You are on page 1of 15

DRAMA

HADIAH
Sinopsis
Fauziah yang kematian suaminya, Sarjan Akhbar
berdepan dengan kesempitan hidup. Dia dan dua
orang anaknya, iaitu Hayati dan Farid terpaksa
bergantung hidup dengan bapanya, Pak Mail
seorang pesara. Berikutan kesempitan hidup itu,
Yati yang belajar di Sekolah Menengah Seri Setia,
Melaka dan duduk di asrama mengambil keputusan
untuk pulang ke kampung. Hal ini demikian kerana
Yati masih berhutang dengan pihak sekolah
sebanyak empat puluh ringgit.
Sewaktu Pak Mail sedang berbual dengan Fauziah
tentang nasib hidup keluarga mereka, Yati pun
sampai. Yati bertanyakan khabar ibu dan datuknya.
Pak Mail mengatakan bahawa dia telah berunding
dengan Datuk Penghulu berhubung dengan
masalah mereka. Yati memberitahu ibu dan
datuknya bahawa dia telah memaklumkan
masalahnya kepada pengetua. Selepas itu, Yati
masuk ke dalam bilik. Pak Mail dan Fauziah
meneruskan perbualan mereka dua beranak.
Tiba-Tiba, Datuk Penghulu datang bersama dengan
Encik Musa dari Kementerian Pertahanan. Encik
Musa mengatakan bahawa kedatangan beliau
adalah untuk menyampaikan penghargaan negara
kepada keluarga Sarjan Akhbar. Selepas itu, Encik
Musa pun menyampaikan cek berjumlah sepuluh
ribu kepada Fauziah bagi menyara persekolahan
anak-anak Sarjan Akhbar. Selepas penyerahan cek
itu, Encik Musa dan Datuk Penghulu ingin pulang.
Tiba-tiba, Yati muncul.
Pak Mail memberitahu Yati bahawa dia akan
dihantar ke asrama semula dan meminta Yati
belajar rajin-rajin. Yati bertanya kepada
datuknya adakah dia boleh belajar semula. Encik
Musa mengiyakan dan menasihati Yati agar
belajar rajin-rajin. Kemudian Encik Musa minta
diri. Pak Mail bersalaman dan mengucapkan
ucapan terima kasih. Pak Mail menghantar
Datuk Penghulu dan Encik Musa ke pintu.
Tema dan Persoalan
Tema
• Kesempitan hidup.

Persoalan
(a)   Kesedihan dan kesempitan hidup akibat kematian
suami.
(b)   Kasih sayang bapa yang sanggup memelihara anaknya
yang kematian suami.
(c)   Keprihatinan kerajaan akan nasib keluarga
kakitangannya yang menghadapi musibah menerusi
pemberian bantuan.
(d)   Berfikiran positif dan reda terhadap nasib diri.
Watak dan Perwatakan
Pak Mail
(a)   Bapa kepada Fauziah.
(b)   Mempunyai dua orang cucu, iaitu Hayati
dan Farid.
(c)   Bertanggungjawab.
(d)   Gigih membantu anak dan cucunya yang
susah.
(e)   Pandai memberikan nasihat.
Hayati
(a)   Murid sekolah.
(b)   Anak yang bersopan santun.
(c)   Seorang yang berterus terang.
(d)   Berani membuat keputusan.
Fauziah
(a)   Balu kepada Sarjan Akhbar.
(b)   Mempunyai dua orang anak.
(c)   Penyedih.
Latar
Latar Masa
(a)   Lebih kurang dua bulan.
(b)  Waktu petang.
.
Latar Tempat
(a)   Di ruang tamu rumah Pak Mail.
(b)   Di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
Latar Masyarakat
(a)   Masyarakat ibu tunggal yang memelihara
anaknya tanpa suami.
(b)   Masyarakat perajurit yang sanggup berkorban
(c)   Masyarakat yang terdiri daripada golongan tua
yang sudah berpencen.
(d)   Masyarakat pemimpin yang bertanggungjawab
terhadap anak buahnya.
(e)   Masyarakat pelajar.
Teknik Plot
(a)   Pemerian.
(b)   Dialog.
(c)   Imbas kembali.
(d)   Saspens.
Gaya Bahasa
(a)    Bahasa Arab. Contohnya, ikhtiar.
(b)   Bahasa istana.
Contohnya, bonda; ayahanda; anakanda.
(c)   Hiperbola. Contohnya, Fauziah menangis
teresak-esak. Sekali-sekala kelihatan bahunya
bergoncang.
(d) Peribahasa. Contohnya, menegakkan benang
yang basah
Nilai 
(a)   Bertanggungjawab.
(b)   Pasrah.
(c)   Keprihatinan.
(d)   Kesopanan.
(e)   Kejujuran.
Pengajaran
(a)   Kita harus bertanggungjawab terhadap
amanah supaya kita tidak berdosa.
(b)   Kita harus reda dengan nasib kehidupan kita.
(c)   Kita mesti prihatin akan nasib orang di bawah
tanggungjawab kita agar mereka terbela.
(d)   Kita mesti bersopan santun terhadap orang
lain.
(e)   Kita mesti bersikap jujur supaya tidak berlaku
salah faham.

You might also like