You are on page 1of 2

Bentuk Kata Ganda

No comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Bentuk kata ialah proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. Kata Ganda

Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya. Terdapat tiga jenis kata ganda :

a)Penggandaan penuh -proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih. b)Penggandaan separa -proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

c)Penggandaan berentak -proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. -Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis : i)Penggandaan berentak pengulangan vokal -penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok, hina-dina ii)Penggandaan berentak pengulangan konsonan - iaitu penggandaan yang mempunyai ciriciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda.

iii)Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggilampai.

Terdapat

sekurang-kurangnya lima

makna

dalam

penggandaan

kata.

a)Gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja-meja, bukitbukau b)Gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupu-kupu c)Gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula d)Gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih. e)Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.

You might also like