You are on page 1of 9

PROGRAM INTEGRASI

KEMAHIRAN BAHASA MELAYU


(PIKEBM)

TAJUK: AKULAH
JAGUH
Hari Sukan Di Sekolah Saya
Sekolah saya telah mengadakan hari sukan pada bulan Mac yang lalu.
Sebanyak empat buah rumah sukan telah mengambil bahagian. Rumah-
rumah sukan itu ialah Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Biru dan
Rumah Hijau.

            Pada hari sukan tersebut, sekolah saya telah dihias dengan


cantik.  Bendera kecil yang berwarna-warni telah digantung dari pintu
pagar hingga ke padang.  Di padang pula terdapat khemah yang dihias
cantik.

            Hari sukan dimulakan dengan perarakan masuk pasukan yang


mengambil bahagian.  Saya turut menyertai perarakan ini mewakili rumah
kuning.  Antara acara yang dipertandingkan ialah lumba lari, lompat jauh,
lompat tinggi dan lontar peluru. 
            Semasa acara sedang berlangsung, murid-murid bersorak
menyokong pasukan rumah masing-masing.  Ada juga ibu bapa dan
waris yang datang melihat anak-anak mereka mengambil bahagian
dalam acara sukan.  Saya turut mengambil bahagian dalam acara 100
meter dan 4 X 100 meter. Saya mendapat tempat pertama dan kedua
dalam kedua-dua acara tersebut. Acara terakhir yang dilangsungkan
ialah acara tarik tali antara guru dan waris. Acara ini di telah dimenangi
oleh waris.

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh tuan guru


besar.  Johan keseluruhan dimenangi oleh rumah Biru.  Walaupun agak
keletihan, saya seronok menjayakan hari sukan di sekolah saya.
SOALAN 1:

Bilakah Hari Sukan sekolah diadakan?


Hari Sukan sekolah telah diadakan pada
bulan Mac yang lalu.
SOALAN 2:

Berapa buah rumah Sukan telah mengambil


bahagian?
Empat buah rumah Sukan telah mengambil
bahagian,iaitu Rumah Merah,Rumah Kuning,
Rumah Biru dan Rumah Hijau.
SOALAN 3:

Bagaimanakah perhiasan sekolah?


Sekolah telah dihias dengan cantik.  Bendera kecil
yang berwarna-warni telah digantung dari pintu
pagar hingga ke padang.  Di padang pula
terdapat khemah yang dihias cantik.
SOALAN 4:

Berikut adalah acara yang telah


dipertandingkan, kecuali
A) lumba lari
B) sukaneka
C) lompat jauh
D) lompat tinggi
SOALAN 5:

Apakah perasaan anda, jika Rumah anda telah


memenangi tempat pertama?

You might also like