You are on page 1of 22

2.5.

2 :
Pengurusan Kualiti Menyeluruh ( Total
Quality Management – TQM )
1 . Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) merupakan satu
pendekatan system kepada pengurusan kualiti agar organisasi
sentiasa dapat memenuhi & melebihi ekspektasi pelanggan .
2. TQM juga memberikan kepuasan yang maksimum kepada para
pengguna terhadap kualiti produk atau perkhidmatan yang
dikeluarkan .
3. TQM menggunakan asas falfasah kualiti yang berorientasikan
pelanggan dengan melakukan penambahbaikkan secara berterusan
.
4. TQM melibatkan semua orang & bahagian sesebuah organisasi
dan kerja-kerja yang dilakukan secara berpasukan .
5. Konsep TQM menyatakan kualiti datang daripada pelanggan &
berbalik kepada pelanggan untuk memperoleh kepuasan .
OBJEKTIF TQM :
(a)Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan system
operasi
(i) TQM melibatkan seluruh lapisan organisasi dan juga
pihak luar seperti pembekal dan pelanggan .
(ii) Penglibatan setiap pihak dapat memupuk
komitmen serta mewujudkan proses komunikasi yang
lebih baik antara semua pihak .
(iii) Oleh itu , TQM dapat mengurangkan ralat ,
perselisihan , dan pembaziran .
(b) Menjamin kepuasan pelanggan
(i) TQM memberikan focus kepada pelanggan ,
mengenal pasti siapa pelanggannya , dan keperluan
mereka .
(ii) Organisasi TQM sentiasa berusaha untuk
menghasilkan produk yang perkhidmatan yang bukan
hanya memenuhi keperluan & kehendak pelanggan ,
tetapi dapat memuaskan hati mereka .
PRINSIP –PRISIP TQM :
(a) Komitmen pihak pengurusan kepada kualiti
(i) Pengurusan atasan merupakan pemangkin kepada perubahan –
perubahan positif .
(ii) penambahbaikan kualiti di bawah TQM akan mengakibatkan
perubahan-perubahan yang positif ke atas cara kerja , system , prosedur ,
dan budaya yang diamalkan oleh sesebuah organisasi .
(b) Perancangan untuk kualiti
(i) kualiti tidak berlaku secara sendiri , tetapi memerlukan perancangan .
(ii) perkaa yang perlu ditekankan dalam perancangan penambahbaikan
kualiti ialah bagaimana keperluan utama bagi mencapai kualiti dapat
diintegrasikan ke dalam perancangan perniagaan keseluruhan
(iii) kualiti perlu dikendalikan secara sistematik dengan menggunakan
proses perancangan strategic yang rapi .
( C ) TUMPUAN KEPADA PELANGGAN
(i) organisasi perlu mengenal pasti pelanggannya dan
keperluan mereka
(ii) kemudian mewujudkan proses pengeluaran yang dapat
menghasilkan output yang bukan hanya dapat memenuhi
keperluan , tetapi yang lebih penting lagi ialah dapat
menceriakan pelanggan .

(d) PENGLIBATAN STAF SECARA MENYELURUH


(i) prinsip ini menggalakkan penglibatan staf dalam
membantu organisasi mencapai matlamatnya .
(ii) penglibatan dan penyertaan staf dalam proses membuat
keputusan merupakan satu bentuk dorongan yang kuat bagi
meningkatkan prestasi kerja dan produktiviti .
(e) LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
(i) Kualiti bermula dan berakhir dengan Pendidikan dan latihan .
(ii) kejayaan sesebuah organisasi dalam usaha untuk
mengekalkan prestasi kualiti yang tinggi bergantung kepada bakat
dan keupayaan seseorang .
(iii) latihan & pembangunan sumber manusia menjadi
tanggungjawab penting kepada jabatan sumber manusia dalam
organisasi yang mengamalkan TQM

(f) PENGURUSAN MENGIKUT FAKTA


(i) Prinsip ini meningkatkan kepentingan penganalisisan data
ataupun maklumat untuk menjadikan sesuatu keputusan yang
dibuat lebih berkesan .
(g) PENAMBAHBAIKAN SECARA BERTERUSAN
(i) Prinsip ini bermaksud organisasi secara terus-menerus berusaha untuk
menambah baik proses kerja dalam organisasi agar kualiti produk ,
perkhidmatan menjadi lebih baik .
(ii) Penambahbaikan kualiti tidak pernah berakhir dan mesti dipadan
dengan keperluan dan ekspektasi pelanggan yang sentiasa berubah .

(h) TUMPUAN PADA PROSES PENCEGAHAN


(i) prinsip ini adalah tentang mewujudkan mekanisme dan prosedur untuk
mengelakkan kegagalan agar kualiti atau standard yang dikehendaki sentiasa
dicapai .
(ii) Pencegahan dan kawalan proses perlu diberi tumpuan dalam segala
aktiviti kepastian kualiti .
(iii) penekanan yang lebih harus diberikan kepada usaha bagi mencegah
kegagalan berlaku .
( i) GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN
(i) tujuan sesuatu system ganjaran dan pengiktirafan
adalah untuk mempengaruhi prestasi staf dengan
memperkukuhkan nilai dan corak kelakuan yang
dikehendaki .
(ii) Pemberian ganjaran cemerlang dan pengiktirafan
kepada pekerja yang Berjaya menunjukkan prestasi
cemerlang mempunyai kesan motivasi yang kuat ke atas
pekerja di tempat kerja .
KEBAIKAN TQM
(a)Peningkatan kualiti produk dan perkhidmatan yang
seterusnya membawa kepada peningkatan kepuasan
pelanggan .
(b) Pengurusan yang berkualiti juga bermaksud
komunikasi yang lebih berkesan , pengurangan ralat
dan pembaziran , serta komitmen keja yang tinggi .
(c) Pelaksanaan TQM membolehkan daya pengeluaran
pekerja meningkat . Kesannya , hasil pendapatan
perniagaan tersebut turut meningkat .
KELEMAHAN TQM
(a) Pelaksanaan TQM menelan kos yang tinggi . Syarikat
yang bersaiz kecil lazimnya tidak mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan TQM ,
yang memerlukan kos pelaksanaa yang tinggi seperti
kos pengendalian , kos pemantauan , dan kos latihan .
(b) Pelaksanaan TQM memerlukan pekerja yang
berkemahiran . Syarikat yang bersaiz kecil mungkin
menghadapi kekangan kepakaran untuk melaksanakan
TQM .
2.5.3
KONSEP – KONSEP SISTEM
PENGELUARAN
A . PEREKAYASAAN SEMULA ( REENGINEERING)

1 . Perekayasaan semula melibatkan kajian semula dan mereka bentuk


semula secara menyeluruh proses-proses kerja yang kritikal dalam
organisasi supaya proses kerja akan menjadi lebih cekap

OBJEKTIF PEREKAYASAAN SEMULA


(a) perekayasaan semula merupakan kunci untuk mencapai kemajuan
besar dalam prestasi agar organisasi dapat terus bersaing dan Berjaya
dalam bersekitaran perniagaan .
(b) Tumpuan biasanya diberikan kepada peningkatan pretasi secara kecil-
kecilan tetapi berterusan .
(c) disebabkan oleh persekitaran perniagaan yang berubah dengan begitu
pantas , peningkatan secara berterusan sahaja mungkin tidak mencukupi
3 KEBAIKAN PEREKAYASAAN SEMULA :
(a) Dapat meningkatkan prestasi kerja
(b) Proses kerja menjadi lebih cekap
(c) Produk yang berkualiti dapat dihasilkan
(d) Meminimumkan kos operasi dan
pengendalian dan seterusnya meningkatkan
keuntungan .
B . REKA BENTUK BERBANTU KOMPUTER ( computer Aided Design – CAD ) dan PEMBUATAN
BERBANTU KOMPUTER ( Computer Aided Manufacturing – (CAM )

1. REKA BENTUK BERBANTU KOMPUTER ( CAD) merujuk kepada


penggunaan grafik komputer untuk mereka membentuk produk .

2. Pembuatan Berbantu Komputer (CAM) merujuk kepada


penggunaan program computer dan robot untuk melaksankan
dan mengawal segala operasi dan proses pengeluaran serta
kualiti
OBJEKTIF CAD dan CAM :
(a) Memudahkan kerja dalam proses pengeluaran .
(b) menjimatkan dan memendekkan masa pengeluaran
produk .
(c) Memastikan produk yang dihasilkan mempunyai
standard dan kualti yang sama
(d) Memastikan proses pengeluaran berjalan mengikut
masa yang dijadualkan .
C . SISTEM PEMBUATAN LUWES ( Flexible Manufacturing System – FMS )

1. Sistem Pembuatan Luwes (FMS) merupakan satu system automatic


dengan beberapa computer digunakan untuk mengawal mesin-mesin
dalam operasi tertentu yang dikawal oleh sebuah computer pusat .

2 . Setiap computer diguanakan untuk mengawal mesin yang menumpu


kepada operasi tertentu

3.Dengan ini,computer pusat berfungsi untuk menyelaras operasi-operasi


dan menentukan jadual pengeluaran yang terbaik secara keseluruhannya .

4. Aliran bahan antara mesin dilakukan dengan menggunakan system


pengangkutan automatic
KEBAIKAN FMS :
(a) Tidak memerlukan ramai pekerja dan ini dapat
mengurangkan kos buruh .
(b) Masa menyedikan ( set-up) mesin atau proses transformasi
yang pendek. Ini dapat mengurangkan kos penyediaan dan
memungkinkan campuran produk dilakukan
(c) Dapat meningkatkan penggunaan ( utilization ) mesin-mesin
(d) Kerja – kerja penjadualan dan jalan laluan bahan
dikendalikan oleh computer
(e) Output dengan kualiti yang lebih konsisten dapat dihasilkan
KELEMAHAN FMS :
(a) Peralatan dan mesin-mesin yang diperlukan dalam sistem ini
amat mahal .
(b) Mesin – mesin mempunyai batas dari segi kapasiti &
spesifikasi .
(c) Teknologi ini masih agaj baru dan terdapat banyak masalah
awal yang dialami .
(d) Sistem ini adalah agak rumit , maka perancangan yang rapi
dan masa yang panjang diperlukan untuk penyediaaan ( set-
up) keseluruhan system .
D . PEMBUATAN BERBANTU KOMPUTER BERSEPADU ( Computer
Integrated Manufacturing – CIM )
1 . Pembuatan Berbantu Komputer Bersepadu (CIM)
merupakan satu system yang menggabungkan dan
mengintegrasikan teknologi computer seperti system
CAD,CAM,FMS & robotic dalam proses pembuatan .

2 . Suatu system CIM akan mengintegrasikan maklumat


dari pelbagai bahagian lain dalam sesebuah perniagaan
dengan pembahagian pembuatan agar organisasi
menjadi lebih responsive .
KEBAIKAN CIM :
(a)Mencapai ketangkasan respons terhadap
pesanan pelanggan dan perubahan produk .
(b) Membolehkan pengeluaran yang pantas
(c) Meningkatkan kecekapan , produktiviti , kualiti
dan keluwesan
(d) Mengurangkan kos buruh tidak langsung
TERIMA KASIH

You might also like