TOPIK 9 PENULISAN LAPORAN KAJIAN II
143AKTIVITI 9.1
Bincangkan dengan rakan-rakan cara menulis laporan mengikut gayayang ditetapkan oleh pihak Open University Malaysia. Seterusnya, bandingkan dengan cara menulis yang ditetapkan oleh universiti-universiti lain.
JADUAL9.1
Data kuantitatif biasanya dikemukakan dalam bentuk jadual. Sifat jadual adalahuntuk memberi maklumat dalam bentuk sokongan bagi menambah kefahamanpembaca terhadap laporan yang ditulis. Jadual yang baik dapat menyampaikanmaklumat dengan sekali imbas saja. Tajuk yang diberi bagi jadual perlulahringkas dan menggambarkan kandungan jadual. Tajuk jadual perlu diletakan di bahagian atas jadual seperti contoh (Rajah 9.1 dan Rajah 9.2) berikut:
Rajah 9.1:
Jadual membantu pembaca memahami definisi sesuatumaksud had atau angka
Jadual 3.2:
Definisi Min Daripada Dapatan Soal Selidik.
Min Definisi
5.00 - 4.21 Sangat Setuju4.20 - 3.41 Setuju3.40 - 2.61 Tidak Pasti2.60 - 1.81 Tidak Setuju1.80 - 1.00 Sangat Tidak Setuju
Jadual 4.2:
Perbezaan Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalandalam Ujian Pra
Subskala Sikap
Subjek
N Min
S.PiawaiNilai t
Kump 1 19 71.79 12.09UJIAN PRAKump 2 20 67.25 9.291.32(ns)
Nota:
Nilai t kritikal 95% (df = 37) = 2.021df = Darjah kebebasan, ns = Tidak Signifikan, s = Signifikan pada aras p < 0.05, df = 37.
Rajah 9.2 :
Jadual memudahkan pemahaman terhadap keputusan analisis