You are on page 1of 100

BAB 4 :

LARAS BAHASA

Disediakan oleh:
Nor Shahida binti Mohd Shauki & Nuraqilah
Konsep
laras bahasa
Ciri-ciri
keperihalan
Faktor
Laras penggunaan Ciri-ciri
Bahasa
linguistik

Jenis-jenis
dan Ciri-ciri
Konsep Laras Bahasa
• Definisi :

Cara atau gaya penggunaan


bahasa dalam situasi
penggunaannya berdasarkan
bidang-bidang tertentu.
• Seorang penutur akan mengubah
larasnya bergantung kepada situasi,
topik yang dibincangkan, tujuan
perbincangan, dan pendengar sama
ada secara lisan atau tulisan.
• Laras bahasa merupakan satu
kovensi sosial, iaitu digunakan
oleh pengguna tertentu untuk
keadaan atau situasi tertentu
mengikut kesesuaiannya.
• Laras bahasa dipengaruhi oleh
latar suasana, penutur,
pendengar dan tujuan wacana
ditulis atau diujarkan.
• Contohnya, ayat aktif dan ayat pasif,
aayat penyata dan ayat songsang
akan menghasilkan laras yang
berbeza.
• Laras bahasa digunakan disebabkan
oleh dua faktor utama iaitu ciri-ciri
keperihalan sesuatu peristiwa
bahasa dan ciri-ciri linguistik.
Pendapat Tokoh
• Kamus Dewan Edisi Keempat:

Laras bahasa ialah variasi


bahasa berdasarkan
penggunaanya.
• Halliday, (1968)

Laras bahasa ialah variasi bahasa


yang wujud berdasarkan fungsinya.

Fungsi itu dilihat dari dimensi iaitu


tajuk wacana, cara, dan gaya
penyampaian.
• Ure & Hills, (1977)

Laras sebagai “ Language


patterning regularly used in a
certain kind of situation”
(jenis-jenis yang digunakan
mengikut situasi-situasi yang
berlainan)
• Nik Safiah Karim, (1982)
Laras bahasa ialah gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa.

Variasi bahasa yang digunakan oleh


penutur mengikut situasi yang
berbeza-beza berdasarkan tajuk
pembicaraan dan hubungan antara
pembaca.
• Asmah Hj. Omar, (1987)

Laras bahasa ialah ciri khusus dalam


penggunaan bahasa berdasarkan
bidang penggunaannya.
• Abdullah Hassan, (1989)

Pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai


dengan konteksnya itu adalah sesuatu yang
dikatakan laras bahasa.

Pemakaian laras bahasa yang sesuai itu


dianggap pengolahan bahasa yang baik.

Ada hubungan rapat antara isi dan perkara yang


dibincangkan dengan laras bahasa yang digunakan
untuk membincangkannya.
Faktor Laras
Bahasa

Ciri-ciri Ciri-ciri
keperihalan linguistik
Faktor-faktor Laras Bahasa
(1) Ciri-ciri Keperihalan:

(a) Situasi luaran


- Keadaan latar belakang sosial dan
kebudayaan masyarakat dan cara hidup
yang menjadi penentu kepada perlakuan-
perlakuan anggota masyarakat.
(b) Situasi persekitaran

Aspek-aspek cara penyampaian,


perhubungan sosial yang wujud,
bahan dan topik yang diperkatakan
serta fungsi sosial bahasa.
(2) Ciri-ciri Linguistik

Melibatkan kosa kata, tatabahasa,


dan gaya penyampaian (formal atau
tidak formal).
(a) Aspek bunyi
- Nada suara seperti dalam drama,
ucapan, ceramah, khutbah dan
sebagainya
(b) Aspek perkataan

- perkataan khusus, unsur kolokasi


dan perkataan pinjaman.
(c) Aspek ayat

- dari segi binaan ayat, susunan


ayat, dan panjang pendek ayat.
Jenis-jenis dan Ciri-ciri Laras
Bahasa
Bidang
penggunaan
Tajuk wacana bahasa seperti
bidang
Matematik

Media
Cara perlakuan
Kategori penyampaian
Utama bahasa (secara
wacana lisan atau
tulisan).
Hubungan
antara peserta
Gaya perlakuan
wacana bahasa
(formal/tidak
formal)
• Laras ditentukan berdasarkan
penggunaannya dalam situasi yang
berbeza-beza.
Sains

Iklan Ekonomi

Jenis
Undang-
Resepi Laras undang
Bahasa

Sastera Agama

Sukan
Laras Sains
• Definisi :

Laras yang digunakan untuk


menjelaskan sesuatu perkara yang
berkaitan dengan bidang sains secara
formal dan ilmiah berdasarkan fakta,
kajian, atau uji kaji.
• Ciri-ciri laras sains:
(a) Menggunakan kosa kata khusus dan
berbentuk ilmiah tentang bidang sains.

(b) Menggunakan ayat yang formal dengan


menggunakan rumus atau formula sains.

(c) Sangat menekankan ketepatan fakta dan


maksud sesuatu istilah.
• Contoh kosa kata dan istilah:
magnesium
Fotosintesis
Hidrogen
kalsium

• Contoh laras sains:


Ventrikel merupakan bahagian jantung yang berfungsi untuk
mengepam darah ke paru-paru dan ke seluruh tubuh badan manusia.
Oleh itu, dinding ventrikel lebih tebal berbanding dengan atrium.
Pengecutan dinding ventrikel pula lebih penting untuk memastikan
darah dapat mengalir.
Laras Ekonomi
• Definisi :

Laras yang digunakan dalam dunia


perniagaan dan korporat terutamanya
bidang perusahaan , perindustrian,
perakaunan, perbankan dan
perdagangan.
• Ciri-ciri :
(a) bersifat ilmiah dan formal.
(b) mementingkan susunan maklumat dan
tidak mementingkan struktur ayat.
(c) berdasarkan fakta eksplisit atau yang
nyata serta disokong oleh data atau
perangkaan dalam bentuk graf, jadual, dan
sebagainya.
(d) kosa kata atau istilah yang digunakan
berkaitan dengan ekonomi.
• Contohnya:
(a) Istilah Khusus( penanda laras)
Import
Kos marginal
Inflasi
Urus niaga
saham
(b) Istilah umum (pengertian khusus merujuk
kepada bidang ekonomi)
Untung
Runcit
Susut
Rugi
Tunai
Tempoh hutang
• Contoh laras ekonomi:

Ringgit Malaysia mungkin didagangkan lebih rendah berbanding


dengan dolar AS minggu depan. Aktiviti dijangkakan terus lengang
berikutan dengan cuti panjang Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah.
Seorang peniaga berkata, ringgit juga dijangka lemah berikutan
dengan pengurangan berperingkat-peringkat program rangsangan
Rizab Persekutuan AS. Beliau memberitahu Bernama bahawa unit
tempatan itu dijangka didagangkan antara 3.3280-3.3650.
Laras Undang-undang
• Definisi :

Laras yang digunakan dalam teks


atau situasi yang berkaitan dengan
ilmu perundangan.
• Ciri-ciri:
(a) menekankan ketepatan dan kepersisan
dalam menyampaikan hujah.
(b) mementingkan bukti atau fakta yang
nyata, jelas, dan objektif.
(c) terbuka kepada interprestasi.
(d) menggunakan istilah-istilah teknikal dalam
bidang undang-undang.
• Contoh kosa kata:
Seksyen
Pendakwaan
Mandatori
Akta
Afidavit
Enakmen
Prima facie
• Contoh laras undang-undang:
153. Penyenggaraan kumpulan wang caruman.
(1) Mana-mana kumpulan wang caruman ( termasuk Kumpulan
Wang Simpanan Guru ) yang ditubuhkan di bawah Akta Pelajaran
1961 atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta itu
hendaklah terus disenggarakan dan diuruskan mengikut mana-
mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan
kumpulan wang itu sehinggalah Yang di-Pertuan Agong membuat
perintah bagi penggulungannya atau selainnya.
Laras Agama
• Definisi : Laras yang digunakan untuk
membincangkan ilmu agama.

• Ilmu agama yang dibincangkan melibatkan


akidah, fikah, tassawur, sejarah, dan
muamalat.

• Digunakan juga dalam ceramah agama, forum


agama dan khutbah Jumaat, serta penulisan
kitab, buku panduan dan artikel.
• Ciri-ciri:
(a) kosa kata dan struktur ayatnya banyak
dipengaruhi oleh kosa kata dan struktur bahasa
Arab.
(b) banyak menggunakan petikan atau rujukan
al-Quran dan Hadis Nabi.
(c) laras agama menekankan pengajaran dan
nasihat, di samping cerita sejarah untuk
dijadikan teladan agar sentiasa berbuat baik.
• Contoh kosa kata:
Dosa
Syurga
Akhirat
Tauhid
Wasatiyah
Pahala
Neraka
aqidah

• Contoh laras agama:


Antara orang yang menjalankan kerja-kerja makruf dan ihsan serta
tunduk dan patuh kepada syariat Allah S.W.T ialah mereka yang
mendapat petunjuk dan rahmat-Nya. Mereka ini mendirikan solat yang
diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atasnya dengan mematuhi segala rukun
dan syarat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Laras Sukan
• Definisi :

Laras yang digunakan untuk


membincangkan hal-hal yang
berkaitan dengan kesukanan.
• Ciri-ciri:
(a) mementingkan ketepatan dan kejelasan
fakta.
(b) Menggunakan bahasa yang ringkas dan
padat.
(c) Bersifat bersahaja dan mudah difahami.
• Contoh kosa kata dan istilah:
Perlawanan sengit
Perangkap off-side
Kejuaraan
Jaringan gol
Pemain penyerang
pengadil

• Contoh laras sukan:


Hampir 30,000 penyokong Harimau Selatan pulang hampa apabila
perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT)
menentang T-Team terpaksa ditangguhkan pada babak kedua
perlawanan , malam tadi. Perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan
Yunos, Larkin, di sini, terpaksa ditangguhkan ketika JDT mendahului
T-Team, 2 – 1.
Laras Sastera
• Definisi:

Laras yang digunakan untuk menulis


karya satera, sama ada dalam bentuk
puisi ataupun prosa.
• Ciri-ciri:
(a) struktur ayatnya kreatif dan deskriptif
serta tidak mematuhi aspek tatabahasa.
(b) ayat-ayatnya bebas daripada pelbagai
tafsiran oleh pembaca.
(c) mementingkan keindahan kata-kata.
(d) menggunakan ayat majmuk untuk
memberikan penjelasan.
• Contoh kosa kata dan istilah:
Puitis
Simile
Plot
Metafora
Saspens
diksi

• Contoh laras sastera:

Kegelapan malam masih melingkari alam. Hembusan bayu yang


menyentuh tubuhku terasa dingin bagai salju. Bunyi cengkerik tidak
jemu-jemu menghiburkan makhluk yang sedang lena di
sekelilingnya. Aku masih terpaku memikirkan keagungan Maha
Pencipta.
Laras Resepi
• Definisi:

Laras yang digunakan untuk


memberikan panduan tentang cara
memasak makanan.
• Ciri-ciri:
(a) mempunyai format tersendiri, iaitu terdiri
daripada dua bahagian, bahagian pertama bahan yang
diperlukan dan bahagian kedua cara untuk menyediakan
masakan.
(b) bahasa yang digunakan ringkas dan padat.
(c) tidak mematuhi aspek tatabahasa.
(d) bersifat formal kerana biasanya mempunyai
hubungan sehala sahaja.
(e) format berbentuk senarai, setiap item dinyatakan
dengan terperinci jumlah, sukatan bahan dan langkah
yang perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.
• Contoh kosa kata dan istilah:
Perencah
Rebus
Panaskan
Kuali

• Contoh laras resepi:


Kek Coklat
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan minyak masak
2 biji telur
1 cawan gula perang
1 sudu kecil vanilla
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan air dicampur dengan 1 sudu kecil koko

Cara membuatnya:
1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Masukkan minyak, gula, serbuk koko dan vanilla. Gaul sebati.
3. Tapis semua adunan ke dalam loyang.
4. Kukus selama 45 minit.
Laras Iklan
• Definisi: Merupakan bentuk bahasa yang
digunakan untuk memperkenalkan
barang yang hendak diniagakan.

• Antara tujuannya adalah untuk


mempengaruhi dan mengubah sikap
pengguna.

• Berkaitan dengan retorik pemujukan.


• Ciri-ciri:
(a) bahasa yang digunakan padat dan ringkas.
(b) tidak mematuhi aspek tatabahasa.
(c) ayatnya pendek-pendek dan ringkas serta
banyak menggunakan kata adjektif.
(d) kata-kata yang digunakan bersifat segar,
menarik dan berpengaruh.
(e) bersifat memujuk, menyuruh, mengumpan,
mengisytiharkan dan membandingkan sesuatu barang
untuk mempengaruhi pengguna agar tertarik dan
berminat untuk membeli barangan yang diiklankan.
• Contoh laras iklan:

Sakit sengal-sengal sendi dan otot? Sapukan jel ABC di tempat yang
sakit. Anda pasti akan merasai kelegaannya.
CONTOH
SOALAN
Soalan Objektif
1. Sesuatu laras bahasa dalam wacana dapat
ditentukan dengan memastikan
l kosa kata yang digunakan
ll fokus perbincangan
lll peraturan bahasanya
lV kepelbagaian ayatnya
A l dan ll C ll dan lV
B l dan lll D lll dan lV
Jawapan
A
2. Laras agama dan laras ekonomi dapat
dibezakan melalui
A kosa katanya
B golongan katanya
C gaya penyampaiannya
D teknik penyampaiannya
Jawapan
A
3. Yang berikut merupakan pernyataan yang benar tentang dimensi laras bahasa bagi Halliday kecuali

A Tajuk wacana
B Cara penyampaian
C Gaya penyampaian
D Tujuan wacana
Jawapan

D
4. Yang manakah ayat yang menunjukkan
penggunaan laras bahasa sukan?
A. Jurulatih import dikatakan gagal untuk
meningkatkan mutu sukan negara.
B. Pasukan negara gagal mempertahankan
pingat emas dalam acara bola sepak.
C. Pemain badminton negara kita yang terkenal
itu akan bersara tidak lama lagi.
D. Walaupun berjaya menggelecek pemain
pertahanan lawan,Rooney gagal
menjaringkan gol.
Jawapan
D
Fotosintesis ialah proses penukaran tenaga cahaya
daripada matahari kepada tenaga biokimia

5. Ayat di atas mempunyai ciri laras

A Ekonomi C Iklan
B Sains D Sastera
Jawapan
B
6. • Kreatif dan imaginatif
• Terdapat penyimpangan aspek tatabahasa
• Menggunakan bahasa tersirat dan
pertambangan
Ciri laras bahasa di atas sesuai digunakan dalam
petikan

A. Berita C. Cerpen
B. Khutbah D. Rencana
Jawapan
C
7. Antara yang berikut, yang manakah contoh laras
iklan?
I Edisi Khas,lebih padat,lebih tebal
II Kami menentukan mutu,anda menentukan
gaya
III Ubat urutan ini dapat menyembuhkan
penyakit anda
IV Atlet yang sihat dan cergas sahaja yang akan
dipilih ke Sukan Asia

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
Jawapan
A
8. Laras agama dan laras ekonomi dapat dibezakan
melalui

A. Kosa katanya
B. Golongan katanya
C. Gaya penyampaiannya
D. Teknik penyampaian
Jawapan
A
9.

Seorang yang warak tidak terlepas daripada amalan


yang mulia,bibirnya berbunga senyuman dan
hatinya sentiasa dipenuhi oleh kuntuman kasih
sayang yang menyerlahkan kekudusan akhlaknya

Laras bahasa petikan di atas ialah laras

A Iklan
B Agama
C Sastera
D Ekonomi
Jawapan
C
10. Yang manakah padanan yang betul antara jenis
laras bahasa dengan kesemua kosa kata yang
digunakan?

Jenis laras bahasa Kosa kata yang digunakan


A Iklan Untung,oksida,jimat
Sains Sakit,panadol,nitrogen
B
Sukan Cedera,organisme,tangkis
C Undang-undang Seksyen,defenden,prosiding
D
Jawapan
D
11. Seorang penyampai berita televisyen sedang
menyampaikan berita tentang saham dunia di satu
saluran televisyen. Laras bahasa yang digunakan
oleh penyampai berita tersebut ialah

A Laras resepi
B Laras sukan
C Laras sastera
D Laras ekonomi
Jawapan
D
Soalan Subjektif
(1) nyatakan tiga ciri laras undang-undang
i) Menekankan ketepatan dan kepersisan
dalam menyampaikan hujah
ii) Kosa kata atau istilah yang digunakan
berkaitan dengan undang-undang
iii) Mementingkan bukti atau fakta yang nyata
dan jelas
(2) Bina satu wacana yang mempunyai
ciri laras sukan.
Panjangnya tidak melebihi 40 patah
perkataan.
Harga pasaran permintaan pengguna

3. Nyatakan laras bahasa bagi kosa kata di atas


Laras Ekonomi
Harga pasaran permintaan pengguna

4. Bina dua ayat berdasarkan kosa kata


tersebut. Panjangnya tidak melebihi 20
patah perkataan
5. Bina satu laras yang menepati ciri laras bahasa di
bawah ini.Panjangnya tidak melebihi 40 patah
perkataan

Ciri
• kosa menjadi indah dan menarik
• Mengandungi mesej yang berguna
• Terdapat gaya pengulangan simile dan
pengulangan
6. Nyatakan dua ciri laras agama
i) Kosa kata yang digunakan dan struktur
ayatnya banyak dipengaruhi oleh kosa kata
dan struktur bahasa Arab
ii) Banyak menggunakan petikan atau rujukan
al-Quran dan Hadis nabi
7. Berikan empat contoh kosa kata
laras agama
i) Aqidah
ii) Tauhid
iii) Syariah
iv) Akhirat
(i)Kulit menjadi putih dan licin
selembut bayi
(ii)Panaskan kuali terlebih dahulu
(iii)Api kemerahan penduduk kampung
makin membara

8. Apakah jenis laras bahasa yang


terdapat dalam ayat di atas?
i) Iklan
ii) Resepi
iii) Sastera
9. Bina satu ayat bagi setiap laras
bahasa di bawah
i) Laras undang-undang
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like