You are on page 1of 5

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.3 PERMINTAAN & PENAWARAN

1.3.1 PERMINTAAN

Definisi
 Keinginan dan kesanggupan seseorang pengguna untuk mendapat sesuatu barang pada suatu tingkat
harga dalam suatu jangka masa tertentu.
 Jumlah barang dan perkhidmatan yang dikehendaki dan berupaya dibeli oleh pengguna dalam
pasaran pada setiap aras harga dalam tempoh tertentu

1.Ia merujuk kepada kehendak atau keinginan seorang pengguna terhadap sesuatu barang. Ia juga
menggambarkan keupayaan pengguna memberli barangan tersebut.
2.Hukum permintaan menjelaskan harga barang dan kuantiti mempunyai hubungan yang songsang.
3.Jika harga tinggi maka kuantiti yang diminta kurang, dan jika harga rendah maka permintaan terhadap
barangan tersebut akan tinggi.
4.Pengguna kurang meminta barangan pada harga tinggi kerana :
 kesan penggantian.
 kesan pendapatan benar.
 Berkaitan dengan utiliti iaitu kepuasan.

Faktor Mempengaruhi Permintaan Individu & Pasaran

HARGA BARANG

HARGA BARANG LAIN

CITARASA PENGGUNA
FAKTOR MEMPENGARUHI
PERMINTAAN PENDAPATAN PENGGUNA

JUMLAH PENDUDUK

JANGKAAN MASA DEPAN

KEMUDAHAN KREDIT

DASAR KERAJAAN

MUSIM

1.Harga Barang
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

 Jika harga barang itu tinggi, maka permintaan terhadap barangan itu akan berkurang.

2.Harga Barang Lain


 Terdapat dua jenis barang yang berkaitan iaitu barang pengganti dan barang penggenap.
 Barang pengganti ialah barang yang mempunyai fungsi yang sama dan mudah diganti antara satu
sama lain dalam penggunaan untuk mendapat kepuasan yang hampir sama.
 Sebagai contoh, Getah asli dan getah tiruan, andaikan harga getah asli adalah sama dengan getah
tiruan. Apabila harga getah asli meningkat maka pengguna akan mengurangkan pembelian getah
asli dan membeli getah tiruan walaupun harga getah tiruan tidak berubah.
 Barang penggenap ialah barang yang perlu digunakan bersama-sama. Jika tiada satu barang, barang
yang satu lagi tidak berfungsi.
 Sebagai contohnya, kamera dan filem, apabila harga kamera turun, kuantiti diminta terhadap
kamera akan naik. Ini akan menyebabkan permintaan terhadap filem akan meningkat juga (harga
filem tidak berubah).

3.Citarasa Pengguna
 Citarasa juga akan mempengaruhi permintaan barangan.
 Untuk barang normal, jika pendapatan naik, maka permintaan juga akan naik.
 Untuk barang kawalan, jika pendapatan naik, maka permintaan barang bawahan akan turun.
 Untuk barang mesti, jika pendapatan naik, maka permintaan mesti tidak berubah.

4.Jumlah Penduduk
 Semakin banyak jumlah penduduk di sesebuah negara semakin banyaklah permintaan terhadap
barangan dipasaran

5.Jangkaan masa depan


 Sekiranya pengguna menjangkakan harga akan meningkat pada masa depan, mereka akan didorong
akan membeli lebih banyak pada masa sekarang. Ini akan menyebabkan keluk permintaan
berpindah ke kanan.

6.Kemudahan kredit
 Sekiranya terdapat kemudahan untuk mendapatkan kredit dari bank-bank maka permintaan barang
dipasaran akan meningkat.

7.Dasar Kerajaan
 Dasar Kerajaan akan mempengaruhi permintaan pasaran sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
 Contohnya apabila kerajaan mengenakan cukai pendapatan, pendapatan individu akan
berkurangan. Ini akan mengurangkan permintaan barang di pasaran .

8.Musim
 Pada musim hujan, permintaan terhadap baju hujan bertambah.

1.3.2 PENAWARAN

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Definisi
Penawaran ialah kuantiti barang dan perkhidmatan yang sanggup dan mampu dijual/ditawarkan oleh
pengeluar pada tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu.

Penawaran individu merupakan penawaran barangan oleh individu pada tingkat harga dan jangka masa
tertentu. Penawaran pasaran adalah gabungan semua penawaran individu dalam pasaran.

Hukum Penawaran

1.Hukum penawaran merujuk kepada semakin tinggi harga sesuatu barang maka semakin banyak yang
ditawarkan.
2.Jika harga barang itu rendah maka semakin kuranglah barang yang akan ditawarkan.

Harga

25

20

15

10

Kuantiti
5 10 15 20 25
Keluk Penawaran Barang K

3.Rajah di atas menunjukkan semakin tinggi harga barang K semakin tinggi kadar penawaran barangan
tersebut.
4.Jika harga RM5.00 jumlah harga yang ditawarkan, maka firma akan menawarkan 5 unit sahaja.
5.Jika harga yang ditawarkan adalah RM25.00 maka firma tersebut akan menawarkan lebih banyak iaitu
sebanyak 25 unit.
6.Hukum ini terjadi kerana :
 Harga yang tinggi memberi keuntungan yang lebih kepada pengeluar, jadi pengeluar akan
menawarkan lebih banyak barang.
 Harga yang tinggi, menyebabkan pengeluar berpendapat barang tersebut sangat diminta oleh
pengguna tetapi penawarannya kurang di pasaran.
 Pengeluar akan menambahkan penawaran untuk memenuhi permintaan.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penawaran

HARGA BARANG
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
HARGA BARANG LAIN
FAKTOR MEMPENGARUHI
PENAWARAN KOS PENGELUARAN
EDUCATION of ELAKSAMANA

MATLAMAT
PENGELUARAN

TEKNOLOGI

DASAR KERAJAAN

BILANGAN FIRMA

MUSIM

1.Harga barang
 Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang ditawarkan. Sebaliknya
semakin rendah harga sesuatu barang semakin kuranglah kuantiti barang ditawarkan.

2.Harga Barang Lain


 Terdapat dua jenis faktor dari harga barangan lain iaitu penawaran bersama dan penawaran
bersaing.
 Penawaran bersama melibatkan barangan yang akan dikeluarkan secara bersama-sama dengan
pengeluaran barang lain.
 Contohnya: Daging lembu dan kulit lembu merupakan penawaran bersama. Kenaikan harga daging
lembu menyebabkan pertambahan penawaran kulit lembu
 Penawaran bersaing melibatkan barangan yang pengeluarannya dapat diganti dengan mudah untuk
mengeluarkan barang lain yang menggunakan faktor-faktor ekonomi yang sama.
 Contohnya Sayur bayam dan sayur sawi. Kedua-dua ini dapat dikeluarkan dengan faktor yang sama.
Kenaikan harga bayam menyebabkan penawaran barang bersaing (sawi) berkurang

3.Kos Pengeluaran
 Kenaikan kos pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh menyebabkan keuntungan firma
terjejas. Sekiranya harga barang yang dijual dipasaran tetap.
 Maka untung firma akan berkurang. Seterusnya firma akan cuba mengurangkan bilangan penawaran
barang dan perkhidmatan.

4.Matlamat Pengeluaran
 Terdapat 2 jenis matlamat pengeluaran iaitu memaksimumkan keuntungan dan memaksimumkan
pengeluaran.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

 Memaksimumkan keuntungan : Jika pengeluar bertujuan memaksimumkan keuntungan, maka ia


akan mengurangkan penawarannya.
 Memaksimumkan pengeluaran : akan menawarkan barang seberapa banyak yang mampu. Contoh
firma yang dimiliki oleh kerajaan

5.Teknologi
 Penggunaan teknologi moden dan canggih dapat meningkatkan daya pengeluaran sesebuah firma.
Melalui teknologi moden, penghasilan barang secara besar-besaran dapat dilakukan. Oleh itu
keupayaan penawaran dapat ditingkatkan.

6.Dasar Kerajaan
 Cukai :
Untuk menggalakkkan penawaran tempatan kerajaan mengenakan cukai keatas barang diimport.
Kenaikan harga barang diimport menyebabkan permintaan barang tempatan meningkat. Seterusnya
penawaran dalam negara bertambah
 Subsidi :
Pemberian subsidi kerajaan terhadap firma tempatan akan menyebabkan kos pengeluaran
berkurang. Keadaan ini dapat menggalakkan firma mempertingkatkan pengeluaran sesuatu barang.

7.Bilangan Firma
 Secara umumnya semakin ramai pengeluar dalam sesuatu barang, semakin tinggi kuantiti
penawaran barang tersebut.

8.Musim
 Pada musim tengkujuh, penawaran ikan atau getah akan berkurangan

1.3.3 KESEIMBANGAN PASARAN

1.Keseimbangan pasaran ialah suatu keadaan di mana kuantiti permintaan sama dengan kuantiti
penawaran di pasaran.
2.Keseimbangan pasaran dapat ditentukan melalui jadual, gambar rajah dan persamaan.
3.Secara jadual keseimbangan pasaran dapat ditentukan apabila jumlah kuantiti permintaan sama
dengan jumlah kuantiti penawaran pada suatu tingkat harga.
4.Melalui keluk pula, keseimbangan dapat ditentukan apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk
panawaran di pasaran pada suatu tingkat harga.
5.Secara persamaan, keseimbangan pasaran dapat ditentukan dengan menyamakan persamaan
permintaan dan persamaan penawaran.

Perubahan Keseimbangan Pasaran


1.Keseimbangan banyak dipengaruhi oleh faktor harga barang lain, citarasa pengguna dan pendapatan
pengguna.
2.Faktor ini menyebabkan keluk permintaan atau keluk penawaran beralih ke kanan atau kiri.
3.Perubahan keseimbangan boleh dilihat pada 3 kesan :
 Perubahan permintaan
 Perubahan penawaran
 Perubahan penawaran dan permintaan secara serentak

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like