You are on page 1of 34

BAB 4

Tamadun India
4.1 SEJARAH TAMADUN INDIA:

● Sejarah kemunculan Tamadun India boleh


dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:-
1. Zaman Awal (100,000 SM - 1000 SM)
2. Zaman Pertengahan ( 1000 - 1756 M)
3. Zaman Moden (1857 M - kini)
4.2 KONSEP TAMADUN INDIA:

● Tamadun India merangkumi dua bahagian utama


benua kecil India iaitu:-

1. Indo-Arya (berpuasat di India Utara)


2. Dravida (berpusat di India Selatan)
4.3 WILAYAH:
1)Kedudukan Geografi
● Benua kecil India terletak di antara Lautan Hindi dengan
Pergunungan Himalaya. Wilayah ini meliputi kawasan
seluas 2,534,175 kilometer persegi iaitu lebih kurang sama
dengan keluasan seluruh Eropah kecuali Rusia. India
boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu
Utara dan India Selatan. Sempadan yang memisahkan di
antara Utara dan Selatan India adalah pergunungan
Vindhya. Suatu yang menarik tentang tamadun ini ialah
kedudukannya yang bersebelahan dengan tamadun Parsi
di sebelah barat, bahagian timurnya pula disempadani
oleh tamadun Cina
● Keadaan geografi boleh dikatakan sebagai salah satu
faktor yang menyebabkan perkembangan
kebudayaan masyarakat India Utara dan India
Selatan agak berbeza. Ia berbeza dari segi :-
● · rupa bentuk fizikal
● · bahasa
● · budaya
● · amalan-amalan keagamaan
● Dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan
kepada bahasa iaitu Indo-Arya dan Dravidia. Dari segi
demografi, Indo-Arya menetap di Utara India dan
orang Dravidia di Selatan India.
2)Masyarakat Indo-Arya
● Bahasa Sanskrit bahasa utama dalam kumpulan
bahasa-bahasa Indo-Arya. Empat buah Veda iaitu Rig,
Yajur, Sama dan Atharva adalah karya-karya puisi yang
berbentuk mantera atau mazmur yang menjadi
pegangan kuat bagi masyarakat ini. Keempat-empat
Veda atau kitab ini mempunyai pengaruh yang kuat
dalam aspek :-
● · pemikiran
● · kepercayaan
● · amalan
● · kehidupan masyarakat Indo-Arya
3) Masyarakat Dravida

● Masyarakat Dravida berbahasa Tamil yang merupakan


asas untuk semua bahasa Dravida. Kepercayaan,
pemikiran serta amalan masyarakat ini adalah
berasaskan ajaran mazhab. Saivisme dan Vaisnavisme
yang banyak dibicarakan dalam puisi klasik Sangam.
4.4 MASYARAKAT DAN BUDAYA:
1) Sistem keluarga
● Tujuan berkeluarga adalah untuk mendapat teman sokongan
dari segi fizikal dan rohani serta mendapat zuriat ataupun
keturunan. Mengamalkan system keluarga bersama yang
mana keanggotaan berdasarkan lelaki yang seketurunan, isteri
serta anak yang belum berkahwin. Sistem keluarga tamadun
India turut disokong oleh semangat kepentingan bersama dan
harta dikongsi bersama.
● Perpaduan pula dibentuk dengan nilai kasih sayang. Sistem
keluarga tamadun India ini dipelihara oleh dua aspek iaitu :-
● · Ashrama Dharma
● · Purusartha
Ashrama Dharma
● Ia menjelaskan tentang empat tahap yang dilalui oleh
setiap manusia iaitu:-
1. Tahap Pertama = Brahmacharya: Mempelajari ilmu
pengetahuan
2. Tahap Kedua = Grihasta: Berumah tangga dan bekerja
3. Tahap Ketiga = Vanaprasta: Bertapa dan bebaskan diri
dari duniawi
4. Tahap Keempat = Sannyasa: Sebar ilmu kepada
masyarakat
Purusartha
● Ia menjelaskan empat objektif mulia dalam kehidupan
yang harus diamalkan oleh manusia iaitu:-
1. Objektif Pertama Mulia = Aram/ Dharma: Kepatuhan
kepada moral dan etika
2. Objektif Kedua Mulia = Porul/ Artha: Bekerja untuk
kekayaan yang halal
3. Objektif Ketiga Mulia = Inbam/ Kama: Cinta atau kasih
sayang dan kepuasan menikmati harta benda
4. Objektif Keempat Mulia = Moksha/ Vidu: Kesempurnaan
rohani hasil bebas diri dari duniawi
2) Sistem kasta

● Satu institusi sosial yang unik bagi masyarakat India


dan ia juga dikenali sebagai system jati. Lazimnya
system ini jati dianggap sebagai salah satu aspek dalam
ajaran agama Hindu tetapi tafsiran seperti ini adalah
salah dan usaha untuk menghubungkaitkan konsep
karma dengan system jati merupakan interpretasi yang
salah.
● Sistem kasta masyarakat India boleh dibahagikan kepada
dua jenis iaitu sistem varna dan sistem jati. Kehidupan
berkasta masyarakat India dalam sistem varna adalah
pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak
berubah. Sistem ini membahagikan masyarakat kepada
lima kelas sosial seperti berikut:-
1. Brahmin: golongan pendidik, intelek dan ahli agama
2. Kshatriya: pemerintah, pentadbir dan tentera
3. Vaisya: pedagang dan peniaga
4. Sudra: buruh dan petani
5. Panchama/ Chandala: golongan murtad dan dibuang
daripada varna
Kedudukan Wanita Dalam Masyarakat Indo-Arya

● Pada Zaman Veda Awal, kaum wanita dihormati dan


diberikan kebebasan serta kesaksamaan seperti kaum
lelaki. Mereka dapat membawa mazmur-mazmur suci
serta kitab-kitab suci. Selain itu, mereka juga diberikan
peluang untuk mendapat pendidikan yang sama.
● Namun begitu, pada Zaman Veda kemudian dan
selepasnya didapati kedudukan kaum wanita merosot
dan banyak sekatan dikenakan ke atas mereka.
● Selepas kehadiran dan pengukuhan kuasa British di
India, pergerakan-pergerakan reformasi HInduisme
telah membawa mengenai masalah kedudukan wanita
terhadap pihak British supaya ia dapat dihalang atau
diketepikan dengan meluluskan undang-undang.
Dengan kerjasama pergerakan-pergerakan reformasi,
kedudukan wanita dapat dipulihkan pada kurun-19 dan
kurun-20.
Kedudukan Wanita Dalam Masyarakat Dravida

● Pada Zaman Sangam, kaum wanita diberikan


kedudukan yang tinggi dalam masyarakat India Selatan.
Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati,
disanjung dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia.
● Kedudukan kaum wanita mulai mengalami
kemerosotan selepas Zaman Sangam. Masalah
kemerosotan ini dapat diatasi atau dipulihkan semula
selepas kedatangan dan pertapakan kuasa penjajah
khasnya kuasa British di India.
3) Bahasa dan Kesusasteraan
● Kumpulan Bahasa
● Bahasa-bahasa India dibahagikan kepada dua rumpun
keluarga bahasa iaitu bahasa-bahasa Indo-Arya dan
bahasa-bahasa Dravida.
Kesusasteraan Sanskrit (Indo-Arya)
Terdapat dua jenis kesusasteraan iaitu:-
Kesusasteraan Vedik
● 1. Rig Veda
● 2. Yajur Veda
● 3. Sama Veda
● 4. Atharva Veda
Kesusasteraan Epik
● 1. Epik Mahabrata
● 2. Bhagavadgita
● 3. Epik Ramayana
Kesusasteraan Dravida (Dravida)
● Terdapat dua jenis kesusasteraan iaitu:-
Kesusasteraan Dravida
● 1. Aindiram
● 2. Agattiyam
Kesusasteraan Sangam
● 1. Puisi aham
● 2. Puisi puram
● 3. Tirukkural
● 4. Naladiyar
4.5 Pandangan Semesta Tamadun India
● Falsafah & pegangan agama masyarakat India.
● Hinduisme (idea agama, falsafah & budaya).
● Karma
● Kelahiran semula
● Agama suatu amalan hidup
4.6 KEPELBAGAIAN AGAMA DALAM TAMADUN INDIA:

● Dalam sesebuah masyarakat dan tamadun,


perbincangan berkenaan persoalan kepercayaan dan
nilai menjadi begitu penting dan sesuatu yang pasti
dititikberatkan. Keadaan inin berlaku kerana melalui
sisitem kerpercayaan dan nilai itu, ia dapat
membentuk suatu identity tersendiri dalam sesebuah
tamadun.
1) Agama Hindu

● Terdapat lima prinsip utama dalam agama Hindu iaitu:


1. Kuwujudan Tuhan yang tunggal
2. Manusia itu suci
3. Perpaduan melalui percintaan
4. Harmoni agama, dan
5. Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci
dan mantera yang suci.
Di samping itu, terdapat sepuluhdisplin yang bersifat sejagat
yang diamalkan dalam agama Hindu ini iaitu:
● 1. Kejujuran (satya)
● 2. Kesederhanaan (ahimsa)
● 3. Tidak berzina (brahmacharya)
● 4. Tidak merompak (asteya)
● 5. Kesucian (aparigraha)
● 6. Kebersihan (ahaucha)
● 7. Kepuasan (santosh)
● 8. Mengkaji kitab (swadhyaya)
● 9. Penjimatan (tapas)
● 10. Doa (pooja)
2)Agama Buddha

● Ajaran Buddha yang mengutamakan Dhamma (bahasa


Pali) atau Dharma (bahasa Sanskrit) merangkumi
Empat Kebenaran Mulia iaitu:
1. Penderitaan itu universal (dukkha)
2. Ada punca segala penderitaan (dukkha samudaya)
3. Penderitaan itu boleh diatasi (dukkha nirodha)
4. Ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukkha
nirohda marga)
Segala penderitaan ada puncanya. Buddha menyebutnya sebagai
roda empirik yang mengandungi 12 rangkaian iaitu:
● 1. Kecuaian (avidya)
● 2. Kecenderungan (samskara)
● 3. Kesedaran tentang kuasa karma (vijnana)
● 4. Nama dan bentuk (nama rupa)
● 5. Lima organ deria dan minda (sodayatana)
● 6. Hubungan antara deria dengan objek (sparsa)
● 7. Sensasi (verdana)
● 8. Nafsu (trasna)
● 9. Bergantungan kepada pewujudan (upadana)
● 10. Bertekad untuk lahir (bhava)
● 11. Kelahiran (jati)
● 12. Usia tua dan kematian (jara marana)
● Ajaran Buddha juga telah mengesyorkan Lapan Jalan Mulia
untuk mencapai nirvana. Lapan Jalan Mulia tersebut ialah:
● 1. Pandangan yang betul (kefahaman)
● 2. Aspirasi yang betul (cita-cita)
● 3. Pertuturan yang betul (komunikasi)
● 4. Kelakuan yang betul (aksi)
● 5. Kehidupan yang betul (sara hidup)
● 6. Usaha yang betul (daya usaha)
● 7. Minda yang betul (mental)
● 8. Konsentrasi yang betul (meditasi)
● Lapan Jalan Mulia ini adalah untuk mengatasi samsara
(sengsara) kitaran kelahiran semula. Maka seseorang harus
menghindari karma dengan menjauhi diri daripada
perbuatan jahat.
3) Agama Jaina

● Agama ini diasaskan oleh Nataputta Vardhamana yang


digelar sebagai Mahavira (pahlawan besar). Agama
Jaina mempunyai banyak persamaan dengan ajaran-
ajaran Upanishad dan Buddhisme. Agama ini
mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang
dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh
individu. Ini menunjukkan konsep karma dan samsara
yang terdapat dalam Upanishad amat penting kepada
agama Jaina.
Agama Mahavira mengandungi Sembilan prinsip-prinsip asas atau
nava-tattva iaitu:
1. Jiva (roh terdapat dalam semua benda, yang bergerak dan
bernyawa termasuk tumbuhan dan ia adalah kekal abadi)
2. Ajiva (benda-benda yang tidak bernyawa)
3. Asrava (daya penarik)
4. Papa karma (dosa, hasil perbuatan yang jahat)
5. Punya karma (pahala, hasil perbuatan baik)
6. Bandha (ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan)
7. Samvara (menahan pengaliran karma)
8. Nirjara (penghapusan karma), dan
9. Siddhi (pelepasan dari kelahiran semula)
4) Agama Sikh

● Agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak yang merupakan


seorang Kshatriya Hindu yang dilahirkan di Punjab.
Antara ciri-ciri Islam yang terkandung dalam ajaran
agama Sikh ialah menolak penggunaan patung sebagai
gambaran Tuhan yang transendental
● dan Tuhan adalah kuasa terkuat yang member kurnia
menurut kehendaknya. Ciri Hinduisme juga terdapat
dalam agama Sikh ini seperti konsep kelahiran semula
atau dikenali sebagai Reinkarnasi di dalam agama Hindu,
maya, karma dan guru
● Selain itu, agama ini menekankan bahawa perkara-
perkara seperti:
1. Kekayaan
2. Pertalian keluarga
3. Pelajaran
● Sifat sombong dapat mengalih perhatian daripada
kesedaran Tuhan dan mesti ditolak. Bagi mencapai
Tuhan, seseorang itu perlulah dipandu oleh seorang
guru.
4.7 Peranan Islam dalam Tamadun India
4.8 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN
MANUSIA
● Di Asia Tenggara, sumbangan tamadun India dalam
interaksinya dengan tamadun-tamadun tempatan dianggap
oleh sesetengah cendekiawan sebagai sumbangan hasil
daripada Hindunisai dan Indianisasi. Walau
bagaimanapun,istilah Indianisasi (Indianisation) lebih tepat
bagi merujuk kepada perkembangan keseluruhan bentuk
sumbangan yang diterima daripada tamadun India.
Penggunaan istilah Hindunisasi (penghinduan) didapati
bukan hanya membataskan sumbangan berasakan
Hinduisme, tetapi juga sukar menjelaskan pembahagian
kesan di antara agama Hindu dan Buddha.
Pencapaian dalam Bidang Seni
● Seni dan kehidupan masyarakat India tidak pernah
dapat dipisahkan. Tamadun India telah mencapai
kecemerlangan dalam bidang kesenian yang boleh
diringkaskan seperti berikut:
1. Seni halus
2. Tarian
3. Drama
4. Seni bina dan seni ukir
5. Seni lukis
Pencapaian dalam Bidang Sains dan Teknologi
● 1. Matematik
● 2. Astronomi dan Kalendar
● 3. Fizik
● 4. Kimia
● 5. Logam
● 6. Perubatan
 

You might also like