You are on page 1of 5

1.

4
LANGKAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN
MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN
KEMAKMURAN EKONOMI

PEMERINTAH
• Mewujudkan pentadbiran yang cekap
• Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran
• Mengagihkan sumber kekayaan Negara dengan adil
Rakyat
• Setia kepada raja dan Negara
• Menyokong usaha dan dasar kerajaan
• Bekerjasama dengan semua kaum
MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM

PEMERINTAH
• Menggubal dasar dan undang-undang berkaitan perpaduan kaum
• Memastikan setiap dasar perpaduan dijalankan dengan berkesan
• Merangka program dan kempen berkaitan
RAKYAT
• Menggunakan Bahasa Kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara
• Menghormati budaya kaum lain
• Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang boleh memupuk kerjasama
MEMUPUK PATRIOTISME

PEMERINTAH
• Menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan
• Mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras
• Menganjurkan kempen dan menerbitkan filem patriotik
RAKYAT
• Menghormati lambang Negara seperti bendera, jata, dan lagu kebangsaan
• Menyanjungi dan menghargai adat dan warisan Negara
• Meningkatkan imej Negara dengan melakar kejayaan dalam bidang pendidikan,sukan, dan
ekonomi
MENGUKUHKAN PERTAHANAN NEGARA

PEMERINTAH
• Menggubal dasar dan undang-undang untuk melindungi Negara
• Mengadakan perjanjian pertahanan dan latihan ketenteraan bersama-sama Negara serantau
• Memastikan pasukan keselamatan mempunyai aset yang moden dan kukuh
RAKYAT
• Peka terhadap isu keselamatan Negara contohnya memberi maklumat pencerobohan
sempadan Negara
• Mengelakkan kerjasama dengan pihak luar yang boleh mengancam keselamatan Negara
• Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara

You might also like