You are on page 1of 8

KELAB MEMANAH

SMA SABK KOTA GELANGGI 03

PERJUMPAAN KALI KE-2


PENGENALAN SUKAN MEMANAH
 Memanah boleh digambarkan sebagai sukan statik yang memerlukan kekuatan
dan ketahanan bahagian atas badan, khususnya lengan dan bahu.
 Memanah atau disebut ‘archery’ merupakan salah satu jenis sukan yang paling
lama di dunia. Kemahiran dalam memanah ditakrifkan sebagai keupayaan
untuk melepaskan anak panah pada sasaran dalam jangka masa tertentu dengan
ketepatan.
 Peralatan yang digunakan dalam sukan ini terdiri daripada busur (bow)dan
anak panah (arrow).
SEJARAH MEMANAH
 Tetapi tahukah anda bahawa aktiviti memanah ini telah wujud sejak 20,000 tahun yang
lalu?
Antara bukti yang ditemukan oleh sekumpulan pengkaji ialah sebuah lukisan yang terdapat
di gua gua lama di Sepanyol. Lukisan tersebut telah dilukis pada 8000 tahun sebelum
masihi.
 Permulaan awal perkembangan memanah :-

Aktiviti memanah digunakan bagi orang dahulu kala untuk tujuan


berburu bagi mencari bahan makanan.

Perkembangan telah berlaku dimana aktiviti memanah digunakan bagi


tujuan peperangan.

Antara yang terawal menggunakan anak panah bagi tujuan peperangan


adalah Mesir Kuno, lebih kurang 3500 tahun masihi yang lalu.
• Masyarakat Mesir mengamalkan aktiviti memanah sejak 5000 tahun yang lalu. Aktiviti memanah tersebar luas pada
zaman yang paling awal pemerintahan Fir’aun, tenteranya dilatih dengan baik untuk berburu bagi mendapatkan
MESIR makanan dan digunakan dalam masa peperangan untuk melindungi negara

• Manakala di Mesepotamia, Assyria dan Babel secara menyeluruh menggunakan busur dan anak panah untuk
MESOPO memburu dan peperangan.
TAMIA

• Di India, busur dan anak panah merupakan senjata India klasik peperangan dalam tempoh Veda sehinggalah sampai
kedatangan Islam.
INDIA • Bangsa Arya sering menggunakan busur dan anak panah pada kereta perang.

• Pada waktu Perang Seratus Tahun, Inggeris telah belajar bagaimana menggunakan memanah sebagai alat dominasi
taktikal, dengan longbows.
INGGERIS

• Sukan memanah mendapat tempat di Malaysia sejak tahun 60-an.


• Sukan yang berpotensi dan boleh dimajukan.
MALAYSIA
GALAKAN MEMPEMPELAJARI SUKAN
MEMANAH DARI HADIS NABI
– Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA berkata:

‫ ْار ُموا بَيِن‬: َ ‫هللا عَلَ ْي ِه َو َسمَّل‬


ُ ‫ول اهَّلل ِ َصىَّل‬
ُ ‫ فَ َقا َل َر ُس‬،‫ون‬ َ ُ‫هللا عَلَ ْي ِه َو َسمَّل َ عَىَل ن َ َف ٍر ِم ْن َأ ْسمَل َ يَنْتَ ِضل‬
ُ ‫َم َّر النَّيِب ُّ َصىَّل‬
‫ فَ َّن َأاَب مُك ْ اَك َن َرا ِميًا ْار ُموا‬،‫مْس َ ا ِعي َل‬
‫ِإ‬ ‫ِإ‬
Maksudnya: “Nabi SAW telah berjalan di hadapan sekumpulan daripada suku Aslam yang sedang
berlumba (dalam menunjukkan kemahiran memanah)”. Maka Nabi SAW bersabda: “Panahlah, wahai
bani Ismail kerana sesungguhnya nenek moyang kamu adalah ahli dalam memanah maka panahlah”.
[Riwayat al-Bukhari]

– kata-kata Umar bin al-Khattab RA bukannya hadith Nabi SAW:

ّ ِ ‫عَ ِل ّ ُم ْوا َأ ْواَل َدمُك ّ ِالر َماي َ َة َو َر ُك ْو َب اخلَ ْي ِل َو‬


‫الس َبا َح َة‬
Maksudnya: “Ajarlah anak-anak kamu memanah, menunggang kuda dan juga berenang”.
MEMANAH SEBAGAI SUKAN DAN
SIMBOL KEKUATAN TENTERA ISLAM

– Memanah merupakan salah satu pelajaran yang diajarkan kepada anak-anak di


zaman Rasulullah saw. Hal ini untuk bertujuan sebagai persediaan diri dalam
berperang melawan bangsa Quraish. Bahkan wujudnya kegiatan memanah ada
sebelum zaman Rasulullah.
– Rasulullah SAW menyuruh umatnya menguasai kemahiran memanah bukan untuk
bersukan saja tapi juga sebagai persediaan untuk masa depan. Dalam peperangan di
zaman Rasulullah SAW, memanah adalah simbol yang menjadi kekuatan dan
tunjang utama kepada tentera Islam.
– Mengambil kisah daripada Perang Uhud, Rasulullah SAW mengarahkan briged
memanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair supaya terus bertahan di Bukit
Uhud. Namun disebabkan mengingkari arahan Rasulullah SAW, tentera Islam
mengalami kekalahan walaupun ketika itu sudah di ambang kemenangan.
KELEBIHAN SUKAN MEMANAH
 Memanah meningkatkan daya fokus dengan lebih baik.
 Memanah sangat menitik beratkan “body balancing”. Jika pemanah emosinya
tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini
melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
 Memanah akan melatih diri kita untuk menjadi lebih sabar, tenang dan tidak
menggelabah untuk meletakkan anak panah pada sasaran.
 Memanah dapat memberi manfaat dari sudut kesihatan fizikal apabila seseorang itu
menarik anak panah untuk dilepaskan ke sasaran, secara automatik pengaliran darah
di dalam badan akan menjadi lebih lancar yang akan memberi kekuatan kepada
sistem dalam tubuh badan terutamanya jantung.
 Secara kesimpulannya, aktiviti memanah dapat melatih individu untuk bersikap positif
dan berjaya seperti penyabar, tenang, berstrategi serta menggunakan pertimbangan
akal yang rasional mengatasi emosi; malah, sukan ini juga dapat meningkatkan
kecergasan fizikal terutama di bahagian anggota badan.
SEKIAN, TERIMA KASIH

SILA TULISKAN NAMA KEHADIRAN DI DALAM GROUP WASAP YE


UNTUK GURU PENASIHAT DAN AHLI.

TQ.

You might also like