You are on page 1of 13

Kuliah 2:

2. PROSES
PENTAKSIRAN
DALAM
KAUNSELING:
TEORI
PENTAKSIRAN:

TEORI TRET DAN


FAKTOR
Teori TRET dan Faktor
o Teori Tret dan Faktor ialah teori terawal yang cuba menerangkan proses
pemilihan kerjaya dengan berasaskan teori perbezaan peribadi individu.
o Teori ini umumnya mengiktiraf perbezaan dan keunikan individu.
o Dengan kata lain, teori ini percaya bahawa setiap individu yang wujud di
dunia ini berbeza dan unik.
o Teori Tret dan Faktor merupakan teori pendekatan struktur (Weinrach
1979) yang memberi fokus kepada proses pemilihan kerjaya.
o Teori ini mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai corak
kemampuannya yang unik, tret-tret tertentu yang dapat diukur dengan
tepat, konsisten dan selaras serta mempunyai hubungan dengan
keperluan-keperluan asas dalam beberapa jenis pekerjan.
Teori TRET dan Faktor
o Teori Tret dan Faktor merupakan suatu teori yang bercorak kognitif dengan
penggunaannya dapat mempermudah proses pemilihan kerjaya terutama apabila
maklumat yang tepat tentang diri individu dapat diperolehi.
o Teori ini telah diasaslan oleh Frank Parson, tokoh yang terkenal di Sivic Service
House. Beliau amat berminat mengkaji anak-anak muda lepasan sekolah. Pada
tahun 1905 hingga 1906, Parsons telah menubuhkan Bread Winner's Institute.
Melalui pertubuhan inilah beliau mula memperkembang bimbingan vokasional
dengan menganjurkan beberapa program. Antaranya, beliau telah menulis prinsip
asas tentang program dalam bukunya Choosing a Vocation yang merupakan asas
dan menjadi inti pati kepada teori Tret dan Faktor.
o Teori Tret dan Faktor juga dikenali sebagai Minnesota Point of View. Panggilan
ini muncul kerana kerja-kerja awal yang dilakukan oleh Edmund G. Williamson
serta rakan-rakannya di Universiti Minnesota (Weinrach 1979).
Teori TRET dan Faktor
o Teori ini merupakan satu pendekatan yang berasaskan jangkaan terhadap penilaian
bakat dan sikap individu serta keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan.

o Parson mencadangkan bahawa pemilihan kerjaya yang baik perlu melibatkan tiga
perkara, iaitu kefahaman yang jelas tentang diri, pengetahuan tentang pekerjaan-
pekerjaan dan taakulan tepat tentang hubungan antara kedua-dua kumpulan fakta
tersebut (Weinrach 1979).

o Sehubungan dengan itu Parson (dalam Weinrach 1979) seterusnya menyatakan


bahawa terdapat tiga komponen asas dalam bimbingan kerjaya, iaitu ujian,
pemberian maklumat dan mengambil keputusan secara taakulan berasaskan
pengambilan keputusan secara rasional.

o Oleh sebab pemikrannya yang terkehadapan inilah maka Parson dikenali sebagai
bapa pergerakan bimbingan kerjaya.

o Beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan pandangan tentang cara


untuk membuat pemilihan.
Teori TRET dan Faktor
o Walaupun pendekatan ini pada asasnya rasional dan logikal, namun
masih dikaitkan dengan apa yang panggil oleh Williamson sebagai
personalisme, iaitu penumpuan keada keseluruhan individu.

o Menurut Williamson (dalam Weinrach 1979), manusia sebahagian


besarnya merupakan individu yang rasional dan berkebolehan
membuat pilihan yang terbaik asalkan keterangan-keterangan dan
maklumat-maklmat untuk mengasaskan pilihan itu mencukupi.
Teori TRET dan Faktor
o Teori Tret dan Faktor yang diperkenalkan oleh Parson dan rakan-rakan ialah teori
model pendekatan struktur yang pertama wujud berkaitan dengan membuat
pemilihan kerjaya.
o Menurut teori ini setiap individu memiliki tret-tret psikologikal tertentu yang
terbentuk hasil daripada interaksi antara individu dengan persekitaran dan untuk
memastikan pencapaian yang memuaskan dalam sesuatu bidang kerjaya individu
memerlukan satu atau lebih tret-tret ini.
o Tugas utama dalam proses membuat pemilihan kerjaya adalah untuk
memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini, keperluan
individu akan dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil.
o Menurut Dewis, Lofquist dan Weiss (1968), teori Penyesuaian Kerja secara terus-
terusan menyuarakan bahawa pertukaran kerja akan berlaku apabila kerja
dilakukan secara tidak memuaskan atau keperluan-keperluan individu tidak
dipenuhi.
Teori TRET dan Faktor
o Model berorientasikan Tret dan Faktor ini boleh diaplikasikan dengan
baik kepada lelaki dan wanita, minoriti dan bukan minoriti, dan dengan
ciri-ciri ini, model Tret dan Faktor ialah satu model yang komprehensif
(Brown dalam Brown & Brooks,1984).

o Para pengamal dan pengikut pendekatan Tret dan Faktor telah membentuk
dan mengemukakan definisi tret dan penjelasan tentang isu pemilihan
kerjaya dan pertukaran kerja dengan begitu memuaskan. Namun
kadangkala definisi dan penjelasan tersebut tidak dipersetujui sepenuhnya.
Ini disebabkan mereka gagal untuk mempertimbangkan dan secara
memadai mendefinisi pemboleh ubah-pemboleh ubah yang memberi
kesan kepada proses membuat pemilihan kerjaya dan hubungan tentang
sebab dan akibat di kalangan tret dan pemboleh ubah lain seperti gender
taraf pendidikan dan status sosioekonomi.
Teori TRET dan Faktor
o Ahli-ahli psikologi vokasional yang berpegang kepada teori Tret dan
Faktor mecadangkan sedikit kebebasan tentang pemilihan kerjaya tetapi
menyarankan bahawa faktor-faktor biologi, geografi dan sosiologi
memberi kesan kepada proses pemilihan kerjaya. Hubungan-hubungan
tentang faktor-faktor ini perlu dibuat dan dinyatakan secara yang lebih
eksplisit supaya proses pemilihan kerjaya dapat difahami dengan lebih
jelas.

o Ahli-ahli teori Tret dan Faktor juga perlu membentuk usul-usul tentang
korelasi antara tret yang wujud dengan pemilihan kerjaya. Contohnya
apakah pertalian antara nilai-nilai, keperluan-keperluan, sikap dan minat
apabila faktor-faktor ini beroperasi untuk mempengaruhi pemilihan
kerjaya?
Teori TRET dan Faktor
o Teori Tret dan Faktor mendapat skor dan pengiktirafan yang tinggi dalam aspek
parsimony. Berkaitan dengan aspek ini konsep-konsep utamanya dinyatakan
dengan ringkas dan idea-idea dilustrasikan secara yang mudah dan jelas. Teori ini
juga telah merangsang ratusan penyelidikan dalam bidang tret, menghasilkan
rasional untuk analisis pekerjaan dan telah menjadi asas pembentukan dokumen
seperti Dictionary of Occupational Titles (DOT) di samping memberikan asas
kepada banyak penyelidikan berkaitan dengan pencapaian kerja.

o Teori Tret dan Faktor juga telah menghasilkan skala, inventori dan ujian-ujian
psikologi yang tidak terbilang banyaknya yang digunakan oleh para kaunselor
kerjaya. Walau bagaimanapun, memandangkan alat-alat ukuran yang digunakan
untuk mengukur sesuatu kadangkala mendiskriminasi golongan minoriti dan
wanita, maka kebolehgunaannya adalah terhad.

o Model Tret dan Faktor juga telah diintegrasikan dalam teori-teori ke dalam teori-
teori lain seperti teori Super, Roe dan Holland (Brown dalam Brown & Brook
1984).
Teori TRET dan Faktor
o Teori Tret dan Faktor mendapat skor dan pengiktirafan yang tinggi dalam aspek
parsimony. Berkaitan dengan aspek ini konsep-konsep utamanya dinyatakan
dengan ringkas dan idea-idea dilustrasikan secara yang mudah dan jelas. Teori ini
juga telah merangsang ratusan penyelidikan dalam bidang tret, menghasilkan
rasional untuk analisis pekerjaan dan telah menjadi asas pembentukan dokumen
seperti Dictionary of Occupational Titles (DOT) di samping memberikan asas
kepada banyak penyelidikan berkaitan dengan pencapaian kerja.

o Teori Tret dan Faktor juga telah menghasilkan skala, inventori dan ujian-ujian
psikologi yang tidak terbilang banyaknya yang digunakan oleh para kaunselor
kerjaya. Walau bagaimanapun, memandangkan alat-alat ukuran yang digunakan
untuk mengukur sesuatu kadangkala mendiskriminasi golongan minoriti dan
wanita, maka kebolehgunaannya adalah terhad.

o Model Tret dan Faktor juga telah diintegrasikan dalam teori-teori ke dalam teori-
teori lain seperti teori Super, Roe dan Holland (Brown dalam Brown & Brook
1984).
Kepentingan Mengetahui Teori Kerjaya Dalam Pentaksiran
Sesuatu Alat Ujian
o Pengetahuan tentang teori sangat penting bagi seseorang
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dalam membuat
pentaksiran sesuatu alat ujian minat kerjaya.

o Semua teori mempunyai pandangan yang tersendiri tentang


manusia. Contohnya teori psikologi individu Adler
memberikan pandangan yang positif kepada manusia.
Manusia dimotivasikan oleh faktor sosial dan sentiasa
berusaha mencapai matlamat. Di samping mengikut teori
Rogers pula manusia mempunyai kecenderungan untuk
mencapai kesempurnaan kendiri.
o Pengetahuan tentang perkara ini menjadi asas kepada Guru
Bimbingan dan Kaunseling untuk membuat pentaksiran.

o Teori perkembangan kerjaya misalnya banyak menghuraikan


hubungan antara ciri-ciri keperibadian dengan pilihan
pekerjaan.

o Khususnya teori Holland yang jelas membuat andaian


bahawa pemilihan sesuatu pekerjaan mempunyai persamaan
dari segi pernyataan keperibadian.

o Jadi pengetahuan tentang teori ini akan memudahkan Guru


Bimbingan dan Kaunseling membuat pentaksiran dengan
merujuk kepada data yang diperoleh oleh klien.

You might also like