You are on page 1of 2

1.

0 PENDAHULUAN Menurut sumber wikipedia Fasisme atau dalam Bahasa Inggeris disebut Fascism merupakan ideologi politik yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu atau masyarakat. Fasisme mementingkan perpaduan antara masyarakat bangsa yang sama. Ideologi ini meliputi unsur-unsur nasionalisme, ketenteraan, korporatisme, totalitarianisme, antikomunisme dan antiliberalisme. Perbincangan soalan ini perlu mengambil kira keadaan di Itali selepas perang dunia pertama. Apakah masalah-masalah yang dihadapi selepas perang itu? Isi-isi perbincangan perlulah merangkumi perkara berikut: - Ketidakpuasan rakyat terhadap Perjanjian London -Kelemahan kerajaan berperlembagaan Itali (terutama dalam dasar luar negeri) - masalah ekonomi seperti inflasi, pengganguran dan rusuhan - peningkatan pengaruh parti sosialis selepas pilihanraya 1919. - parti sosialis menganjurkan ruruhan-rusuhan pekerja- yang paling besar ialah rusuhan 1920. - zaman keganasan ini membimbangkan golongan tuan tanah dan pemilik kilang. Rakyat bimbang akan tercetus revolusi komunis. - Rakyat inginkan sebuah kerajaan untuk mengembalikan keamanan. Kebimbangan pencetusan revolusi menyebabkan parti baru, parti Fasis menambahkan pengaruhnya di bawah kepimpinan Benito Mussolini. - Bincangkan kemunculan parti Fasis pada 1921 dan peningkatan pengaruh. Fokuskan kepada bagaimana masalah ekonomi dan rusuhan sosial dan kebimbangan pencetusan revolusi komunis menyebabkan parti mussolini mendapat sokongan ramai - parti Fasis menang pilihanraya 1921 dan melancarkan kempen anti-komunis. Bagaimana parti Fasis memenangi kempen itu? - Mussolini menggugat Raja Victor untuk menjadikannya sebagai ahli kabinet. Bagaimana dia berjaya dan akhirnya menjadi Perdana Menteri.

-Secara ringkasnya, saudari perlu menonjolkan faktor kebangkitan Fasisme seperti ketidakpuasan rakyat terhadap kerajaan sedia ada, ancaman oleh unsur sosialis, kepimpinan Mussolini dan strategi Mussolini dalam merampas kuasa. Dalam menjelaskan maksud Fasisme, bincangkan pandangan Mussolini dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

You might also like