SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN BAHASA MELAYUPerkembangan Ejaan dalam Bahasa Melayu Kuno
Ismail Hamid (1987) dalam Abdul Aziz Abdul Rahman (2001) memperincikanbahawa bahasa Melayu berkembang dengan kelahiran kerajaan Jambi. Tambahnya,ledakan sistem ejaan ketika perkembangan Bahasa Melayu Kuno memuncak pada abadke-7 hingga abad ke-11, yakni terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh tulisanPallava dan Nagiri dari India juga kelihatan amat menonjol dalam aspek penyuratanmahupun kata-kata pada prasasti.Ejaan sewaktu sewaktu perkembangan Bahasa Melayu Moden banyakmemperlihatkan perubahan dari segi penerimaan kata-kata daripada bahasa Sanskrituntuk idea dan konsep yang baru. Hal ini jelas dilihat daripada batu-batu bersurat yangditemui ditulis pada zaman ini. Antaranya ialah Batu Bersurat di Kedukan Bukit,Palembang (683 Masihi), Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi), BatuBersurat Kota Kapur, Bangka (686 Masihi), Batu Bersurat Karang Brahi, Jambi (686Masihi), Batu Bersurat Gandasuli, Jawa Tengah (832 Masihi), dan Batu BersuratBangkahulu, Bangkahulu (1000 Masihi).Ahli-ahli bahasa turut merumuskan bahawa ejaan yang digunakan sewaktuperkembangan Bahasa Melayu Kuno menunjukkan ciri-ciri seperti penggunaan kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit yang melampau, penggunaan geluncuran [w]atau letusan gigi [v] untuk letupan bibir [b], penggunaan vokal depan luas [a] untuk vokaltengah [ə] atau menggugurkan langsung vokal [a], penggunaan awalan mar- bagiawalan ber-, penggunaan awalan ni- untuk awalan ni- untuk awalan di-,dan jugapenggunaan konsonan yang dihembuskan. Berikut adalah potongan petikan daripadakandungan batu bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 683 Masihi denganterjemahannya dalam Bahasa Melayu Moden;
Bahasa Melayu Kuno
Swasti Shri Shakawarsatita 605 ekadashi Shulapaksa wulan Waishakhladapunta hiyang naik disamvau mangalap siddhayatra. Di Saptami Shulapaksa wulanJyetha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamvan mamawa yang vala dua laksadangan...dua ratus tshara disambau dangan jalan Sarivu tlu ratus sapuluh duabanyaknya. Datang di Matayap sukhashitta di pants hami shuklapaksa wulan…laghumudik datang marmuat manua… Shriwijaya.
Bahasa Melayu Moden
Selamat dan bahagia Dalam tahun Shaka 605, pada sebelas haribulan terangdari bulan Waishaka baginda naik kapal mencari untungnya. Pada tujuh haribulan terangbulan jyetsa baginda berangkat dari muara Kampar membawa bala dua laksa dengan…dua ratus orang di kapal dengan yang jalan kaki Seribu tiga ratus dua belas banyaknya.Datang di Matayap dengan sukacita pada lima haribulan terang belayar mudik datangmembuat benua (negeri)… Sriwijaya
1