You are on page 1of 6

PENULISAN

REFLEKSI
B E N G K E L K E R J A T O T M O D U L M O L I B N U M E R A S I TA H U N 2 D A N TA H U N 3
BAGI SIRI 1
( D A L A M TA L I A N )

NUR HAYATI BINTI HAMDIN


ISU DAN MASALAH KRITIKAL
(Fasa Perancangan)
Pada pandangan saya, beberapa isu dan masalah kritikal yang telah saya hadapi sepanjang fasa
perancangan. Antaranya ialah:
1. Perbezaan kefahaman antara ahli kumpulan. Hal ini berlaku disebabkan kebanyakan guru
dalam kumpulan yang sama masih belum memahami cara penyediaan Rancangan
Perancangan Harian (PdPBT-n) yang betul. Oleh itu, banyak berlaku perbezaan pendapat
semasa sesi penyediaan RPH tersebut.
2. Sesi perbincangan dalam talian kurang berkesan sekiranya melibatkan jumlah bilangan ahli
yang ramai. Isu ini menyebabkan hasil RPH yang dihasilkan kurang difahami oleh saya untuk
dilaksanakan.
3. Kekangan masa. Isu ini berlaku kerana terdapat ahli kumpulan yang belum dapat masuk
dalam talian. Hal ini menyebabkan sesi penyediaan RPH dilaksanakan dalam tempoh masa
yang singkat.
ISU DAN MASALAH KRITIKAL
(Fasa Pelaksanaan)
Pada pandangan saya, beberapa isu dan masalah kritikal yang telah saya hadapi sepanjang fasa
pelaksanaan. Antaranya ialah:
1. Kurang faham cara pelaksanaan aktiviti melibatkan pembelajaran PdPBT-n. Hal ini menyebabkan
aktiviti yang dilaksanakan semasa sesi pengajaran di dalam kelas mengikut kefahaman sendiri
sahaja.
2. Pembahagian masa dan pemilihan aktiviti oleh guru untuk mengajar murid dengan
menggunakan pembelajaran berfokus dan terbeza numerasi memerlukan persediaan yang rapi
dan kreativiti yang tinggi supaya murid dapat mengikuti sesi PdPBT-n dengan lebih berkesan.
KELEBIHAN
Pada pandangan saya, terdapat beberapa kelebihan penggunaan PdPBT-n ini. Antaranya ialah:
1. Penglibatan murid di dalam kelas lebih aktif dan kebanyakan murid dapat mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran hari tersebut. Ini disebabkan aktiviti yang disediakan mengikut
aras kefahaman murid di dalam kelas tersebut.
2. Murid lebih berminat dan fokus untuk belajar di dalam kelas. Ini disebabkan terdapat aktiviti
yang merangkumi elemen merentasi kurikulum diterap masuk dalam pengajaran PdPBT-n ini.
3. Guru menjadi lebih proaktif dan bersedia menghadapi pelbagai jenis situasi sepanjang
pelaksanaan PdPBT-n di dalam kelas.
KEKURANGAN
Pada pandangan saya, terdapat beberapa kekurangan penggunaan PdPBT-n ini. Antaranya ialah:
1. Kekangan masa guru untuk menyediakan bahan dan aktiviti yang digunakan untuk melaksanakan
sesi PdPBT-n di dalam kelas. Hal ini kerana kebanyakan guru di sekolah mempunyai banyak kelas
dan subjek lain yang perlu diberikan perhatian.
2. Pembahagian kumpulan dan pelaksanaan aktiviti menjadi lebih sukar sekiranya melibatkan kelas
yang mempunyai ramai bilangan murid dan terdapat pelbagai aras. Ini disebabkan hanya seorang
guru sahaja yang bertanggungjawab sepanjang sesi PdPBT-n berlangsung.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like