You are on page 1of 3

Pengenalan Pada penghujung abad ke-19 telah menyaksikan kemasukan negara asing ke China seperti kuasa-kuasa besar Barat

dan Jepun. Selepas termeterainya protokol Boxer, kedaulatan China telah digugat dengan syarat-syarat yang dikenakan. Namun begitu, Maharani Balu Tzu His telah menjalankan pembaharuan untuk memulihkan kelemahan kerajaan Dinasti Ching.1 Akan tetapi, pembaharuan yang dibawa oleh beliau tidak mendapat sokongan daripada penduduk China sepenuhnya. Rakyat telah melihat gerakan pembaharuan yang telah dibuat sebenarnya untuk menutup kelemahan kerajaan Dinasti Ching yang semakin lemah dan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat. Mereka percaya yang kerajaan Dinasti Ching telah hilang mandat daripada syurga. Oleh yang demikian, gerakan anti Manchu telah bangkit semula pada abad ke-20 melalui kebangkitan seorang pemimpin China yang prihatin terhadap kebajikan rakyat dan negaranya iaitu Sun Yat-Sen. Sun Yat-Sen merupakan seorang tokoh nasionalisme yang sangat penting dalam

kebangkitan China pada abad ke-20. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Honolulu dan disanalah bermulanya semangat revolusi beliau untuk membebaskan China daripada kerajaan Manchu dan kuasda-kuasa asing. Di samping itu, semangat nasionalisme untuk berubah juga semakin meningkat selepas meletusnya perang China-Jepun.2 Pada 24 November, tahun 1894, Dr.Sun Yat-Sen telah menubuhkan Persatuan Pemulihan China(Hsing-Chung hui) yang mempunyai keahlian seramai 112 orang. Di samping itu, setiap ahlinya telah mengangkat sumpah untuk menyingkirkan orang Manchu, memulihkan orang Cina dan menubuhkan republik persekutuan. Pada 16 Mac 1895, seramai 3000 orang telah dikumpulkan oleh persatuan untuk menawan Canton dan menjadikannya sebagai pusat revolusi.3 Tambahan lagi, Sun Yat-Sen telah menubuhkan Persatuan Pembelajaran Pertanian untuk di Canton bagi melindungi Persatuan Pemulihan China. Rancangan awalnya menggerakkan revolusi ialah dengan menggunakan Triad Society. Akan tetapi, gerakan tersebut diketahui kerajaan China dan ini telah mengagalkan usaha mereka. Sun Yat-Sen telah lari ke Hong Kong dan kemudiannya Jepun dan seterusnya ke London pada tahun 1896.

1 2

Suffian Mansor.(2009).Sejarah China Moden.Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 99. Harold Z. Schiffrin.(1970).Sun Yat-Sen and the Origins of the Chinese Revolution. Berkeley:University of California Press. Hlm 18. 3 Chun-Tu Hsueh.(1961).Huang Hsing and the Chinese Revolution. Stanford: Stanford University Press. Hlm 29.

Di London, Sun Yat-Sen telah mendapat idea tentang Tiga Prinsip Rakyat( San-Min chu-i) setelah melakukan pemerhatian tentang perkembangan politik dan sosial yang berlaku di Eropah. Seterusnya, Tiga Prinsip Rakyat ini telah menjadi falsafah perjuangan revolusinya. Pada 20 Ogos 1905, Chinese Union League telah ditubuhkan bagi memperkuatkan lagi jentera untuk menumbangkan kerajaan Manchu. Tidak lama kemudian, tercetuslah Revolusi 1911 yang berlaku secara tidak sengaja setelah sebutir bom meletop di landasan kereta api dekat dengan ibu pejabat pihak revolusi di Wuchang yang memperlihatkan kebangkitan pihak revolusi secara radikal. Semakin lama semakin banyak kawasan telah jatuh ke tangan pihak revolusi dan wilayah-wilayah lain turut sama menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Ching seperti Hunan(22 Oktober), Kiangsu(3 November) dan Chekiang(4 November).4 Oleh yang demikian, kerajaan Ching telah melantik dan memberikan kuasa penuh kepada Yuan Shih-Kai dengan bantuan Kuo- Chang dan Tuan Chi-jui untuk menumpaskan pihak revolusi. Kejayaan Yuan Shih-Kai menawan Hankow dan Hanyang daripada pihak revolusi telah memberikan tamparan hebat kepada pihak revolusi. Atas dasar tolak-ansur, pihak revolusi telah bersetuju untuk melantik Yuan Shih-Kai sebagai meletak jawatan sebagai presiden sementara Setelah Dinasti Ching telah disingkirkan daripada tampuk pemerintahan China, Parti Kebangsaan ataupun Kuomintang(KMT) telah ditubuhkan pada Disember 1912. Yuan ShihKai telah memerintah dengan tamak dan suka merasuah. Rakyat tidak menyukai sikap beliau dan paling teruk ialah beliau telah terlibat dalam kes pembunuhan presiden Kuomintang iaitu Sung Chiao-jen. Oleh yang demikian, KMT telah kembali berkuasa setelah menawan Canton pada tahun 1920 dan melantik Sun Yat-Sen sebagai presiden. Sun Yat-Sen telah merancang untuk melancarkan kempen melindungi pelembagaan dan menyatupadukan China. Tetapi, cita-citanya tidak tercapai kerana masih ramai lagi warlord yang menguasai daerah masingmasing. Setelah berlaku perselisihan faham dengan kumpulan Wu Pei-fu yang diketuai Chen Chiung-Ming, Sun Yat-Sen bangkit kembali bersama KMT untuk meneruskan akspedisi ke utara bagi menghapuskan Warlord dan menyatupadukan China di bawah satu kerajaan republik sebelum bersama Parti Komunis China(PKC) yang mempunyai agenda yang berbeza sehingga berlaku perjalanan jauh(Long Mutch) . Justeru, terdapat beberapa faktor dan presiden dan Sun Yat-Sen telah

matlamat yang telah menjadi titik tolak bermualnya ekspedisi ke Utara dan perjalanan jauh(Long Mutch).
4

Jean Chesneaux, Marianne Bastid & Marie-Claire Bergere.(1976). China:From the opium Wars to the 1911 Revolution. Loughborough: harvester wheatsheaf. Hlm 327.

You might also like