You are on page 1of 18

KULIAH 2:

PENGENALAN,DEFINISI DAN DASAR PENDIDIKAN


INKLUSIF

MOHD. NAZIR MD. ZABIT (Ed.d)


KANDUNGAN:
• Definisi dan Latar Belakang Pendidikan Inklusif
• Akta Perundangan dan Dasar Antarabangsa
• Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

SEMESTER2- A192 SESI 2019/2020 2


DASAR DAN PERUNDANGAN DALAM
PENDIDIKAN KHAS

3
DASAR DAN PERUNDANGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Dasar Pendidikan Kebangsaan
• Akta Pendidikan (1996)
• Akta Orang Kurang Upaya (2008)
• Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
• Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) (2013)
• Kod Amalan Bagi Murid Berkeperluan Khas (2015)
• Buku Panduan Program Pendidikan Khas Integrasi (2015)
• Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif (2015)
• Zero Reject Policy (Dasar Penolakan Sifar) 2019

4
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
 Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

5 12/06/23
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

… menyediakan Pendidikan Khas agar kanak-


kanak berkeperluan khas dapat berfungsi sebagai
individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan,
boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri,
boleh menyedari potensi sendiri dan boleh
menyesuaikan diri dalam masyarakat.

6
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dilahirkan untuk memenuhi kehendak wawasan 2020.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan Dasar Pendidikan
Kebangsaan melalui 14 Sasaran Kerja Utama bagi mencapai matlamat
Wawasan Pendidikan

 Pendemokrasian Pendidikan  Kurikulum


 Perpaduan Negara  Pendidikan Prasekolah
 Kemudahan Pendidikan  Tenaga Manusia
 Kemudahan Pendidikan Tinggi  Tenaga Pengajar
 Pembelajaran Seumur Hidup  Sistem Pengurusan
 Pendidikan Keperluan Khas  Penglibatan Masyarakat
 Penilaian dan Pengukuran  Penyelidikan dan Sistem Informasi

SEMESTER2- A192 SESI 2019/2020 7


AKTA PENDIDIKAN (1996)

Maksud Pendidikan Khas

• Suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi


murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan dan
pendengaran.

• Suatu program percantuman di sekolah biasa bagi


murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan,
pendengaran atau masalah pembelajaran.

• Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid


dengan keperluan khas yang boleh hadir di dalam kelas
biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
8
AKTA ORANG KURANG UPAYA (2008)

Akta Orang Kurang Upaya 2008 :


“orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada
sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan
kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan
daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan
tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-
kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan
pembelajaran sepanjang hayat”

9
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
(2013-2025)

10
TUJUAN PPPM 2013-2025
Untuk melonjakkan kualiti pendidikan agar sejajar dengan keperluan
global iaitu menghasilkan modal insan (sumber manusia) yang
mempunyai:
• daya saing (competitiveness)
• kebolehpasaran (marketability)
• kebolehgajian (employability) yang tinggi.

11 12/06/23
MATLAMAT PPPM 2013-2025
• Melengkapkan setiap murid dengan segala kemahiran
baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut
peluang dan cabaran abad ke-21.

• Menyediakan pendidikan berkualiti yang mampu


menghasilkan modal insan bertaraf dunia dan mempunyai
kemahiran kritikal abad ke-21, termasuklah kemahiran
insaniah (soft skills), kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS)
serta pembangunan sahsiah yang holistik dan seimbang.

12 12/06/23
PERATURAN PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN KHAS) [2013]

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013:


MBK mendapat Program Pendidikan Khas Integrasi atau
Program Pendidikan Inklusif pada peringkat:
(a) pendidikan prasekolah;

(b) pendidikan rendah;


(c) pendidikan menengah; dan
(d) pendidikan lepas menengah

13
KOD AMALAN BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS (2015)

• Mengandungi prosedur standard yang memberi panduan dalam merancang,


menyediakan dan melaksanakan program pendidikan bagi murid
berkeperluan khas. 
 

14
BUKU PANDUAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI (2015)
• Buku Pengurusan Pendidikan Khas yang mengandungi
kurikulum,hal ehwal murid,kokurikulum dan bidang tugas
organisasi dalam pengurusan pendidikan khas di
Malaysia.

15
GARIS PANDUAN PROGRAM PENDIDIKAN
INKLUSIF (2015)

• Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif yang


mengandungi pelaksanaan program di peringkat sekolah
di Malaysia.

16
ZERO REJECT POLICY
(DASAR PENOLAKAN SIFAR) 2019
• Zero Reject Policy merupakan dasar sedia ada yang perlu dimantapkan
dari segi pelaksanaannya bagi memastikan MBK menerima pendidikan
yang selari dengan ketidakupayaan mereka sama ada ke sekolah-
sekolah biasa (mainstream) melalui Program Pendidikan
Inklusif, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Sekolah
Pendidikan Khas (SPK) dari peringkat prasekolah, rendah, menengah
dan lepas menengah.

• Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], Seksyen 29A.


Pendidikan Rendah Wajib menggariskan bahawa:
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa murid
berkeperluan khas (MBK) juga berhak untuk menerima pendidikan
wajib di peringkat sekolah rendah.

17
Soalan???

18

You might also like