You are on page 1of 7

1.3.

2 Aktiviti Perniagaan

Mira Jasmin Bt. Mohd Jais


Aktiviti Perniagaan

Berasaskan Berasaskan
Pengeluaran Perkhidmatan

Aktiviti yang
Aktiviti menghasilkan melibatkan
barangan fizikal untuk penawaran barangan
dijual. tidak ketara (atau
barang tidak nampak).
 Aktiviti mengeluarkan hasil sumber bahan mentah dari daratan atau lautan tanpa
mengubah bentuk asalnya.
Ekstraktif  Contoh : Aktiviti perladangan, pembalakan, perlombongan dan perikanan
 Perniagaan yang terlibat akan menghasilkan dan memproses bahan mentah dan
seterusnya digunakan untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap.

Barangan  Melibatkan proses pengeluaran barang-barang untuk kegunaan pengguna akhir


Aktiviti Pengguna  Barang yang dibeli oleh pengguna akhir adalah untuk kegunaan sendiri atau
Perniagaan (barang keluarga dan bukan untuk tujuan perniagaan.
konsumer)  Contoh : Beras, gula, minyak
Berasaskan
Pengeluaran
 Perniagaan yang melibatkan pengeluar barangan menjual keluarannya kepada
pengeluar lain dan akan memproses keluaran tersebut atau menambah nilai
keluaran tersebut untuk dijual semula atau menghasilkan produk lain untuk dijual.
 Barangan yang dibeli bertujuan untuk dijual semula atau diproses semula untuk
Barangan
hasilkan barangan baharu.
Industri  Melibatkan pengeluaran barang-barang keperluan industri atau kilang-kilang
dalam bentuk barangan separuh siap atau barangan siap
 Contoh : Mesin jahit yang digunakan untuk menjahit pakaian sekolah merupakan
barangan industri
 Aktiviti memproses bahan-bahan yang dikeluarkan oleh ekstraktif untuk menjadi
barang siap atau barang separuh siap
Pembuatan  Contoh : Memproses getah untuk menghasilkan tayar, memproses kelapa sawit
bagi menghasilkan minyak masak, memproses kayu balak untuk dijadikan papan
lapis atau perabot
Aktiviti
Perniagaan
Berasaskan
Pengeluaran
 Melibatkan aktiviti mencantum atau memasang komponen-komponen sesuatu
Pemasangan produk bagi menghasilkan barangan siap untuk dipasarkan.
 Contoh : Aktiviti pemasangan komponen kereta dan komputer
Aktiviti Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan

Peruncitan Pemborongan
 Aktiviti perniagaan yang menjual  Aktiviti perniagaan membeli barang
pelbagai jenis barang dalam kuantiti dengan kuantiti yang banyak atau
yang kecil kepada pengguna akhir secara pukal daripada pengeluar dan
menjual semula dalam kuantiti yang
 Melibatkan aktiviti peragaan barang, kecil kepada peruncit.
melayan pelanggan dan
memberikan khidmat selepas jualan  Melibatkan aktiviti memecah pukal,
membungkus, menjenama dan
 Contoh : kedai runcit, 7-Eleven, menghantar barang kepada peruncit
Mydin, KFC dan lain-lain
 Contoh : pasar borong

Kewangan
 Aktiviti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti bidang pengumpulan modal, pelaburan
ekuiti, penyediaan kemudahan kredit, urus niaga pasaran wang, aktiviti perbankan, aktiviti insurans, dan lain-lain
 Pihak yang menawarkan aktiviti tersebut ialah bank, syarikat insurans dan syarikat amanah saham serta syarikat
sekuriti
 Contoh : Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat, MBSB, Public Bank dan Bank Simpanan Nasional
Aktiviti Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan

Profesional Perhotelan
 Aktiviti perniagaan yang menawarkan  Aktiviti perniagaan yang menawarkan
perkhidmatan kepakaran atau kemahiran kemudahan penginapan atau tempat
khusus seperti perkhidmatan perakaunan, tinggal, makanan dan minuman serta
guaman dan perubatan. Individu yang kemudahan rekreasi untuk pelancong
terlibat biasanya memiliki kemahiran dan tempatan atau asing mengikut kadar
kepakaran yang berkaitan dengan bidang tertentu berdasarkan kemampuan
yang diceburinya pelanggan
 Contoh : perkhidmatan perundangan atau  Contoh : Hotel seri Malaysia, inap
guaman oleh firma-firma guaman swasta desa dan lain-lain

Pendidikan
 Aktiviti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan pengajian atau pendidikan dan latihan formal kepada
masyarakat bagi menyediakan sumber tenaga manusia atau modal insan
 Aktiviti ini menawarkan pendidikan kepada orang ramai sama ada secara sambilan atau sepenuh masa
 Merangkumi peringkat pendidikan asas iaitu tadika swasta sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu universiti
 Contoh : pusat tuisyen, sekolah swasta, kolej swasta dan universiti swasta
Perbandingan Aktiviti
Perniagaan Berasaskan
Pengeluaran Dengan
Perkhidmatan

Perniagaan Berasaskan Pengeluaran Aspek Perniagaan Berasaskan


Perkhidmatan

Menghasilkan barang yang nampak Produk Menghasilkan barang yang tak


dalam bentuk fizikal seperti warna nampak seperti memberi kepuasan
dan saiz kepada pengguna

Menghasilkan barangan dan aktiviti Aktiviti Hanya menjalankan aktiviti


perkhidmatan untuk memasarkan perkhidmatan langsung seperti
barangan kepada pengguna seperti aktiviti perkhidmatan pendidikan
perkhidmatan peruncitan dan kewangan kepada pengguna

Menggunakan peranan orang tengah Input Lebih fokus kepada kemahiran dan
dalam mendapat input untuk kepakaran individu dalam
menjalankan aktiviti pengeluaran menyampaikan perkhidmatan secara
langsung kepada pengguna

You might also like