You are on page 1of 10

BANJIR KILAT

Banjir ialah keadaan air yang


menenggelami atau mengenangi sesuatu
kawasan atau tempat yang luas. Ia
mengundang masalah dan risiko kepada
penduduk dan air banjir yang tercemar
dengan bahan toksik, bangkai dan najis
haiwan serta sisa buangan domestic.
PUNCA
• Hujan yang berterusan
- Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan
ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah
keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah
dipenuhi air.
• Proses pembandaran
-Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna
dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada
juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan
tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini
merupakan faktor penyebab berlakunya banjir.
• Hakisan sungai
- Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh
dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi
dan pembuangan sisa domestik manusia.
• Sistem perparitan tidak terancang
- Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah
disebabkan kekurangan sistem perparitan yang
dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air
yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari
parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
KESAN
• Kemusnahan tanam-tanaman
- Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian
menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah
mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan
tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.
• Kemusnahan Harta Benda
- Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman
serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain
seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini
membawa kerugian besar kepada penduduk.
• Bekalan Air Bersih Tercemar / terjejas
- Air dicemari dengan pelbagai kotoran spt bahan kimia, kuman
dan bakteria
- Bekalan air bersih terputus dan menyukarkan aktiviti harian
- Msykt terpaksa menggunakan air yg kotor dan tercemar utk
menguruskan aktiviti harian
• Penularan Pelbagai Penyakit
- Banjir yang berlaku akan menyebabkan jumlah komuniti tikus, lalat
dan haiwan pembawa vector lain serta takungan najis keluar
bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata
tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit bawaan
virus dan bakteria seperti taun dan malaria.
- Kwsn bertakung air slps banjir membawa risiko pembiakan nyamuk
Aedes dan penyakit Denggi
• Kematian
- Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di
kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.
• Kerugian Kerajaan
-Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan,
telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua
ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan
dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan
kos penyelenggeraan yang tinggi.
CARA-CARA MENGATASI
• Menyediakan Sistem Perparitan
- Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan
kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air
limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.
• Projek Pendalaman Sungai
-Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan
sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah
air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran
telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan
dan pembuangan bahan-bahan buangan.
• Memelihara hutan
- Pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk
mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan
tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir
terus ke bumi.
• Mengawal Aktiviti Manusia
- Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar
disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke
sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran
kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti
negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan
kempen mencintai sungai dan sebagainya.
Soalan Esei
• Banjir kilat sudah sinonim dengan kehidupan
masyarakat yang mendiami kawasan rendah di
ibu kota. Air banjir yang melimpah dan
menengelami kawasan sering dikaitkan
dengan masalah kesihatan. Huraikan punca-
punca dan cara-cara mengatasinya.

You might also like