You are on page 1of 17

SISTEM

KEADILAN
JENAYAH
DISEDIAKAN OLEH INSP. JASNI ANAK NIMOS
(PEGAWAI LATIHAN KOR SUKSIS UNIMAS)
Pengenalan
 Apa itu Sistem keadilan jenayah????

Sistem keadilan jenayah merupakan sistem penguatkuasaan undang-undang yang


melibatkan penangkapan, pendakwaan, pembelaan, penghukuman dan pemenjaraan ke
atas penjenayah.

Sistem ini memberi jaminan kepada masyarakat bahawa setiap orang yang melanggar
undang undang jenayah atau penjenayah tidak boleh terlepas daripada tindakan undang-
undang ke atas mereka.

Penjenayah hendaklah bertanggungjawab dengan setiap jenayah yang dilakukan


dan hukuman yang setimpal akan dikenakan ke atas mereka.

Pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan sistem ini adalah terdiri daripada
beberapa agensi atau jabatan seperti polis, pendakwa raya, mahkamah, penjara dan lain-
lain. 
TUJUAN
 Sistem keadilan jenayah mempunyai beberapa tujuan
seperti berikut:
a) Menjaga keselamatan dan keharmonian masyarakat
b) Mencegah dan mengurangi jenayah
c) Mengambil tindakan undang-undang terhadap
penjenayah
d) Memulihkan pesalah supaya menjadi warga yang
berguna
PROSES

 Keadilan jenayah merupakan satu proses yang


melibatkan langkah demi langkah bermula dengan
penyiasatan terhadap penjenayah sehinggalah kepada
pembebasan sabitan itu daripada penjara.

 Antara langkah yang diambil dalam proses sesuatu kes


jenayah adalah seperti berikut:
1) SIASATAN
 Polis akan bertindak menjalankan siasatan apabila berlaku sesuatu jenayah.

 Ia bertujuan untuk mengumpulkan bukti bagi mengenalpasti sama ada jenayah


itu wujud atau tidak.

 Jika didapati wujud, siasatan akan diteruskan lagi bagi menambahkan bukti untuk


membolehkan penangkapan dilakukan.

 Kadang-kadang siasatan yang dijalankan memerlukan pemeriksaan terhadap


seseorang atau harta benda.

 Sebab kemungkinan merupakan bukti standard yang digunakan dalam menjalankan


sesuatu pemeriksaan. 
2) PENANGKAPAN
 Polis akan menangkap seseorang yang disyaki melakukan jenayah.

 Ini termasuk tindakan menahan mereka di lokap polis bagi tujuan


siasatan lanjut dan pendakwaan.

 Sebab kemungkinan merupakan keperluan perundangan dalam


setiap penangkapan.

 Ia bermaksud terdapat hubungan yang munasabah antara


seseorang penjenayah dengan kesalahan jenayah yang
dilakukannya.
3)PENDAKWAAN
 Pendakwaan merupakan institusi yang melaksanakan
tindakan undang-undang dengan mendakwa tertuduh
kerana melakukan kesalahan jenayah.

 Pendakwa raya akan membuat pendakwaan setelah


medapat bukti yang kukuh daripada pihak polis yang
menyoal siasat tertuduh dan keterangan daripada
saksi.
4) RUNDING AKUAN

 Tertuduh diberi peluang untuk membuat runding akuan


(plea bargain) iaitu ia bersetuju
untuk mengaku bersalah dan sebagai ganjaran hukuman
yang yang lebih ringan akan dijatuhkan ke atasnya.

 Rundingan antara tertuduh dengan pendakwa raya akan


dilakukan di kamar hakim.

 Sebarang keputusan yang dicapai akan dijadikan sebagai


asas untuk menjatuhkan hukuman oleh hakim dalam
perbicaraan nanti.
5) PERBICARAAN
 Tertuduh akan dibicarakan di mahkamah.

 Pendakwa raya akan mengemukakan bukti dan saksi untuk


memberi keterangan bagi menguatkan hujah-hujah pendakwaan.

 Pihak tertuduh mungkin akan memberi keterangan melalui peguam


atau tanpa khidmat peguam.

 Sepanjang perbicaraan tersebut, hakim akan mendengar dan


meneliti segala hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak
sebelum menjatuhkan hukuman.
6) PENGHUKUMAN
 Penghukuman ke atas tertuduh akan dibuat oleh
hakim.

 Sekiranya tertuduh didapati tidak bersalah ia akan


dibebaskan tetapi jika didapati bersalah ia mungkin
boleh didenda, pengawasan, kehadiran wajib (khidmat
masyarakat) atau penjara.
7) RAYUAN

 Pendakwa raya atau tertuduh yang tidak berpuas hati


dengan hukuman dijatuhkan oleh hakim boleh
membuat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi
bagi tujuan supaya sesuatu kes itu didengar semula.
8) HUKUMAN DAN PEMULIHAN
 Tertuduh yang dijatuhkan hukuman penjara akan ditahan di sesebuah penjara
berdasarkan tempoh masa yang diperintahkan oleh hakim. 

 Ia dikenali sebagai banduan dan semasa dalam penjara ia tidak boleh


dibebaskan sehinggalah tamat hukuman.

 Sepanjang tempoh penahanan ia akan tertakluk kepada semua peraturan dan


undang-undang yang ditadbir oleh pihak berkuasa penjara.

 Dalam masa tersebut ia harus mengikuti semua program pemulihan yang


dilaksanakan ke atasnya.

 Pemulihan bertujuan untuk memastikan banduan yang dibebaskan dari


penjara akan dapat berdikari dan tidak mengulangi semula kesalahan jenayah.
KOMPONEN
 Sistem keadilan jenayah terdiri
daripada beberapa agensi atau jabatan  yang
mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam
melaksanakan tanggungjawab.

 Pada dasarnya ia mengandungi tiga komponen utama


iaitu:
POLIS
Polis merupakan pihak yang mula-mula berdepan dengan
penjenayah dan mangsa jenayah.

Tugas dan tanggungjawab polis ialah menjaga keamanan,


melindungi masyarakat, mencegah dan mengurangi jenayah.

Seseorang yang disyaki melakukan jenayah akan disiasat dan


ditangkap oleh polis atau penguatkuasa lain.

Penggunaan kekerasan kadangkala terpaksa dilakukan


untuk membuat sesuatu tangkapan ke atas penjenayah
terutamanya jika didapati ia sangat merbahaya dan boleh
mencedera atau mengancam nyawa orang lain. 

Setelah tngkapan dibuat tertuduh mungkin dilepaskan tanpa


sebarang tindakan, dilepaskan dengan jaminan atau ditahan
untuk siasatan lanjut.

Polis akan merujuk kepada pendakwa raya bagi tujuan


pendakwaan dan keputusan sama ada tertuduh perlu didakwa
di mahkamah atau tidak adalah bergantung kepada budi bicara
pihak pendakwa raya.
MAHKAMAH
Tertuduh yang diputuskan untuk didakwa akan dibawa ke mahkamah untuk
perbicaraan.

Hakim akan mendengar dan meneliti semua tuduhan yang dibuat ke atas
tertuduh oleh pihak pendakwa. 

Keputusan boleh dibuat dengan cepat jika tertuduh mengaku bersalah.

Akan tetapi jika tertuduh tidak mengaku salah dan ia menggunakan perkhidmatan


peguam bela maka perbicaraan biasanya akan mengambil masa yang lebih lama.

Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bergantung kepada kategori kesalahan.

Bagi kes jenayah berat seperti bunuh, cubaan bunuh, merompak, menyamun atau
rogol, lazimnya hakim akan menjatuhkan hukuman penjara yang lebih berat
kepada tertuduh. 

Antara tugas hakim yang paling rumit ialah pada ketika hendak memutus


dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Disebabkan oleh perkara tersebut kebanyakan hakim berpegang kepada prinsip


iaitu biar 10 orang bersalah dibebaskan berbanding jika seorang yang tidak bersalah
dijatuhkan hukuman bersalah.
PENJARA
Hanya mahkamah yang boleh menjatuhkan hukuman penjara ke atas
seseorang yang dituduh melakukan kesalahan jenayah setelah melalui
proses perbicaraan.

Tertuduh yang disabitkan dengan kesalahan dan dikenakan hukuman


penjara dikenali sebagai banduan.

Terdapat tiga tujuan utama hukuman penjara iaitu sebagai pembalasan,


pengajaran dan pemulihan.

Peranan penting yang perlu dilaksanakan oleh pihak penjara ialah


menahan, melindungi dan memulihkan banduan. 

Semasa berada di penjara mereka akan melalui beberapa program


sebelum dibebas  atau kembali semula ke pangkuan masyarakat.

Antara program tersebut ialah orientasi, pembentukan personaliti,


latihan kemahiran dan pemasyarakatan. . 

Setengah banduan yang cukup syarat seperti terdapat dalam sistem


ampun dan parol layak dibebaskan lebih awal.
 SEKIAN HARAP
FAHAM

 TERIMA KASIH

You might also like