You are on page 1of 14

APLIKASI TEORI DALAM

SETING SILANG
BUDAYA
Prespektif • Konsep id, ego dan supergo boleh disamakan dengan
konsep nafsu dan akal.
• Namun Freud percaya id elemen yang nyata.

agama Disebabkan itu, manusia sering kalah kepada nafsu.


• Sebaliknya Islam melihat manusia makhluk yang boleh
mengawal nafsu dengan akal fikiran yang waras.
islam
• Teori ini kurang sesuai kerana masyarakat Asia lebih

Masyarakat
menyukai cara berstruktur dan berorientasikan
penyelesaian masalah berbanding kaedah tidak direktif
seperti psikoanalisis.

Asia
KAJIAN KES
KES LAILA
LATAR BELAKANG PERINGKAT

- Anak sulung daripada 7 orang adik beradik


- Bapa askar sukarela dan ibu pembantu rumah
- Sejak kecil beliau di hantar ke rumah pengasuh

- Ketika berumur dua tahun, beliau telah dicabul oleh pengasuhnya dan turut dirogol oleh Anal
anak lelaki pengasuhnya
- Laila tidak menceritakan perkara yang berlaku kepada ibu bapa

- Akibat kesempitan hidup, keluarga Laila berpindah ke Kuala Lumpur dan tinggal di rumah Falik
nenek
- Ketika berumur empat tahun, beliau telah dicabul oleh seorang pakcik tua dan peristiwa
itu turut dirahsiakan
- Kejadian itu masih segar dalam ingatan Laila

- Walaubagaimanapun keluarga Laila sangat menyayangi dan kehidupannya semakin baik Latensi
- Pencapaiannya dari segi akademik dan sukan
LATARBELAKANG PERINGKAT
- Keputusan cemerlang dalam SRP, Laila mendapat Genital
tawaran ke SBP
- Mula berjinak dengan alam percintaan sehingga
telanjur
- Namun, Laila masih berjaya melanjutkan pelajaran
di universiti luar negara
- Kemudian kegiatan seks Laila semakin berleluasa
tanpa kawalan ibu bapa
- Kehidupan peribadi tidak pernah menganggu
pelajaran dan beliau berjaya menamatkan
pengajian

- Laila mendapat pekerjaan yang baik di Kuala Id


Lumpur, bejauhan dengan teman lelaki
menyebabkan beliau menjadi ‘playgirl’ dan pernah
menggugurkan kandungan beberapa kali
- Walaupun beliau tahu mengenai hukum namum
ketagihan seks yang dialami tidak dapat dibendung
LATAR BELAKANG PERINGKAT

- Laila bekahwin dan bercerai selepas tiga tahun Ego


bersama dan mendapat dua anak lelaki dan satu
anak perempuan
- Beliau mengalami pelbagai tekanan sepanjang
tempoh tersebut akibat sikap penuh dengan
rahsianya
- Beliau menumpukan kepada kerjaya Sublimasi

- Laila berkahwin semula dan tidak menimang Ego


cahaya mata. Suaminya sangat penyayang dan
membantu beliau mengatasi sikap panas baran Penyaluran

- Laila juga kakak yang baik namun ‘overprotective’ Ego


terutama kepada adik perempuanya, membuatkan
mereka merasa sangat rimas
- Beliau sedar ia berpunca dari kisah silam yang
menghantuinya dan Laila berasa sangat tertekan
dan nekad untuk berjumpa dengan kaunselor
APLIKASI KES LAILA
• FASA PEMBUKAAN
- Kaunselor menemubual klien untuk tentukan masalah dan kesesuaian
analisis.
- Penerokaan sejarah, pengalaman, pencapaian dan hubungan
sekeliling.
- Rekodkan segala perkara termasuk sedar dan tidak sedar.
- Kaunselor akan memahami isu dalaman dan mekanisme bela diri yang
wujud.
• MEWUJUDKAN TRANSFERENS
- Temubual mengambil masa yang lama memandangkan kaunselor
meneroka zaman awal kanak-kanak menggunakan perkaitan bebas
dan menggalakkan transferens.
- Kaunselor : “Laila, saya ingin mengajak Laila ingati zaman kanak-kanak
Laila. Lailai boleh ceritakan apa sahaja yang terlintas di fikiran Laila.
Awak bebas bercerita.”
- Laila : “Tapi saya malu. Ia membuatkan saya tidak selesa. Hidup saya
penuh dengan pengalaman hitam.”
- Kaunselor : “Tidak mengapa, anda anggap saya sebagai kawan baik
yang anda percayai. Mungkin kita dapat mencari cara membantu
anda menghadapi masalah ini. Apa kata anda jelaskan kepada saya
yang dimaksudkan dengan pengalaman hitam tersebut.”
- Contoh dialog kaunselor dan klien yang menggunakan teknik
menggalakkan transferens, perkaitan bebas dan interpretasi.
- Kaunselor : “Sekiranya saya adalah bekas suami awak yang pertama,
apakah yang awak ingin sampaikan supaya dia faham apa yang awak
rasakan dalam perkahwinan tersebut? Boleh awak beritahu perasaan
awak itu seolah awak bercakap dengannya?” (menggalakkan transferens).
- Laila : “Saya benci…” (klien kelihatan sedih dan menundukkan wajah)
- Kaunselor : “Benci… beritahu lagi tentang benci itu” (perkaitan bebas)
- Laila : “Saya benci kerana dia tidak bimbing saya dengan baik. Dia tidak
pernah ajar tentang tanggungjawab sehingga saya lupa apa yang patut
saya buat dalam kehidupan. Kami sama-sama hanyut. Saya jadi marah bila
mengenangkan kisah lama kami.”
- Kaunselor : “Sekiranya saya adalah suami anda sekarang, adakah anda
turut rasa benci kepada saya?”
- Laila : “Tidak, pada suami saya sekarang saya tidak ada sedikit pun
rasa benci. Tetapi saya rasa bersalah sebab dia sabar dengan saya.
Saya sayang dia sepenuh hati dan saya harap dapat jadi isteri dengan
baik.” (klien sudah menganggukkan wajah dan bercakap dengan nada
yang sayu)
- Kaunselor : “Maksudnya Laila langsung tak benci atau marah kepada
suami yang sekarang, tetapi masalah Laila dengan suami pertama
menyebabkan Laila jadi seorang pemarah kerana awak rasa belum
tahu sepenuhnya untuk menjalankan tanggungjawab. Betul ke
begitu?” (interpretasi)
- Laila : “Ya mungkin pandangan kaunselor itu betul.”
• MENGHADAPI TRANFERENS Peringkat/ Kaedah
- Laila menghadapi zaman kanak-kanak terganggu Anal
- Sering terfikir perlakuan seks yang berlaku Falik
- Lebih positif kerana berjaya pendam keinginan seksual kepada aktiviti Latensi
sekolah Pendaman
Sublimasi
- Mula berminat dengan lelaki Genital
- Terlibat dengan seks bebas Id menguasai ego, superego
gagal kawal id
- Semakin matang, sedar kesilapan dengan berumah tangga Ego mula timbul
- Kegagalan perkahwinan, Laila kembali mengalami tekanan teruk
- Memperbaiki diri, Laila menumpukan kepada aspek kerjaya Mekanisme bela diri yang
lebih baik iaitu pampasan
- Perkahwinan kedua, agresif terhadap anak-anak Pindah gantian
- Setelah memahami pemikiran sedar dan tidak sedar, kaunselor ajak Laila Menggalakkan transferens
analisis personaliti interprestasi mimpi turut dilakukann untuk faham Analisis transferens
maksud tersirat dan tersurat dilaksanakan dan buang
transferens melalui
interprestasi dan hasil celik
akal
• MENYELESAIKAN TRANSFERENS
- Sekiranya Laila mencapai celik akal daripada proses tersebut maka
kaunselor akan tamatkan sesi.
- Hanya kaunselor yang berjaya mencapai celik akal akan dapat
membuang halangan-halangan psikologi dalaman dan membentuk
personaliti lebih baik.

 Tanda-tanda klien sedia untuk tamatkan sesi


- Laila boleh terima hakikat.
- Laila melihat kenapa dia bertingkah laku seperti masa kini
disebabkan oleh isu masa lalu.
- Keinginan untuk berubah. Banyak menggunakan mekanisme bela diri
yang positif. Contohnya, pampasan.
SUMBANGAN
- Melalui teorinya, kita mengetahui tentang dinamika yang sering
berinteraksi dalam jiwa sehingga membawa kerisauan.

- Kaedah yang dicadangkan dapat membantu memahami penahanan


dan kepentingan perhubungan kaunselor-klien, nilai pemidahan dan
helah belah diri.

- Peringkat perkembangan personaliti dan permasalahan berkaitan


serta tingkah laku yang terhasil.
LIMITASI
- Masa terlalu panjang.
- Tidak sesuai untuk klien ramai.
- Sering dikaitkan dengan golongan atasan kerana kos yang tinggi.
- Tidak sesuai untuk klien yang hadapi krisis yang diperlukan
penyelesaian segera.
- Perlukan pembacaan dan pemahaman yang mendalam dilakukan
kaunselor.

You might also like