You are on page 1of 14

1.

Pengenalan Program
Pendidikan Inklusif
Sub tajuk
1.1 Asas dan sejarah program Pendidikan Inklusif
1.2 Matlamat dan objektif Pendidikan Inklusif
1.3 Dasar antarabangsa dan kebangsaan
Pendidikan inklusif
• 1.4 Program Pendidikan Khas KPM
• - Sekolah khas
• - Program integrasi
• - Program pendidikan inklusif
Sub tajuk
1.1 Asas dan sejarah program Pendidikan
Inklusif
• Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah
istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa
dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara
Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997).
Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran
bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan
sebagai murid berkeperluan khas.
• Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima
pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu
sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program
pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah
tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.
Data program Pendidikan Inklusif di Malaysia

• Laporan daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), KPM


(2012) menyebut bahawa sekolah yang mempunyai Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan melaksanakan PPI adalah
sebanyak 355 sekolah iaitu 161 sekolah rendah dan 194
sekolah menengah.
• Hal ini mencatatkan hanya 6% mbk(Murid Berkeperluan Khas)
yang diletakkan di bawah PPI manakala 89% mengikuti PPKI
dan 5% mendaftar di Sekolah Pendidikan Khas (SPK). PPI yang
dilaksanakan pula mempunyai pelbagai cara pengurusan dan
pelaksanaan bergantung kepada sekolah tanpa satu cara yang
seragam untuk semua PPI yang dilaksanakan.
• Enrolmen murid berkeperluan khas dalam
Program Pendidikan Inklusif (PPI) direkodkan
bermula pada tahun 2012 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Peratusan enrolmen ini perlu
ditingkatkan sehingga mencapai 75% pada
tahun 2025. Sehingga 2018, peratusan
enrolmen MBK dalam PPI adalah sebanyak
40.54% (data sehingga Januari 2018).
1.2 Matlamat dan objektif Pendidikan Inklusif

• MATLAMAT Untuk meningkatkan penyertaan


dan memberikan peluang kepada murid
berkeperluan khas (MBK) menyertai program
akademik dan bukan akademik bersama-sama
murid normal di arus perdana Memberi
kesedaran kepada masyarakat supaya tidak
menafikan potensi murid berkeperluan khas dan
percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh
diminimumkan jika diberi peluang yang sama.
Objektif 
• .

• 
Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai
semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana. b.
• 
Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripadamereka berada dalam
situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluanguntuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-
kemahiran baru dalam konteks yang lebihnatural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model).c.
• 
Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khasdengan murid di aliran
perdana.d.
• 
Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha merekamenyokong dan membantu
mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-
• rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan,kekurangan dan kecacatan..
• 
Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .f.
• 
Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapimasyarakat.g.
• 
Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluankhas untuk berdikari dan
memperolehi peluang pekerjaan
1.3 Dasar antarabangsa dan kebangsaan Pendidikan inklusif

• Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program


Pendidikan Inklusif (PPI)
•  
• Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa
Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural
Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang
mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling
berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid
keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan
dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan murid
berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.
•  
• Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI)
mempunyai sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan
untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi
Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada
akta ini pada tahun 1997.
• Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua
murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran
mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.
• Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di
Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir
undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000).
• Di Australia dan New Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan
yang dapat menentukan secara khusus, perkhidmatan pendidikan khas bagi
memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.
Dasar pendidikan inklusif Dalam dasar pendidikan inklusif, ia
terbahagi kepada dua dasar yang utama iaitu dasar kebangsaan
(di Malaysia) dan dasar antarabangsa.
• 1. Di Malaysia, dasar pendidikan inklusif ialah akta orang kurang upaya
2008. Melalui akta orang kurang upaya 2008, akses pendidikan yang sama
rata bagi kanak-kanak kurang upaya termaktub dalam undang-undang
Malaysia, Akta 685 di bawah seksyen 28 (1) di mana kanak-kanak kurang
upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan atas asas
ketidakupayaan.

• 2.Di peringkat antarabangsa pula, dasar pendidikan inklusif dapat dilihat


pada pernyataan Salamanca (1994). Di bawah dasar ini, telah disarankan
agar peruntukan kewangan diberikan dalam sistem pendidikan agar
sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak
bekeperluan khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira
perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka.
1.4 Program Pendidikan Khas KPM

• Ada 3
• - Sekolah khas
• - Program integrasi
• - Program pendidikan inklusif
1 Sekolah khas

• SEKOLAH KHAS • ialah sekolah bagi murid bermasalah pengihatan dan


pendengaran. • Jenis : 1. Sekolah Rendah : ketidakupayaan pendengaran,
ketidakupayaan penglihatan, & masalah pembelajaran. 2. Sekolah
Menengah : sekolah vokasional, sekolah Akademik utk murid ketidakupayaan
pendengaran, & Sekolah Akademik utk murid ketidakupayaan penglihatan. •
Kemudahan sekolah : asrama dan makanan percuma

• 8. SEKOLAH KHAS• Program : 1. Prasekolah • 6 tahun – 14 tahun • Disahkan


oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
2. Pelajaran Rendah • 6 tahun – 14 tahun • Disahkan oleh pengamal
perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. 3. Pelajaran
Menengah • 13 tahun – 19 tahun • Disahkan oleh pengamal perubatan dan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. 4. Pendidikan Teknik &
Vokasional • Murid lulus Sijil Rendah Pelajaran
2.PROGRAM INTEGRASI
• 9. PROGRAM INTEGRASI• 1962 : Kerajaan memulakan Program
Pendidikan Khas Integrasi. • Tujuan : 1. Semua murid MBK
berpeluang menerima akses pendidikan yang relevan dan
sesuai. 2. MBK diperkembangkan bakat dan potensi melalui
pendidikan Vokasional bagi menghasilkan insan berkemahiran
ke arah meningkatkan kualiti hidup. 3. MBK diberi peluang
mengikut Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan
mereka dioptimumkan. 4. Peluang MBK mengikut program
pendidikan menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada
bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan menjadi aset
negara. 5. MBK berpotensi ditempatkan secara inklusif di dalam
kelas arus perdana.
3. Program pendidikan inklusif
• PRORAM PENDIDIKAN INKLUSIF • Ialah program pendidikan bagi
murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh Murid
Berkeperluan khas (MBK) bersama-sama dengan murid lain
dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.
• • Matlamat : 1. Untuk meningkatkan penyertaan dan
memberikan peluang kepada murid berkeperluan khas (MBK)
menyertai program akademik dan bukan akademik bersama-
sama murid normal di arus perdana 2. Memberi kesedaran
kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi murid
berkeperluan khas dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka
boleh diminimumkan jika diberi peluang yang sama.

You might also like