You are on page 1of 1

Pengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Dalam merancang RPH untuk sesi pengajaran

dan pembelajaran,kumpulan kami telah memilih teori kecerdasan pelbagai. Antara teori kecerdasan pelbagai yang dipilih ialah verbal linguistik iaitu kita boleh lihat pada permulaan pengajaran di set induksi. Murid-murid memulakan pembelajaran dengan menjawab pantun teka teki yang dikemukakan oleh guru . Kecerdasan verbal-linguistik juga turut diselitkan dalam langkah pertama di mana murid-murid dikehendaki membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kecerdasan Fizikal Kinestatik juga digunakan apabila murid melakonkan dialog yang bertajuk Sama-sama hebat dalam langkah pengajaran yang kedua. Ketika melakonkan watak-watak dalam dialog tersebut murid-murid pergerakan sambil berlakon menggunakan topeng. Dalam pengajaran langkah ketiga guru menggunakan kecerdasan membuat

interpersonal iaitu murid-murid dikehendaki membuat latihan secara berkumpulan. Di sini juga guru menyelitkan kecerdasan visual spatial apabila murid diminta menyenaraikan kata kerja dan membina ayat berdasarkan gambar. Dalam langkah pengajaran keempat, teori kecerdasan pelbagai yang digunakan ialah kecerdasan verbal linguistik dan kecerdasan visual spatial apabila murid-murid dikehendaki membina ayat berdasarkan gambar. Teori ini juga

digunakan dalam aktiviti pengayaan dan pemulihan.

You might also like