You are on page 1of 50

Pengenalan Kepada Akta

Pengambilan Tanah 1960


(Akta 486)
Oleh : En Jalalludin B H. Mahfundy
Penyelaras Program(K) BPPT, INSTUN
• Pengenalan kepada APT 1960
• Pengambilan tanah oleh Kerajaan bagi
maksud awam Seksyen 3(1)(a)
• Pengambilan Seksyen 3(1)(b)/(c)
Sumber Kuasa

• Perkara 13 PP
• Perkara 83(5)(b) PP
• Seksyen 340 KTN – Ketakboleh disangkal
Hakmilik dan kepentingan
• Akta Pengambilan Tanah 1960.
• Pekeliling
Ringkasan Akta/Undang-Undang
Sebelum APT 1960:
i. Enakmen Pengambilan Tanah Negeri Selat
ii. Enakmen Pengambilan Tanah Kelantan 1934
iii. Enakmen Pengambilan Tanah Johor 1936
iv. Enakmen Pengambilan Tanah Negeri Melayu Bersekutu (Cap 40)
v. Ordinan Pengambilan Tanah (Pampasan) (Peruntukan Khas) 1948
(Sumber: Buku Pengambilan Tanah . Mazlan Ismail dan Ismail Omar)
APT 1960 (Akta 486) sama dengan India Land Acquisition Act 1894
i. Kuatkuasa 13.10.1960 di Semenanjung
ii. Terdapat 69 seksyen , 3 Jadual; 1 Kaedah Pengambilan dan 2 Jadual
iii. Enam Belas kali pindaan
iv. Pindaan terakhir APT (Pindaan) 1997 (Akta A 999) kuatkuasa 1/3/1998
v. Dalam proses pindaan besar-besaran ikut keadaan terkini
Pekeliling dan Surat Pekeliling
• Pekeliling KPTG Bil 4 Tahun 1986 - Pengambilan Tanah GSA
• Pekeliling KPTG Bil 4 Tahun 1999 - Maklumat Perancangan
• Pekeliling KPTG Bil 5 Tahun 1999 - Maklumat kepada JPPH
• Pekeliling PTP Bil 1 Tahun 2003 - Garis Panduan Untuk Kem. Dan
Jab.
• Pekeliling PTP Bil 1 Tahun 2005 - Garis Panduan Untuk Badan
Berkanun
• Pekeliling KPTG Bil 24 Tahun 2009 - Penahanan 25%
• Pekeliling KPTG Bil 27 Tahun 2009 - Mengambil Milik
• Pekeliling KPTG Bil 39 Tahun 2009 - Garis Panduan Bayaran
kepada ARB
• Pekeliling KPTG Bil 41 Tahun 2009 - Pengurusan Cek Pampasan
• Pekeliling KPTG Bil 43 Tahun 2009 – Syarat Nyata dan Syarat
Tersirat
• Surat Pekeliling KPTG Bil 1 Tahun 2005 – Garis Panduan
Penyediaan Borang G dan H
• Surat Pekeliling KPTG Bil 2 Tahun 2005 - Prosiding Siasatan
• Pekeliling PTG Selangor Bil 2 Tahun 2010 – Garis Panduan
Prosiding Siasatan dan Penentuan Award
Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan

Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

Hak Terhadap Harta

13. (1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali


mengikut Undang-undang.

(2) Tiada Undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan


atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang
memadai
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, TANAH ADALAH DI BAWAH


BIDANG KUASA NEGERI

Jadual 9 Senarai II - Senarai Negeri

76 (4) Parlimen boleh, hanya bagi maksud memastikan


keseragaman undang-undang dan dasar, membuat undang-undang
mengenai pemegangan tanah, perhubungan antara tuan tanah dengan
penyewa, pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan
tanah, pindah hakmilik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian berkenaan
dengan tanah, isemen dan hak dan kepentingan lain mengenai tanah,
pengambilan tanah dengan paksa, perkadaran dan penilaian tanah, dan
kerajaan tempatan: dan Fasal (1)(b) dan (3) tidaklah terpakai bagi mana-
mana undang-undang yang berhubungan dengan mana-mana perkara itu.
Pengambilan Tanah di Sabah dan Sarawak

95D Berhubung dengan Negeri Sabah dan sarawak, Fasal


(4) Perkara 76 tidaklah terpakai, dan juga perenggan (b) Fasal (1)
Perkara itu tidak membolehkan Parlimen membuat undang-undang
mengenai mana-mana perkara yang disebut dalam Fasal (4) Perkara
itu.

Sabah - Sabah Land Ordinance (Cap.69)

Sarawak - Sarawak Land Code (Cap.81)


Seksyen 46- 83
Tanah-tanah yang tidak boleh dibuat
pengambilan melalui APT 1960

Tanah Milik Persekutuan


Tanah Rizab Persekutuan (yang diwartakan)
Tanah Kerajaan
Tanah Rizab
Tanah Lombong
Tanah Simpanan Hutan
PEKELILING
PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN
BIL. 1/2003

Garis panduan permohonan pengambilan tanah bagi maksud


awam oleh Agensi Pemohon.

Terdapat empat perkara utama iaitu:


(a) Perancangan awal/ pra-pengambilan
(b) Proses pengambilan
(c) Pasca pengambilan
(d) Lain-lain hal berkaitan
Empat kaedah untuk memperoleh tanah:

1. Permohonan Tanah Kerajaan (Borang Jadual 1)


2. Pembelian terus tanah milik tuan tanah (Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 11/2007)
3. Permohonan untuk tukarguna antara agensi Kerajaan
4. Pengambilan tanah milik melalui Akta Pengambilan Tanah
(APT) 1960
Kelemahan Pembelian

1. Lokasi
2. Keadaan Tanah
3. Keengganan Pemilik Tanah Menjual Tanah
4. Kematian Terhadap Tuan Tanah
5. Setinggan, Tanah Dicagar Ke Bank, kaveat
6. Halangan Perundangan – Kategori, Syarat Nyata,
Sekatan Kepentingan
Kelebihan Pengambilan Tanah

1. Lokasi
2. Keadaan Tanah
3. Tiada Halangan Perundangan
 Tanah diambil mengikut APT.1960
 Pampasan ditentukan mengikut Jadual
Pertama APT .1960
 Bebas daripada bebanan
1. Lokasi
2. Keadaan Tanah
3. Tiada Halangan Perundangan
 Tanah diambil mengikut APT.1960
 Pampasan ditentukan mengikut Jadual
Pertama APT .1960
 Bebas daripada bebanan
PROSEDUR PENGAMBILAN
TUJUAN PENGAMBILAN TANAH

Seksyen 3(1) Akta Pengambilan Tanah :

3(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil mana-mana


tanah yang diperlukan –

a) Bagi apa-apa maksud awam ;


b) Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi
apa-apa maksud yang pada pendapat Pihak
Berkuasa Negeri adalah benefisial untuk kemajuan
ekonomi Malaysia atau mana-mana dari itu atau
kepada orang ramai secara am atau mana-mana
kelas orang ramai; atau
c) Bagi maksud perlombongan atau untuk maksud-
maksud kediaman, pertanian, perdagangan,
perindustrian atau rekreasi atau mana-mana
kombinasi maksud itu.
Notis Awal

Seksyen 4
• Warta Sekyen 4 membolehkan Agensi Pemohon untuk memasuki tanah tersebut
bagi tujuan mengkaji masa ada tanah tersebut sesuai atau tidak (soil test)
• Pampasan berdasarkan kepada harga pasaran pada tarikh warta Seksyen 4
• Luput selepas 12 bulan jika tidak diikuti dengan mewartakan Seksyen 8
Seksyen 8
• Berkuatkuasa selama 2 tahun
• Award Pentadbir Tanah (Borang G) akan dikeluarkan dalam tempoh tersebut.
• Luput sekiranya Borang G tidak dikeluarkan dalam tempoh tersebut.
Kuasa Untuk Memasuki dan Mengukur

Seksyen 5 - Borang B
• Memberi kuasa kepada pegawai-pegawai untuk masuk dan meninjau
tanah yang diperolehi
• Tidak mempunyai hak untuk masuk ke dalam rumah kediaman
kecuali dengan kebenaran daripada penduduk

Seksyen 6
• Apa-apa kerosakan yang disebabkan kajian atas tanah mesti dibayar
pampasan
Pengisytiharan Pengambilan Tanah

Seksyen 7- Borang C
• Pentadbir Tanah menyediakan dan mengemukakan pelan
pengambilan tanah yang diperlukan kepada Pihak Berkuasa Negeri
bagi tujuan kelulusan

Seksyen 8- Borang D
• Setelah diluluskan, pengisytiharan warta hendaklah dibuat dalam
Borang D
• Luput selepas 24 bulan dari tarikh pengisytiharan di dalam warta

Seksyen 9
• Tanah yang dicadangkan untuk pengambil alihan mesti ditandakan
• Satu catatan hendaklah dibuat dalam dokumen hakmilik daftar
Permulaan Prosiding

Seksyen 10- Borang E


• Pentadbir Tanah hendaklah memberi notis siasatan (Borang
E) mengenai siasatan kepada tuan tanah dan mana-mana
orang yang berkepentingan dengan menyatakan:
– hari siasatan dijalankan;
– tempat siasatan dijalankan; dan
– masa siasatan dijalankan
– Satu salinan Borang D hendaklah dilampirkan dalam setiap
Borang E
– Tujuan siasatan - untuk mendengar segala tuntutan yang
dikemukakan oleh tuan tanah dan orang berkepentingan
• Siasatan hendaklah dilakukan selepas 21 hari dari tarikh
notis awam Borang E dikeluarkan
Siasatan

Seksyen 12
• Pentadbir Tanah hendaklah menjalankan siasatan penuh
bagi menentukan nilai semua tanah yang dijadualkan dan
mendengar tuntutan daripada tuan tanah atau orang
berkepentingan
• Menilai jumlah pampasan yang mencukupi
• Penilaian haruslah selaras dengan prinsip-prinsip Jadual
Pertama APT. 1960
• Pentadbir Tanah boleh menangguhkan siasatan
• Semua tuntutan perlulah direkodkan
• Pentadbir Tanah diberi kuasa seperti Mahkamah:
– Memanggil saksi untuk menghadiri siasatan
– Memaksa mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan
Award Dan Pampasan

Seksyen 14 (1) – Borang G


• Pentadbir Tanah hendaklah membuat award secara bertulis
dalam Borang G
• Difailkan di pejabat Pentadbir Tanah - hendaklah menjadi keterangan muktamad
dan konklusif mengenai:
a. Keluasan tanah
b. Nilaian tanah
c. pembahagian
Seksyen 16 (1) - Borang H (Notis Award dan Tawaran Pampasan)
• Award bertulis dalam Borang G mesti diikuti oleh Borang H
• Dikeluarkan kepada orang-orang yang layak untuk menerima award tersebut.
(Borang H merupakan ekstrak daripada Borang G)
• Beri pilihan kepada orang yang berkenaan kepada:
– menerima tawaran pampasan
– menerima tawaran pampasan dengan bantahan
– tidak menerima tawaran pampasan
• Pampasan perlu dibayar dalam tiga (3) bulan dari tarikh Borang H diserahkan
• Jika tidak, 8% per caj bayaran lewat setahun kena dibayar.
Award Dan Pampasan

• Pentadbir Tanah akan mendepositkan wang itu ke mahkamah jika:


– tiada pihak yang kompeten untuk menerima bayaran
– orang yang berkepentingan tidak bersetuju untuk menerima wang
pampasan
– terdapat pertikaian antara pihak yang terlibat
• Ex parte kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi
Mengambil Milik Tanah Secara Rasmi

• Pentadbir Tanah boleh mengambilmilik tanah:


 Pada masa penyerahan Borang H kepada penduduk atau pada
bila-bila masa;
 Melalui Surat Perakuan Segera (Borang I) sama ada pampasan
telah dibuat atau belum.
• Dengan syarat Pentadbir Tanah tidak boleh mengambilmilik
mana-mana bahagian atau tanah melalui Surat Perakuan
Segera yang digunakan sebagai tapak bangunan, melainkan
mengikut peruntukan di bawah Seksyen 20
Penarikan Balik Pengambilan Tanah

• Penarikan balik boleh dilakukan sebelum tanah diambil milik


(Borang K belum dikeluarkan)
• Pentadbir Tanah dikehendaki:
– menentukan pampasan sewajarnya kepada pemilik bagi
kerosakan yang disebabkan (jika ada) ke atas tanah
– membayar kepada orang yang berkepentingan semua kos akibat
prosiding bagi pengambilalihan.
Rujukan ke Mahkamah

Hanya empat perkara yang boleh dibantah oleh orang-orang


berkepentingan iaitu:
– pengukuran tanah;
– jumlah pampasan;
– orang yang kepadanya ia akan dibayar; dan
– pembahagian pampasan

Nota: Bantahan hendaklah dibuat dalam Borang N dan dikemukakan


kepada Pentadbir Tanah

Seksyen 38 (1) Borang N


Dikemukakan oleh Pentadbir Tanah kepada Pendaftar Mahkamah
(Mahkamah Tinggi)
Permohonan hendaklah menyatakan sepenuhnya:
- jenis kepentingan orang itu di tanah
- jenis bantahan
- alasan bantahan
Bila boleh buat bantahan

Jika ada pemohon Jika tidak hadir atau


atau diwakili dalam tidak diwakili dalam
siasatan siasatan

Enam (6) minggu Enam (6) minggu


dari tarikh award dari tarikh
penerimaan Borang
H atau dalam tempoh
enam (6) bulan dari
tarikh award (yang
mana luput terlebih
dahulu)
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL
OLEH KEMENTERIAN/JABATAN
PENGGUNA (KJP)
TINDAKAN YANG PERLU
DIAMBIL OLEH KJP

Cadangan Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 4 APT 1960


1 KJP berbincang dengan JKPTG Negeri/ Pentadbir Tanah Daerah berhubung
dengan cadangan untuk mendapatkan tanah yang mungkin diambil untuk
diwartakan di bawah Seksyen 4 APT 1960 bagi membolehkan KJP memasuki
tapak untuk mengkaji kesesuaian tanah (soil test) serta lain-lain maklumat
dan keperluan sebelum mengemukakakan permohonan.

2 Semasa menentukan kesesuaian tapak, KJP perlu mengambil perhatian


kepada perkara-perkara berikut:
i. Projek yang dicadangkan bersesuaian dengan perancangan pembangunan
ii. Mengelakkan tapak yang mempunyai bebanan sosial yang rumit (masjid,
bangunan keagamaan, setinggan dll)
iii. Menyediakan peruntukan mencukupi untuk membayar kerosakan.

3 KJP mengemukakan permohonan secara online melalui laman sesawang


www.etapp.gov.my dan mengemukakan hardcopy kepada JKPTG Negeri dan
disalinkan kepada JKPTG Ibu Pejabat berikut dalam tempoh 14 hari dari
tarikh permohonan online beserta perkara –perkara berikut:
Cadangan Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 4 APT 1960 (samb.)
i. Surat permohonan pengambilan tanah dan salinan pengesahan
permohonan pengambilan tanah yang dicetak daripada sistem e-TaPP.
ii. Pelan pengambilan yang mengandungi:
• butir-butir tanah terkini seperti senarai no. lot/PT yang terlibat, mukim
dan daerah di mana tanah tersebut berada; dan
• Bilangan pelan yang mencukupi
iii. Pengesahan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk membiayai
kos pampasan kerosakan.
iv. Pelan Seksyen 8 boleh digunakan sekiranya telah siap terlebih dahulu

4 KJP boleh memasuki tanah dan membuat kerja-kerja ukur dan mengkaji
kesesuaian tanah hanya setelah PTG mengeluarkan Borang B (Kuasa Masuk
dan Mengukur)

5 Dalam tempoh 12 bulan, jika KJP mendapati tanah tersebut sesuai dibuat
pengambilan, maka KJP hendaklah membuat permohonan Seksyen 8

6 Sekiranya KJP merasakan kajian tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 12


bulan, maka KJP perlu memaklumkan kepada JKPTG Negeri untuk lanjutan
warta (Seksyen 4 APT 1960)
Permohonan Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 8 APT 1960
1 KJP mengemukakan permohonan secara online melalui laman sesawang
www.etapp.gov.my kepada JKPTG Negeri dan disalinkan kepada JKPTG Ibu
Pejabat beserta perkara-perkara berikut:
i.Surat permohonan pengambilan tanah dan salinan pengesahan
permohonan pengambilan tanah yang dicetak daripada sistem e-TaPP
ii.Salinan pelan pengambilan yang lengkap (mengikut skala) yang
mengandungi:
•Butir-butir tanah terkini seperti tercatat dalam syit litho di Pejabat Tanah
dan Pelan Akui di pejabat JUPEM berkenaan;
•Skala sama seperti dalam syit litho Pejabat Tanah;
•Menggunakan warna berlainan untuk menandakan kawasan dan status
tanah yang terlibat dengan pengambilan seperti berikut:
•Merah – tanah berimilik
•Kuning – tanah Kerajaan
•Hijau – rizab hutan
•Oren – tanah milik Persekutuan
•Coklat – tanah rizab Negeri
•Biru muda – tanah rizab Persekutuan
iii.Jadual yang mempunyai maklumat tanah yang tepat, lengkap dan terkini
mengenai mukim, daerah, no. syit litho, no. lot dan no. hakmilik.

31
Permohonan Pengambilan Tanah Di Bawah Seksyen 8 APT 1960 (samb)

iv. Pelan pengambilan yang mempunyai jadual berasingan mengenai


sebarang tanah milik/rizab Persekutuan, tanah rizab Negeri dan tanah
kosong/Kerajaan, serta keluasan yang diperlukan untuk kegunaan
projek;
v. Bilangan salinan pelan yang mencukupi;
vi. Sijil Carian Rasmi yang terkini bagi lot-lot yang terlibat (dalam tempoh
tiga (3) bulan dari tarikh dikeluarkan);
vii. Ulasan Jabatan Teknikal dan Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA)
jika perlu;
viii. Persetujuan Jawatankuasa Pembangunan Daerah/ Jawatankuasa
seumpamanya (mengikut kehendak PBN)
ix. Pengesahan peruntukan yang mencukupi termasuk kos penandaan,
pengukuran, bayaran kenaikan award Pentadbir Tanah, pelarasan
permohonan ukur, pecah pisah, kesan mudarat dan lain-lain kos; dan
x. Surat Perakuan Segera (Borang I), jika tanah tersebut diperlukan segera.
(Caj bayaran lewat lapan (8) peratus setahun dikenakan mulai dari
tarikh pengeluaran Borang K hingga tarikh bayaran pampasan
Penandaan Kawasan Pengambilan Tanah (Seksyen 9A APT 1960)
1 KJP akan membuat penandaan kawasan pengambilan di atas tapak
terbabit setelah menerima arahan daripada JKPTG Negeri dan
setelah Borang D dikeluarkan
Kehadiran KJP di dalam Siasatan Pengambilan Tanah (Seksyen 12
APT 1960)
1 Setelah menerima Notis Perbicaraan (Borang E) daripada Pentadbir
Tanah, KJP hendaklah menghantar wakil yang boleh membuat
keputusan mengenai projek tersebut.
Pembayaran Pampasan (14 APT 1960)

1 KJP hendaklah membayar pampasan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh


penerimaan Borang H
2 Setelah KJP menerima senarai bayaran pampasan dalam Borang H daripada
Pentadbir Tanah, maka KJP hendaklah mengambil tindakan seperti
berikut:
i. Menguruskan penyediaan cek-cek bayaran pampasan atau melalui
Electronic Fund Transfer (EFT) terus ke akaun orang berkepentingan dan
perlulah dimaklumkan kepada Pentadbir Tanah mengikut butiran yang
dinyatakan di dalam Borang H. Jika bayaran menggunakan cek, cek
tersebut hendaklah dihantar kepada JKPTG Negeri untuk diserahkan
kepada orang berkepentingan.
ii. Sekiranya pembayaran pampasan tidak dibuat dalam tempoh tiga (3)
bulan dari tarikh penyerahan Borang H, maka caj bayaran lewat 8
peratus setahun akan dikenakan
iii. Jika KJP hendak membuat bantahan terhadap pampasan tersebut, maka
KJP hendaklah membuat pembayaran 75% sahaja daripada amaun
pampasan dan menahan baki 25% pampasan sehinggalah perintah
Mahkamah dikeluarkan.
Bantahan (Seksyen 37(3) dan Seksyen 49 APT 1960)

1 KJP boleh membuat bantahan (Borang N) ke Mahkamah Tinggi jika


difikirkan award Pentadbir Tanah (Borang H) adalah terlalu tinggi
dan bantahan perlu dikemukakan dalam tempoh seperti berikut:
i.Bagi KJP yang hadir siasatan, tempoh untuk membuat bantahan
adalah enam (6) minggu dari tarikh perintah award Pentadbir Tanah;
dan
ii.Bagi KJP yang tidak hadir siasatan, tempoh untuk membuat
bantahan adalah enam (6) minggu dari tarikh penerimaan Borang H
ataupun enam (6) bulan dari tarikh perintah award Pentadbir Tanah
atau mengikut mana yang lebih dulu tamat tempohnya.
2 KJP hendaklah mengemukakan Borang N beserta bayaran deposit
RM3,000.00 atas nama Pentadbir Tanah
Keputusan Mahkamah Mengenai Bantahan Amaun Pampasan

1 KJP akan membayar apa-apa amaun setelah menerima perintah


yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi
Pengambilan Tanah Secara Rasmi Di Bawah Seksyen 22 APT 1960

1 Apabila KJP menerima Notis Pengambilan Milik Tanah Secara


Rasmi (Borang K) daripada Pentadbir Tanah, maka KJP bolehlah
memasuki dan menggunakan tanah untuk memulakan projek.
Permohonan Pemberimilikan/Perizapan

1 KJP perlulah mengemukakan permohonan kepada PTP sama ada


tanah tersebut dipohon pemberimilikan (Jadual 1) ataupun
perizapan.
Pengawalan Tanah

1 KJP juga perlu mengambil langkah-langkah penjagaan dan


kawalan ke atas tanah yang telah dibuat pengambilan tersebut.
(Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1987 – Langkah-langkah
Penjagaan dan Kawalan dan Arahan Jemaah Menteri bertarikh 8
November 2000)
PERMOHONAN SEKSYEN 3 (1)
(b)/(c)
Permohonan
Seksyen 3(1)(b)/(c)
Melalui Borang 1 sertakan:
 Kertas cadangan projek
 Pelan tata atur dan pelan pengambilan
 Laporan permulaan penilaian kerajaan
 Fee
 Deposit Seksyen 3(3) Jadual ke-2
Kaedah 5
Fee [Jadual Kedua – Pin.PU(A)
413/2000]
• Selain daripada kemudahan awam:
– Tidak lebih 10 orang berkepentingan :
RM10,000.00
– Tambahan hingga 15 orang berkepentingan :
RM1,000.00 @ orang
– Tambahan hingga 20 orang berkepentingan :
RM2,000.00 @ orang
– Tambahan seterusnya RM3,000.00 @ orang
• Kemudahan awam:
– Tidak lebih 10 orang bekepentingan : RM1,000.00
– Tambahan seterusnya : RM100.00 @ orang
Tindakan PT/PTG/JKPTG

1. Buka fail 10. Pewartaan


2. Charting dan lapuran 11. Penandaan dan endorsan
3. Semakan hakmilik 12. Notis awam dan notis
4. Penyediaan Borang C & D persendirian
5. Lapuran Tanah 13. Semakan semula hakmilik
6. Tindakan UPEN seksyen 14. Siasatan
7. Tindakan JKKPT 3(1)(b)(c) 15. Perintah
8. Penyediaan Kertas 16. Bayar
EXCO/CM/MB
17. Ambil milik dan endorsan
9. Kelulusan
18. Tindakan selepas
10. Rujuk Penasihat Undang- pengambilan
Undang
Warta/Gezet/Pengisytiharan

√ Seksyen 4 – apabila Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati


bahawa mana-mana tanah dimana-mana kawasan dalam
negeri itu mugkin diperlukan bagi apa-apa maksud yang
disebut dalam Seksyen 3 maka suatu pemberitahuan dalam
Borang A hendaklah disiarkan dalam warta
√ Tujuan: Kajian kesesuaian atau jajaran baru
√ Warta dalam Borang A dilaksanakan menurut Seksyen 52 &
Sekseyn 4(2)
√ Kuatkuasa 12 bulan dari tarikh warta Seksyen 4(3) jika luput
hendaklah warta yang baharu
√ Untuk memasuki tanah dan membuat kerja mesti diberi kuasa
melalui Borang B Seksyen 5(1)
√ Tidak boleh memasuki bangunan atau halaman atau taman
tertutup tanpa kebenaran Seksyen 5(3)(a)
√ Untuk memasuki beri 3 hari notis bertulis kepada penduduk
mengenai cadangan itu Seksyen 5(3)(b)
√ Jika berlaku kerosakan – bayaran gantirugi Seksyen 6(1)
Warta/Gezet/Pengisytiharan
• Seksyen 8 – Apabila Pihak Berkuasa Negeri memutuskan
bahawa mana-mana tanah yang disebut dalam Seksyen 7
diperlukan bagi apa-apa maksud yang disebut dalam
Seksyen 3, maka pengistiharan dalam Borang D
hendaklah disiarkan dalam warta
– Warta dalam Borang D beserta senarai tanah dalam Jadual Borang
C Sekseyen 8(1)(2)
– Warta luput dan terhenti kuatkuasa jika award/perintah tidak
dibuat dalam tempoh 2 tahun dari tarikh warta (19.1.1984)
– Seksyen 35(2)(3) dan (4) hendaklah terpakai dengan ubahsuai yang
perlu Sekseyen 8(5)
– Tak jadi ambil mesti buat penarikan
kes Straits Credit Sdn Bhd v PTD Kuala Lumpur [1994] 2 CLJ 855
Selepas warta Seksyen 8
√ Tindakan Seksyen 9
√ Tindakan Seksyen 9A
√ Dapatkan lapuran penilaian
Carta Aliran Proses mendapatkan Kelulusan
Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Pengambilan Tanah
di bawah Seksyen 3(1)(b)/(c) APT 1960

Pemohon

Pentadbir
Tanah

Ada kelulusan pembangunan


Semak Bukan kemudahan awam
Tolak

UPEN
Tiada
Pengambilan
Berjaya

Perlu
Runding Pemohon Keputusan

Tidak Perlu Gagal/Tiada Keputusan

JKPT UPEN

PBN
Tolak Pentadbir
Keputusan Pemohon
Tanah
Lulus

Pentadbir
Tanah

Pemohon

Terma Syarat &


75% Deposit
Tidak Setuju Pentadbir
Keputusan Tiada Tanah
Jawapan
Setuju

Pentadbir Siasat
Tanah
Lucut Hak Deposit

Pemohon

Tidak
Setuju Pentadbir
Proses Keputusan
Pengambilan Tanah Tanah
sama seperti
Setuju/Tiada Jawapan
Seksyen 3(1)(a)
APT 1960 Pentadbir
PBN
Tanah

Kembalikan
deposit
Sekian Terima Kasih

You might also like