You are on page 1of 10

Topik 5: Teori-teori pendidikan seni Oleh: Hassan Mohd Ghazali Fakulti Seni dan Muzik

Falsafah kesenian Melayu (Pandangan Nakula tentang konsep kesenian Melayu)


Nakula nama sebenarnya ialah Abdullah bin Muhamed dilahirkan di kampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Pada awal tahun 1956 berkhidmat sebagai guru agama di Maktab Sultan Ismail, Kota Baharu. Beliau suka menyelidik dan mengkaji bidang-bidang agama, sejarah, seni dan budaya, politik, astronomi dan falsafah. Di samping itu beliau juga banyak menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke bahasa Melayu seorang tokoh falsafah pemikiran konsep kesenian Melayu Islam. Nakula membincangkan persoalan konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai keagamaan. Menurut beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat tersebut terdapat dua tingkat iaitu Tingkat ketuhanan dan tingkat kealaman. Melalui inilah segala kejadian di alam ini berlaku. Menurut Nakula Zat Allah mempunyai dua kelompok yang penting iaitu sifat-sifat yang berikut: 1. Sifat-sifat Jamal bererti sifat-sifat Keindahan yang sama dengan Vishnu dalam bahasa Sanskrit. 2. Sifat-sifat Jalal bererti sifat-sifat kehebatan yang sama dengan Shiva dalam bahasa Sanskrit. Tetapi sifat-sifat Jalal sentiasa tersembunyi kerana ditekan dan dikuasai oleh sifat Jamal. Oleh yang demikian sifat-sifat Jamal lebih nyata. Ini terbukti dalam gambaran hadis berbunyi, Allah Jamal (indah) dan cintakan Jamal (Keindahan). Sifat Jamal lebih kepada konsep cinta, belas kasihan dan sifat-sifat kebaikan sementara Sifat Jalal lebih kepada konsep benci, marah dan sifat-sifat keburukan. LAMBANG BUNGA TERATAI Dalam mentafsirkan lambang, bentuk dan sesuatu motif, Nakula telah mentafsirkan sebagai mempunyai suatu makna yang tersirat mengikut falsafah Melayu. Bunga teratai adalah mempunyai makna yang tersirat. Terdapat dua jenis lambang iaitu: 1. Lambang Kejadian Alam dalam tingkat Ketuhanan 2. Lambang Kejadian Alam dalam tingkat Kealaman
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah ada lah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada Tingkat al-Ahadiyah. Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul kudup bunga teratai, Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup. Kudup adalah melambangkan Hakikat Muhammadiyah yang mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammdiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain.

Tangkai bunga sebagai lambang Zat Allah

Kudup bunga sebagai lambang Hakikat Muhammadiyah

Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.

Sekuntum bunga teratai yang berkembang sebagai lambang hakikat-hakikat segala sesuatu.

Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Nakula zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai akan ghaib dan wujud bersama kudup. Kudup adalah melambangkan manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar. Bagi tingkat kealaman ini Kudup bunga adalah sebagi lambang Nur Muhammad. Sementara Sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.

Sekuntum bunga teratai yang berkembang sebagai lambang alam besar.

Nakula juga dalam falsafahnya menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu. Penggunaan motif atau bunga teratai digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Menurut beliau sejak zaman raja Ahmad bentuk bunga teratai digunakan dalam upacara tradisi dan mempunyai makna-makna tertentu. Rajah di bawah menunjukkan makna-makna tersirat pada kuntum bunga teratai.
7. Muhamad S.A.W 6. Alam Nyata

5. Alam Ghaib

2. Hakikat Muhammadiah 1. Zat Allah

4. Alam Ghaib lagi ghaib

3. Hakikat-hakikat segala sesuatu


Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

LAMBANG WAU BULAN Lambang Wau bulan merupakan simbul yang tersirat yang berasal dari motif bunga teratai. Menurut Nakula lambang ini adalah berasal dari pengambilan Sanjaya dari datuknya iaitu bunga teratai, kemudian diubah suai hingga menjadi satu bentuk seperti wau. Menurutnya lagi Sanjaya mengubah konsep-konsep bahagian-bahagian penting dari satu tubuh manusia yang diperlambangkan pada teratai. Menurut Sanjaya bahawa bahagian-bahagian penting dari suatu tubuh manusia itu adalah ada tiga bahagian iaitu: 1. Kepala bersama tengkok 2. Dada bersama pinggang 3. Tangan bersama kaki Lihat rajah dibawah menunjukkan bahagian bunga teratai yang dilambangkan oleh Sanjaya:
Kepala-tengkok Dada-pinggang

Tangan-kaki

Gambar rajah di sebelah menunjukkan bahagian-bahagian tubuh manusia yang disamakan dengan bahagian bunga teratai yang disebut oleh Sanjaya.

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

MOTIF-MOTIF TRADISIONAL MELAYU Nakula telah mengemukakan falsafah dan teori yang sama dalam motifmotif tradisional kraf. Antaranya ialah motif dalam ukiran dan motif dalam batik. Pendapat beliau mengatakan bahawa motif-motif dalam batik adalah pengaruh dari motif ukiran, kerana itu beliau berkata kalau hendak mencari motif-motif tersembunyi atau falsafah-falsafah motif-motif batik itu, mestilah dicari pada falsafah motif-motif ukiran. Beliau mengatakan bahawa keindahan dalam karya seni orang Melayu adalah berteraskan kepada pangkalan atau bertitik-tolak kepada aqidah ketuhanan. Zat Allah adalah zat yang disembah adalah yang esa tiada dapat digambarkan atau diceritakan dan tiada dapat difikirkan oleh akal. Zat Allah mempunyai 2 kelompok sifat iaitu: 1. Sifat-sifat keindahan (Jamal) 2. Sifat-sifat kehebatan (Jalal) Kebaikan Keburukan

Punca keindahan juga datangnya dari Allah iaitu zat yang mempunyai sifat ilmu (subjek) bertemu/melihat sesuatu yang ada dalam ilmunya (Objek), maka yang lahir ialah Jamal (indah) dan berlaku penghayatan kerana kedua-duanya berasal dari sifat esa Ilmu Allah. Nilai keindahan seseorang dengan seseorang adalah berbeza bergantung pada: Tinggi rendahnya tahap penonjolan sifat Jamal dan Jalal Falsafah/estetika/kebudayaan sesuatu bangsa.

Sebagai contoh ditunjukkan dalam bentuk rajah di bawah: Situasi 1: Kesesuaian -penghasilan
Tukang Ukir (subjek) + ilmu sifat Jamal + Takwa Bunga (Objek) Zat Allah yang bersifat indah Bunga ukir Ukiran Hasilan (manifestasi dari keindahan zat Allah)

Situasi 2: Kesesuaian: penghayatan (apresiasi)


Ukiran (Objek) Peminat Ukiran (subjek) + Ilmu + sifat Jamal + takwa

Manifestasi tukar ukir terhadap zat Allah yang maha esa.

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

Situasi 3: Penyisihan (Penolakan)


Ukiran (Objek) manifestasi tukang ukir terhadap zat Allah yang inddah Individu (subjek) tanpa sifat Jamal yang menonjol, tanpa takwa atau berlainan budaya/agama

Bagi melihat keindahan dapat dibuat melalui: Pendekatan Ilmu Ketuhanan (Ilmu - Kalum) Pendekatan Ilmu Hakikat (Ilmu Hakikat)

Menurut beliau pendekatan falsafah bunga atau motif bagi kraf tradisi Melayu ialah: Tumbuh berpunca Punca penuh rahsia Tajam tidak menujah lawan Lilit tidak memaut kawan 1. Tumbuh berpunca: Berpunca dari Allah Zat Allah tidak dapat digambarkan dan difikirkan oleh akal manusia. Dari Zat Allah di manifestasikan Benih Alam yang mempunyai sifat hayat, ilmu iradat dan kudrat. Ilmu yang ada pada sifat Benih Allah iaitu sifat Allah Zat yang berilmu dinamakan Alim (subjek) Kandungan yang ada dalam ilmu dinamakan Maklum (objek) Objek-objek dan ilmunya dinamakan Alam.

2. Punca penuh rahsia Rahsia dalam bahasa Arab disebut Sirr iaitu Zat Allah dan sifatnya yang disebut Benih Alam. Dari rahsia itu muncullah Benih Alam dan dengan sifat Allah Yang Indah dan Cintakan Keindahan. Para pengukir melihat alam yang indah dengan pandangan Syuhud (iaitu melihat dengan akal dan kalbu) yang pada hakikat sebenarnya Melihat Keindahan Allah. Bunga-bungaan, daun-daunan yang melihat adalah pancaran keindahan Allah melihat dengan ilmu, melihat dengan iman timbul rasa taqwaan terhadap Allah. Pandangan syuhud menimbulkan penghayatan. Penghayatan menyedari hakikat kebesaran dan kemuliaan Allah pencipta Maha Agung dan Maha Esa Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni 6
@ Hassan Mohd Ghazali

3. Tajam tidak menujah lawan Lilit tidak memaut kawan Setelah dinyatakan sebelumnya Zat Allah mempunyai 2 kelopak sifat iaitu: 3. Sifat-sifat keindahan (Jamal) 4. Sifat-sifat kehebatan (Jalal) Kebaikan Keburukan

Alam mewarisi kedu-dua sifat tersebut tetapi sifat indah itu lebih nyata dan sifat kehebatan itu tersembunyi. Bagi insan yang pengasih, tenang dan mencintai keindahan, sifat kehebatan akan terus terpendam dalam jiwanya. Para pengukir adalah insan yang melihat alat dengan syuhud mencintai keindahan dan mengharapkan keindahan dan keharmonian. Kerana alam ini datang dari Allah.

Falsafah bunga ukir Melayu: Tumbuh berpunca Punca penuh rahsia Tajam tidak menujah lawan Lilit tidak memaut kawan Nakula juga telah membicarakan bahawa setiap motif bunga mempunyai susun galur yang berpunca dari benih-benih tertentu, antaranya ialah: Permulaan dari benih tertutup atau tersembunyi Permulaan dari satu benih nyata Permulaan dari dua benih nyata Permulaan dari pasu Permulaan dari benih bunga

Permulaan benih tertutup.

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

Benih tertutup dengan daun hingga tiada kelihatan lagi serupa dengan alam yang kita nampak, fenomenanya sahaja tanpa diketahui datang dari mana. Sebagai contoh dalam motif di bawah:

Permulaan dari satu benih nyata Satu benih melambangkan kelahiran alam dari satu titik. Dari benih ini muncul alam yang terbahagi kepada dua sifat-sifat Jamal dan Jalal. Motif di bawah adalah contoh.

Permulaan dari dua benih nyata

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

Dua benih yang melambangkan kelahiran alam dari dua sifat-sifat Jamal dan sifat-sifat Jalal, tetapi semuanya harmoni menjadi suatu keindahan. Motif di bawah adalah sebagai contoh:

Permulaan dari benih pasu Kelahiran alam dari satu benih yang mengandungi di dalamnya sifat-sifat Jamal dan sifat-sifat Jalal dari dalam satu pasu. Contoh motif adalah di bawah:

Permulaan dari benih bunga


Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

Kelahiran alam dari sifat-sifat Jamal yang perlambangan dengan bunga, tetapi di dalamnya mengandungi sifat-sifat Jamal dan Jalal yang lahir dalam alam nya. Contoh motif seperti di bawah.

KESIMPULAN Nakula telah mengutarakan falsafah Melayu Islam dalam seni reka motif tradisional Melayu. Pengutaraan falsafah yang diutarakan oleh beliau terlah menjadi panduan kepada pengkaji dan penyelidik untuk mengkaji falsafah motif dan kepentingan dalam masyarakat Melayu.

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

10

You might also like