You are on page 1of 10

Pengaruh Hindu Budha Dari Sudut Agama

Izmir Faizul Farah Nora

PENGARUH AGAMA
Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi agama Hindu dan kemudiannya diikuti pula oleh agama Buddha. Agama Buddha diperkenalkan di Srivijaya pada tahun 425 Masihi. Srivijaya merupakan pusat terpenting agama Buddha Mahayana. Agama Buddha aliran Buddha Hinayana dan Buddha Mahayana disebarkan di pelusuk kepulauan Melayu dan Palembang menjadi pusat pembelajaran agama Buddha

PENGARUH KEPADA BAHASA


Contoh bahasa sanskrit yang digunakan sehingga kini. SYURGA NERAKA PAHALA DOSA DEWA DEWATA

Penemuan Candi
Candi merupakan tempat sembahyang atau kuil penganut agama Hindu-Buddha. Candi merupakan istilah yang popular di Indonesia tetapi di Malaysia tempat sembahyang penganut Hindu disebut kuil. Tempat sembahyang penganut Buddha dipanggil tokong.

Candi Borobudur Di Pulau Jawa

Di Malaysia, candi tertua yang diketahui ialah Candi Lembah Bujang, Kedah, utara Malaysia Barat. Kerajaan Kedah Tua yang terletak di Lembah Bujang antara abad 5-13 Terletak di sungai Mas dari abad ke 5-11 masihi dan beralih ke Lembah Bujang dari abad 11-15 masihi. Abad 5-10 masihi penduduk menganut agama Buddha dan abad 11 masihi menganut agama Hindu kerana terdapat candi yang berunsur Hindu Buddha. Tinggalan Arca Hindu-Buddha iaitu Chieh-Cha atau Kataha.

Penggunaan Kitab Hindu Buddha


Antara kitab-kitab yang digunakan: Kitab Veda yang terbahagi kepada 3 iaitu Rig Veda, Atharva Veda, Yajur Veda dan Sama Veda. Kitab Brahma Upanishad Epik Ramayana serta Mahabrata yang mengisahkan perjuangan dewadewi dan sifat keperwiraan.

Perayaan
antara perayaan yang diamalkan penganut agama Hindu Budha sehingga kini ialah: Hari Deepavali Hari wesak

Arca
Contoh arca dapat dilihat pada kuil atau tokong dan masih diletakkan di pintu gerbang dan di pintu-pintu rumah penganut agama hindu. Arca Dewa-Dewi seperti dewa vishnu,dewa brahman dan dewa siva. Arca berbentuk haiwan seperti gajah.

Kesimpulan
Sehingga kini agama hindu buddha masih diamalkan oleh penduduk di Malaysia. Mereka masih menggunakan tinggalan-tinggalan sejarah untuk menggambarkan kesetiaan mereka kepada agama mereka iaitu Hindu budha.

You might also like