1.0PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
1.1AnatomiAnatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasaldaripada perkataan Greek yang bermaksud
memotong
atau
membelah anggotabadan
untuk melihat strukturnya.Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomikasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yangdapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomimikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.1.2FisiologiAnatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan.Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia danfibula dapat menyokong berat badan kita.1.3Organisasi Struktur ManusiaTubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom danberada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabungsesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Selmerupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagaipengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism danmengeluarkan CO
2
daripada tubuh manusia.Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsikhusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisuepitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.