You are on page 1of 4

1

ULANGKAJI KESELURUHAN EDU 3103


TAHUN 2010
Bahagian B (40 markah)
1. Pengalaman belajar secara langsung merupakan satu kaedah belajar semula jadi yang amat berkesan.
a) Jelaskan tiga keadaan pembelajaran yang berkesan bagi memberi pengalaman belajar secara langsung
kepada murid. (6 markah)
b) Nyatakan empat prinsip pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran semula jadi kanak-kanak.
(4 markah)

2. Main merupakan sebahagian penting alam belajar kanak-kanak.
a) Senaraikan empat jenis permainan kategori main sosial. (4 markah)
b) Terangkan tiga ciri main yang boleh merangsang pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak. (6
markah)

3. Setiap individu adalah unik dan berbeza. Perbezaan individu dalam aspek fizikal, kognitif, emosi dan
rohani yang secara tidak langsung akan mempengaruhi gaya pembelajaran masing-masing.
a) Nyatakan empat jenis gaya pembelajaran menurut Mumford dan Honey (1986). (4 markah)
b) Jelaskan tiga implikasi perbezaan individu terhadapan pengajaran dan pembelajaran. (6 markah)

4. Motivasi daripada perspektif pendekatan kognitif menekankan bahawa tingakah laku manusia
dipengaruhi oleh cara pemikiran dan persekitaran. Teori Atribusi Weiner, Teori Ekspektansi x nilai dan
teori Dissonansi Kognitif mendasari aliran pandangan ini.
a) Berdasarkan Teori Motivsi Kognitif Atribusi Weiner, jelaskan tiga peranan guru dalam meningkatkan
motivasi pelajar. (6 markah)
b) Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi motivasi mengikut Teori Atribusi Weiner. (4 Markah)



2

Bahagian C (40 markah)
1. Cikgu Anita gur percaya bahawa pembelajaran berkesan seharusnya berpusatkan murid. Beliau sering
mengaplikasikan teori pembelajaran kognitif dan konstruktivisme bagi mewujudkan proses pengajaran
dan pembelajarn yang berkesan.
a) Jelaskan lima prinsip pembelajaran Teori Konstruktivisme yang perlu diambilkira oleh Cikgu Anita. (10
markah)
b) Huraikan mana-mana lima daripada lapan peringkat proses pembelajaran Gagne yang Cikgu Anita
perlu usahakan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran murid-muridnya. (10 markah)

2. Model Pengajaran Sosial menekankan pembelajaran melalui interaksi dan kerjasama secara produktif
dalam kalangan murid.
a) Jelaskan empat prinsip Pembelajaran Koperatif dalam Model Pembelajaran Sosial. (10 markah)
b) Huraikan empat implikasi Model Pembelajaran Sosial terhadap pengajaran dan pembelajaran. (10
markah)

3. a) Jelaskan lima perbezaan antara motivasi ekstrinsik dengan motivasi intrinsik. (10 markah)
b) Huraikan lima cara yang sesuai untuk guru mewujudkan motivasi intrinsik dalam kalangan murid-
muridnya. (10 markah)

TAHUN 2012
Bahagian B (40 markah)
1. Faktor psikososial memainkan peranan penting dalam alam belajar murid di sekolah.
a) Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan faktor psikososial. (4 markah)
b) Huraikan dua cara beserta contoh bagaimana guru dapat membantu mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang kondusif untuk pembelajaran daripada aspek psikososial. (6 markah)

2. Kanak-kanak sentiasa melibatkan diri dalam permainan sosial semasa di peringkat prasekolah.
Permainan sosial boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.
a) Huraikan salah jenis permainan konstruktif. (4 markah)
3

b) Terangkan dua cara beserta contoh bagaimana permainan sosial dapat membantu perkembangan
kanak-kanak. (6 markah)

3. a) Jelaskan maksud gaya pembelajaran. (2 markah)
b) Bincangkan dua cara beserta contoh bagaimana seseorang guru dapat meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran melalui pengetahuannya tentang gaya pembelajran muridnya.
(8 markah)

4. a) Terangkan perbezaan antara motivasi intrinsik dengan motivasi ekstrinsik. (4 markah)
b) Penggunaan ganjaran untuk memotivasi murid akan berkesan hanya jika beberapa syarat dipatuhi.
Jelaskan tiga daripada syarat tersebut. (6 markah)

Bahagian C (40 markah)
1. Mengikut tokoh konstruktivisme, pembelajaran hanya boleh berlaku sekiranya pengetahuan dibina
secara aktif oleh murid.
Bincangkan sejauh manakah teori konstruktivisme relevan bagi mata pelajaran pengkhususan anda
dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di Malaysia. (20 markah)

2. Pembelajaran koperatif yang berasaskan model pengajaran sosial mementingkan penyelesasian
tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama.
Bincangkan sejauh manakan pembelajaran koperatif merupakan kaedah pengajaran yang berkesan di
dalam bilik darjah di Malaysia. (20 markah)

3. Anda ditempatkan di sebuah sekolah di pedalaman. Sumber air diperoleh daripada air hujan sehaja
manakala sumber elektrik daripada penjana kuasa yang dipasang selama empat jam pada waktu malam.
Untuk sampai ke sekolah, anda perlu berjalan melalui hutan kerana tiada hubungan lain.
Sekolah tersebut merupakan sebuah bangunan kayu. Terdapat hanya 11 buah rumah di perkampungan
tersebut. Ramai murid anda perlu berjalan dan mengambil masa sejam untuk sampai ke sekolah.
Keadaan fizikal bilik darjah anda uzur dan tidak kondusif. Terdapat 25 orang murid di dalam bilik darjah
anda. Kebanyakan murid berasal daripada keluaraga yang miskin dan mereka perlu bekerja selapas
waktu persekolahan. Mereka juga tidak bermotivasi untuk belajar.
4

Berdasarkan situasi di atas, bincangkan bagaimana anda boleh mewujudkan satu persekitaran
pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah anda supaya murid bermotivasi untuk belajar. Sediakan
rasional untuk hujah anda. Rasional anda harus dikaitkan dengan teori motivasi yang releran.
(20 markah)
.......................................................................................................................................................................
SOALAN TAMBAHAN
BAHAGIAN A: STRUKTUR (40 markah)
1.a) Terangkan lima cara bagaimana bermain dapat membantu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.
(5 markah)
b) Alam belajar yang positif menyokong perkembangan berkesan. Terangkan empat cara yang boleh
diaplikasikan oleh guru bagi menyediakan suasana yang menyumbang kepada alam belajar positif. (10
markah)
2. a) Huraikan secara ringkas Domain Pembelajaran Gagne. (5 markah)
b) Terangkan cara-cara untuk meningkatkan ingatan untuk pelajar lambat perkembangan. (10 markah)
3. a) Mengikut Ausubel, terdapat dua jenis penyusun awal. Jelaskan fungsi kedua-dua jenis penyusun
awal. (5 markah)
b) Cadangkan cara-cara agar pengajaran ekspositori dapat dijalankan dengan berkesan untuk murid
tahap dua sekolah rendah. (10 markah)
4. a) Gaya pemikiran seseorang pelajar adalah berbeza antara satu pelajar dengan pelajar yang lain.
Nyatakan ciri-ciri pelajar yang mempunyai ciri-ciri pemikiran kreatif. (5 markah)
b) Cadangkan cara-cara bagi memupuk pemikiran kreataif pelajar. (10 markah)

BAHAGIAN B (40 markah)
1. Bincangkan sejauh mana model pengajaran konstruktivisme sesuai untuk murid normal dan apakah
sokongan yang perlu disediakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajara. (20 markah)
2. Bincangkan sejauh mana kaedah masteri dapat di dalam konteks sekolah di Malaysia. (20 markah)
3. Terangkan apakah 5 implikasi perbezaan individu dan gaya pembelajaran terhadap pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. (20 markah)

You might also like