You are on page 1of 22

BUKU SKRAP KAUM BIDAYUH

SEJARAH KAUM BIDAYUH


Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang berhijrah dari Kalimantan Barat Indonesia ke Sarawa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kumpulan Bidayuh mendakwa bahawa nenek moyang mereka berasal dari Kalimantan Barat, Jawa, Sumatrala dan ada juga yang menyatakana bahawa mereka adalah penduduk asal Sarawak. Penempatan Bidayuh terawal adalah berpusat di Ulu Padawan dan Mikabuh Rabak di Daerah Kuching, Bung Bratak, Dorod Singai dan Gunung Serembu di Daerah Bau, Bung Bagak dan Sedemak di Daerah Lundu. Pada zaman dahulu, Bidayuh telah dikenali sebagai " Dayak Darat". Walau bagaimanapun, hari ini mereka lebih suka dikenali sebagai "'Bidayuh". Dalam bahasa mereka, "Bi" bermaksud "Rakyat" dan "Dayuh" bermaksud "Tanah". Oleh itu, perkataan "Bidayuh" bermaksud "Orang Tanah". Terdapat 29 kumpulan Bidayuh di Sarawak. Di daerah Kuching 11 kumpulan, di daerah Bau 5 kumpulan, di daerah Lundu 3 kumpulan dan di daerah Serian 10 kumpulan. Berdasarkan rekod yang disimpan di Pejabat Daerah Kuching, Bau, Lundu dan Serian, terdapat 96 Kampung di Kuching, 63 di Bau, 41 di Lundu dan 135 di Daerah Serian.Secara keseluruhannya, orang Bidayuh adalah mesra, merendah diri, amanah dan mesra pada semua orang.

BAHASA KAUM BIDAYUH


Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa lain yang

terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,


pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang berlainan.

Sebagai contoh suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut


makan ialah ma-an manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut makan sebagai man.

KEPERCAYAAN BIDAYUH
Pada mulanya kepercayaan kaum Bidayuh adalah animisme. Tetapi semasa penjajahan British mubaligh Kristian telah menyebarkan agama Kristian dan majoriti mereka adalah Kristian dan hanya 3 peratus sahaja beragama Islam. Bidayuh Bau mempunyai tradisi yang unik iaitu mengantung badan orang yang mati di atas pokok dan tinggalkan mayat tersebut sehingga reput. Rangka yang tertinggal diatas pokok sebagai peringatan kepada simati. Tradisi ini jarang

dilakukan pada masa kini.

PAKAIAN KAUM BIDAYUH


Warna hitam adalah warna utama pakaian tradisi orang Bidayuh.

Manakala warna putih, kuning, dan merah ialah warna kombinasi.


Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau kepala kain berwarna warni adalah pelengkap hiasan kepala wanita Bidayuh. Pakaian lelaki Bidayuh biasanya sepasang baju dan seluar berwarna hitam. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan lelaki Bidayuh.

RUMAH PANJANG BIDAYUH


Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang.

Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh


terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh. Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.

Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan

keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan


sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat sebagainya. Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan

TARIAN KAUM BIDAYUH


Tarian kaum Bidayuh yang terkenal ialah: 1. Tolak Bala biasanya ditarikan sebelum musim menuai bagi mendoakan Tuhan agar tuaian tahun ini banyak dan ahli keluarga jauhi daripada malang. 2. Langgi Julang ditarikan semasa ketua kampung atau penghulu dipilih. 3. Rajang Beuh ditarikan selepas musim menuai atau semasa menyambut tetamu.

PESTA KAUM BIDAYUH


Pesta Birumuh atau Rami Onu Gawai merupakan majlis perhimpunan masyarakat Bidayuh bagi meraikan hasil tanaman dan tuaian padi. Pesta tersebut sering dirai oleh masyarakat Bidayuh selepas menjalankan aktiviti tanaman dan beruma atau menuai padi. Pada malam Rabu , masyarakat Bidayuh meraikan Pesta Birumuh sempena sambutan Hari Gawai. Dalam masyarakat Bidayuh, umuh bererti padi dan berumuh bererti pertanian padi.

Pesta Birumuh adalah festival budaya untuk meraikan tradisi


Bidayuh dalam penanaman padi. Menurut kepercayaan masyarakat Bidayuh beras mempunyai roh atau jiwa yang harus dihormati. Beras tidak boleh di sia-sia dan pembaziran akan menyinggung semangat padi dan boleh mempengaruhi hasil tuaian padi berikutnya. Padi juga merupakan tanda kekayaan seseorang yang akan dijelaskan menerusi jumlah stok beras yang dimiliki.

PANTANG LARANG DAN KEBUDAYAAN KAUM BIDAYUH


MENGANDUNG Bagi masyarakat kaum Bidayuh, adat-adat tertentu perlu dipatuhi semasa sedang mengandung. Adat-adat tersebut bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungan dan bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana buruk. Semasa isteri mengandung, terdapat beberapa pantang larang dan adat yang perlu diamalkan. Antaranya adalah seperti adat menawar perut, berpantang larang dan persiapan menyambut kelahiran.

1. Upacara Menawar Perut Apabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar perut atau birayangite akan diadakan untuk menggalakkan anak dalam kandungannya membesar dengan sempurna. Hanya bidan kampung yang berpengalaman dijemput untuk melakukan upacara ini. Selepas sahaja bidan tersebut membaca mentera, tubuh perempuan mengandung itu akan dibalut dengan kain bertujuan untuk menghalau segala keburukan dan kekotoran. Kemudian dia akan mengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring dengan mukanya memandang ke syiling. Pada ketika ini, bidan akan melakukan upacara menawar perut. Dia akan melumuri perut wanita tersebut dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut perempuan berkenaan sambil membaca jampi serapah.

2. Pantang Larang Semasa mengandung, si isteri serta suaminya hendaklah mengamalkan pantang larang tersebut: Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi pencuri. Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi gila dan sukar untuk bersalin. Si suami dilarang keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu atau umot sanja yang akan mengganggu anak dalam kandungan tersebut. Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit kulit, kerana risau akan menjangkiti anak dalam kandungan itu dan menyebabkannya lahir tidak cukup bulan. dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir menjadi sumbing. Si suami dilarang memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang lubang, takut anak akan mati semasa dilahirkan. Si suami juga dilarang mengeringkan kolam, perigi atau sungai kerana dikhuatiri si isteri akan mengalami tumpah darah. Dilarang melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya, kerana takut kedudukan anak di dalam perut songsang dan ini boleh menyulitkan kelahirannya. Sekiranya si suami menebang pokok pisang ketika isterinya mengandung ini akan menyebabkan bayi yang akan lahir itu mati. Selain itu juga, terdapat banyak lagi pantang larang yang harus diamalkan mengikut kepercayaan Bidayuh.

3. Persiapan Menyambut Kelahiran Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami perlu memastikan bahawa kayu api yang kering ada secukupnya di rumah untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan si isteri semasa dan selepas melahirkan anak. Dia juga perlu mendapatkan halia merah atau halia biasa sekurang-kurangnya 10 kati, dua botol arak beras dan satu botol minyak daripada sejenis buah untuk kegunaan isterinya semasa bersalin nanti. Dia juga perlu membuka semula semua ikatan balutan dan penutup yang telah dibuat untuk mengurangkan

sakit semasa hendak bersalin dan mempercepatkan kelahiran.


Apabila si isteri sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh pembantunya. Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun suaminya sendiri untuk membantunya memasang pemegang sekiranya perlu atau untuk memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasap wanita berkenaan. Ini bertujuan untuk menghalau semangat jahat daripada mengganggu proses kelahiran tersebut. Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegang semangkuk air sejuk dan semangkuk

gaharu yang membara. Pada penghujung setiap bacaan jampinya dia akan mengetuk bawah mangkuk tersebut
dengan hujung jari tengah tangan kanannya sebanyak tujuh kali. Kemudian dia akan meniup air di dalam mangkuk itu dengan mulutnya. Proses ini diulangi sebanyak tujuh kali. Selepas itu dia akan menyembur air itu dengan mulutnya ke atas badan si isteri tersebut dari muka hingga ke penghujung kaki, manakala si isteri tersebut berbaring. Selesai sahaja proses ini dilakukan, air tirusoh atau air selusuh diberikan kepada si isteri tersebut untuk diminum, seboleh-bolehnya dalam sekali teguk. Andainya tidak ada apa-apa reaksi dalam masa setengah jam selepas itu, maka sirih perlu disediakan dan jampi serapah yang sama dibaca mengikut peraturan yang sama. Selepas itu sirih tadi diberi kepada isteri tersebut untuk dikunyah, dan seterusnya menanti saat untuk bersalin.

Memotong Tali Pusat Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu urinya keluar dari perut si ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si anak. Jika uri itu tidak keluar dalam masa lima minit maka bidan akan melakukan acara yang serupa seperti yang dilakukannya untuk mengeluarkan anak dari dalam perut ibu. Anak yang baru lahir itu diletakkan di atas tikar selepas badannya dibalut dengan kain bersih untuk memanaskannya. Pada masa yang sama sebilah sembilu yang bersih dan tajam perlu disediakan untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja uri sudah keluar. Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi Kenduri Selepas Bersalin Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bidan dan pembantunya, keluarga berkenaan akan menyembelih dan memasak ayam untuk

dimakan bersama bagi menandakan kelahiran


anak tadi. Selepas makan, bidan akan diberi pinggan tanah berisi beras, sedikit kunyit dan kelapa kering serta wang tunai sekurang-

kurangnya lima ringgit. Pembantunya juga diberi upah yang sama kecuali wang tunai yang hanya sebanyak tiga ringgit. Selepas itu pantang pun dijalankan Sepanjang selama tempoh tujuh ini hari hanya tujuh malam. dan

tadi. Ikatan yang pertama dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian perut
dan ikatan kedua 2sm. dari ikatan pertama tadi dengan menggunakan benang kapas. Selepas ini tali pusat itu dipotong di tengah-tengah ikatan dengan sembilu. Bekas potongan itu kemudian disapu dengan campuran hitam yang dibuat daripada minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk. setiap kali selepas mandi, bekas potongan tali pusat bayi itu dibersihkan dengan air suam dan dilap dengan kapas untuk mengeringkannya sebelum dilumur balik dengan campuran jelaga hitam tadi. Apabila sudah cukup kering, bekas tali pusat itu akan tanggal dengan sendirinya.

bidan

pembantunya tadi dibenarkan memasuki bilik untuk merawat si ibu dan anaknya.

Menjaga Tali Pusat Tali Pusat yang dipotong dan yang sudah tanggal dengan Menyimpan dan Menanam Uri Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan abu dapur dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api sendirinya itu disimpan di dalam bekas buluh kecil yang disumbat mulutnya supaya tidak dimasuki angin. Ia kemudian digantung di atas tempat tidur bayi tadi. Tali pusat yang sudah kering pula hendaklah dijaga supaya tidak hilang kerana dikhuatiri anak tersebut akan menjadi penakut dan pelupa. Selepas upacara di atas selesai, maka bilik kediaman anak itu dikenakan pantang selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang masa itu, kerja-kerja berikut adalah dilarang; o Membawa rebung, paku, kulat, pekasam daging dan ikan serta belacan ke dalam bilik, dikhuatiri ibu dan anaknya jatuh sakit.

dalam bilik keluarga berkenaan sehingga bayi itu


sudah boleh duduk dan berjalan sendiri. Mengikut adat masyarakat Bidayuh, kendi yang

mengandungi uri tadi akan dipecahkan apabila si anak sudah mula belajar berjalan. Jika anak perempuan, kendi dipecahkan dengan kayu api

dan sekiranya anak lelaki, kapak akan digunakan.


Uri tadi juga akan ditanam ke dalam tanah dan masyarakat Bidayuh percaya perbuatan ini boleh menyebabkan si anak perempuan tadi pandai membuat kerja-kerja rumah dan anak lelaki pula pandai membuat kerja-kerja di sawah.

o Naik ke siling atau memanjat pokok yang berdekatan kerana


dikhuatiri si anak akan jatuh sakit. o o o kerana bimbang si anak mendapat batuk. Nasi untuk si ibu hendaklah dibungkus dengan daun manah dan dimakan dengan garam nipah sahaja. Selain itu, ibu tersebut juga hanya dibenarkan meminum arak atau air halia yang sudah dijerang. Tuak tidak dibenarkan kerana perut akan menjadi kembung. Sesiapa yang melanggar pantang di atas terutamanya pantang pertama dan kedua akan dikenakan denda yang berat jika si ibu atau si anak jatuh sakit.

Perlindungan Daripada Kome Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah-bilah buluh yang tajam yang diikat bersama digantung pada siling rumah di atas tempat bersalin. Ia berfungsi sebagai pelindung kepada si ibu dan anaknya daripada bahaya yang mungkin dilakukan oleh semangat jahat atau kome dan juga hantu yang dipanggil kok-anak. Menamakan Anak Kanak-kanak masyarakat Bidayuh ketika kecil dipanggil suwe . Suwe adalah kata-kata umum untuk anak lelaki dan sipira untuk anak perempuan. nama-nama ini digunakan untuk mengelirukan semangat-semangat jahat. Nama tetap hanya diberi apabila anak itu sudah berusia dua tahun. Bagaimanapun, jika anak itu jatuh sakit selepas diberi nama tetap tadi, ibu bapanya hendaklah menamakannya semula samada dengan nama timangan atau nama baru. Dengan berbuat demikian, kome tidak boleh

mengganggu roh mereka. Apabila kanak-kanak di dalam sesebuah keluarga itu mati selepas dinamakan dengan nama keluarga mereka, nama keluarga tersebut hendaklah dibuang dan nama baru ditambah pada nama sebenar untuk mengelirukan semangat jahat. Justeru itu tidak ramai di kalangan masyarakat Bidayuh menggunakan nama bapa mereka sebagai nama keluarganya.

PERKAHWINAN Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu. Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara nenek datuk rnereka dengan keturunan bekas musuh rnereka, maka larangan tersebut mansuh. Di kalangan kumpulan Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. Lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka berkahwin. Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup. Sebagai petani, bakal mentua inginkan calon suami yang boleh bekerja di kebun lada mahupun bertanam padi. Mereka juga mengharapkan calon menantu lelakinya berpekerjaan tetap dengan kerajaan

atau swasta supaya kehidupan anak dan keturunannya terjamin. Kecuali perkahwinan
yang terlarang, masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka. Dalam kumpulan Bukar-Sadong dan kumpulan Selako, mereka dibenarkan untuk memilih pasangan yang disukainya tanpa mengira asal kaum.

Terdapat

perhubungan

antara

menuai

padi

dan

peristiwa

perkahwinan. Lebih baik hasil yang diperolehi, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini adalah kerana majlis

pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besar dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan, pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.

Usia minima untuk bertunang bagi anak perempuan pada masa lampau ialah 16 tahun, manakala bagi anak lelaki 18 tahun. Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki itu akan melantik orang perantaraan perempuan . Antara lain, perantara perempuan tersebut akan menghantar tepak sirih atau kapur tunang atau sebentuk cincin kepada perempuan berkenaan di samping untuk mendapatkan pandangan pihak keluarga perempuan mengenai perkahwinan

tersebut.

KEMATIAN Apabila berlaku kematian, ahli keluarga dan sahabat si mati akan segera menziarahinya. Kaum wanita segera menyanyikan lagu sedih yang disebut mpesan iaitu kata-kata terakhir atau pesanan kepada si mati. Mayat dimandikan dan disapukan minyak serta dipakaikan pakaian yang indah dan dibalut dengan

kain putih yang baru. Mayat seterusnya diletakkan di atas tikar pandan. Ketika ini
seorang lelaki diarahkan menggali kubur dan ditugaskan mengusung mayat ke kubur. Pengebumian akan dijalankan apabila semua ahli keluarga dan saudaramara si mati sudah berkumpul. Pengebumian atau pembakaran mayat dilakukan oleh seorang penduduk kampung yang memang ditugaskan itu menjalankan kerja-kerja tersebut. Segala makanan yang diletakkan berdekatan mayat tersebut akan dibuang, ini dilakukan semasa mayat dibawa ke tanah perkuburan. Tikar tempat mayat dibaringkan akan dikemas serta lantainya dicuci untuk menghilangkan bau mayat. Ia juga bertujuan untukmengelak semangat si mati masuk atau datang ke bilik tersebut. Mayat masyarakat Bidayuh akan dibakar atau ditanam dengan menjalankan beberapa adat-adat tertentu.Ini mengikut adat bagi Bidayuh di kawasan tersebut. Selepas pengebumian,ahli keluarga si mati tidak dibenarkan meninggalkan rumah si mati selama paling kurang 4 hari. Sementara penduduk kampungnya pula tidak dibenarkan turun ke sawah selama 2 hari. Ini adalah sebagai upacara berkabung dan menghormati si mati.

You might also like