You are on page 1of 8

IKAN BAWAL 3 RASA Ala Thai

IKAN BAWAL 3 RASA Ala Thai


Resepi:Haida Iman MyR

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal saiz besar
3 ulas bawang putih | ketuk
2 tangkai cili padi | ketuk
3 sudu besar sos cili thai
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 hiris air asam limau nipis
Gula dan perasa

Bahan untuk hiasan:
1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
1 inci halia | dimayang halus
Cili merah | dipotong
Hirisan daun ketumbar
Buah nenas | potong dadu (sy ganti dengan
tomato/potong dadu)
Boleh juga masukkan timun yang dibuang biji dan
dipotong dadu

Cara:
1.Ikan diperap dengan sedikit garam dan sedikit serbuk
kunyit.Goreng dengan minyak yang banyak.
2.Tumisan bawang putih dan cili padi, seterusnya
masukkan kesemua jenis sos.
3.Masukkan sedikit air, jika suka masukkan sedikit
bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.(saya
tak letak)
4.Masukkan gula dan perasa.Tutup api dan masukkan
bahan untuk hiasan.Kemudian curahkan sos tadi ke
atas ikan dan perahkan limau nipis ke atasnya.Sedia
untuk dinikmati.


Ikan Bawal Masak Merah


IKAN BAWAL MASAK MERAH

Bahan untuk menggoreng ikan :
1 ekor ikan bawal hitam
1 camca kecil kunyit
2 cubit garam

Bahan untuk dikisar :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
inci halia
1 batang serai (saiz sederhana)

Bahan Lain :

3 camca besar cili boh
1 camca besar sos cili
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang cili merah (dibelah 2 memanjang)
1 batang cili hijau (dibelah 2 memanjang)
1 biji tomato (dipotong ikut suka)
1 labu bawang besar (dimayang)
1 camca kecil gula
garam secukup rasa

Caranya :
1. Pertama sekali, gaulkan ikan bersama serbuk kunyit
dan garam sehingga rata. Ggoreng sehingga garing.
2. Sementara menunggu ikan itu garing, kisarkan
bahan-bahan untuk dikisar iaitu bawang besar, bawang
putih, halia & serai sehingga halus.
3. Setelah ikan yang digoreng garing, angkat lalu
masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali untuk
ditumis. Dalam masa yang sama sila masukkan sekali
bahan lain seperti cili boh, sos cili, kayu manis, buah
pelaga, cengkih, & bunga lawang. Kacau-kacau ia
sehingga cilinya masak dan naik minyaknya (agak-agak
dalam 5 minit sehingga naik baunya)
4. Kemudian masukkan cili merah, cili hijau & bawang
besar yg telah dipotong bersama gula dan garam
secukup rasa. Kacau-kacau ia dalam masa 1 minit, lepas
tu boleh tutup api.
5. Letakkan ikan di dalam mangkuk dan curahkan
kuahnya di atas ikan tersebut. Dan boleh lah
dihidangkan dan dimakan segera bersama nasi.

kalu nak hias letaklah daun sup ke daun ketumbar pun
bole... kalu nak laa... tapi bagi saya, tak payah letak pun
takpe, sebab dalam kuah tu dah ada cili merah ngan
hijau & bawang besar sebagai penyeri dia,...ikut suka
daa.... Selamat Mencuba !!




IKAN BAWAL MASAM MANIS

Kalau ikan bawal, selain masak kicap (ni
dalam kategori masak yang cepat), masak
3 rasa, masak sweet sour atau masam
manis antara yang sering menjadi pilihan.
Isi ikan bawal agak tawar tapi untungnya
ikan bawal banyak isi dan kotoran pada
perutnya sikit, nak meyiang agak mudah.
Mat suka ikan bawal bersaiz sederhana,
kurang lebih sebesar tapak tangan. Kalau
yang besar2 ok juga tapi tak berapa nak
comey bila letak kat pinggan. Selain ikan
bawal, ikan sebelah atau ikan sisa nabi
juga enak dimasak sweet sour. Cara mat
masak amat2 mudah, dan cepat. Ada 2
cara, pertama anda boleh masukkan ikan
yang telah siap digoreng ke dalam sosnya
dan satu lagi anda curah sosnya
kemudian. Untuk hiasan terpulang pada
kreativiti masing2....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan bawal saiz sederhana, disiang
dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
Sedikit lada sulah*(*disatukan dan gaul
rata, perap sekejap)
3 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
1 camca besar sos tomato
3/4 camca besar cili kisar
1/4 cawan cili sos
Sedikit air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ikan bawal disalut dengan tepung
jagung, rata2. Kemudian goreng hingga
kekuningan. Angkat dan letak dalam
pinggan sesuai. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam
kuali, tumis bawang besar, bawang
putih dan halia hingga harum.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga
cili garing. Tambah tomato cincang dan
masak sekejap. Masuk sos tomato dan
sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit
air. Biar mendidih.
3. Tambah garam secukup rasa (dan
jika suka manis, boleh tambah sedikit
gula lagi). Masak dengan api kecil
hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh
matikan api. Curah sos tadi atas ikan
bawal. ratakan dan hias dengan hirisan
daun bawang dan cili merah.
Hidangkan segera...

You might also like