You are on page 1of 9

Pencapaian Dasar Ekonomi Baru Malaysia 1970-1990.

Ketika penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dahulu, pihak Inggeris telah mengamalkan dasar pecah dan perintah. Ini telah meletakkan kaum-kaum yang berada di Tanah Melayu ketika itu di bahagian-bahagian ekonomi mereka sendiri. Kaum Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan dan bekerja sebagai peniaga dan pelombong manakala kaum India pula tinggal dikawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh. Jurang sosial ekonomi yang amat berbexa ini telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang telah mengakibatkan berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendedahkan manifestasi sebenak perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, kaum Melayu masih ketinggalan jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan, manakala kaum Cina jauh kehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan perlombongan. Ini menyebabkan kerajaan Malaysia telah membentuk Dasar Ekonomi Baru yang telah dibentuk menerusi Majlis Perundangan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis ini juga telah mencadangkan agar diwujudkan Jabatan Perpaduan Negara. Dasar Ekonomi Baru telah berperanan dalam usaha pihak kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat integrasi nasional antara kaum yang tinggal di Malaysia. Matlamat integrasi nasional adalah untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan bandar dan luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsifungsi ekonomi dan pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Baru memastikan

matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan bandar.berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (RM200). 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Keutamaan juga di berikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970. Bagi memastikan matlamat kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Beberapa strategi telah dirancangkan iaitu mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990, memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang melayu dan kaum bumiputera, menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif dan meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar. Dari banci penduduk tahun 1970, didapati bahawa 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan dibawah garis kemiskinan. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula ialah Melayu sebanyak 64.8% yang memperolehi jumlah pendapatan sebanyak RM172.00 yang mana kebanyakkan kaum Melayu ketika

itu tinggal di kawasan kampong dan bekerja sebagai petani atau nelayan. Kaum Cina pula ialah sebanyak 26 %, jauh dihadapan berbanding kaum Melayu, dengan purata pendapatan tahunan mereka sebanyak RM392.00. Ini adalah kerana kebanyakkan kaum Cina tinggal dikawasan bandar dan bekerja sebagai peniaga serta menjalankan kegiatan perlombongan yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Kadar kemiskinan kaum India pula ialah pada kadar 39.2% dengan purata pendapatan setahun sebanyak RM304.00. Kebanyakkan kaum India tinggal di kawasan-kawasan estet dan ladangladang yang kebanyakkan mereka bekerja sebagai buruh dan peladang. Ini telah mewujudkan satu jurang pendapatan yang jauh berbeza antara sesuatu kaum yang menyebabkan berlakunya perasaan iri hati dan dengki. Sewaktu mencapai kemerdekaan, kadar kemiskinan penduduk menghampiri 50 peratus. Secara perlahan-lahan, iltizam menjayakan DEB menyebabkan kadar tersebut berkurangan kepada lima peratus kini dan dijangka akan terus bertambah kurang pada tahun 2010. Kemiskinan tegar akan terus menjadi sasaran supaya masyarakat Malaysia yang makmur dapat direalisasikan. Program pembasmian kemiskinan bukan hanya disasarkan kepada masyarakat Melayu tetapi juga melibatkan kaum Cina, India dan bumiputera yang lain. Hidup miskin, dalam masyarakat mana sekalipun, akan menyebabkan fikiran menjadi rungsing, jiwa menjadi lemah dan hidup tidak terurus. Kemiskinan juga menyebabkan kecenderungan terlibat dalam jenayah lebih tinggi. Ini kerana miskin berkait dengan keupayaan mendapatkan pendidikan yang lebih baik dan sempurna. Pendidikan dapat mengubah keadaan hidup, pandangan terhadap kehidupan dan membentuk tingkah laku yang lebih beradab. Pendidikan yang diterima oleh rakyat Malaysia sehingga kini telah memberi banyak perubahan kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum kerana persaingan semakin ketara dalam banyak bidang.

Orang Melayu sangat lemah ketika awal kemerdekaan dahulu. Kini mereka dibantu dengan pelbagai dasar yang melibatkan berbilion ringgit yang dipelopori oleh DEB. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membuat perubahan yang lebih baik kepada rakyatnya. Kemudahan perniagaan, belajar di institusi pengajian tinggi, penjagaan kesihatan dan kebajikan serta keutamaan bekerja di sektor kerajaan adalah langkah membentuk kekuatan bangsa Melayu setelah dijajah selama 446 tahun. Kejayaan hari ini juga telah memberi kebanggaan dan keselesaan kepada pelancong luar untuk memilih Malaysia sebagai negara contoh seperti mana yang diungkapkan oleh pelancong dari Australia ini: "My wife and I recently honeymooned in this great nation.....We love it so much we have decided everytime we travel overseas we start in Malaysia. We love it just the way it is and is on track to be a developed nation by the year 2020. This is due to it Islamic Heritage.......look at Turkey now as soon as they started to find Islam they also started to prosper." Membina umat Islam yang kuat dari segi politik, ekonomi, sosial dan budaya adalah hasrat semua pemimpin Islam di seluruh dunia. Dengan kekuatan inilah Islam akan dihormati dan tidak mudah diperlekehkan oleh musuh-musuh Islam. Ajaran Islam yang mengambil kira kepentingan bukan Islam tidak meminggirkan mereka kerana keadilan sosial dalam Islam menjaga kepentingan masyarakat bukan Islam. Apakah jati diri umat Islam akan kuat dan teguh jika mereka hidup dalam kemiskinan, kejahilan dan maruah tergadai jika tidak ada dasar yang dibentuk bagi membebaskan mereka daripada keadaan-keadaan tersebut? Pelbagai usaha perlu dibuat bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar supaya mereka juga bersama-sama merasai kemajuan negara. Semangat Dasar Ekonomi Baru wajar diteruskan supaya semua kaum dapat mencapai taraf hidup yang setara dan dapat mengikis kecurigaan, hasad, prejudis dan nafsu saling berdengkian sesama sendiri. Malahan ia juga dapat merapatkan jurang sosial dan membina keakraban serta perpaduan kaum seperti yang difikirkan oleh Karim Perlis itu.

Beberapa pencapaian membanggakan dapat kita lihat setelah kestabilan politik, ekonomi dan sosial diwujudkan. Umpamanya, Malaysia adalah pengerusi Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), Organization of the Islamic Conference (OIC) dan Non-Aligned Movement (NAM). Begitu juga tindak balas segera terhadap pertempuran di Timor Leste dengan menghantar lebih 700 askar dan polis seterusnya menghantar pasukan pengaman di Selatan Filipina dan pasukan memantau ke Acheh. Kejayaan negara dalam bidang ekonomi dan kemampuan rakyat menikmati kestabilan politik yang membanggakan, malah kebolehan para pemimpin mentadbir masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama merupakan kejayaan besar yang tidak boleh diremehkan. Bagaimanapun, kejayaan hidup yang digalakkan oleh Islam tidak hanya terhenti pada tahap kejayaan kebendaan dan kestabilan politik semata-mata. Kejayaan tersebut merupakan alat atau pemangkin bagi mencapai kejayaan yang lebih bermakna yang berhubung kait dengan mutu kehidupan dan nilai serta tamadun yang luhur seperti keadilan sosial, ketinggian budi pekerti dan akhlak, ketulusan tindakan dan amal serta nilai dan kualiti hidup yang tinggi. Justeru, bagi menjamin kejayaan ini, khususnya dalam bidang agama, perlulah dipertahankan keamanan rantau ini dan memelihara akidah Ahli Sunnah Waljamaah yang berpegang pada mazhab Shafie. Oleh hal yang demikian, tindakan tegas ke arah menghalang perkembangan yang lain mestilah diambil supaya pegangan Ahli Sunnah Waljamaah itu tidak tergugat. Rantau Nusantara yang stabil dengan fahaman Sunni atau Ahli Sunnah Waljamaah tidak sepatutnya dibiar menjadi sasaran resapan mana-mana mazhab yang memungkinkan kepada perseteruan atau permusuhan. Ahli Sunnah Waljamaah merupakan salah satu aliran teologi (akidah) dalam Islam. Sekitar 70 peratus umat Islam di dunia mengikuti faham ini. Ahli Sunnah Waljamaah sering juga disebut aliran Sunni. Sesuai dengan namanya, Ahli Sunnah

Waljamaah merupakan aliran yang percaya sepenuhnya kepada sunnah atau hadis Nabi Muhammad s.a.w yang sahih. Aliran ini juga merupakan golongan majoriti dalam Islam, sehingga dinamakan jamaah. Golongan Ahli Sunnah Waljamaah berasal daripada dua kelompok Islam, iaitu pengikut aliran Asyaariah dan pengikut aliran Maturidiah. Kedua-dua aliran itu lahir sebagai reaksi terhadap fahaman Muktazilah yang rasional dan falsafah, terutama dalam menanggapi hadis Nabi s.a.w. Umat Islam Indonesia yang majoriti bermazhab Syafie dalam fikah juga merupakan penganut Ahli Sunah Waljamaah dalam akidah. Pemerintah Indonesia dikatakan memberikan kebebasan kepada penganut fahaman keagamaan yang lain seperti Wahhabi atau Syiah. Namun dalam hal ini, Indonesia berbeza daripada Malaysia dan Brunei yang secara rasmi hanya membenarkan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah, khususnya mazhab Shafie. Tokoh yang berjasa membangun fahaman Ahli Sunnah Waljamaah adalah Abu Hassan al-Asyaari dan Abu Mansur Muhammad al-Maturidi. Kedua-duanya berusaha menampung aspirasi umat Islam yang berpegang pada sunah Nabi s.a.w dan tradisi para sahabat.

Refleksi
Malaysia telah berkembang maju semenjak kemerdekaannya 53 tahun yang lalu daripada sebuah Negara pertanian ianya telah menjadi sebuah Negara perindustrian yang maju. Namun semua itu tidak akan berlaku sekiranya dasar ekonomi baru tidak dibuat. Pebezaan antara kaum juga amatlah besar hasil daripada dasar pecah dan perintah pihak British. Namun kerajaan telah megenalpasti kepincangan itu dengan melaksanakan dasar ekonomi baru tahun 1970 1990. Dengan adanya kajian itu, saya dapat memahami dengan lebih medalam lagi bagaimana kerajaan Malaysia telah berusaha agar anak tempatan terutamanya orang Melayu tidak akan ketinggalan lagi sama ada dari segi pelajaran ataupun ekonomi. Tajuk iini juga telah Berjaya memupuk semangat nasional dalam diri saya serta semangat muhibbah antara pelbagai kaum agar peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi. Penerangan yang telah diberian oleh Pn Zubedah bt. Abdullah kepada saya telah banyak membantu saya dan rakan-rakan membuka mata agar lebih mencintai kedamaian serta keharmonian Negara, Tugasan ini dapat disiapkan dengan adanya sesi perbincangan bersama rakanrakan saya, disamping bahan dan sumber yang diperolehi dari media masa dan laman sesawang (website). Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Syahrine bin Md. Asip Opsyen : KDC-PGSR/RBT

Refleksi
Dasar Ekonomi Baru telah berperanan dalam usaha pihak kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat integrasi nasional antara kaum yang tinggal di Malaysia. Banyak peluang pekerjaan telah di wujudkan dengan adaya matlamat ini. Dengan mendalami dasar ekonomi baru ini perasaan berkobar dan semangat satu Malaysia telah ditanam di jiwa saya. Melihat dari usaha-usaha kerajaan untuk mempertingkat kestabilan negara adalah tidak mustahil ianya akan berhasil. Perancangan yang sistematik dan berwawasan akan menjadikan Malayisa sebuah yang maju kelak dan dapat bersaing dengan Negara maju yang kain. Dasar ekonomi baru juga telah berjaya memupuk semangat nasional dalam diri saya serta semangat muhibbah antara pelbagai kaum agar peristiwa berdarah antara kaum tidak terjadi lagi. Di akhbar,majalah,laman sesawang dan pelbagai media lain telah menerapkan unsur-unsur kekitaan dan semangat Satu Malaysia bagi merapatkan lagi persefahaman antara kaum-kaum di Malaysia. Sesi perjumpaan kuliah bersama Pensyarah pembimbing Pn Zubedah bt. Abdullah telah menyedarkan saya tentang pentingnya mempertahankan kedaulatan,keharmonian dan keamanan Negara yang kita kecapi. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk mendalami erti kemerdekaan dan kecintaan terhadap Negara. Tugasan ini telah memberi banyak ilmu pengetahuan dan kesedaran kepada saya terutama dalam menerapkan sikap serta semangat cintakan Negara kepada pelajar saya di sekolah kelak. Diharap jurang perbezaan antara masyarakat atau pelajar berlainan bangsa dan agama tidak timbul lagi. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Abd. Malek bin Kasdi Opsyen : KDC-PGSR/RBT

Bibliografi
1. http://ummatanwasatan.net/2009/10/mengekalkan-asia-tenggara-rantau-ahli-

sunni 2. http://perpaduan.blogspot.com 3. http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/DASAR/DASAR%20EKONOMI%20BARU %201.pdf


4. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?

option=com_content&view=article&id=241:dasar-pembangunan-nasional-dpn&catid=88:dasar-dasar-negara 5. Rais Saniman, Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi.

You might also like