah:
/tawar/ [tawa]
/bakar/ [baka]
/tukar/ [tuka]
/trjun/ [t:jon]
Penasalan Vokal
Vokal menjadi nasal apabila menerima fitur nasal daripada
jirannya. Dalam BM, penasalan vokal ini adalah boleh diramal
dan berlaku apabila vokal mendahului konsonan nasal dalam
kata dasar dan di sempadan imbuhan. Proses penasalan vokal
dalam BM hanya berlaku secara progresif sahaja yakni vokal
menjadi nasal kerana menerima fitur nasal dari belakang atau
dari sebelah kiri. Konsonan hentian glotis //, geluncuran /w,
y/ dan frikatif /h/ adalah tranperen kepada penyebaran fitur
nasal daripada konsonan nasal. Contoh;
/mana/ [man] /ai/ [ai]
/maya/ [maya] /mawas/ [mawas]
/mahal/ [mahal] /guna-an/ [gunaan]
Asimilasi Homorganik
Asimilasi ialah proses sesuatu fonem berubah kerana
mengambil fitur jirannya. Jika asimilasi melibatkan fitur
titik artikulasi, asimilasi itu dikenali sebagai asimilasi
homorganik. Dalam BM, asimilasi homorganik ini berlaku
dalam kata dasar dan kata morfologi yakni apabila
konsonan nasal di sempadan awalan mengambil fitur titik
artikulasi konsonan didepannya dan menyebabkan
konsonan nasal // (diakhir kata prefik /m/ atau
/p/) berubah menjadi nasal homorganik [m, n, , ].
Ini dikenali sebagai asimilasi nasal homorganik. Contoh
/pandan/  [pandan], /sampan/  [sampan],
/m+pukul/ mmpukul [mmukol], /p+tulis/
 mntulis  [penules], /m+bawa/ 
[mmbaw], /mguris/  [mgures].
Pengguguran
Konsonan tidak Bersuara
Dalam BM, konsonan mengalami pengguguran selepas proses
asimilasi nasal homorganik. Pengguguran ini berlaku hanya
pada konsonan tidak bersuara di sempadan awalan sahaja.
Sebaliknya, Jika konsonan yang mendahului nasal itu ialah
konsonan bersuara, maka konsonan bersuara itu tidak
digugurkan. Contoh pengguguran obstruen ialah

/p+pukul/  pmpukol  [pmukol],


/p+tanda/  pntand  [pnand]
/p+kara/  pkara  [para].
/p+bawa/  pmbawa  [pmbawa]*
Transkripsi Fonetik
Pendahuluan
• Transkripsi - pmindahn bunyi bahasa kpd bentuk tulisn.
Antara transkripsi tmasuklh transkripsi fonetik, transkripsi
fonemik dan transkripsi ejaan.
• Transkripsi fonetik - pmindahn bunyi bahasa atau dialek ke
dlm bunyi ujarn sebenar (surface form / phonetic form)
pcakapn. Utk mrepresentasikn output bahasa tsebut, lambang
fonetik kurungn sesiku [ ] dgunakn. Cth [poko], [buwah],
[diyam], [tuka], [say] dan [guna].
• Transkripsi fonemik - pmindahn bunyi bahasa yg belum
mgalami sbarang proses fonologi yakni bentuk input
(underlying form) bunyi ssuatu bahasa. Utk mgambarkn input
bunyi bahasa itu, lambang kurungn miring / / dgunakn.
Cth /pokok/, /buah/, /diam/, /tukar/, /saya/ dan /gunaan/.
Transkripsi Fonetik
Pendahuluan

• Transkripsi bguna kpd ahli-ahli fonetik dan fonologi utk


mnerangkn tentang ujarn/pcakapn.
• Lazimnya transkripsi fonetik mlakukn pmindahn ujarn atau
kata dlm bentuk ejaan (teks) atau bentuk fonemik.
• Dlm mtranskripsikn sistem yg tidak taksa (ambiguous) dlm
pghasiln ujarn btujuan utk mbantu penulisn:
# bentuk grafik yakni drp visual kpd auditori
# mberi output sbenar ptuturn kpd pbaca/pgkaji
Transkripsi Fonetik
Keperluan Transkripsi
• Wujudnya pbezaan antara sistem abjad (pnulisn) dgn hasil sbenar bunyi
ujarn. Cth, bahasa Inggeris: ‘cough’ [kof], ‘tough’ [tf], ‘knife’ [naiv] dll.
• Masalah ciri-ciri suprasegmental spt bunyi tekann ssuatu kata yg mbawa
pgertian yg bbeza mnimbulkn masalah pmahamn pdengar (pnutur jati).
• Cth: dlm BM standard, tekann blaku pd suku kata kedua trakhir
(puneltimate syllable) spt:
ma.kan ji.ka.lau as.sa.la.mu.a.lai.i.kum

 Ttp dlm dialek Terengganu, tekann blaku pd suku kata trakhir (ultimate
syllable) spt:
ma.ka i.ka s.ko.lah

 Cth dlm bahasa Inggeris


‘record’ re.k:d (noun) ri.k:d (verb)
Transkripsi Fonetik
Jenis-Jenis Transkripsi

1. Transkripsi Tanggapan
 Bunyi-bunyi yg dhasilkn scara umum
 Keadaan yg dperlukn spt berikut:
i. kajian suatu bahasa yg tidak tahu asal usulnya.
- pola dan strukturnya tidak bsistematik
- drp data dan transkripsi tenggapanlh baru boleh dcipta
transkripsi yang lebih bersistematik
ii. Bentuk ujarn yg tidak tratur dan myukarkn pkaji dlm mnentukn
struktur dan sistem bahasa tsebut.
Transkripsi Fonetik
Jenis-Jenis Transkripsi

2. Transkripsi Sistematik
 Mrujuk kpd ujarn dan bahasa ttentu shj.
 Lambang yg dgunakn bsifat ekonomik dan pjenisn bunyi yg sudah
dkenali.
 Mgunakn dasar analisis fonemik yg lebih kompleks.
 Penting, trutama dlm mgajar/blajar pyebutn asing.
 Jenis transkripsi ini dgunakn dgn mluas dlm kajian nahu scara
deskriptif dan pnulisn kamus.
 Terdpt beberapa jenis transkripsi sistematik: transkripsi luas, transkripsi
sempit.
Transkripsi Fonetik
Transkripsi Sistematik

a. Transkripsi luas
 Kurang mgunakn lambang dan tanda diakritik.
 Tujuannya: mhasilkn psembahn yg tidak taksa dlm bentuk
penyebutn.
 Tanda miring / / dgunakn dlm transkripsi luas.

b. Transkripsi sempit
 Mgunakn lambang yg khusus.
 Boleh dgunakn dlm apa jua bahasa.
 Lambang-lambang dan tanda diakritik dgunakn.
 Mgunakn kurungn [ ]
 Nota: Namun begitu dlm kursus ini, bentuk transkripsi sempit yg kita
gunakn tidak perlu mgunakn tanda kurungn [ ].
Transkripsi Fonetik

Panduan Melakukan Transkripsi

 Dlm mlakukn transkripsi fonetik sama ada dari bentuk ejaan (ayat) atau
bentuk fonemik, praturn berikut perlu diambil kira:
 Setiap pmindahn fonetik hendaklh dlakukn bdasarkn kpd proses-

proses fonologi yg blaku.


 Semua huruf besar hendaklh dtulis sbg huruf/fonem kecil. Cth

Ahmad ahmad Kulim kulem Si Tompok sitompo


 Semua bentuk huruf bganding dlm sistem ejaan seperti ‘ng’, ‘ny’,

‘sy’, ‘gh’ dan ‘kh’ hendak dtranskripsikn kpd fonem iaitu ‘ng’ sbagai
[], ‘ny’ sbagai [], ‘sy’ sbagai [], ‘gh’ sbagai [] dan ‘kh’ sbagai
[x].
Transkripsi Fonetik
Contoh Transkripsi.
yang ya maaf maaf
barang bara saat saat
nyanyi ai mualaf mualaf
nyonya oa pulasan pulassan
khabar xaba puluhan pulohhan
ghaib aeb tautan taottan
syarat arat buah buwah
Thalha alha diam diyam
pokok poko tukar tuka
masakan masakan pilih pileh
Adam adam buluh buloh
Latifah latifah di atas diatas
awak awa tarian tariyan
saya say gunaan gunaan
bakar baka guruan guruwan
dahaga dahag anai-anai anaianai
setiausahastiyusah kaki ayam kakiayam
Transkripsi Fonetik
Latihan.
Berdasarkan contoh-contoh transkripsi di atas, jawab soalan di bawah:
1. Perkataan manakah yang terlibat dengan proses fonologi berikut?
a. Pengglotisan
b. Perendahan vokal tinggi
c. Penengahan vokal
d. Pengguguran /r/
e. Penyisipan hentian glotis
f. Penyisipan geluncuran
g. Penyisipan faringgal

2. Perkataan manakah yang terlibat dengan perubahan huruf?


a. Perubahan huruf besar kepada fonem (huruf kecil)
b. Perubahan huruf kepada bunyi fonem
SEKIAN…..

TERIMA KASIH

You might also like