You are on page 1of 31

BBPP1103

FACULTY BUSSINESS AND MANAGEMENT

SEMESTER : JANUARI 2012

BBPP1103
COURSE : BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOUR

COURSE TITLE : PRINCIPLES OF MANAGEMENT

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

NOR HIDAYAH BT ZAINAL MANIAM 860731305052001 860731305052 014-3218110 noramin_86@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

MELAKA LEARNING CENTRE

BBPP1103

KANDUNGAN

Isi Kandungan

Muka surat

1.0

PENGENALAN 1.1 Takrif Pengenalam

2-4

2.0

STRUKTUR ORGANISASI

57

3.0

CIRI ORGANISASI

8 10

4.0

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ORGANISASI 4.1 4.2 4.3 4.4 Strategi Saiz Teknologi Persekitaran

11 14

5.0

PENJABATAN ( DEPARTMENTALISATION ) 5.1 5.2 5.3 5.4 Struktur Fungsian Struktur Geografi Struktur Matrik Struktur Produk

15 25

6.0

KESIMPULAN

26 27

7.0

APENDIKS

28 - 29

BBPP1103

PENGENALAN

BBPP1103

1.0

PENGENALAN

1.1

Takrif Organisasi

Menurut ( kamus dewan edisi keempat, p: 1103 ) organisasi bermaksud kesatuan (susunan) yang terdiri daripada bahagian-bahagian ( orang Dan lain-lain ) dalam sesuatu pertubuhan ( perkumpulan, perbadanan dan lain-lain ) untuk tujuan-tujuan tertentu ( kepentingan bersama ). Menurut Professor Schein ( 1973 ) organisasi sebagai satu penyelarasan yang rasional terhadap aktiviti manusia bagi tujuan mencapai matlamat yang telah ditetapkan melalui pembahagian kerja, fungsi dan juga melalui hierarki berautoriti serta tanggungjawab.Ralph Davis ( 1951 ) ada menyatakan bahawa organisasi adalah satu kumpulan yang terdapat sebilangan besar manusia yang bekerja dibawah satu ketua atau pemimpin untuk capai satu objektif.

Chester 1. Barnard dalam bukunya, The Function of the Executive yang dikeluarkan oleh Havard University Press, 1938, mengatakan bahawa organisasi ialah satu sistem aktiviti atau kuasa personal yang diselaraskan secara sedar dan dengan mudah. Mengikut Ralph M. Stogdill, tajuk buku Dimension of Organizational Design keluaran University of Pittsbury Press 1966, mentakrifkan organisasi sebagai satu sistem kerja yang dilakukan secara berstuktur yang mengandungi kedudukan dan perasaan yang dibentuk dan ditentukan terlebih dahulu sebelum peranan dan kedudukan diisi oleh pelakon-pelakonnya.

Walau bagaimanapun apa yang penting dalam takrifan tentang organisasi adalah satu kumpulan yang mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu di dalamnya yang terdiri daripada sekumpulan manusia yang berkerjasama dan saling membantu serta persekitarannya yang saling berkait antara satu sama lain dalam usaha mencapai objektif dan matlamat individu, kumpulan mahupun organisasi. Organisasi juga boleh dikaitkan dengan satu sistem yang wujud di mana terdapat di dalamnya beberapa bahagian dan persekitaran yang saling berkait dan memerlukan antara satu sama lain yang merangkumi pelbagai aktiviti manusia

BBPP1103

seperti sumber semulajadi, modal dan juga bahan. Selain itu organisasi juga dikenali sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada unit individu dan pegawai-pegawai organisasi itu, yang terletak dengan tahap kepentingan dan tanggungjawab yang mengandungi hubungan antara satu sama lain dan rantaian arahan yang telah ditetapkan.

BBPP1103

STRUKTUR ORGANISASI

BBPP1103

2.0

STRUKTUR ORGANISASI

Struktur organisasi merujuk kepada usaha dalam menjalankan tanggungjawab serta menspesifikasikan tugas atau kerja yang perlu dilakukan dalam sesebuah organisasi. Ia juga merupakan susunan komponen-komponen (unit-unit kerja) dalam sesebuah organisasi dengan menunjukkan adanya pembahagian kerja dan bagaimana fungsi-fungsi atau kegiatan-kegiatan yang berbeza diintegrasikan (koordinasi). Selain daripada itu struktur organisasi juga menunjukkan tentang sesuatu pekerjaan, saluran perintah yang telah ditetapkan dan juga penyampian laporan daripada hasil kerja yang dijalankan.

Struktur organisasi yang dibentuk haruslah bersesuaian dengan situasi organisasi berkenaan dan setiapnya adalah berbeza diantara sebuah organisasi dengan organisasi yang lain. Sesebuah organisasi memerlukan penetapan matlamat yang sebenar bagi menjamin keberkesanan matlamat yang diimpikan. Matlamat memberi maksud keputusan atau hasil yang dijangka dapat dicapai di mana di dalamnya perlu ada tempoh masa dan nilai seperti kualiti dan kuantiti yang diperlukan oleh sesebuah organisasi. Penetapan matlamat tersebut amatlah penting bagi memberi halatuju sesebuah organisasi. Selain itu,penetapan matlamat tersebut sangat penting dalam memfokuskan usaha selain menjadi panduan untuk perancanagn serta tindakan yang membantu kita menilai kemajuan yang dihasilkan.

Dalam sesebuah organisasi juga perlu ada kerjasama dan hubungan yang baik antara satu sama yang lain bagi menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Sebagai contoh sekiranya objektif dan matlamat yang diinginkan dalam sesebuah organisasi tercapai ahli dalam sesebuah organisasi tersebut juga turut mendapat pelbagai kepentingan contohnya pemberian gaji yang lancar setiap bulan atau apa-apa insentif yang akan diberikan oleh organisasi tersebut hasil daripada usaha mereka. Sekiranya sesebuah organisasi tidak mempunyai kerjasama dan menjalankan tugas tanpa memerlukan perkhidmatan atau kerjasama dari pihak lain sudah tentu tugas dan matlamat tersebut tidak dapat dilaksanakan seperti yang dikehendaki baik dari segi masa, kualiti, kuantiti, dan lain-lain penentuan.

BBPP1103

Sesebuah organisasi yang kukuh memerlukan pekerja yang berupaya menyatupadukan idea, usaha dan hubungan yang positif antara pekerja-pekerja yang lain supaya setiap matlamat yang diinginkan tercapai. Penyatuan dan hubungan positif antara pekerja-pekerja bagi mencapai matlamat ini sangat penting bagi menjamin halatuju yang di impikan terlaksana dan organisasi itu bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan. Bagi menjamin kukuhnya sesebuah organisasi adalah dengan penyelarasan peraturan yang telah ditetapkan serta prosedur yang telah dibuat untuk meningkatkan hubungan antara individu ke individu yang lain serta satu fungi ke satu fungsi yang lain.

BBPP1103

CIRI ORGANISASI

BBPP1103

3.0

CIRI ORGANISASI

Sesebuah organisasi yang telah terbentuk akan melambangkan identiti yang tersendiri. Misalnya bagi sesebuah sekolah seharusnya melambangkan identitinya sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan serta sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan yang amat besar kepada masyarakat umumnya pada pelajar-pelajar. Untuk mencerminkan nilai-nilai yang tinggi dan identiti sebagai sebuah sekolah, sesebuah sekolah haruslah memainkan peranan dan menetapkan matlamat supaya objektif yang diharapkan tercapai. Dengan demikian fungsi sesebuah sekolah itu berbeza dengan organisasi organisasi lain yang mempunyai okjektif tertentu.

Apabila wujudnya sesebuah organisasi tidak kira sama ada organisasi kecil atau besar ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan kedua-duanya terdapat perbezaan dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan bagi setiap tingkat. Misalnya jika sesebuah organisasi yang besar mungkin akan mempunyai lebih dari tiga tingkat autoriti di mana setiap tingkat itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggungjawab pada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi.

Di dalam sesebuah organisasi pembahagian kerja atau bahagian harus diwujudkan bagi menjalankan tanggungjawab tertentu. Misalnya sebuah kilang pembuatan secara umumnya akan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan bahagian pentadbiran. Dapat dilihat di bahagian pentadbiran wujudnya unit-unit lain seperti personel, pemasaran, kewangan. Maka unit-unit ini akan beroperasi mengikut pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

Sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti diperlukan bagi memastikan dan menentukan aktiviti sesebuah organisasi berjalan dengan lebih teratur seperti yang telah dirancangkan. Oleh yang demikian, sesebuah organisasi haruslah menerangkan dengan jelas dan nyata kepada kakitangan masing-masing mengenai peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan.

BBPP1103

Rajah 1 : Berikut menunjukkan secara jelas Hierarki Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia. http://kulanzsalleh.com/struktur-organisasi-kementerian-pelajaran-malaysia-kpm/

10

BBPP1103

FAKTOR

11

BBPP1103

4.0

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ORGANISASI

Terdapat 4 faktor yang mempengaruhi kukuhnya sesebuah struktur organisasi, iaitu :

4.1

Strategi

Strategi yang digunakan oleh sesebuah organisasi adalah amat penting bagi mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan. Sesebuah organisasi haruslah mempunyai lakaran strategi. Dengan adanya lakaran tersebut barulah sesebuah organisasi akan berjalan mengikut strategi yang telah diatur. Strategi yang digunakan mampu mewujudkan struktur organisasi yang kukuh, mengatur dan memperbaiki struktur dalam organisasi tersebut. Misalnya seperti sistem pengurusan yang baik dan teratur, senarai tugas jelas dan nyata, serta teknologi yang mudah merupakan antara strategi yang perlu ada dalam sesebuah organisasi. Selain itu, membuat pembahagian tenaga kerja kepada bahagian-bahagian tertentu dah memecahkan kepada jabatan atau unit yang berfungsi secara berkala. Strategi ini mampu melahirkan tenaga kerja yang mahir dibahagian-bahagian tertentu dan organisasi itu tidak perlu bimbang tentang kekurangan tenaga kerja yang mahir dalam organisasi tersebut. Selain contoh itu, penawaran gaji yang lumayan serta faedah-faedah yang lain selaras dengan kerja yang perlu dilakukan daripada majikan juga dapat dikatakan sebagai satu strategi yang menarik minat ramai masyarakat bagi memcapai objektif dan matlamat organisasi tersebut.

4.2

Saiz

Saiz organisasi juga mempengaruhi dan memberi kesan kepada strukturnya. Semakin besar sesebuah organisasi, semakin rumit struktur organisasinya. Seperti contoh organisasi yang besar dan mempunyai 1000 atau lebih pekerja lebih cenderung kepada pengkhususan, penjabatan, pemusatan, peraturan serta undang-undang berbanding dengan organisasi yang kecil. Manakala organisasi yang kecil masih kekurangan aktiviti untuk membentuk bahagian. Bagi sesebuah organisasi yang kecil misalnya mempunyai pekerja seramai 200 orang, jika berlaku penambahan pekerja seramai 300 orang kedalam organisasi tersebut ia akan memberikan kesan yang sangat besar kepada organisasi tersebut. Berbeza pula dengan 12

BBPP1103

organisasi yang besar tadi apabila menerima tambahan pekerja seramai 100 orang lagi tidak menjadi masalah dan tidak memberi kesan yang besar kepada organisasi tersebut.

4.3

Teknologi

Teknologi memainkan peranan sebagai bantuan mekanikal kepada aliran kerja. Teknologi juga merujuk kepada alat yang digunakan oleh organisasi bagi menjalankan sesuatu kerja dan dianggap sebagai pembolehubah struktural kerana membentuk hubungan di antara manusia ataupun kerja di dalam organisasi. Teknologi juga antara faktor yang mempengaruhi sebuah struktur organisasi. Terdapat pelbagai jenis teknologi yang boleh digunakan dalam sesebuah organisasi contohnya internet, email, website, blog, fax dan sebagainya. Sekurang-kurangnya satu teknologi perlu ada dalam sesebuah organisasi untuk merubah berkenan kewangan organisasi tersebut . Teknologi ini mampu mengubah input kepada output dengan penggunaanya secara automatik. Dengan kemudahan teknologi yang mampu menggantikan manusia dengan mesin bagi membantu mencapai piawaian output. Jika dalam sesebuah struktur organisasi menggunakan kepelbagaian teknologi akan menjadikan operasi berjalan secara automatik dan lancar. Setiap bahagian dalam organisasi tersebut tidak akan menggunakan teknologi yang serupa atau tahap penggunaan yang sama haruslah menggunakan teknologi operasi yang berbeza mengikut keperluan. Misalnya di Bursa Saham di mana penggunaan teknologi sangat-sangat penting kerana menghubungkan klien atau pelanggan yang tidak berhubung secara langsung.

4.4

Persekitaran

Persekitaran organisasi juga merupakan faktor yang mempengaruhi sesebuah struktur organisasi. Persekitaran organisasi ini merujuk kepada persekitaran yang stabil, persekitaran yang berubah dan persekitaran yang tidak stabil. Persekitaran organisasi ini terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan mempengaruhi organisasi tersebut dengan secara langsung dan tidak langsung. Antara elemen-elemen yang berhubung kait dengan persekitaran organisasi ini termasuklah pelanggan, pesaing, pembekal, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, persekitaran sosialbudaya, persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan, persekitaran global dan antarabangsa, agensi-agensi yang terlibat, media serta kumpulan yang mempunyai hak yang istimewa terhadap organisasi tersebut. 13

BBPP1103

Bagi persekitaran yang stabil, ia mengalami sedikit sahaja perubahan ataupun langsung tidak mempunyai kerja atau aliran tugas yang pelbagai serta perubahan yang tidak dijangka. Keadaan ini akan membuatkan undang-undang atau peraturan yang mempengaruhi organisasi tersebut akan kekal untuk tempoh yang agak lama. Bagi persekitaran yang berubah pula akan menyebabkan perubahan boleh berlaku dalam mana-mana atau termasuk semua bidang seperti keluaran, pemasaran, teknologi, undang-undang serta peraturan. Bagi persekitaran yang kompleks dan tidak stabil maka ia mempunyai tugas atau aliran kerja yang kompeks. Hal demikian terjadi apabila pesaing memperkenalkan keluaran-keluaran yang baru dan canggih yang tidak dapat diduga. Selain itu, keadaan lain yang menjadikan persekitaran tidak stabil ini berlaku adalah apabila keluar sebarang peraturan atau undang-undang yang baru tanpa sebagai amaran atau kejayaan teknologi tiba-tiba mereka bentuk keluaran atau kaedah pengeluaran tanpa diduga. Disebabkan itu, organisasi tersebut memerlukan rekabentuk aktiviti serta aktiviti penyelesaian masalah.

14

BBPP1103

PENJABATAN
( DEPARTMENTALISATION )

15

BBPP1103

5.0

PENJABATAN ( DEPARTMENTALISATION )

Menurut Giffin & Ebert, 1993 :181 , penjabatan bermaksud satu proses yang mengumpulkan kerja atau tugas kepada unit-unit yang logik. Manakala Daft pula mengatakan bahawa penjabatan sebagai satu sifat yang asas dalam struktur pengorganisasian secara menyeluruh ( Daft, 1988 : 235 ). Penjabatan ini boleh dilaksanakan kepada beberapa struktur yang lazim digunakan antaranya ialah struktur fungsian, struktur geografi, struktur matrik dan struktur produk.

5.1

Struktur Fungsian

Struktur fungsian bermaksud mengumpulkan fungsi, kerja dan kegiatan yang sama bagi membentuk sebuah organisasi . Ini merupakan satu bentuk organisasi yang paling umum . Struktur fungsian ini dibentuk bagi mengumpulkan individu secara bersama mengikut kepakaran dan pengalaman yang mereka miliki. Pembahagian struktur mengikut fungsi bahagian ini adalah berpandukan kepada fungsi asas yang perlu dijalankan. Dalam struktur jenis fungsi ini, tugas atau kerja akan dibahagikan kepada unit-unit tertentu. Pembahagian tersebut hendaklah mengikut kepada tahap kepakaran dalam bidang tersebut. Fungsi bahagian ini juga akan manyatukan semua mereka yang terlibat dalam satu kumpulan aktiviti yang berkaitan dalam satu organisasi.

Dengan kata lain, struktur fungsian ini membolehkan sesebuah organisasi menjabatankan bahagian-bahagian berdasarkan tugas atau aktiviti serta fungsi bahagian tersebut. Contoh struktur fungsian ini seperti jabatan pemasaran, jabatan sumber manusia, jabatan pentadbiran, jabatan penyelidikan, jabatan pembangunan, jabatan perdagangan antarabangsa dan sebagainya.Terdapat juga organisasi yang membahagikan struktur fungsian ini kepada beberapa fungsi bahagian yang lain. Hasil daripada itu akan wujudnya pengurus tambahan iaitu pengurus yang mengendalikan kerja atau tugasan di setiap bahagian yang telah ditetapkan dimana pengurus ini wujud di antara pihak pengurusan atasan dan pengurus di bahagian fungsi. Bagi struktur organisasi yang menggunakan jenis bahagian ini akan mengumpulkan dan menyatukan mereka dalam satu unit kerja yang terlibat serta aktiviti keluaran yang berkaitan.

16

BBPP1103

Berikut adalah carta organisasi Jabatan Perikanan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia http://www.dof.gov.my/12

17

BBPP1103

Berdasarkan carta, Jabatan Perikanan Malaysia ini telah membentuk struktur fungsian yang berlainan tugas atau kerja bagi mencapai objektif serta matlamat yang di rancangkan. Merujuk kepada struktur fungsian yang telah dibentuk Ketua Pengarah Perikanan merupakan fungsi yang paling tinggi dimana ia bertanggungjawab mentadbir dan mengarah organisasi dengan mengasaskan dasar, peraturan, kaedah kerja, membuat undangundang memberi nasihat, menyelaraskan aktiviti organisasi, jabatan atau unit/bahagian dalamannya serta matlamat organisasi tersebut. Terdapat dua bahagian fungsi dibawah Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi ) dan Ketua Pengarah ( Pembangunan ) dimana kedua-dua bahagian fungsi tersebut berfungsi sebagai ketua bagi unit/bahagian dibawahnya.

Bahagian-bahagian tersebut mempunyai beberapa fungsi yang berlainan aliran kerja atau tugas. Selain itu struktur fungsian yang dibentuk juga banyak bagi membolehkan individu yang pakar dan berpengalaman mengawal serta menyelia kerja antara satu sama lain.Selain itu dapat memberi peluang kepada ahli organisasi untuk belajar dari individu yang lain dan menjadi pakar dalam bidang tugas mereka. Dengan itu secara tidak langsung ia telah memudahkan proses pengawalan dan pelarasan kerja yang baik. Selain itu, struktur fungsian yang dibentuk telah memudahkan segala operasi kerja dan tugas yang dirancangkan supaya berjalan dengan lebih lancar. Selain daripada itu, struktur fungsian tersebut berperanan sebagai bahagian yang memusatkan dan mengumpulkan ahli atau pekerja untuk memudahkan usaha menggembeleng kemahiran khusus dan menggunakan kemahiran tertentu dimana ia amat diperlukan. Struktur fungsian ini membolehkan pembahagian kerja secara menyeluruh dan secara tidak langsung memudahkan proses komunikasi serta interaksi yang dapat meningkatkan kemampuan dan kecekapan dalam menghasilkan teknik terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab dan merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi sebarang masalah.

18

BBPP1103

Selain itu, ia juga memudahkan pengurus atasan mengetahui prestasi sesetengah bahagian, unit atau jabatan dalam sesebuah organisasi. Kerja yang dilakukan atau dijalankan secara keseluruhannya boleh diselaraskan kerana kesemua aktiviti dan kemahiran akan dikelompokan atau dikumpulkan dalam satu tempat/bahagian di bawah satu ketua. Selain itu fungsi bahagian tersebut menjadikan penyeliaan lebih mudah kerana setiap ketua dan unit mempunyai kemahiran yang tertentu. Selain itu juga fungsi bahagian yang digunakan sesuai untuk perubahan atau hasil kerja yang cepat dan berkesan.

5.2

Struktur Geografi

Dalam struktur geografi ini, unit dan bahagian berdasarkan kepada tempat dan kawasan geografi tersebut. Struktur ini sesuai apabila syarikat atau pejabat beroperasi dalam banyak kawasan geografi yang mana berlainan negeri, agama dan negara. Selain itu, struktur geografi adalah koordinasi kerja dan pekerja dalam unit atau bahagian yang berbeza dimana semuanya bertanggungjawab dalam organisasi atau aktiviti dalam kawasan geografi yang tertentu.

Berikut adalah Struktur Geografi Syarikat GAMAT eMAS Sdn.Bhd. www.egamat.com/gesb.tml

19

BBPP1103

Berdasarkan kepada carta struktur geografi bagi Syarikat GAMAT eMAS Sdn.Bhd. telah memperluaskan pengeluarannya di beberapa kawasan geografi yang tertentu. Kelebihan yang diperolehi adalah syarikat ini dapat memperluaskan perniagaannya merentasi sempadan termasuk pasaran kewangan, hubungan sosial dan produk atau keluaran yang dihasilkan kepada pasaran tempatan. Selain itu, syarikat ini dapat mengeratkan hubungan dengan lebih dekat antara tempat-tempat diseluruh dunia. Syarikat ini juga dapat memperluaskan kefahaman dan persahabatan antara rakyat di dunia dengan peluang-peluang penukaran peribadi yang semakin muncul. Dengan itu secara tidak langsung syarikat ini telah membentuk satu Perkampungan Global dan Tamadun Global.

Selain itu, syarikat ini menambah baik standart yang ditetapkan atau yang digunakan di peringkat anatarabangsa contohnya seperti undang-undang hak cipta. Di samping itu, syarikat ini mampu membentuk nilai-nilai uniersal serta mendapat perkembangan teknologi serta penyebarannya ke seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan aktiviti pengurusan anatara sempadan dan proses-proses pembangunan yang akan diadaptasikan apabila kemunculan suatu pasaran global kelak. Selain itu juga syarikat ini juga lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi yang canggih kerana sering berhubung antara sempadan dan dapat membangunkan satu infrastruktur telekomunikasi global.

5.3

Struktur Matrik

Struktur matrik jelas menunjukkan gabungan antara fungsi dan bahagian. Struktur ini menggabungkan dua atau lebih fungsi atau bahagian secara serentak dalam masa dan peringkat yang sama dimana pekerja akan memberi laporannya kepada dua ketua atau majikan yang berbeza. Persekitaran luaran khususnya teknologi dan pasaran yang terlalu kompleks dan sentiasa mengalami perubahan menjadikan struktur organisasi jenis matrik ini sangat penting.

20

BBPP1103

Berikut adalah Struktur Organisasi Matrik Syarikat IBA Group


http://ibagroupit.com/en/about/structure/

Bagi organisasi ini menugaskan pekerja yang pakar dari unit dan bahagian yang berbeza untuk melakukan tugas bagi satu atau lebih projek yang diketuai oleh seseorang pengurus projek. Projek itu dilakukan secara sementara atau kontrak dimana ahli-ahlinya terdiri daripada jabatan fungsian yang berbeza yang bekerjasama dalam menjalankan projek tersebut. Dalam struktur ini, pengurus akan bertanggungjawab kepada dua orang penyelia atau ketua.

Terdapat banyak kelebihan yang di peroleh. Antaranya dengan adanya fungsi matrik ini memberikan kebolehubahan ( fleksibiliti ) kepada organisasi tersebut. Selain itu membolehkan pekerja mendisplinkan diri dalam melakukan dua atau lebih tugas yang 21

BBPP1103

...................................................................................................................................................... diberikan dengan penuh tanggungjawab. Fungsi matrik ini juga merangsang kerjasama antara satu pekerja ke pekerja yang lain dalam dua atau lebih kerja yang dilakukan. Antara lain kelebihan yang diperoleh dari struktur organisasi ini adalah mereka mendapat kemahiran yang serentak dalam satu masa. Dan struktur organisasi ini juga membolehkan mereka memindahkan pekerja-pekerja yang mahir ke bidang-bidang yang diperlukan apabila terdesak kerana mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Selain itu, struktur organisasi ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain kerana mereka saling berhubung dan dapat menjalankan tugas mengikut kehendak yang telah ditetapkan. Struktur organisasi ini juga akan dapat memajukan lagi matlamat yang diinginkan kerana adanya penambahan idea yang banyak kerana mempunyai pekerja yang menjalankan dua atau lebih tugas/kerja dalam satu organisasi.

5.4

Struktur Produk

Produk adalah output sesebuah organisasi yang boleh dihasilkan dalam bentuk barang atau perkhidmatan.Bahagian ini merujuk kepada koordinat kerja dan pekerja dalam satu unit atau bahagian yang berbeza dengan tanggungjawab untuk menghasilkan output iaitu produk atau perkhidmatan yang telah ditetapkan. Kelebihan bahagian ini adalah membolehkan majikan dan pekerja memperluaskan pengalaman masing-masing dan kepiawaian yang berhubung dengan aktiviti keseluruhan produk atau perkhidmatan yang akan dihasilkan. Sehubungan itu bahagian ini membolehkan pihak pengurusan menilai persembahan kerja yang dilakukan dalam setiap unit kerja.

22

BBPP1103

Berikut adalah carta produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestlee http://nestlee.edublogs.org/files/2010/04/nestle-products1.JPG http://thinking-brands.blogspot.com/2010/09/nestle-brand-portfolio.html

23

BBPP1103

Syarikat Nestle berkemampuan mereka dan menghasilkan pelbagai jenis produk yang berbeza yang secara umumnya memenuhi keperluan setiap orang. Kesemua produk ini dihasilkan dalam bahagian atau unit yang berbeza kerja dan fungsi. Setiap bahagian akan diketuai oleh seorang ketua dan ketua itulah yang bertanggungjawab mengkoordinasikan kerja atau aktiviti pengeluaran serta aktiviti lain seperti belian, pasaran dan pengagihan setiap keluaran. Contohnya produk Maggi yang dihasilkan diketuai oleh seorang ketua dimana tanggungjawabnya memastikan produk itu dikeluarkan mengikut kriteria yang ditetapkan serta memastikan pemasaran, pengagihan dilakukan dengan betul. Dengan itu kerja untuk menghasilkan setiap produk adalah mudah kerana setiap produk akan dibahagi kepada ketua bahagian yang akan menguruskannya.

Pengasingan bahagian setiap keluaran dan produk ini telah memudahkan pengeluaran produk tersebut. Pengasingan ini amat penting kerana dapat menghasilkan dan mengumpul idea-idea yang kreatif dan bernas dalam menghasilkan produk tersebut sehigga ke pasaran. Setiap produk yang dihasilkan mempunyai fungsi, tujuan, kegunaan, faedah dan kebaikan yang tersendiri. Produk yang dihasilkan dilengkapi dengan ciri-ciri fizakal seperti bentuk yag menarik,berwarna-warni serta bahan-bahan yang digunakan. Selain dari ciri-ciri fizikal syarikat ini juga menghasilkan produk berdasarkan ciri-ciri bukan fizikal seperti bau, rasa, imej, konsep dan mudah digunakan. Ciri-ciri ini membuatkan pengguna dan pembeli tertarik untuk membeli.

Dengan kepelbagaian produk yang dihasilkan ini juga dapat menyelesaikan masalah keperluan pembeli atau pengguna dan merupakan kepentingan keperluan seseorang seperti istilah kata lain semakin tinggi keperluan seseorang, semakin tinggi pengguna sanggup membeli. Contohnya bagi pengguna produk Cerelac iaitu produk khas buat bayi dan kanakkanak. Sesetengah pengguna memilih produk ini sebagai produk yang terbaik buat anak mereka kerana kandungan serta khasiat yang dihasilkn memberi kesan yang terbaik kepada anak mereka, maka mereka tidak akan berubah dan setia menggunakan produk tersebut.

Syarikat ini membuat produk yang berkualiti tinggi dan baik setanding harga yang diberikan kerana perbincangan yang teliti mengenai setiap produk yang akan dihasilkan telah dibuat oleh setiap ketua bahagian setiap produk. Dengan itu, pengurusan mengenai 24

BBPP1103

pengeluaran produk tidak akan menjadi kucar kacir sebaliknya akan menjadi lebih teratur dengan adanya setiap ketua yang mengawalnya. Selain itu produk yang dihasilkan akan dikeluarkan mengikut jadual kerana ada pengawasan oleh ketua dan kesilapan tempahan tidak akan berlaku.

25

BBPP1103

KESIMPULAN

26

BBPP1103

6.0

KESIMPULAN

Pada keseluruhannya dapat dijelaskan bahawa peranan organisasi amatlah penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana disebabkan oleh ciri, tujuan, dan strategi organisasi tersebut dalam menjadikan organisasi tersebut mencapai matlamat yang diimpikan dan teguh serta berupaya menjalankan fungsinya.

Selain itu, dengan adanya penjabatan struktur dalam organisasi tersebut memudahkan lagi setiap operasi dalam organisasi tersebut. Struktur organisasi yang baik akan dapat menyokong segala objektif dan misi yang telah ditetapkan. Struktur ini dapat menerangkan dan menunjukkan hubungan saluran antara satu sama lain, komunikasi formal, penentuan tanggungjawab dan tugas setiap individu, serta autoriti pembuatan keputusan. Reka bentuk organisasi haruslah mengikut konsep yang lebih luas .

Terdapat beberapa jenis struktur yang boleh dipraktikkan dalam sesebuah organisasi antaranya ialah fungsian, geografi, matrik dan produk. Organisasi haruslah memilih struktur yang bersesuaian dengannya bersesuaian dengan matlamat jangka panjang organisasi dan mengikut perubahan persekitaran. Dan pilihan yang sesuai dapat melahirkan organisasi yang berdaya saing. Kegagalah sesebuah organisasi memilih struktur yang sesuai akan menyebabkan organisasi tidak dapat melaksanakan matlamat yang diimpikan.

( 3,593 PATAH PERKATAAN )

27

BBPP1103

APENDIKS

28

BBPP1103

RUJUKAN / REFERENSI

Schein, E.H. ( 1973 ). Organizational Psychology. New Delhi : Prentice-Hall of India.

Davis, R. ( 1951 ). The Fundamentals of Top Management . New York: Harpers Bros.

Barndard, C. 1. ( 1938 ). The Function of the Executive. Cambridge, MA: Harvard Univercity Press.

Stogdill, R. M. ( 1966 ). Dimensions of Organizational Designs. United State : University of Pittsburgh Press .

Giffin & Ebert, ( 1993 ) p:181 Daft , ( 1988 ) p: 235

http://kulanzsalleh.com/struktur-organisasi-kementerian-pelajaran-malaysia-kpm/

http://www.dof.gov.my/12

www.egamat.com/gesb.tml

http://ibagroupit.com/en/about/structure/

http://nestlee.edublogs.org/files/2010/04/nestle-products1.JPG

http://thinking-brands.blogspot.com/2010/09/nestle-brand-portfolio.html

29

BBPP1103

30

You might also like