You are on page 1of 1

Definisi Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh
guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.

Tujuan?

Menjamin pencapaian objektif.
Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
1. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
2. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak
diajar.
3. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
4. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan,
kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
5. Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
6. Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
7. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
8. Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan
sesuatu isi pelajaran

You might also like