You are on page 1of 15

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Kamus Dewan edisi keempat, 2005, mukasurat 767, menyatakan bahawa kertas
kerja bermaksud makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu
persoalan dan cadangan – cadangan tertentu (dibentangkan dalam perbahasan).

Terdapat dua jenis kertas kerja yang sering diguna pakai iaitu kertas kerja
seminar dan kertas kerja projek. Kertas kerja seminar ialah kertas kerja yang dibuat
bagi mengadakan sesuatu ceramah atau seminar. Kertas kerja projek pula dibuat bagi
meminta kelulusan untuk melaksanakan sesuatu projek.

Terdapat pelbagai cara dan format yang boleh diikuti untuk menyiapkan satu
kertas kerja yang baik. Tugasan kali ini adalah tentang bagaimana hendak membuat
satu kertas kerja projek dan contoh kertas kerja projek.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objktif kajian ini adalah untuk mengetahui gaya penulisan untuk menghasilkan
satu - satu kertas kerja. Disamping itu, tujuan kajian ini ialah mendapatkan panduan –
panduan bagi menghasilkan satu kertas kerja dan mengkaji beberapa contoh kertas
kerja bagi melihat format bagi menulis kertas kerja yang baik. Selain itu, tujuan kajian ini
juga ialah untuk mencari laras – laras bahasa yang sesuai untuk menulis kertas kerja
projek.

1
1.3 KAEDAH KAJIAN

Bagi menyiapkan tugasan ini, kaedah keperpustakaan telah digunakan dengan


merujuk buku-buku, jurnal, laman-laman web yang berkaitan, serta merujuk tokoh-tokoh
yang pakar tentang perkara yang berkaitan.

Selain itu, kaedah lain yang digunakan adalah kerja lapangan. Maksud kerja
lapangan pula ialah merujuk contoh kertas kerja yang telah disiapkan oleh guru – guru
sekolah dengan mengenalpasti format dan gaya penulisan di dalam kertas kerja
tersebut untuk dijadikan panduan untuk menulis kertas kerja projek.

1.4 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dibataskan hanya untuk mengkaji dan menulis kertas kerja projek
sahaja.

1.5 DEFINISI KONSEP

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, mukasurat 767, kertas kerja
bermaksud makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu
persoalan dan cadangan – cadangan tertentu (dibentangkan dalam perbahasan).

Abdull Sukor Shaari, Mohd Isha Awang, F. Madya Dr. Nuraini Yusoff, 2003, p.
133, menyimpulkan bahawa kertas kerja adalah hasil tulisan untuk dibentangkan
kepada khalayak. Khalayak ini boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti
jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan
persidangan.

Dalam tugasan ini merupakan satu garis panduan mengenai penulisan kertas
kerja projek besertakan contoh akan dipaparkan.

2
2.0 PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA PROJEK

2.1 KONSEP KERTAS KERJA PROJEK

Kertas kerja projek ialah kertas kerja yang ditulis bagi mendapatkan kelulusan
untuk membuat sesuatu projek. Biasanya kertas kerja ini akan dibentangkan di dalam
sesuatu mesyuarat untuk menyatakan permohonan – permohonan tertentu. Dalam satu
– satu organisasi, pihak yang ingin mendapatkan kelulusan projek perlu
membentangkan kertas kerja kepada jawatankuasa tertinggi dalam organisasi tersebut.
Kertas kerja ini juga berfungsi sebagai satu penanda yang menunjukkan bahawa projek
yang hendak dijalankan telah dirancang dan disusun dengan baik.

2.2 PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA PROJEK

Satu – satu kertas kerja yang baik mestilah mempunyai sekurang – kurangnya
pengenalan, objektif, tarikh dan waktu perlaksanaan, kumpulan sasaran, tentatif
program, jawatankuasa pengelola, perbelanjaan, penutup dan borang kelulusan.

2.2.1 PENGENALAN

Pengenalan merujuk kepada penerangan sesuatu tajuk secara menyeluruh


namun ringkas. Pengenalan terdiri daripada latar belakang yang memaparkan aspek
yang berkaitan dengan tajuk yang telah dikemukakan. Pengenalan turut menyatakan
apa yang hendak diperkatakan di dalam kertas kerja itu.

2.2.2 OBJEKTIF

Objektif adalah matlamat atau tujuan penulis menulis kertas kerja tersebut.
Objektif juga adalah idea penulis dan menentukan daya penarik kepada pembaca bagi
mendengar ataupun menilai isi kertas kerja berkenaan. Objektif biasanya ditulis dalam
bentuk pecahan yang menggunakan nombor seperti 1.1, 1.2, 1.3 dan seterusnya.

3
2.2.3 TARIKH DAN MASA PERLAKSANAAN
Bagi tarikh dan masa pula hendaklah dituliskan tarikh dan masa projek tersebut
hendak dilaksanakan. Bagi kertas kerja projek yang baik, masa dituliskan dalam dua
kategori iaitu masa bermula projek tersebut dan jangka masa projek tersebut
dilaksanakan.

2.2.4 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah kumpulan – kumpulan yang dijadualkan untuk mengikuti


projek tersebut. Dengan kata lain, projek tersebut dilaksanakan khas untuk golongan –
golongan tertentu bagi mencapai objektifnya.

2.2.5 TENTATIF PROGRAM

Dalam kebanyakan penulisan kertas kerja projek, ruangan ini hanya dituliskan
seperti “rujuk lampiran…”. Tentatif program adalah susunan aturcara program atau
projek tersebut dijalankan. Dalam tentatif hendaklah dimasukkan masa, hari dan aktiviti
yang dijalankan.

2.2.6 JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatankuasa pengelola terbahagi kepada dua iaitu jawatankuasa induk dan


jawatankuasa kerja. Dalam jawatankuasa induk biasanya diletakkan jawatankuasa
tertinggi sesuatu badan atau organisasi sebagai penaung atau penasihat. Bagi
jawatankuasa kerja pula ialah jawatankuasa yang ditubuhkan atau dilantik bagi
melaksanakan projek tersebut.

4
2.2.7 PERBELANJAAN

Dalam ruangan perbelanjaan pula hendaklah menyatakan anggaran


perbelanjaan sesuatu projek dan sumber kewangan. Perkara – perkara yang
memerlukan bajet atau kewangan hendaklah dituliskan dan dianggarkan jumlahnya.
Jumlah wang yang hendak dimohon perlulah sama jumlahnya dengan perbelanjaan.

2.2.8 PENUTUP

Dituliskan dengan menyatakan kesimpulan kepada projek yang hendak


dijalankan.

2.2.9 TANDATANGAN

Tandatangan ini perlu bagi memberitahu siapakah penulis bagi kertas kerja
tersebut. Tandatangan perlu berada di bawah penutup dan perlu dinyatakan jawatan
penulis tersebut. Di sebelah kanannya perlu ada tandatangan penyemak kertas kerja
tersebut beserta jawatannya.

2.2.10 BORANG KELULUSAN

Borang kelulusan penting untuk memberitahu kertas kerja tersebut diluluskan


atau tidak. Format penulisan borang ini mengikut corak dan kehendak sesebuah badan
pentadbiran.

5
3.0 KERTAS KERJA PROJEK

SMK BUKIT SAWA


21400 MARANG, TERENGGANU

KERTAS KERJA:-

BULAN MEMBACA
&
KEMPEN PENGGUNAAN
BAHASA MELAYU

TAHUN 2009

ANJURAN BERSAMA:-
PUSAT SUMBER SEKOLAH
&
PANITIA BAHASA MELAYU

6
SMK BUKIT SAWA, MARANG

A TAJUK : Pelancaran Bulan Membaca dan Kempen Penggunaan Bahasa


Melayu
B ANJURAN : Panitia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah
C TARIKH : 23 Julai 2009 Dan Sepanjang Tahun
D SASARAN : Semua guru dan pelajar SMK Bukit Sawa, Marang

1.0 Pengenalan:-

Pelancaran Bulan Membaca diadakan setiap tahun di sekolah selaras dengan


kempen membaca peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran.Mulai tahun 2005 kempen ini dilaksanakan selama dua bulan iaitu
Julai dan Ogos dan seterusnya akan berterusan sepanjang tahun. Justeru tahun ini
juga akan diadakan bulan bahasa seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran.

2.0 Objektif:-

3.1 Murid menggunakan Bahasa Melayu dan mencintai bahasa kebangsaan.


3.2 Murid berminat untuk membaca dan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan mereka.
3.3 Mempertingkatkan kecekapan berbahasa Melayu dikalangan pelajar
3.4 Memupuk potensi individu murid khususnya dalam melahirkan idea dan
hujah serta berani dan berkeyakinan.
3.5 Melatih pelajar berdisiplin dan amanah dalam menjayakan aktiviti yang
telah dirancang.

3.0 Tarikh Dan Masa Pelaksanaan:-

Sepanjang bulan Julai dan Ogos.

4.0 Kumpulan Sasaran:-

Semua guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa.

7
5.0 Tentatif Program:-

5.1 Mesyuarat Jawatankuasa


5.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti
5.3 Majlis pelancaran
5.4 Derma majalah / bahan bacaan
5.5 Aktiviti Bulan Membaca dan Kempen Berbahasa Melayu

Bil Aktiviti Tarikh Guru Sasaran


Penyelaras
1 Mesyuarat Jawatankuasa

1 Julai 2009 Ketua Panitia Guru – guru


Bahasa Melayu Bahasa Melayu

2 -Penyediaan Brosur
-Penyediaan Banner
10 Julai 2009 Pn khadijah
Pengawas PSS

3 Majlis Pelancaran

i. Sesi pagi 23 Julai 2009 Pn. Julia Pelajar di


ii. Sesi petang Pn. Khadijah perhimpunan
Hazwani
Pn. Jainabi

4 Derma majalah dan bahan


bacaan
23 Julai – 30 Pn. Khadijah Guru dan
Ogos 2009 Pn. Rodzilah pelajar
Pn. Jainabi

8
5 Aktiviti-aktiviti sepanjang
kempen:-

i) Pertandingan 1 Julai – 30 Pn Rodzilah – Semua murid


membaca dan Julai 2009 sesi pagi SMKBS
pengumpulan Pn Jainabi – AJK
artikel dan akhbar sesi petang

ii) Pertandingan 23 Julai – 30 Cik rosidah – Semua murid


menulis ulasan Ogos 2009 sesi pagi SMKBS
buku. Pn suhainah – AJK
sesi petang

iii) Pengucapan awam Setiap Isnin Pn Intan Wakil pelajar


(bulan Ogos) Melayu, Cina
dan India

iv) Ulasan buku di Setiap Selasa Pn Khadijah Pengawas


perhimpunan dan Khamis pusat sumber
(sehari sebuah (bulan Ogos)
buku)

v) Projek Mural Sepanjang En Daelemi 6 Rendah


(berkaitan dengan kempen dan
Bahasa Melayu) tahun

vi) Drama Bahasa Bulan Julai Pn Intan Kelas 5 Zuhrah


Melayu

vii) Kempen Perbualan Sepanjang Pn Julia Pelajar


Harian dalam bulan Julai dan menyanyikan
Bahasa Melayu Ogos lagu ‘Gunalah
Bahasa
Kebangsaan
Kita’ di tapak
perhimpunan

6 Penyampaian hadiah dan 3 Sept 2009 Pn Julia Semua murid


Majlis Penutup

9
6.0 Jawatankuasa Pengelola:-

Anjuran bersama Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Bahasa Melayu

PENAUNG : TN HAJI ROSLI B ABDUL RAHMAN


(Pengetua SMKBS)

PENASIHAT : PN SITI MARIAM BT JONED


: EN TAUFIK BIN OMAR
: PN UMI KALTHOM BT MOHD NOR

PENGERUSI : PN JULIA BT KAMARUDDIN


(Guru Kanan Bahasa Melayu)

NAIB PENGERUSI : PN KHADIJAH BT UMAR


(Guru Media dan Pusat Sumber Sekolah)

SETIAUSAHA : CIK ROSIDAH BT HASSAN

P. SETIAUSAHA : PN RODZILAH BT AZIDAN

AJK : PN SALMAH BT IBRAHIM


: PN ROSLINDA BT CHE MAT
: CIK JULIA AZUMI BT ISKANDAR
: EN ROSLI B WAHAB
: EN AFFENDI B MUDA

DAN

AJK JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER


PENGAWAS PUSAT SUMBER

10
7.0 Perbelanjaan :-

Bil Sumber Kewangan Jumlah

1 SUWA – Pusat Sumber RM 100.00

2 SMK KOKURIKULUM RM 100.00

3 PANITIA BAHASA MELAYU RM 200.00

4 JUMLAH RM 400.00

8.0 Penutup:-

Diharapkan aktiviti Bulan Membaca dan Kempen Penggunaan Bahasa Melayu


ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan
dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada para murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………….. ………………………………………………..
(EN MOHD AFFENDI B. SAAD) (PN JULIA BT KAMARUDDIN)
Guru Media dan Pusat Sumber Sekolah, Ketua Bidang Bahasa,
SMK Bukit Sawa, SMK Bukit Sawa,
Marang. Marang.

11
BAHAGIAN A

PENGESAHAN KELULUSAN

Saya dengan ini ( meluluskan / tidak meluluskan ) Kertas Kerja Bulan Membaca
& Kempen Penggunaan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Sawa.

Catatan:-

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………

Cop Rasmi Tarikh:

12
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulan daripada kajian yang telah saya laksanakan, saya mendapati


kebanyakan kertas kerja projek yang telah saya kaji di pelbagai bahan rujukan, terdapat
beberapa ciri yang perlu ada bagi menghasilkan satu – satu kertas kerja projek yang
baik. Satu – satu kertas kerja projek yang baik perlu mempunyai sekurang – kurangnya
perkara yang telah dinyatakan di dalam kajian saya. Kertas kerja projek yang dibuat
juga boleh berubah – ubah formatnya mengikut satu – satu badan pentadbiran dan
peredaran masa.

13
RUJUKAN

1. Nuraini Yusoff, (1990), Penulisan Berformat, Pustaka Pertiwi Sdn. Bhd.

2. Ab Rahman Ab Rashid, Yap Kim Fatt, (2004), Bahasa Melayu Komunikasi 3,

Selangor, Longman.

3. Abdul Sukor Shaari, F. Madya Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang, (2003),

Bahasa Melayu Komunikasi, Pahang, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

4. Kamus Dewan Edisi Ke-4, (2005), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

14
LAMPIRAN

15

You might also like